Monday, April 6, 2009

TIADA MODAL

Semalam saya menonton buletin utama tv3, sambil mengemaskini blog dan melayari internet. Tiba-tiba mereka menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di Bukit Selambau, disebelah calonnya S. Manikumar, mengatakan akan ada perubahan jika Pakatan Rakyat menang di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil. Dan mereka (tv3) membezakan ucapan Anwar Ibrahim 14 tahun lalu (1995) ketika masih di dalam UMNO. Ucapan tersebut disiarkan semula oleh tv3, menunjukkan Anwar Ibrahim mengutuk PAS dan DAP. Tak lain dan tak bukan, ini hanyalah untuk propaganda, hari mengundi jatuh pada hari esok. Dan tv3 nampaknya semacam takde modal.



Ini gambar yang sempat saya rakamkan melalui kamera handphone. Gambar Anwar Ibrahim berucap pada 1995, masih muda, dan rambut pun masih lagi hitam. Mengecam dan mengutuk PAS dan DAP. Dia ketika itu berucap di hadapan penonton yang rata-ratanya berbangsa Cina. Dalam ucapannya, Anwar mengecam cara PAS dan DAP berpolitik. Dan mengatakan PAS dan DAP hanya tau bercakap, tapi tak gunakan akal, seterusnya mencabar DAP melaksanakan semua agendanya kepada masyarakat Cina.
Di hadapan audiens bermajoriti Cina

memang media milik UMNO ni sudah takde modal. Mereka tak dapat lagi nak perbodohkan rakyat. Inilah cara politik murahan UMNO. Anwar ketika itu masih lagi anak emas Mahathir. Anwar akan ikut rentak Mahathir. Itu dulu. Bila kena tendang, barulah maki hamun Mahathir. Anwar sebenarnya mempunyai pilihan. Dia boleh sertai Tengku Razaleigh Hamzah dalam Semangat 46, tapi dia sebaliknya memilih untuk bermanja dengan Mahathir. Itulah sikap Anwar yang seringkali saya kritik. Walaupun dia orang nombor 2, tak semestinya dia kena patuh pada bos walaupun bos itu salah. Dia boleh letak jawatan dan keluar parti. Tapi tak apalah, sekarang Anwar Ibrahim sudah bersama kita, meneruskan perjuangan membasmi kebobrokan dan penyelewengan.


Semalam juga saya sempat download video ucapan Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Agung UMNO 1997 dalam You Tube. Video ini selama 9 minit lebih. Disaksikan ketika ini bagaimana Anwar disanjung dan dipuja semasa dia dalam UMNO. Dalam video tersebut, Anwar memulakan ucapannya berselang seli dengan bahasa urdu. Dia menceritakan detik pertemuannya kali pertama dengan Dr. Wan Azizah, dan berkata, "mata bertentang mata, lidah kelu tak terkata.."

Diselangi dengan mengusik isterinya, Dr. Wan Azizah dan jugak Dr. Siti Hasmah dengan Mahathir, sehingga kelihatan Mahathir ketawa besar. Dalam ucapannya jugak, dia banyak buat para perwakilan UMNO bergelak ketawa. Dan menceritakan tentang surat layang yang menimpa dirinya pada tahun itu (1997). Katanya, dia banyak menerima surat layang, tapi yang pada tahun itu, surat tersebut kelihatan terlalu teruk, sehingga Anwar membuat laporan polis pada Ogos 1997. Dalam perhimpunan UMNO tahun itu jugak, Anwar mengeluarkan pantun famousnya,

akar nibung meresap,
akar mati dalam perahu,
terbakar kampung kelihatan asap,
terbakar hati siapa yang tahu.


Pada tahun itu, memang Anwar nak bertindak terhadap orang yang bertanggungjawab sebarkan surat layabg tersebut, tapi dinasihati oleh Mahathir agar menghentikannya. Di samping itu, Anwar juga sempat menasihati semua agar menumpukan perhatian dalam mengurus ekonomi, kerana keadaan ekonomi pada waktu itu hampir gawat, mengambil perhatian terhadap masalah yang menimpa rakyat serta kestabilan politik.



Habis cerita tentang itu.



Berbalik pada laporan TV3 tadi, ia turut menyiarkan orang UMNO yang buat laporan polis supaya tindakan diambik terhadap Ahli Parlimen Taiping, ADUN Pantai Remis, merangkap exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak, YB Nga Kor Ming kerana membaca ayat al-Quran semasa berceramah di hadapan orang Melayu. Nampaknya UMNO sengaja mahu timbulkan ketegangan di antara Melayu dan DAP. YB Nga hanya membaca ayat berkenaan Allah menyuruh berlaku adil, (Innallaha ya' muru bil 'adli wal Ihsaan) ayat yang kita selalu dengar ketika di akhir khutbah jumaat. Itulah menunjukkan bukan Islam dah semakin memahami Islam, dan inilah yang menakutkan UMNO. Kerana UMNO hanya tau memainkan isu perkauman. Buatlah gimik apa-apa pun, rakyat tidak akan termakan. Inilah caranya UMNO berpolitik murahan, politik yang sudah ketinggalan zaman. Diorang takut, kekalahan sudah semakin menghampiri BN di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.

5 comments:

Hisyam said...

Salam perjuangan,

Terima kasih kerana siarkan post ini. Cuma saya ingin tegur, walau apa pun salah Anwar semasa beliau berada didalam UMNO dulu, tidak wajarlah diungkit. Yang berlalu biarkan berlalu.


Dan lagi satu, menarik juga tantang video perhimpunan yang sdra ceritakan. Terima kasih. Teruskan perjuangan. Maaf jika sdra kurang senang dengan komen saya.

Anonymous said...

Anwar memang kluk-klek!! Masa dalam UMNO dulu PAS dan DAP dijadikan musuh!! Sekarang menunggangi mereka untuk menjadi PM!!!!!

Anonymous said...

btol2!! put3 pun tgk gak semalam....takde modal dah diorang..."ini tahun 2009, bkn 1995" laaa....hahaha.. =P

anwar mase duk belah bn,mmg la akan kutuk pembangkang...skrg da dlm pembangkang,mestila kutuk bn lak...sume org mcm tu what... (^_^)

Syed said...

Wah wah wah.... author Reformis Jalanan pun sudah berubah, gaya bahasa yang berlainan daripada kebiasaan, design blog pun dah lain, aii mentang-mentangla Najib nak buat reform, hang pun nak reform jugak ka??

Reformis Jalanan said...

To Hisyam : Tak mengapa. memang sikap saya suka mengkritik serta mengutuk pemimpin walaupun perkara yang sudah lepas. Thx 4 viewing.


To Anonymous : Sifat kemelayuan Anwar semasa UMNO dulu kuat berbanding sekarang.


To ~*PuTeRi^HaiFaNuRi*~ : ya, 1995 tak sama dengan 2009. Tak sama wajah yang muda, rambut hitam dengan wajah yang kerepot dan beruban. =)


To Syed : Tak gunalah nama je Reformis, tapi tak berubah. Manusia perlu berubah.