Wednesday, March 31, 2010

Negara Yang Mempunyai Akses Internet Terlaju Di Dunia


Antara beberapa fakta yang saya dapat kumpulkan ialah

  • 40% penduduk Korea Selatan membeli secara online.
  • Semua sekolah dan universiti berkongsi data pelajar dan segala urusan akademik. Sehingga kedatangan harian dan aktiviti sukan juga boleh diperolehi secara masa sebenar.

  • 1Gbps akan dapat dihasilkan pada tahun 2012. Maksudnya dalam masa 12 saat anda dapat muat turun filem 120 minit.
  • Sekarang kelajuan internet di Korea Selatan ialah 100Mbps. Apa bandingan dengan kelajuan internet Malaysia?
  • Penduduk Korea Selatan berjumlah 48 juta orang tetapi kerajaannya membelanjakan $25 bilion USD untuk 5 tahun akan datang hanya untuk internet.
  • Perisian yang berasaskan Windows meluas digunakan. Ini menyebabkan OS Linux atau Mac terpinggir. Ipod murah di sana.

Itu antara data yang dapat dikumpulan. Mengikut kawan saya yang pernah ke sana. Tahap kelajuaan internet amat terasa sehingga di dalam keretapi internet lebih pantas berbanding jalurlebar Malaysia.

Pengunaan Ip phone bergitu meluas, telefon tersebut membolehkan internet digunakan sebagai medium. Kadar menjadi sangat murah bila guna skype atau perisian seumpamanya.



Kredit kepada blog http://syedkhalil.com/652/korea-selatan-dan-internet/



Macam mana pula dengan Malaysia? Jauhhhh ketinggalan. Kadang-kadang nak download 1 movie pun jenuh menunggu hingga malam. Ada sesetengah orang sampai 2 hari baru siap download. Di Malaysia, kelajuan 250 kbps sudah boleh menggunakan broadband. Sedangkan di negara-negara luar, dengan kelajuan 1 mbps barulah layak menggunakan broadband.


Nyatalah Malaysia adalah antara negara yang paling fakap dari segi kelajuan internetnya. Perhatikan poin yang ke-5 itu. Kerajaan Korea membelanjakan jumlah yang besar dalam masa 5 tahun hanya untuk kegunaan internet untuk rakyatnya. Di Malaysia, untuk berkorban kepada rakyat demi keselesaan mereka, pemimpin kerajaan bercakap seolah-olah duit kerajaan adalah duit mak bapak mereka. Nak beri subsidi dan bantuan kepada rakyat yang berjumlah dalam linkungan 1 billion pun merungut.

Tuesday, March 30, 2010

Benci UMNO


Terbaca satu slogan yang menarik di dalam blog Ustaz Wan Ji yang bertajuk "Benci UMNO''. Diletakkan di sisi blognya yang bertulis :


"Saya Muslim. Saya benci UMNO. Saya benci gabung dengan UMNO. Saya benci orang yang 'candukan' Islam untuk gabung dengan perkauman UMNO"


Di header blog beliau juga ada :


"Saya Muslim. Saya benci perkauman. Sebab itu, saya benci UMNO"


Terasa gatal tangan pula nak buat benda yang sama macam dia. Ini yang saya punya pula, lagi panjang :


Saya Muslim. Saya benci corruption. Saya benci kezaliman. Saya benci kerja-kerja membodohkan rakyat. Sebab itu, saya benci UMNO. Saya benci dan maki mana-mana pemimpin pembangkang yang nak duduk sekelambu dengan UMNO. Saya benci pemimpin pembangkang yang mengikuti perangai UMNO. Saya benci mereka yang nak bergabung dengan perompak harta rakyat.

Monday, March 29, 2010

Calon Parlimen Hulu Selangor


Nama yang disebut-sebut ialah Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Cabang Kelan Jaya Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Ketua Cabang Sabak Bernam Badrul Amin, peguam dan akitivis N. Surendran dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim. - The Malaysian Insider


Saya setuju sangatlah kalau Ustaz Badrul Amin menjadi calon di Parlimen Hulu Selangor. Beliau lebih sinonim di Semenanjung khususnya Selangor walaupun berasal daripada Sabah. Pada PRU lepas, beliau bertanding di Parlimen Sabak Bernam dan DUN Kuang, tapi kalah kedua-duanya.


Sangat sesuai jika meletakkan seorang Ustaz sebagai calon walaupun harapan untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi itu dilihat tipis memandangkan ketiga-tiga DUN dibawah Parlimen Hulu Selangor semuanya dimenangi oleh BN pada PRU lalu. Undi protes dari orang-orang UMNO pada calon MIC dulu kot?


Ini adalah ulang tahun Pilihanraya Kecil peringkat Parlimen. Tahun lepas di Bukit Gantang. Masa itu fenomena Pakatan Rakyat masih lagi kuat. Sekarang belum tentu lagi, lihat macam mana pengundi di sana membuat penilaian selepas 2 tahun.

Sunday, March 28, 2010

Puaka Tua Mendakwa TGNA Bersubahat


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu yang didedahkan cuba menggerakkan usaha mengambil alih kuasa pada 16 Sept 2008.


“Nik Aziz kata (Datuk Seri) Zahrain (Hashim) tak patut dedah perbuatan jahat, tak baik bersubahat.


“Kalau benda itu... kalau tidak ambil tindakan untuk halang tindakan mendedahkan kesalahan, itu semacam kita bersubahatlah,” kata beliau ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan sulung Perkasa di sini hari ini. - The Malaysian Insider





Ingat lagi macam mana gelabah dan kecut perut puaka tua ini apabila tarikh 16 September 2008 dulu semakin hampir? Dia ada cakap nak tinggalkan negara ini kalau Anwar Ibrahim jadi PM.. hahaha..




16 SEPTEMBER DATANG DARIPADA UMNO




Selepas PRU-12, ramai pemimpin dan ahli parlimen UMNO dan BN begitu meluat dan tidak suka kepada Abdullah Badawi. Maka timbul satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinannya dengan bekerjasama dengan pihak Pakatan Rakyat yang ketika itu masih lagi bersorak kerana menang besar.




Nak tahu cerita ini dengan lebih lanjut bolehlah tanya pada Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). Beliau banyak bersembang dengan MP-MP dari BN dan banyak rahasia di dalam genggamannya.

Rupanya Ada Pembaca Yang Tak Reti Nak Baca Dan Faham


Tak nampak ke ada perkataan "jika"? Jika ada ayat yang mempunyai perkataan itu, ia bermakna masih belum jelas dan bukan lagi kenyataan. Jika ada usaha nak menyingkirkan mana-mana pemimpin PAS yang pro-Pakatan Rakyat, maka ianya adalah kerja yang celaka! Bukannya dibaca seolah-olah perkataan "jika" dan "maka" itu tidak wujud? Kau suruh aku belajar lagi tapi nampaknya kau yang kena belajar balik. Huhuhu.. Memalukan. Jatuhkan maruah di depan seorang budak.


Saya cabar mana-mana pihak supaya buktikan bahawa Ustaz Ahmad Awang berbohong dengan kenyataan beliau sewaktu Muktamar lepas :


"Ada pihak perwakilan yang kata mana ada diantara kita yang nak pergi atau berunding bersama UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk kita bersama dengan UMNO?"


Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu"


Ustaz Ahmad Awang memberitahu bahawa ketika beliau mengucapkan itu, ada pemimpin tertinggi yang menjeling kepadanya. Siapa? Hanya beliau saja yang tahu.


Jangan suruh saya membaca ulasan di sebuah blog "pencen". mana dia ulasan itu? Dia cuma menveritakan keadaan dirinya sewaktu Ustaz Ahmad Awang membuat ucapan tersebut. Akhirnya dia kata ucapan itu tidak kena dan Ustaz Ahmad Awang bakal dipersoalkan oleh Allah. Itu pun andaian! Bukannya ulasan. Bahlol. Buktikan bahawa Ustaz Ahmad Awang berbohong.


Kau kata Tulang Besi macam-macam. Ada kau bawa bukti? Kau pun ambil maklumat dari blog orang lain jugak kan?

Saturday, March 27, 2010

Pelacur Politik Murahan

INI 4 ORANG DARIPADA MEREKA



INI PULA KETUA MEREKA




Biasa dengar pelacur murahan? Biasanya mereka terdiri daripada pelacur-pelacur yang sudah tak laku dan amat jarang mendapat pelanggan. Kalau ada pun kebanyakannya dilanggan oleh penagih dadah dan orang yang sengkek. Kategori ayam tua pun termasuk dalam jenis ini. Bayar 2-3 ringgit pun dah boleh jalan.


Mereka dah tak laku, maka kerja mereka yang terdesak untuk mendapatkan pelanggan ialah, duduk tepi jalan, orang lalu terus selak kain menampakkan pangkal paha yang sudah hilang serinya. Dengan harapan orang yang lalu lalang akan tergoda.


Begitulah perumpamannya dengan mereka-mereka di atas. Mereka menyalak-nyalak dalam parlimen, dedah sana-sini, dengan harapan dapatlah sedikit habuan dan juga publisiti.

Jika Benar, Ianya Adalah Kerja Celaka Di Dalam PAS!


Terasa lama benar tak update blog ini walaupun hanya beberapa hari. Bukan apa, line internet di sini macam sial. Nak keluar pergi cyber cafe rasa malas. Takkan keluar hanya semata-mata nak update blog kut?


Banyak perkara yang saya tertinggal sepanjang ketiadaan saya di alam maya selama beberapa hari. Antaranya :


1. Pendedahan "berani" Zul Noordin di parlimen.

2. YB Hulu Selangor meninggal dunia (al-Fatihah). PRK datang lagi. Oleh kerana YB Hulu Selangor dari PKR tidak membuat apa-apa onar sebelum ini, elok sajalah biar calon PKR yang diletakkan di sana (dengar kata nak letak Zaid Ibrahim?).


3. TGNA bersedia untuk letak jawatan.


Kali ini biar saya sentuh dulu perkara yang ketiga. TGNA berkata beliau sedia melepaskan jawatan selaku Mursyidul Am. "Mujur sangatlah kalau tidak diberi apa-apa jawatan," katanya. Sememangnya saya juga merasa kasihan terhadap keadaan fizikal dan tahap kesihatan beliau. Terpaksa ulang alik Kelantan-KL, menguruskan pentadbiran negeri Kelantan, turun bertemu rakyat bawahan, kuliah mingguan di Dataran Ilmu, imam solat subuh, dan lain-lain lagilah. Tak padan dengan tubuh lesunya dengan kerja yang banyak itu.


Saya hormati keputusan itu. Ringankan sedikit bebanan beliau. Tapi, ada satu perkara yang perlu kita fikirkan. TGNA adalah orang yang paling kuat menentang sebarang bentuk kerjasama PAS-UMNO. Pasti akan ada yang melompat kegirangan atau ketawa terkekek-kekek dalam bilik air apabila mendengar berita ini. Dan pasti juga akan ada yang keluar air liur meleleh-leleh kerana nakkan jawatan Mursyidul Am. Siapa? Fikirlah sendiri.


Satu lagi persoalan, kenapa Ustaz Ahmad Awang tidak dijemput ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS? Sudah ada khabar yang diberitakan bahawa Ustaz Ahmad Awang bakal digugurkan daripada menjadi Ahli Majlis Syura? Perlu diingat, Ustaz Ahmad Awang juga adalah orang yang menentang kerjasama PAS-UMNO di Perak, dan juga sekepala dengan TGNA. Cuba flashback balik ucapan beliau di Mukatamar PAS di Shah Alam baru-baru ini.


Sebelum ini saya berharap bahawa orang yang menggantikan tempat TGNA adalah Ustaz Ahmad Awang. Beliaulah paling layak. Tapi jika benar bahawa ini adalah konspirasi untuk membuang/menyingkirkan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat, sememangnya ini adalah kerja yang celaka.


Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu? Ianya ialah Presiden PAS bersama Timbalannya. Dan dapatkah kita mengagak apa keputusannya nanti? Lebih kuranglah dengan tindakan bodoh wa bahlul dengan melantik Mustafa Ali menjadi SUA dan juga mengekalkan Hassan Ali menjadi PJ PAS Selangor! Bukankah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut pro-UG?


Kalau Ustaz Ahmad Awang menjadi outcast, alamatnya terkenyeh panjanglah si Harussani, kerana sudah dapat geng di dalam PAS!

Sunday, March 21, 2010

Kegagalan 16 September : Tambahan Pada Artikel Topeng Perak


Semalam saya terbaca salah satu posting di blog Topeng Perak yang bertajuk September 16 : Bukan Anwar Yang Menjadi Perdana Menteri. Dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan strategi 16 September gagal. Ianya adalah berpunca daripada pemimpin PAS Terengganu. Saya tak mahu ulas apa yang dikatakan oleh Topeng Perak. Cuma saya nak menambah beberapa maklumat yang saya ketahui.


Sebelum 16 September 2008, yang paling banyak membuat kacau dan mengeluarkan kenyataan negatif datangnya daripada puak-puak PAS. Masa muktamar PAS tahun itu, Ketua Dewan Ulama (Daud Iraqi) mahu Haji Hadi menjadi PM. Tak lama lepas itu, Haji Hadi keluarkan kenyataan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat jika jumlah ahli parlimen bukan Islam melebihi jumlah ahli parlimen Islam (kenyataan bodoh lagi bahlul yang kacau daun), kemudian terkeluar istilah "angan-angan Mat Jenin". Kemudian Mustafa Ali pula berkata perkara itu tidak akan terjadi (siap keluar dalam TV3 lagi).


