Tuesday, April 7, 2009

DEBARAN

Proses pembuangan undi telah pun selesai bagi ketiga-tiga kawasan pilihanraya. Pusat pengundian baru saja ditutup sebentar tadi. Dan pengiraan undi telahpun bermula pada jam 5.30 tadi.


Keadaan di lokasi-lokasi pilihanraya sama saja seperti yang biasa kita dengar. Adanya adegan ejek-mengejek diantara kedua-dua penyokong yang berlainan parti, adegan pergaduhan, campur tangan polis, petugas dan penyokong UMNO/BN bertindak biadap, dan macam-macam lagilah.


Di Bukit Gantang tadi, berlakulah perbalahan di antara penyokong PR dan BN di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering. FRU dikerah, dan menembak gas pemedih mata. Selain itu, bekas ADUN PKR, Osman Jailu turut diejek oleh penyokong PAS selepas membuang undi. Di Bukit Selambau dan Batang Ai, proses pembuangan undi berjalan dengan lancar.


Berkenaan pengundi hantu, memang ada di setiap mana-mana pilihanraya di bumi Malaysia ini walaupun dinafikan oleh pihak pemerintah. Terdapat bas yang ditahan oleh penyokong PR, didakwa membawa pengundi hantu, di kawasan Bukit Gantang dan jugak Bukit Selambau. Sebelum itu, AMK turut menjumpai senarai pengundi yang sudah meninggal dunia, tetapi masih terdapat namanya dalam senarai pemilih.


Apa-apapun, debaran menanti malam ini. Pihak manakah yang beroleh kemenangan? Di Bukit Gantang, InsyaAllah....tadi dilaporkan sebelum proses pembuangan undi selesai, banyak perayu undi BN sudah mula mengosongkan tempat..sama-sama kita mendoakan kemenangan berpihak pada calon kita. keputusan awal kira-kira jam 9 malam nanti.

0 comments: