Friday, April 24, 2009
ANWAR, PKR, DAN PENANTI
Seperti yang penulis katakan sebelum ini, kalau boleh selepas PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, tak payahlah ada PRK lagi, tumpukan perhatian terhadap krisis ekonomi sekarang, tak kira pimpinan BN mahupun pembangkang. Terbaru, di Penanti, adakah akan berlaku lagi satu PRK? Penulis cukup tak suka dan meluat cara PKR menyelesaikan masalah dalaman parti itu, sehingga mendesak Fairus meletakkan jawatan, dan seterusnya mengheret Anwar ke dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang berkenaan isu pengganti Timbalan Ketua Menteri 1.
Fairus mula-mula disiasat (belum dibuktikan kesalahan lagi), angkara pimpinan PKR di Pulau Pinang. Inilah politik melayu , yang senantisa dipenuhi oleh hasad dengki, punyai hati perut yang busuk seperti bangkai. Perlu ke lagi satu PRK? Ini dah membuatkan rakyat mengeluh, pemimpin yang dipilih, meletak jawatan secara sesuka hati. Dalam tempoh setahun lebih, pengundi di kawasan DUN Penanti sudah keluar mengundi 2 kali, pertama pada PRU tahun lepas, dan kedua pada PRK Permatang Pauh. Ironinya, kesemua PRK yang melibatkan PKR, penyandangnya meletakkan jawatan. Dr. Wan Azizah (Permatang Pauh), V. Arumugam (Bukit Selambau), dan Fairus Khairuddin (Penanti). Penulis tidak bersetuju PRK diadakan. Satu penyusahan dan juga pembaziran. Sepatutnya jangan diambil tindakan drastik, belum apa-apa dah letak jawatan. Pimpinan PKR Pulau Pinang ini bebal sangat ke, sampai memerlukan Anwar Ibrahim turut campur tangan?
Kebanyakan masalah politik di negara ini dari ADUN-ADUN PKR sendiri. Bekas ADUN PKR di Perak, 2 orang, Elizabeth Wong, dan terbaru, Fairus. Ini boleh mencemarkan imej Anwar Ibrahim selaku ketua parti. Anwar pula, jika ditakdirkan berlaku juga PRK di Penanti, apakah "perkara gempar" yang akan dia umumkan nanti? Mula-mula dahulu gimik 16 September, lepas itu memberitahu bahawa jumlah MP BN nak melompat sudah mencukupi, dan semasa kempen di Bukit Selambau, dia umumkan pula ada pengumuman tergempar, rupa-rupanya hanya Naib Presiden PPP dan pengikutnya masuk PKR saja, lagipun berita itu sudahpun tersebar dalam internet, sebelum diumumkan lagi. Kepada Anwar, janganlah mainkan lagi politik seumpama ini, kerana lama-kelamaan rakyat pasti akan meluat dengan kelakuan kamu itu!
P/S : Fairus Khairuddin telah dibuktikan tidak bersalah oleh SPRM, berikutan tuduhan-tuduhan yang menyatakan bahawa beliau terlibat dalam kes rasuah berkaitan kuari di Seberang Perai. Tetapi dia tetap dengan pendirian mahu meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti. Ini semua berpunca daripada pimpinan PKR Pulau Pinang itu sendiri, yang mengatakan bahawa ada pemimpin kerajaan negeri terlibat dengan rasuah.
Hadis Nabi SAW : Fitnah itu tidur, laknat Allah menimpa keatas sesiapa yang mengejutkannya daripada tidur.
3 comments:
salam penulis pada saya kes fairus pada mula2 sy tak pasti la hasad dengki... tapi setahu saya pihak AMK tidak mahu ada rasuah dalam PKR maka mereka telah membuat satu report untuk dihantar ke SPRM... cuma SPRM yg memperbesarkan seperti pkr ADA DENGKI-MENDENGKI... akhirnya fairus tak besalah dan isu perletakan jawatan.. takpelah dia letak jawatan kalau dia tak mampu nekerja lagi... cuma SPRM kene la sttle cepat buat cepat PRK supaya sttle cepat dan boleh tumpu kearah ekomnomi pula... kalau mereka takbuat PRK sebab letak jawatan... bagaimana mereka nak buat PRK untuk kerusi PAKLAH yg letak jawatan JUNE ini...?
Tak perlu ada PRK...ganti saja calon PAS di Penanti dan calon UMNO di Kepala Batas.
Apa-apa pun terserah pada SPR. Penulis sekadar lontarkan pandangan.
Askm sdr serp
Inilah masaalahnya kalau lantik orang yg pandai mengampu.tetapi mengetepikan mereka yag mengkritik,
kata BAGINDA REFORMASI AMK tidak mahu ada rasuah.betul ke?? atau busuk hati dan hasad dengki. kan kebanyakan pemimpin dalam keadilana dalah bekas umno. so you ingat walaupun mereka masuk keadilan sifat mereka pun sama masuk keadilan ke. saya jamilkucings endiri terasa malu.kerana semenjak pilihanraya lepas pemimpin keadilan yg buat hal. dan yang buat hal ni jamil pun tak pernah tengok waktu dsai dalam penjara dulu.
Cuba tengok contoh sdr onn bakar ( paradigma berani ) beliaus eorang pemimpin yang ikhlas,berani menegur tetapi belum lagi dsai keluar sudah ada yang busuk hati terhadap pencapaiannya. adakah dsai ingat jasanya. sdr onn bakar adalah orang yang paling aktif di eras reformasi. bahagia mana paling aktif. ( ceras ) di abwah siapa ? sdr onn bakar.
Sya prinsif saya senang sahaja. i dont care who you are . if you are wrong that mean wrong. nak kipas bodek sorry not me. that it.
Post a Comment