PAS yang banyak kacau daun walaupun ketika itu tarikh 16 September masih lagi jauh. Kemudian saya mendapat tahu bahawa Mustafa Ali yang menghasut Haji Hadi supaya jangan menandatangani satu surat/perjanjian untuk diserahkan oleh Anwar kepada Yang Di-Pertuan Agong. Mustafa Ali berjaya mempengaruhi Haji Hadi supaya tidak bersetuju dengan rancangan mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September. Mereka (geng Terengganu) inilah yang patut banyak disalahkan, jangan hanya tuding jari dan salahkan Anwar seorang sahaja.


Ini salah satu bukti bahawa kedua-dua pemimpin PAS Terengganu tersebut tidak layak memimpin dan berada di dalam pucuk pimpinan parti.

Saturday, March 20, 2010

Galeri : Terengganu Kini

Sekarang saya cuti semester. Setiap kali cuti semester saya akan balik ke Terengganu. Dan setiap kali balik, pasti ada saja perubahan di negeri makang ikang ini. Jalan raya semakin jem, banyak bangunan dirobohkan, banyak kopitiam, kononnya dah nak maju (maklumlah "Bandaraya" katakan!), tapi saya lihat taraf pemikiran rakyatnya masih lagi tak maju-maju.


Memang Terengganu ini betul-betul Darul Roboh. Macam-macam bangunan roboh. Sama ada roboh sendiri atau sengaja dirobohkan. Di bawah ini ada beberapa keping foto yang sempat saya snap selepas beberapa hari saya berada di Terengganu.


Tiang bendera PAS sebegini masih banyak di Terengganu. Terutamanya di kawasan kubu kuat.


Ini apartmen yang sedang dibina di Kampung Ladang Sekolah. Tapak asalnya adalah bangunan MAIDAM. Untuk projek ini, 2 buah surau telah dirobohkan.


Pemandangan tapak pembinaan dari jauh.


Surau Haji Awang Ladang berwajah baru. Dulu surau kuning. Tempat pertama saya mengenali dan mendalami ilmu agama.


Semuanya telah dirobohkan dan dibina baru. Gerai nasi dagang dan pulut kuning makcik ini terletak betul-betul dihadapan tapak pembinaan. Adakah tapak yang diduduki oleh gerai makcik ini akan menjadi mangsa yang seterusnya?


Ini Haji Amin. Masa saya masih lagi di Tadika, beliau merupakan imam Masjid Ladang. Menurut makcik yang jual nasi di atas itu, beliau juga imam sultan. Perbualan mereka yang sempat saya dengar ialah tentang tindakan kerajaan negeri (BN) yang rakus meroboh bangunan dan menyebabkan peniaga-peniaga kecil susah.

Mereka juga mengeluh kerana orang Melayu susah nak berubah. Dalam marah-marah, menjadi lembut apabila mendapat baja atau bantuan-bantuan lain. Kemudian pangkah BN.

Ini di sekitar Pasar Payang. Di sebelah kiri sudah menjadi tapak binaan. Sebelum ini ianya adalah deretan kedai.


Gambar di atas ini diambil pada April tahun lepas (2009). Lihat deretan kedai di sebelah kiri. Bandingkan dengan gambar di bawah ini.


Deretan kedai sudah hilang/dirobohkan.


Tapi kompleks ini sudah bertahun-tahun masih macam ni. Kosong saja. Stupid punya kerajaan negeri.

Thursday, March 18, 2010

Zahrain Oh Zahrain

INI BUKAN ZAHRAIN, INI YANG BERHORMAT MR. WILD-WILD BOAR FROM PEARL ISLAND

Kita dapat lihat bahawa sesungguhnya orang UMNO dan manusia yang mempunyai bekas-bekas dan tanda UMNO memang tidak boleh dipercayai. Menolong mereka ibarat seperti melepaskan anjing yang tersepit. Belum ada pangkat dan gelaran masih lagi boleh bersama dengan barisan pembangkang. Tapi bila dah ada title Dato' Seri, lepas tu tak dapat habuan, mulalah bertindak seperti orang gila meroyan dan menyerang membabi buta walaupun terhadap kawan baiknya sendiri.


Semalam Zahrain buat gila dalam parlimen. Macam-macam perkara yang didedahkan tentang kepincangan PKR dan DAP selama 2 tahun serta menyerang Anwar Ibrahim. Tapi kenapa baru lepas 2 tahun baru berani cakap? Inilah dasar perangai lahanat puak-puak UMNO. Duduk dalam senyap menikus, bila keluar mula berlagak seperti singa. Ok la jugak, ini satu pukulan tepat kena atas kepala Anwar, percaya sangat kat kawan-kawan bekas UMNO. Lepas tu jadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Padan muka. Padahal hubungan Anwar-Zahrain memang sangat rapat sejak dari dalam UMNO lagi.


Anwar mesti kecewa sangat lalu bertindak keluar dari Dewan Rakyat walaupun si Zahrain masih lagi belum menamatkan perbahasannya.

Wednesday, March 17, 2010

Dialog Bersama Ku Li : Datang Jangan Tak Datang

INI BARU KULI RAKYAT, BUKAN KULI UMNO.


Khusus untuk rakyat negeri Terengganu dan Kelantan yang prihatin dengan nasib rakyat yang dinafikan hak royalti minyak. Malam besok Ku Li datang Terengganu. Datanglah beramai-ramai mendengar penerangan yang diberikan di Terengganu Equestarian Resort (TER). Jam 7.30 malam solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dan dialog bermula selepas Isyak di TER.

Nama-Nama Yang Terlibat Untuk Jatuhkan MB Selangor

SU Politik Presiden Terlibat Dalam Konspirasi Jatuhkan MB Selangor?

Semalam Tulang Besi ada bertemu dengan beberapa kawan lama Tulang Besi dalam PAS. Antara topik yang diperbincangkan adalah aduan Abdullah Karim yang menjadi topik hangat satu masa dahulu.

Kawan Tulang Besi memberitahu bahawa 3 nama telah diadukan oleh Abdullah Karim kepada JK Disiplin dan SU Agung. Nama2 ini adalah berkaitan dengan konspirasi menjatuhkan MB Selangor dalam isu pemberian lembu korban serta pengurusan kereta pribadi MB Selangor. Laporan berkenaan kes tersebut boleh di baca di sini.


Nama2 itu adalah:

1.0 Suwardi Yaakob - Pembantu PJ Selangor

2.0 Roslan SMS - SU Akhbar Presiden PAS sewaktu kes lembu dan kereta MB

3.0 Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - SU Politik Presiden PAS Pusat sekarang

Mengikut kawan saya, kesah ini tengah heboh di kalangan mereka yang rapat dengan Pejabat Agong PAS Pusat.

Mengikut kawan saya ini, Nazlee GERAK telah sanggup untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat serta mendedahkan segala dokumen berkaitan dengan keterlibatan ketiga-tiga tokoh ini.


(Petikan daripada blog Tulang Besi Malaysiawaves)


Sebelum ini saya juga ada terbaca cerita bahawa nama yang ketiga itulah yang kuat membuat perancangan untuk mengacau negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana dia sebagai orang Terengganu merasa malu dan tercabar kerana Terengganu gagal diambil alih oleh PAS pada PRU lepas sebaliknya negeri lain yang jatuh ke tangan pembangkang. Tugasnya hanyalah merancang untuk mengacau pentadbiran negeri Pakatan Rakyat. (RJ)

Monday, March 15, 2010

Hanya Orang Bodoh Saja Percaya!

Rusuhan Natrah: Bila pula Melayu bersatu ketika itu? - Khalid Samad Sunday, 14 March 2010 3:23 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Penyatuan semula Umno dan Pas, menggunakan isu Natrah adalah tidak tepat kerana wujudnya dasar dan sikap Umno yang tidak jelas terhadap Islam itu sendiri, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.


Beliau berkata demikian dalam suatu sidang media ketika merujuk sebuah laporan Utusan Malaysia yang berjudul, 'Bukan mustahil Melayu bersatu' yang mana antara laporannya, menyifatkan bahawa perpaduan Melayu wujud dalam peristiwa rusuhan Natrah di Singapura 1950.

Sementara itu, Khalid dalam kenyataan balasnya terhadap laporan itu berkata, orang Melayu, khususnya Umno tidak pernah bersatu dengan parti-parti Melayu apabila isu rusuhan Natrah muncul ketika itu.

"Saya nak maklumkan bahawa dalam isu Natrah ini sekali pun orang Melayu tidak bersatu

"Umno ditubuhkan pada 1946. Dalam isu Natrah 1950, Umno diam membisu. Yang ke depan dalam isu itu (rusuhan Natrah) ialah Angkatan Pemuda Insaf (Api), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan sebagainya," kata beliau lagi. - erapakatan.com


Hanya orang bodoh dan tak tahu sejarah saja yang percaya bahawa orang Melayu bersatu ketika kes Natrah. Mana perginya UMNO ketika itu? They did nothing! Mungkinkah pemimpin tertinggi PAS yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu pernah bersatu ketika kes Natrah ini dahulu mahu mencandukan orang Melayu bahawa mereka mesti bersatu?

Macam-macam kenyataan pelik yang keluar daripada mulut beberapa pemimpin tertinggi PAS sejak akhir-akhir ini. Agaknya mabuk dengan kemenangan yang lepas maka mereka rasa teruja untuk mendapat kuasa dengan jalan bekerjasama dengan pihak yang zalim!

Saturday, March 13, 2010

Ke Mana Perginya Hasil Pendapatan Negara Yang Melimpah Ruah?


Salah satu perkara yang saya tegaskan kenapa UMNO laknatullah perlu dihapuskan ialah kerana mereka tak habis-habis menyusahkan dan menyeksa rakyat bawahan.


Subsidi petrol kini 45 sen seliter

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.

‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.




Sepatutnya kerajaan Malaysia perlu berasa gembira kerana harga minyak dunia naik. Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Maka berlimpah-limpahlah keuntungan masuk ke dalam akaun negara. Dengan itu dapatlah dikembalikan kepada rakyat dari segi pendidikan, perubatan, dan lain-lain. Minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia bukanlah minyak yang digali di negara ini, sebaliknya merupakan minyak murah yang dibeli daripada negara Timur Tengah. Minyak dari Malaysia lebih mahal dan berkualiti. Tak ada sebab kenapa harga minyak di negara ini perlu dinaikkan kerana keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda.


Begitu juga dengan cukai GST. Bermacam-macam jenis cukai dalam negara ini yang sudah lama membebankan rakyat, ditambah pula dengan cukai jenis baru. Ke mana menghilang hasil-hasil dalam negara ini sehingga rakyat menanggung beban? UMNO wajib dihapuskan, begitu juga dengan mana-mana pihak yang berangan-angan nak bersama-sama dengan UMNO!


Ya Allah, turunkanlah laknatMu terhadap UMNO. Jika benar-benar terbukti bahawa mereka sedikitpun tidak mendatangkan faedah kepada rakyat jelata dan juga agama Islam, hapuskanlah mereka Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung, Wahai Raja Segala Raja, sesungguhnya UMNO telah melakukan kezaliman, telah mendatangkan kemurkaanMu ya Allah. Kerahkanlah anjing-anjingMu untuk membaham mereka semua, ya Allah. Hanya padaMu tempat ku memohon pertolongan. Amin ya Rabbal 'alamiin.

Thursday, March 11, 2010

Bersiap Sedia Dengan Klon "Gelombang Reformasi" 2010

INI ROADSHOW REFORMASI PADA 12 TAHUN LALU..


SEKARANG PUN DIA NAK BUAT ROADSHOW JUGA


Zul Noordin mahu meniru jejak bekas bossnya iaitu mengadakan roadshow selepas dipecat. Mahu adakan klon Reformasi 1998 ke?


Zulkifli Noordin minta penyokongnya anjur ‘roadshow’


KUALA LUMPUR, 10 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata beliau telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.

“Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG),” katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya. - The Malaysian Insider

Tuesday, March 9, 2010

Malaysia Yang Lebih Baik


Salah satu perkara yang bermain-main di dalam kotak fikiran saya sebelum saya melelapkan mata ialah ingin melihat Malaysia menjadi semakin baik. Tanpa terpalit sedikitpun skandal terhadap pemimpin-pemimpinnya, indeks rasuah, jenayah dan kemiskinan semakin berkurang, pertumbuhan ekonomi yang baik sehinggakan mampu bersaing dengan negara-negara maju, keharmonian diantara kaum dan lain-lain.


Walaupun saya pernah membuat 2 posting yang bertajuk "Malaysia Yang Menyampah", itu bukan bererti saya membenci negara ini. Pernyataan tersebut merupakan kesan kebencian saya terhadap UMNO/BN yang terbukti gagal menguruskan negara ini. Sebab itulah walau dengan apa cara sekalipun, saya akan turut sama-sama berjuang untuk memastikan UMNO hanya tinggal sejarah di negara ini.


Saya ingin melihat Islam dimartabatkan dan dihormati oleh semua di Malaysia ini. Rakyat semua terbebas daripada kebodohan yang membelenggu mereka selama ini oleh media-media propaganda di TV, akhbar, dan radio. Rakyat yang bijak, celik, dan boleh menilai serta berfikir. Tidak patuh kepada pemimpin secara membabi buta. Itu yang saya nak. Itu adalah salah satu impian saya.


Saya selama-lamanya akan bersama dengan parti yang merupakan lawan kepada UMNO/BN. Pastikan UMNO/BN dikuburkan untuk melihat impian serta angan-angan ini menjadi kenyataan. Tapi malangnya, harapan ini sedikit demi sedikit musnah kerana ada sesetengah pemimpin pembangkang yang mula buat hal selepas daripada kemenangan besar pada PRU lepas. Ada yang lompat, ada yang khianat, dan ada pula yang mula berjinak-jinak dengan UMNO.


Terus-terang saya katakan, mereka-mereka inilah yang menghancurkan dan menggagalkan impian saya untuk melihat Malaysia yang lebih baik. Setiap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat pasti ada saja pengacaunya. Selangor ada Hassan Ali dan Roslan SMS. Perak ada Osman, Jamaluddin, Mohsen, dan Fauzi Muda. Kedah ada Zul Noordin dan seekor ADUN Lunas dan DAP pengacau, Pulau Pinang ada Zahrain dan Fairuz, dan Kelantan ada Ariffahmi dan Raja Katak.


Banyak lagi nama yang nak disebut. Tapi biar ini dulu. Apa yang patut dilakukan oleh mereka-mereka ini? Patutkah seorang demi seorang kita humbankan ke dalam gaung? Mereka dan spesis-spesis mereka telah membuatkan keyakinan rakyat terhadap PR semakin merudum. Apakah impian saya ini sekadar tinggal angan-angan semata-mata? Saya yakin ini bukan harapan saya seorang, tapi seluruh rakyat Malaysia!


AYUH HAPUSKAN UMNO/BN. SELAMATKAN MALAYSIA. KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK!

Monday, March 8, 2010

Nasib Baik Kita Ada Mahfuz Omar

Kenyataan YB Mahfuz Omar dipetik dari blog beliau :


“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"



Pemimpin yang secerdik beginilah yang kita perlukan demi untuk tidak mengeruhkan suasana serta mengukuhkan semangat setiakawan diantara parti-parti komponen. Usah excited sangat kalau tengok orang yang beria-ria sangat cakap pasal Islam. Periksa dulu macam mana orangnya. Selepas itu baru buat penilaian. Bukan main tangkap muat saja.


Tuan Ibrahim mungkin expert dalam bidang-bidang dakwah. Tapi dalam politik? Belum tentu.. Daripada buat kenyataan-kenyataan bodoh sebelum ini, lebih baik dia berusaha macam mana nak bersihkan imejnya yang telah kotor dek kerana keputusan JK Disiplin yang diketuainya.

"Ulamak" Cap Keldai


Inilah kesan daripada kenyataan bodohnya yang ingin mengutip balik sampah yang dibuang oleh rakan, hari ini sampah tersebut sudah menyatakan jawapannya :


Salam 2 all.

Berikut lapuran daripada M-Star semalam. Saya ucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Tuan Ibrahim.

Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insyallah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan tidak lama lagi.

Kira ok juga teman yop, tak sampe sehari teman menjando dah ada yang masuk meminang ;)

Sementara itu, relax dulu lah yop. Teman baru lepas menjanda, eddah pun tak abih lagi yop ;))


Cerdik ke bodoh pimpinan macam ini? Nak suruh PKR dan PAS bergusti kah? Dia ingat kenyataan dia mempelawa mangkok itu cerdik kah? Dah la PAS masih lagi tak selesai-selesai masalah dalaman lepas tu dia pula nak bawa masuk orang yang bermasalah. Atau nak tengok mangkok dari Kulim bertumbuk dengan Khalid Samad?

Sunday, March 7, 2010

Hari Ini Pada Tahun Lepas

Hari ini adalah ulangtahun perarakan mansuhkan PPSMI (7 Mac)



Waktu itu merupakan kali pertama saya menyertai demonstrasi. Baru dapat rasa gas dan air kimia.

Kecut perut pun ada juga sewaktu mula-mula merempuh FRU di pintu depan Masjid Negara.


Sudah setahun. Tapi PPSMI masih lagi wujud.

Saturday, March 6, 2010

Zul Noordin Dipecat Dari PKR

INI BUKAN ANWAR IBRAHIM NAIK ANGIN, INI LEMBU BUANG ANGIN

INI BARU MUKA MAMAT POYO DARI KULIM KENA PECAT


PKR pecat Zulklifi Noordin - Malaysiakini


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Komen : Akhirnya..bye-bye kepada MP Kulim Bandar Baharu, Zul Noordin. Adakah Zul Noordin juga akan kosongkan kerusinya?

