Friday, April 24, 2009

DUKA DARI BAGHDAD


Salam sejahtera...


Satu berita duka baru dikhabarkan di bumi nun jauh di Baghdad, Iraq. 60 saudara kita terkorban di Makam Kazhimiyyah (Makam Imam Musa al-Kazhim) semasa solat Jumaat tengahari tadi akibat perbuatan pengebom berani mati. Iraq tak habis-habis bergolak, bergaduh, dan berperang sesama sendiri, walaupun Amerika laknatullah beserta sekutu-sekutunya mula meninggalkan tanah Iraq. Amerika dan sekutunya lah yang menyemaikan bibit-bibit perselisihan sesama umat Islam di Iraq. Sebelum kedatangan Amerika laknatullah, langsung tiada pertempuhan diantara fahaman di Iraq, mereka semua hidup dengan aman damai walaupun di bawah rejim Saddam Hussein.


Besar sungguh dosa si pengebom itu, sukar diampun, dengan mengorbankan puluhan jiwa yang tidak bersalah. Penulis sangat kesal dengan perkara ini. Mereka hanya menunaikan solat Jumaat, meninggalkan keluarga mereka di rumah, dan alih-alih keluarga mereka menerima berita kematian mereka. Bersyukur kita di bumi Malaysia, kita masih boleh menunaikan solat Jumaat tanpa rasa takut dan bimbang. Itu pun ada yang ponteng! Masalah umat Islam ketika ini ialah mereka berpecah. Umat Islam berpecah sekarang ini hanya kerana berbeda fahaman, dan kerana kelemahan itulah, mudahnya musuh-musuh Allah memainkan peranan mereka.


Imam Musa al-Kazhim, merupakan keturunan Ahlul Bait Rasulullah SAW melalui Saidina Husain. Imam Musa banyak berjasa kepada penyebaran Islam di Iraq dan Hijaz. Baginda syahid diracun oleh khalifah Abbasiyah pada waktu itu, iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid, dan jasad baginda dikebumikan di Makam Kazhimiyyah, Baghdad. Sampai sekarang makam itu masih wujud, dan tak putus-putus menerima kunjungan daripada ribuan umat Islam sama ada dalam Iraq mahupun luar daripada Iraq.

0 comments: