Friday, April 24, 2009

Madey Masih Belum Puas


Nampaknya tempoh 22 tahun menjadi no.1 masih lagi tidak mencukupi bagi dia ni. Kalau boleh di mahu memerintah selagi ada bulan dan matahari. Lagaknya dia sekarang ini seakan-akan "melepaskan geram" kerana sudah 5 tahun dia tiada apa-apa peranan dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Sekarang, proksinya, merangkap anak didiknya sudahpun menjadi PM, jadi sudah tiba masanya dia melepaskan rindu dendam terhadap sistem pentadbiran negara Malaysia, dan juga hal ehwal dalaman UMNO. Itulah dia Tun Dr. Madey Kutty. Walaupun umurnya sudah menjangkau 83 tahun, tapi dia masih lagi mahu aktif seolah-olah masih lagi berusia 38 tahun!


Dia ini nampaknya tidak boleh duduk diam. Dulu masa nak bersara 6 tahun dulu, dia cakap tak nak campur urusan pemerintahan negara, nak berehat, buat memoir. Tapi sekarang, dia seolah-olah menggantikan Najib Razak menjadi PM. Ingatlah, pemimpin seperti inilah yang akan menjahanamkan negara, serta memusnahkan parti, iaitu pemimpin yang sudah mencapai tahap "ayam tua". Dan ingatlah, salah satu punca pimpinan serta ahli bawahan MIC keluar parti ialah mereka sudah bosan dan tidak lagi mahu menerima ayam tua seperti Samy Vellu. Tengoklah nasib Tengku Razaleigh Hamzah, dulu dia seumpama "Harimau Malaya", tapi sekarang, pimpinan UMNO Kelantan pun tak mahu angkat dia.


Sepatutnya di usia senja sebegini, tambahlah amal ibadat, bersyukurlah sebab Allah bagi umur panjang, bertaubat sebab terlampau banyak dosa yang dilakukan sepanjang menjadi PM selama 22 tahun, bukannya mengganggu pentadbiran negara dan hal ehwal dalaman parti. Atau Madey ni mahu melihat parti yang diciptanya pada 1988 (UMNO Baru) hancur di depan matanya? Nampaknya doa almarhum Ustaz Fadzil Noor sudah jadi kenyataan, "Moga-moga Allah panjangkan usia Mahathir supaya dia sendiri dapat melihat kesalahannya," - doa almarhum suatu ketika dahulu. Bukalah mata tu, bibit-bibit penyelewengan yang Madey sendiri semaikan sewaktu mula-mula berkuasa dulu sudahpun menampakkan hasilnya sekarang. Anaknya sendiri dikalahkan oleh perasuah dalam jawatan Ketua Pemuda.


Sekarang ini nampaknya Madey jadi PM, bukannya Najib. Madey banyak muncul pada majlis-majlis yang besar, banyak memberi ucapan dan kenyataan sejak akhir-akhir ni. Tak seperti zaman Abdullah Badawi berkuasa dulu. Orang-orang UMNO pun kebanyakannya sudah "meluat", tapi nak buat macam mana, Najib tak boleh buat apa-apa terhadap "gurunya".

0 comments: