Friday, November 16, 2012

Melayu & Hamas : Kacang Lupakan Kulit


Dasar taik idung lupakan idung --- yang ni pinjam dari kata-kata Aduka Taruna yang pernah ditinggalkannya di ruangan komen dalam blog ni suatu ketika dulu.

Kalau Melayu, selalu disinonimkan dengan istilah Melayu mudah lupa. Tapi kalau bangsa lain? Ada tak isitlah-istilah khusus untuk jenis yang mudah lupa ni?
Rasa nak tergelak pun ada bila lihat gelagat pejuang-pejuang yang berbangsa Melayu ni dalam internet. Bila satu isu timbul, terus dilupakan atau diabaikan isu yang sebelumnya.
Ingat lagi apa reaksi keyboard warrior ni dengan isu Rohingya di Burma?
Kemudian semua berpakat alihkan perhatian kepada rakyat Syria, FSA (yang konon-kononnya pejuang jihad) dan kerajaan Syria pimpinan Bashar Asad? Dan Syiah dimangsakan pula di sini.
Ok, done. Lepas tu, 2 hari lepas, kita dikejutkan dengan serangan mengejut tentera Israel ke Gaza. Habis melalak lagi pahlawan-pahlawan alam maya ini. News Feed di Facebook penuh dengan maki hamun kepada orang Yahudi dan Israel. Sekarang semua orang sibuk dengan isu ini. Habis semua pakat terjah FB Israel Defense Force, berbalah pulak dengan Facebooker Israel kat dalam page tu.
Apa yang sudah terjadi dengan Rohingya dan Syria? Semakin kurang dan akhirnya akan tenggelam liputan mengenai mereka di dalam FB. Tak gitu? :D
Ini sama la macam kisah lelaki yang berkahwin 3. Puas dengan bini pertama, pergi meminang anak dara orang pulak untuk dijadikan isteri kedua. Beberapa bulan lepas tu, terserempak dengan kekasih lama yang sudah menjanda tapi masih bergetah.. kahwin lagi, jadilah isteri ketiga.
Lelaki yang kahwin 3 : Melayu
Bini no.1 : Myanmar
Bini no.2 : Syria
Bini no.3 : Gaza (diistilahkan sebagai janda kerana sebelum-sebelum ni Gaza pernah jadi perhatian, leapstu dilupakan)

Hahaha.. lawak.. nak tengok berapa lama amarah diorang bertahan.

Terus, apa kaitan kacang lupakan kulit dengan Hamas?

Hamas, sudah memutuskan hubungan dengan Iran kerana Iran menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Asad. Syria dan Iran, negara-negara yang selalu memberi bantuan kepada penduduk Gaza, sama ada berbentuk kewangan, makanan dan senjata. Hamas dikatakan pro-pemberontak Syria. Hamas sekarang sedang berjinak dengan kekasih baru yang bernama MORSI. Tapi Morsi tak boleh buat apa-apa meskipun jarak mereka berdua dekat. Sebelum serangan Israel ke atas Gaza, jangan lupa bahawa Mesir mengiktiraf Israel dengan menghantar dutanya ke sana. Tapi pejuang-pejuang Islam yang berketurunan Melayu ni diam saja. Iyalah, MORSI kan pujaan diorang, sampai bersorak sakan semua sewaktu dia menang pilihanraya presiden.
Dalam Hamas dok lupakan Iran, tapi masih lagi diorang melawan tentera Israel dengan menggunakan senjata buatan Iran! Hahaha

Tuesday, October 30, 2012

Parti Ayatollah

Beberapa hari lepas, salah seorang sahabat saya dari Bahrain menghantar gambar ini kepada saya, sambil bertanyakan apakah yang ditulis di dada akhbar itu. Dia mennyangkakan bahawa akhbar Sinar Harian itu sedang mempropagandakan anti-Syiah. Oleh kerana dia tak boleh berbahasa Melayu, saya menjelaskan kepadanya tentang kelaku-kelaku sesetengah pemimpin parti yang berlagak ulamak. Oleh kerana mereka ini beranggapan bahawa menegur atau mengkritik ulamak ini adalah satu perkara yang bid'ah, tidak bersopan lagi biadab, maka dibimbangi jika mereka ini naik menjadi pemimpin negara mereka akan bersikap sama seperti di Iran, di mana institusi 'Ayatollah' tidak boleh ditentang. Kalau kerap sangat mengkritik, alamatnya adalah yang akan bermandi darah.

Tuesday, October 23, 2012

Poorah!


Beban golongan proletariat tak akan berkurangan dengan menyediakan menu yang berkalori tinggi dan kurang berkhasiat sebagai alternatif, selagi harga barangan mentah tidak terkawal! Rakyat mahu duit gaji mereka mampu menanggung segala perbelanjaan barangan asas, bukannya set sarapan dan makan tengahari yang berkalori tinggi!

Sunday, October 21, 2012

Kasihani Bangsa Itu

Kasihani bangsa itu yang penuh akidah tapi kosong agama.

Kasihani bangsa itu yang memakai baju bukan dari kain tenunannya, memakan roti gandum bukan panennya, dan meminum arak yang tidak mengalir dari kebun anggurnya.


Kasihani bangsa itu yang meraikan samseng sebagai wira, yang menyangka kilau
penakluk sebagai laba.


Kasihani bangsa itu yang membenci nafsu dalam mimpinya, tetapi menurutinya kala
kala jaganya.


Kasihani bangsa itu yang tidak mengangkat suara kecuali masa mengiringi jenazah, tidak bercakap bangga kecuali dalam kehancuran, dan tidak akan bangun melawan kecuali apabila leher telah dicelah mata kapak dan kayu sembelih.


Kasihani bangsa itu yang pemimpinnya seekor musang, filasufnya tukang silap mata, dan seninya hanya menampel dan meniru.


Kasihani bangsa itu yang menyambut ketua baru dengan nafiri, dan mengucapkan selamat tinggal dengan ejekan, hanya untuk menerima si pengantinya dengan nafiri lagi.


Kasihani bangsa itu yang orang bijaknya pekak kerana tua dan orang kuatnya masih dalam buaian.


Kasihani bangsa yang terpecah kepada cebisan, dan setiap cebis mengaku dirinya sebagai satu bangsa. --- Khalil Jibran

Tuesday, September 25, 2012

Berhentilah menyembah ''ularmak''

Ada satu parti tu, imejnya macam parti bagi pak-pak lebai. Dalam parti tu, ada satu kasta yang dipanggil ''ulamak''. Tak tahulah apa kayu ukur yang digunakan untuk memberi label sedemikian. Adakah dengan boleh berbahasa Arab, atau mengaji di Arab atau India/Pakistan, wallahualam. Kasta ini ada ramai peminat dan pentaksub. Selalu dipuja-dipuji oleh ahli dan penyokong parti lebai tersebut, selagi mana ''ulamak-ulamak'' itu masih setia dengan parti. Kalau ada pengkritik golongan tersebut, nescaya para pengkritik itu akan dilabel sebagai munafik, keturunan Abdullah bin Ubai, musuh Islam dan lain-lain. 
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa orang ''ularmak'' telah keluar, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi dari parti lebai tersebut. Pendirian ''ularmak-ularmak'' tersebut sudah tidak sealiran dengan parti. Apa sudah jadi pada mereka? Mereka diperli dan kata-kata mereka disanggah oleh penyokong dan pencinta serta pentaksub para ''ulamak''. Orang yang dahulunya dijulang kini sudah dibakul sampahkan. Habis madu sepah dibuang.
Selagi namanya manusia, dia tak akan terlepas dari membuat kesilapan. Tak ada manusia yang maksum. Yang tak ada salah silap dan dosa cuma nabi-nabi dan malaikat saja. Jadi, kenapa anggap kata-kata dan pendapat mereka dah jadi semacam hadis? Zaman sekarang, ''ulamak'' semakin bertambah umpama cendawan selepas hujan. Tapi tak semua cendawan itu betul-betul elok. Ada juga yang beracun. Kalau silap makan, innalillahi wainna ilaihi raajiuun lah jawabnya..


Tuesday, August 28, 2012

Hudud oh Hudud

Si Bangang dan Si Bengong kembali bertumbuk. Gerombolan bersorak sakan dan bertepuk tangan.
Morsi tak pernah canangkan hudud semenjak menang di Mesir. Hamas di Semenanjung Gaza pun sama. Mereka mampu, umat Islam di sana pun majoriti, kenapa tak buat? 
Mana lebih utama, isu kemiskinan dan korupsi atau hudud?
PAS terjerut leher sendiri. Terperangkap dengan isu/perkara yang tak mampu dilaksanakan selagi tidak menjadi majoriti dalam pentadbiran negara.

Wednesday, June 20, 2012

Realiti orang Islam

Orang Islam selalu tidak mahu, atau tidak tahu, berlaku adil. Mereka selalu marah orang lain yang tidak mahu memahami Islam. Tetapi adakah mereka cuba memahami orang lain, memahami Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Dan memahami orang lain itu dari sumber-sumber sahih agama dan tamaddun tersebut. Jangan cuba memahami agama Kristian atau Yahudi dari sumber-sumber anti Kristian atau Yahudi. Jangan cuba memahami agama Buddha, Hindu atau tamadun Cina dari sumber-sumber yang mencerca agama atau tamadun tersebut. Orang Islam pasti tidak mahu orang lain mengkaji agamanya dari sumber-sumber yang anti Islam.

Sunday, May 13, 2012

Bapa Pengharaman Malaysia


Ustaz yang sama yang mengisytiharkan bahawa menyambut Hari Valentine boleh jadi kafir murtad. Kalau logik dia dipakai, guna Facebook itu bermakna kita mengiktiraf dan mengikuti Yahudi. Menggunakan kalendar Gregorian juga bermakna kita mengikuti Pope Gregory XIII dan gereja Katolik. LOL

Inilah jadinya kalau dah ketagih pegang mikrofon jadi suka haramkan dan jatuh hukum sana sini.


Ketidakpuasan hati di Facebook - pengikut-pengikut tegar Yahudi dan Mark Zuckerberg! Kah kah kah

Wednesday, May 2, 2012

Gambar yang menyayat hati


Pak Samad ditahan oleh polis sewaktu beliau berada di atas jejantas stesen Pasar Seni. Polis tidak benarkan Pak Samad turun untuk bersolat di Masjid Negara. Sebagai bantahan, Pak Samad terus 'Duduk Bantah' di sana sambil dikawal oleh segerombolan haiwan beruniform biru..

Tuesday, May 1, 2012

Fuck Fear. Let's Dance




Gambar-gambar inspirasi untuk demo yang akan datang

Monday, April 30, 2012

Catatan Bergambar Bersih 3.0

Disebabkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mahukan perubahan yang lebih baik kepada negara, saya memilih untuk menghadirkan diri ke perhimpunan "Duduk Bantah" Bersih 3.0 dan mengorbankan lawatan yang sepatutnya diwajibkan oleh majikan saya.

Saya bertolak awal pada hari Sabtu lepas. Dalam pukul 9 pagi atau lebih. Start dari Ampang >> Ampang Park (Jalan ke KLCC ditutup) >> berjalan kaki ke KLCC >> Masjid Jamek (11 am) >> Depan Dataran Merdeka >> Masjid Negara (12 pm) >> Dataran Maybank >> Lebuh Ampang >> Masjid Jamek >> END

 Suasana di depan menara KLCC. Anggaran dalam 1000 orang. Majoriti berpakaian hijau (anti Lynas).



 Tiba di Masjid Jamek. Walaupun masih awal, jumlah peserta demo sejauh mata memandang..

 Di hadapan Dataran Merdeka


 Jonah yang sepatutnya lead perarakan kecil dari hadapan Dataran Merdeka ke bahagian belakang Dataran Merdeka (hampir dengan Masjid Negara), tapi last-last dia suruh patah balik. Alang-alang dah dekat dengan Masjid Negara, saya putuskan untuk pergi saja ke sana untuk meninjau keadaan di Masjid Negara pula.

 Masjid Negara boleh tahan crowded. Berarak sebelum pukul 2, tapi bukan ke arah Dataran Merdeka (sebab ada gerombolan polis block jalan). Unit Amal lead perarakan ke Dataran Maybank.

 Gerombolan polis yang block jalan sebelum Zohor. Selepas Zohor depa masih lagi belum berganjak.

 Lautan manusia dari Masjid Negara ke Dataran Maybank.

 Di hadapan Dataran Maybank. Antara pimpinan yang berucap adalah Presiden PAS, Hadi Awang, Tan Seng Giaw, Anthony Loke, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dll



 Presiden PAS yang kepanasan dikipas oleh pembantu-pembantu beliau.

 Di area Masjid Jamek. Masa ni memang dah kecoh. FRU dah tembak gas.


 Lari dari polis tapi masih sempat snap gambar dari jauh.

 Dikejar polis. Lokasi : Belakang Restoran Jamek

 Polis berkumpul di depan Masjid Jamek.

 Dr. Hatta Ramli


 Water cannon pula. First memang depa sembur air biasa.

 Brader ni kaki dia berdarah sebab terkena canister.


 Dalam pukul 5. Suasana bertukar jadi rusuhan. Polis vs Rakyat (campur SB yang menyamar jadi peserta demo). Aku kejar, kau lari. Kau kejar, aku lari.

Senjata : Penumbuk, penendang, batu, botol air mineral, kasut, selipar.



 FRU suruh balik

 Diorang ni tengking balik FRU

Lebih kurang sejam, terpaksa jugak balik. Sebab polis memang mengganas gila babi, dikejarnya sampai ke dalam stesen LRT. Ramai yang kena belasah. Di bawah stesen, jumpa Sam dengan Pak Jabit (lupa ambil gambar).

Monday, April 16, 2012

Setuju dengan pendidikan percuma, tapi..

1. Mesti hapuskan IPTS

IPTS bermotifkan perniagaan. Maka apa yang dikejarkannya adalah keuntungan. Siapa saja boleh masuk tak kira cerdik @ bodoh asalkan berduit. Entiti ini juga merupakan salah satu penyebab student-student hidup terhimpit, iaitu dengan yuran pengajian yang cekik darah.


2. Ketatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT)

Syarat kemasukan ke IPT perlu diperketatkan. Ini bertujuan untuk memberi 'pressure' kepada student pra-universiti untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya graduan yang keluar dari universiti kebanyakannya adalah graduan yang berkualiti.

Berbeza dengan masa kini, kuantiti melebihi kualiti. Ini kerana, student yang kurang pandai, malas, banyak main-main dll masa zaman persekolahan mereka pun boleh sambung belajar hingga ke IPT - kerana adanya IPTS dan juga PTPTN. Kesannya, kebanyakan graduan yang keluar adalah yang kurang berkualiti.

Habit/perangai malas dan main-main mereka sewaktu zaman persekolahan boleh berjangkit dan berterusan hingga ke IPT. Jadi, contohilah anak-anak kaum lain. Semenjak kecil mereka ditekankan dengan belajar, sebab itu kebanyakan daripada mereka sangat pandai.

Eloklah keadaan ditukar balik sama macam 30 atau 40 tahun yang lalu. Tak ramai yang berjaya menyambung pelajaran ke IPT tetapi jika mereka keluar saja dari universiti, InsyaAllah mereka adalah graduan yang berkualiti.

Saturday, April 14, 2012

Catatan bergambar Demonstrasi Mahasiswa Tuntut Pendidikan Percuma

(14/04/12)Perjalanan demo menuntut yuran percuma bermula dari : Masjid Jamek >> Tepi Dataran Merdeka >> Sogo >> Dataran Merdeka

Mula keluar dari rumah pada jam 12 lebih, ambil bas dari Ampang menuju ke KLCC. Boleh je berhenti di LRT Ampang, tapi sengaja nak berjalan jauh dengan bas - supaya boleh bernostalgik lama-lama di atas bas. Ngee.

Keadaan di dalam LRT di stesen KLCC agak sesak.

Turun di Stesen Masjid Jamek - terus ke Masjid Jamek untuk solat jamak. Terserempak dengan Adam Adli and the gang.

Dalam pukul 2 lebih, semua berkumpul di luar masjid. Khalid Ismath (baju kuning) sedang memaki Najib.

Malaysia Bangkit, bukan kuih bangkit.



Pemuda Parti Sosialis turut serta dalam demonstrasi ini.


Perhimpunan ini boleh dikira berjaya, walaupun sasaran seramai 5000 mahasiswa tidak tercapai.
Education is for free. Not for sale. Pendidikan percuma untuk semua.

Liputan dari stesen TV mana ntah?

ABU - Anything But UMNO - Asalkan Bukan UMNO


Berdasarkan ilmu makrifat beserta kasyaf dan karamah yang ada pada Tok Syeikh Reformis Jalanan, mangkok dua ekor yang langsung tak hensem di atas ni adalah khinzir-khinzir tunggangan UMNO. Terima kasihla sebab meramaikan majlis kitorang. Semoga Allah memberi hidayah untuk beralih dari UMNO (laknatullah) kepada parti-parti yang lawan UMNO/BN. Kalau tak, lebih baik berambus saja masuk ke dalam tanah, biar jimat sikit ruang atas muka bumi ni.
Menuju ke Dataran Merdeka. Demo kali ni, polis langsung tak kacau (tak ada polis langsung, yang ada cuma polis trafik dan pegawai DBKL). Terima kasih!

Di sepanjang jalan di antara Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar.

Blogger Abu Nawas [klik] turut serta selaku mahasiswa pencen.

Blogger Tukar Tiub [klik], Isham Rais pun ada!

YB Tian Chua dan Nurul Izzah

Mangsa keganasan polis di UPSI, saudara Safwan Anang membuat ucapan di hadapan Sogo.

Kawan lama, saudara Akram Ikrami.


Adam Adli

Salute pada pakcik yang prihatin ini.

Edyes yang sedang asyik berSMS dengan buah hatinya di saat orang ramai sedang memberi perhatian pada ucapan yang dibuat di hadapan Sogo.

Lepas himpunan di Sogo, ingatkan dah habis. Rupanya berarak semula ke Dataran Merdeka.

Menjulang gambar arwah Najib dan Khaled Nordin. kah kah kah

Tiba di Dataran Merdeka. Masa untuk Occupy.

Memasang khemah sebagai simbolik untuk menunggu respon dari kerajaan.

Adam Adli (kiri) bersama Fahmi Reza (kanan) yang turut hadir sebagai solidariti kepada mahasiswa yang memperjuangkan pendidikan percuma. Topeng Fahmi Reza memang cool. Tak tahu kat mana boleh dapat topeng tu.

Be realistic. Demand the impossible.

Pakcik ni sedih sebab Najib dah jadi arwah. kah kah kah

Potret arwah Khaled Nordin diletakkan bersebelahan tong sampah. kah kah kah

Hampir pukul 5, saya terus pulang. Dari Dataran Merdeka ke Stesen LRT Masjid Jamek, berhenti di KLCC untuk isi perut dan seterusnya naik bas di Ampang Park.

Hujan sewaktu berada dalam bas. Macam mana agaknya himpunan di Stadium Merdeka dalam keadaan hujan macam ni? Gambar di atas ialah gambar Stesen LRT Ampang, pemandangan dari dalam Metrobus.