Thursday, April 9, 2009

Barisan Kabinet Telah Diumumkan

Baru saja sebentar tadi PM ke-6 Najib Tun Razak mengumumkan barisan kabinet barunya di Putrajaya. Kabinetnya adalah seperti berikut (sesetengah nama kemungkinan dieja dengan salah) :


1) Perdana Menteri : Najib Tun Razak

2) Timbalan Perdana Menteri : Muhyiddin Yasin

3) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri :

i) Koh Tsu Koon - Hal Ehwal Perpaduan
ii) Nazri Aziz - Perundangan dan Parlimen
iii) Nor Mohamed Yaacop - Unit Perancang Ekonomi
iv) Mejar (B) Jamil Khir Baharom - Hal Ehwal Agama

4) Menteri Kewangan : Najib Tun Razak
Menteri Kewangan Ke-2 : Ahmad Husni
Timb. : Dr. Awang Adek Hussin

5) Menteri Pelajaran : Muhyiddin Yasin
Timbalan : Dr. Wee Kah Tsiong dan Dr. Puad Zarkashi

6) Menteri Pengankutan : Ong Tee Keat
Timbalan : Abdul Rahman Bakri & Robert Law

7) Menteri Sains Perusahaan Perladangan : Dr. Bernard Dompok

8) Menteri Dalam Negeri : Hishamuddin Tun Hussein

9) Menteri Penerangan : Rais Yatim
Timbalan : Joseph Salang Gandum

10) Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi : Peter Chin

11) Menteri Pengajian Tinggi : Khaled Nordin
Timbalan : Saifuddin Abdullah

12) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Shafie Apdal
Timbalan : Hasan Malek

13) Menteri Perdagangan Antarabangsa : Mustapha Mohamed
Timbalan : Mukhriz Mahathir

14) Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Doughlas Embah

15) Menteri Sains dan Teknologi : Maximus Ongkili

16) Menteri Pelancongan : Ng Yen Yen

17) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Noh Omar
Timbalan : Johari Baharum

18) Menteri Pertahanan : Zahid Hamidi

19) Menteri Kerjaraya : Shaziman Abu Mansor

20) Menteri Sumber Manusia : S. Subramaniam

21) Menteri Kesihatan : Liow Tiong Lai
Timbalan : Rosnah Rashid Shirlin

22) Menteri Belia dan Sukan : Shabery Cheek

23) Menteri PErdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna : Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Tan Lian Hoe

24) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Kong Choo Ha

25) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Shahrizat Jalil
Timbalan : Chew Mei Fan

26) Menteri Luar Negeri : Anifah Aman

27) Menteri Wilayah Persekutuan : Raja Nong Chik
Timbalan : M. Saravanan


Mereka semua dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada jam 9.30 pagi esok. Seperti yang dijangka, beberapa menteri sudah digugurkan, antaranya ialah Syed Hamid Albar, Azalina Othman, Mat Taib, dan Zulhasnan Rafique. Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil berjaya mendapat balik jawatan lama dia. Ketua Puteri UMNO turut mendapat jawatan timbalan menteri.

Dan jangkaan yang sudah tepat, Ketua Pemuda UMNO langsung tiada dalam senarai kabinet (KJ). Malah Najib pulak melantaik calon Ketua Pemuda yang kalah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Mukhriz Mahathir. Sudah pasti Madey Kutty turut berperanan dalam pemilihan ini.

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

SALAH SIAPA???
PKR Gerik, Thursday, April 9, 2009
UMNO/BN dah kalah 4-1 dalam pertandingan kalah mati bagi liga piliharaya kecil Malaysia. Namapk gayer nyer kome....., UMNO/BN ni udah mati empat kali tapi dia masih bernyawa lagi ....!! Eleh... nyawa-nya ikan..... sikit lagi mati ler teroih!!! Kita doa-doakan ler..... Jangan bagi dia menderita lama-lama..... kesian.... baik cepat sikit dia mati, tak payah nanggung derita lama-lama sangat!!!! Betoi tak yop....??? Ha.... yong pulak... apa kata????


Dulu bila deme ghoyup teruk..... deme asyik-asyik nyalahkan Pak Lah. Ini Pak Lah dah tak de, sapa pulak deme nak nyalahkan??? Muhyiddin......??? Dia orghang baru..... pengarah pilihan raya UMNO/BN yang baru bebenor dilantik. Salah sikit-sikit boleh ler.... but not totally!!! Tak cukup masa nak atur strategi sebab baru benor habeh pemilihan UMNO dah nak berkempen.... Ok, kalau gitu, komer slow down ler sikit dengan dia ni......


Zahid Hamidi......???? Dia yang sibuk bebenor masa di Bukit Gantang....!!!! Kalau di Peghak ni, memang komer patut salahkan Mat Agogo ni. Isu di Perghak ni berkisor pasal isu rampasan kuasa.... isu fitnah pohon derhaka yang membabitkan Nizar...... isu tanah... isu rampeh mikrofon.... isu penari seksi tiga suku bogel yang dikataan budaya orang Cina.... Boleh dikatakan semua isu itu ada kaitan dengan Zahid Hamidi baik secara langsung mau pun tak langsung..... Jadi.... kome boleh hentam dia....!! Hentam kome, jangan tak hentam.... Weh.... weh.... lari dia weh!!! Tau, takut..... Mana ler mamat ni nyorok??? Tunggu kamu, PRU13 nanti...!!!


Zambry, camne pulak??? Erm.....mamak ni usah sebut ler nama dia!! Yang dia pandai merapu. Tapi, kita patut berterima kasih pada mamak ni. Sebabkan merapu dia ler.... Nizar boleh menang!!! Tak gitu..... ?? Zambry... Zambry.... the rakyat has spoken. Orghang Perak tak mahu kan kamu sebagai MB. Isyarat jelas, rakyat Peghak dah tunjukkan..... deme suka Nizar!!! Full stop!!! So, mulai sekarang, hang jangan ler nak perasan sangat.... jangan bagi orghang getik lebih-lebih sangat kat hang!!! Sakit jiwa nanti.......


So... siapa yang patut pikul tanggungjawab atas kekalahan UMNO/BN??? Kalau ikutkan dari tinjauan dan cakap-cakap di keda-kedai kopi... surau dan masjid.... pejabat.... and so on ler..... nama yang deme sebut ialah Najib. Sebab sebagai pemimin no 1 negara, dia harus pikul tanggungjawab bagi kekalahan di dua bukit, khusus nyer di Bukit Gantang!!! Rakyat dah tunjukkan dengan jelas yang deme memang marahkan Najib, gara-gara rampasan kuasa di Perak!!!

Deme dah kata.... : "Say Tak Nak To Najib!!!" Kalau bubar ler DUN Perak.... rasa nyer depa ni akan ternganga!! Betoi tak kome...???

Reformis Jalanan said...

Betoi.... kalah teruk la depa..