Monday, April 13, 2009

BERSYUKURLAH




Para pimpinan tertinggi negara beserta juak-juaknya patut bersyukur kerana rakyat Malaysia tidak bereaksi sebegini rupa untuk menuntut sesuatu daripada pemerintah. Rakyat Malaysia sudah dikira bersopan santun, lemah lembut, dan beradab jika nak dibandingkan dengan rakyat Thailand pro-Thaksin (laknatullah) yang memaksa Perdana Menteri mereka Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan, sehingga perbuatan mereka itu menyebabkan beberapa wilayah di Thailand di isytihar darurat. Dan perbuatan mereka itu juga menyebabkan persidangan ASEAN terpaksa ditangguhkan, dan menyebabkan imej Thailand tercemar..



Mahukah kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak menerima nasib sebegitu....? Jangan sesekali mencabar kuasa rakyat, jalankanlah tugas dengan jujur, penulis terpaksa akui, Perdana Menteri Malaysia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, bukan untuk BN saja, ia untuk PAS,PKR, DAP,PRM,PSM,Bebas dan lain-lain. Jadi, janganlah buat negara ini seolah-olah ianya kepunyaan mak ayah kamu. Penuhi tuntutan rakyat.






Rakyat Malaysia bila berhimpun dan berarak, mereka akan melakukannya dengan aman, membawa keluarga, anak-anak kecil, ayah dan atok, kecuali terdapat provokasi daripada pihak polis, FRU, dan SB, mereka tak akan berdiam diri, mereka akan melawan. Mereka berarak dengan senyuman, tapi dibalas dengan cota, gas pemedih mata, water cannon, dibelasah, ditangkap, dan lain-lain. Jangan menyebabkan rakyat naik angin, nanti tak pasal-pasal ada trak FRU dan polis terbalik. Rakyat ada hak untuk mengadakan perhimpunan aman. Jangan sampai rakyat naik angin, nanti Malaysia akan menerima kesan yang sama seperti Thailand.



Oleh itu, kerajaan patut bersyukur dan berterima kasihlah kerana rakyat Malaysia tidak lagi bertindak sejauh itu.....


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 49 cedera dengan dua daripadanya kritikal apabila tentera Thai melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan, di tengah ibu negara ini, awal pagi ini. - AFP

0 comments: