Tuesday, December 27, 2011

Hahaha..Kan Sudah Terkena?

Mana perginya juak-juak yang bagi gelaran ejen UMNO, keturunan Abdullah bin Ubai, pemecah belah dll pada orang yang pernah serang Hassan Ali dulu? Takkan bangkai gajah boleh ditutup dengan daun pisang? Sendiri punya diri, sendiri mau ingatlah!

Tuesday, December 6, 2011

Bela melayu my foot!

Cakap berdegar-degar seolah-olah mereka adalah dewa kepada Melayu yang menentukan nasib orang-orang Melayu. UMNO (laknatullah) sepatutnya kena rasa berterima kasih banyak-banyak pada DAP (yang kononnya akan menyebabkan masa depan melayu jadi hancur), kerana sebab ada DAP lah, UMNO (laknatullah) boleh mempergunakannya sebagai hantu untuk menakut-nakutkan Melayu.

50 tahun lebih merdeka, siapa yang perintah? Adakah kenyataan di atas adalah hasil kerja-kerja DAP?


Ini saja yang mampu dilakukan untuk terus memperbodohkan Melayu walaupun zaman sudah semakin maju.

Monday, October 24, 2011

HIMPUN? Lanchiow apa tu?

Salah satu babak di dalam filem Nasi Lemak 2.0. Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan entri ini.

Apabila pemerkasaan agama Islam dan peranan para pendakwah dipandang sebelah mata, kenapa salahkan agama lain yang juga mahu mempromosikan agama mereka? Islam itu tertegak dan disebarkan melalui hujah, bukan sekadar diwarisi daripada nenek moyang. Apabila orang bukan Islam berjaya mengambil alih tugas dan peranan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang Islam, maka siapa yang harus dipersalahkan?
Apa gunanya dengan bilangan umat Islam yang ramai tapi rata-rata dari mereka tidak mempunyai hujah yang kuat kenapa mereka memilih Islam sebagai pegangan. Kalaulah benda ini berjaya dihandle dengan cemerlang oleh para pendakwah, idea dan cita-cita "Negara Islam" seperti yang diimpikan oleh sesetengah pihak boleh dikira berjaya.
Apa gunanya jenama Islam tapi isinya tak macam Islam?
Lagi satu, boleh ke akidah umat Islam Malaysia ni dipulihkan hanya dengan terjerit-jerit dan menangis dalam stadium? Dan, ada permit ke tak tu? FRU apa khabar? Brother-brother polis pulak?
p/s: memang lanchiow agama dipergunakan untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai. No wonder pemikiran berbau sekularisme semakin bercambah.

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa orang Melayu cepat lupa

Orang Melayu mempunyai perangai suka alihkan isu dan selalu tumpukan pada soal cabang berbanding soal pokok. Inilah salah satu punca kenapa bangsa ini semakin hari semakin terkebelakang walaupun mengaji tinggi-tinggi dan kehidupan semakin moden.

Bila datang isu Perhimpunan Bersih, mereka tinggalkan perkara yang dibangkitkan dan sebaliknya membuka cerita tentang S. Ambiga beserta IFC.

Selepas Mat Sabu dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS, isu Syiah muncul – menyebabkan isu dan dasar yang diperjuangkan tidak berapa diambil kisah.

Duk sibuk bertengkar dan bertegang urat pasal cara mendekapkan tangan ketika solat, menggerakkan jari telunjuk sewaktu tashahud dll tanpa menumpukan perhatian terhadap masalah ramai orang Islam masih tak menunaikan solat. Sedangkan, peratusan mereka yang berbalah tentang soal furu’ sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan yang tidak mendirikan solat!

Inilah orang Melayu. Inilah masyarakat Melayu. Kerja UMNO sangat mudah dengan sikap orang Melayu yang sebegini. Mudah lupa. Masyarakat Tionghua masih belum lupakan Teoh Beng Hock walaupun lebih 2 tahun berlalu. Tapi masyarakat Melayu begitu cepat melupakan Sarbini dan Aminulrasyid dengan tempoh tak sampai 2 bulan!

Sekarang, orang sibuk memainkan isu Mat Sabu sokong komunis dan isu tuntutan-tuntutan Bersih semakin tenggelam.

Wednesday, July 20, 2011

Kenapa tak persoalkan akidah Najib?

Masih ingat lagi, juak-juak UMNO (laknatullah alaihim ajmain) riuh memburukkan YB Khalid Samad kerana beliau memasuki gereja? Apa yang mereka tak kata pasal YB Khalid? Macam-macam tohmahan dilontarkan.. Sehingga mereka mengatakan YB Khalid pro-Kristian.

Sehingga ada yang membuat gambar macam ini - ianya adalah kepakaran nombor wahid bagi anjing-anjing kurap UMNO - photoshop. Seorang YB betina merangkap perempuan jalang di Perak (ADUN Sungai Rapat) pun memasukkan gambar ini ke dalam blognya.


Tapi bagaimana pulak dengan ini? Najib sendiri pergi berjumpa dan beramah mesra dengan kepala Katholik di Vatican City. Bertemu semata-mata mahu mendapatkan sedikit pandangan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan dituduh pro-kafir, pro-Hindu, pro Ambiga dan segala macam cemuhan. Macam mana pulak dengan ini? Apakah Najib juga pro-Kristian?

Wednesday, July 13, 2011

Bersih 2.0 - Siapa Kata Pelancong Lari??


Sebodoh-bodoh UMNO ni, dia ingat orang lain bodoh macam dia jugak. Kalau diri tu bodoh, jangan bagitahu kat orang lain. Demonstrasi menyebabkan kerugian pada industri pelancongan? Kat negara-negara luar, demo ni memang termaktub sebagai hak asasi diorang. Demo-demo ni dah biasa dah diorang tengok. Memang budaya di negara diorang. Hanya Malaysia saja negara yang luarannya nampak elok tapi hakikatnya bertaraf jakun. Demonstrasi dianggap satu dosa besar mengalahkan korupsi dan penyelewengan kuasa.

Nampakkah wajah ketakutan pada mereka, atau sebaliknya? Diorang siap join sekali dengan kami masa di Pudu. Nak kata apa lagi??

Dia pun sama-sama lari bila polis serang.


Journalist ni sanggup datang dari jauh untuk liputan Bersih 2.0. Siapa cakap demo ni buat pelancong takut nak datang? Buat diorang nak datang lagi adalah. Jadi kesimpulannya demo seperti ini boleh menjadi daya tarikan pada pelancong. Tak gitu?

Seorang pelancong bersembang dengan seorang lelaki Cina di depan pintu masuk Hospital Tung Shin.

Ini di KLCC. Diorang berkumpul ramai-ramai di Taman KLCC sambil tangkap gambar. Di sini saya siarkan komen dari Album Facebook saya, dari Raja Rohaisham Raja Muhaidin :

jumpa seorangpelancung dari pakistan bapa dan anak dari... katanya kami dah biasa dgn tear gas ni.. dtg kl mmg saja2 nak ikut demo bersih tahu dgn jelas mengenai bersih dan spr... org malaysia pun tak tentu lagi tahu apa yg kita perjuangkan..

Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0 - Siapa Cakap Orang Melayu Saja Yang Turun??

Antara isu yang selalu dimainkan oleh UMNO laknatullah ialah demonstrasi dan perarakan MAJORITINYA disertai oleh orang Melayu. Biasalah, tak nampak dengan mata kepala sendiri, bolehlah buat macam-macam andaian. Hari Sabtu lepas, boleh dikatakan jumlah kaum yang sertai perarakan sama banyak. Baik Melayu, Cina mahupun India dan tak ketinggalan pelacong asing, mereka juga enjoy sertai perarakan kami (ini di entri yang akan datang).

Saya mahu buktikan kaum lain juga sanggup turun ke jalan raya beramai-ramai malahan lebih bersemangat. Saya lihat jumlah peserta perarakan yang berbangsa Cina yang memakai T-Shirt kuning Bersih jauh lebih ramai daripada Melayu (yang kebanyakannya memakai baju biasa).

Mereka begitu ceria dan bersemangat. Di sinilah baru betul-betul 1Malaysia! Bukannya retorik dan omong kosong Najib.


Lihat sendiri!

Uncle ini begitu bersemangat laungkan Hidup Bersih




Semuanya ceria di dalam suasana yang tenang dan santai.



Pemuda Cina yang bagi arahan pada demonstran

Patriotisme pada seorang pemuda Cina!



Belia-belia mereka turut sama dalam menjayakan himpunan Bersih

Unlce yang berpakaian smart dan kemas inipun tak mahu ketinggalan dalam perarakan, serta bersemangat!

Dan yang paling penting, demo ini dibanjiri oleh anak-anak muda!

Monday, July 11, 2011

Catatan Bergambar Bersih 2.0

Saya ambil juga keputusan untuk join perhimpunan Bersih 2.0 kerana tak mahu ketinggalan. Sebab saya sudah dapat merasa betapa "meriahnya" himpunan tersebut sebab sudah banyak jalan ditutup dan Bersih setiap malam dalam promosi percuma di dalam TV.

Saya bertolak berdua bersama Ah Tan, seorang tukang masak. Kami menaiki LRT Star di Ampang. Hajat nak turun ke Stesen Hang Tuah, tapi stesen tersebut ditutup. Last-last ambik keputusan untuk guna jalan jauh - turun ke stesen Titiwangsa dan tukar KL Monorail ke Imbi. Di Ampang sempat berkenalan dengan 3 orang pakcik cool - kelihatan tua tapi semangat orang muda.


Tiba di Imbi kami menapak di kedai mamak berhadapan Times Square. Berbincang soal strategi untuk ke lokasi.

Ah Tan dan 3 orang pakcik cool sekali lagi berbincang lepas minum air - kat mana nak solat dan nak ikut jalan mana.
Jalan punya jalan - jumpa geng - yang turut sama nak ke Bersih - salah satu kelebihan bila kita nak join demo - kita boleh kenal muka orang-orang yang nak turut sama dalam demo. Masa ni semua setuju untuk menapak dari stesen Imbi ke Petaling Street. Ramai yang berhimpun di sana.
Tak sampai 30 langkah berjalan, kami dengar ada suara bergema - ya! suara orang berdemo - datangnya dari arah belakang Sg. Wang Plaza. Semangat terus berkobar-kobar, kami berlari untuk menyertai mereka. Perarakan start dari belakang Sg. Wang Plaza ke Dataran Maybank.


Jumlah orang berarak semakin ramai - keluarnya orang-orang dari lorong yang berhampiran - bergabung dan akhirnya beilangan semakin bertambah.

Menuju ke Dataran Maybank - lalu ke Pudu.

Sepanjang perarakan, orang-orang yang tengok dari tepi jalan bagi sokongan - gambar di atas menunjukkan sokongan daripada penghuni hotel.

Ke Hentian Pudu. Jika 2 tahun lepas, sewaktu demo Mansuhkan ISA - Sogo menjadi saksi medan pertempuran dan kekejaman polis - tapi kali ini, lokasi itu berpindah ke Pudu.


Sokongan daripada mereka-mereka dari jejantas.

Di Pudu, group perarakan kami yang start dari belakang Sg. wang Plaza bergabung denngan satu lagi group dari Petaling Street. Jumlah anggaran hampir 30 ribu..jauh beza dengan apa yang polis laporkan. 6 ribu saja kah kah kah

Terserempak dengan blogger MSO, ambik gambar dia.


Ah Tan gembira dapat bertemu dengan geng lama dia, yang terputus hubungan sebelum ini.

Di Pudu, FRU tembak water cannon dan tear gas tanpa beri amaran terlebih dahulu.

Asap gas merebak dan kena semua peserta perarakan, ramai yang berundur sedikit ke belakang. Kebetulan terjumpa warung Cina di Pudu, beli air untuk tenaga yang hilang. Cina tauke kedai ni baik, dia siap tunjukkan jalan keluar (belakang kedai dia) pada peserta perarakan yang lari daripada tembakan gas. Sapa-sapa yang pedih mata, dia siap tawarkan paip air untuk cuci muka.

Hanya peniaga bengong yang termakan dengan dakyah TV bengong saja yang tutup kedai pastu mengeluh sebab rugi. Saya lihat kedai makan Cina ni sekejap saja air dalam peti ais sold out. Stesen minyak penuh dengan orang yang dahaga air - semua jenis air laku.


Pedih mata

Dr. Nasir Hashim, pengerusi PSM

Baring atas jalan - democracy is dead


Ketua Pemuda PAS (kanan sekali).
Che Gu Bard dengan geng-geng SAMM

Masa ni dah berterabur, trak polis semakin mara ke hadapan, orang yang berdemo undur sedikit demi sedikit di belakang. Air mata tak henti-henti meleleh..pedih..

Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) buat rundingan dengan polis

Ayam Fared pun join demo

Time ni kelakar. Semua orang bersorak pada polis. Polis tembak gas, orang yang berdemo ambik gas tu baling balik pada polis. 3 atau 4 biji. Polis berundur. Hahaha

Journalist dari Australia yang bekerja di Abu Dhabi datang buat liputan


Berundur sampai ke Hospital Tung Shin.. hospital yang diserang oleh polis. Dan satu lagi hospital yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin, iaitu Hospital Bersalin Cina.

Polis buat perangkap masa di depan hospital. Kononnya diorang akan buka jalan, dan semua demonstran berkumpul. Bila berkumpul, polis serang dengan water cannon, gas dan tangkap orang ramai.
Nyonya yang berbaju kuning sangat popular di Facebook. Ada page beliau di sini [link]

Di dalam perkarangan hospital inilah polis semakin menggila..

Johari Abdul, MP Sungai Petani

Reporter dari TV Antara


Ini masa "rundingan" dengan pihak polis sebelum polis menyerang.

Terserempak dengan blogger Topeng Perak

FRU yang serang hospital
Tangkapan di dalam perkarangan hospital. Polis berkasar. Masa ni tengah kelam kabut. Sebab tu gambar kabur
2 ekor haramjadah yang pukul orang sesuka hati mak bapak dia..

Masa polis tengah meggila, ramai yang cari perlindungan di tepi dan atas bukit bersebelahan dengan Hospital Bersalin Cina, yang tak berlindung buat human shield dan baca doa kuat-kuat.
Polis belasah ramai-ramai orang yang buat human shield.. masa ini saya di tempat yang tinggi sikit, ambil gambar dari jauh. Beberapa orang lelaki di sisi saya cuba cari batu atau kayu untuk tolong mereka, tapi sebiji canister terlebih dahulu jatuh di tepi saya, asap keluar dan kami berterabur, naik ke atas bukit. Polis menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital. Saya saksinya!

Inilah baki yang berjaya selamatkan diri naik ke atas bukit.

Dalam perjalanan ke KLCC, terserempak dengan Azmin Ali di bus stop.

Himpunan di KLCC dah lama habis, saya terlambat. Masa ini ada lagi baki orang yang berhimpun disekeliling menara berkembar. FRU datang semua berterabut. FRU hanya berkawal di jalan, tidak ada serangan.

FRU yang buat barisan di hadapan menara KLCC

Stesen LRT KLCC tutup. Saya menapak ke stesen Ampang Park. Jam dah hampir pukul 6 atau 6 lebih. Balik naik teksi ke Masjid Jamek dan tukar ke LRT Star.

Ini hanya catatan pertama. Ada catatan seterusnya. Upload gambar punyalah lama, saiz besar.