Walaubagaimanapun, salah tetap salah. Tapi jangan sampai tidak mendatangkan keadilan. Saya tertanya-tanya juga, permintaan Zul Noordin untuk diadili oleh panel Muslim dalam JK Disiplin PKR itu kenapa susah sangat untuk dipenuhi???

Saya Sudah Tidak Percaya Kepada Si Pemakai Serban dan Kopiah


Saya pernah mendengar bahawa penampilan luaran terbentuk daripada kepribadian dalaman. Jika dalamannya cantik, maka cantiklah luarannya. Begitu juga sebaliknya. Namun kata-kata ini saya tolak sama sekali dan lebih bersetuju dengan istilah "don't judge the book by it's cover". Kalaulah penampilan seseorang itu sopan, belum tentu lagi perangainya elok. Begitu juga dengan yang berpakaian yang menjolok mata. Belum tentu dia seorang yang jahat.


Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, sebagai contoh. Saya lihat perempuan bertudung di zaman sekarang ini perangai mereka lebih jahat dan biadap berbanding yang tidak pakai tudung. Pakai kopiah, tapi kuat memfitnah dan busuk hati.


Tengok lagi bukti, jelas menunjukkan Mufti haprak lagi jahat dari negeri Perak berbohong dan menokok tambah cerita, menurut ustaz Ahmad Awang. Mufti Perak kalau tengok dari luarannya memang bersopan dan lembut (walaupun muka macam penyagak). Tapi lihat perangainya dan kenyataan-kenyataannya yang bersifat "celaka" selama ini.


Begitu juga dalam PAS. Selama ini saya memandang golongan ustaz dan pemakai serban/kopiah merupakan golongan yang terbaik. Tapi itu semua hancuss semenjak berakhirnya Muktamar pada tahun lepas. Saya lihat betapa buruk dan hodohnya perangai mereka. Siapa sangka salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang terkenal dengan imej waraknya itu tergamak memujuk Ustaz Ahmad Awang membuat kerajaan campuran PAS-UMNO di Perak.


Begitu juga dengan si pemakai kopiah di Selangor. Anak Ali itu sanggup bertemu dan berunding dengan UMNO untuk kerusi Menteri Besar. Tak termasuk lagi perangai jahat dua tiga kerat pemimpin berkopiah/serban dalam PAS. Mengkritik PAS terus dilabel sebagai ejen UMNO. Kritik sikit melenting sampai keluar dalam Harakah. Jemput orang datang seminar, tapi alih-alih kata "rasa macam tak nak tengok muka awak," - ini Islam kepala bapak apa yang kamu bawa??


Pendek kata, kebanyakan golongan sebegini berlagak bagus dan merasakan mereka lebih hebat daripada orang lain. Saya sudah tidak percaya dengan golongan ini dan tidak akan terus membuat kesimpulan berdasarkan cara penampilan seseorang.

Friday, March 5, 2010

Macam Mana Pula Dengan Dalil Ini, Wahai Pak Mufti?


Kalau masuk saja bab politik, bab perpaduan Melayu, cepat saja mulut syaitan bisu ini berbunyi. Dia mengeluarkan hadis nabi yang mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Ok. Apa yang dia telah buat selama ini terhadap orang yang dizalimi? Dan apa pula yang dia tolong kepada orang yang zalim?


Tolong orang yang zalim, bermakna menolong dia berhenti melakukan kezaliman, bukannya menolong dia berbuat zalim. Jadi, apa yang telah ulamak su' ini telah lakukan untuk menolong UMNO menghentikan kezalimannya terhadap rakyat??


Boleh kamu terangkan maksud ayat al-Qur'an dari surah Hud ayat 113 ini :

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka,"


Dasar mufti gila!


Link yang berkaitan : http://www.klpos.com/news/2010/03/05/2.html


Hai Harussani! Inna Anta Ibnu Kalb!!

Wednesday, March 3, 2010

Dalang Sebenar Tarik MP PKR Keluar Parti?


Minah hitam ini dipercayai dalang menarik wakil rakyat PKR lompat parti. Baca kenyataan di bawah ini :-


DALANG MEMBELI RUPANYA DATO SALEHUDDIN

Dari maklumat yang saya dapat dari dalaman PKR, dalang utama membeli wakil rakyat ini adalah Dato’ Salehuddin Hashim sendiri.

Perletakan jawatan beliau sebagai SU Agung adalah lantaran salah seorang yang beliau cuba beli telah menolak lantas melaporkan perkara itu pada DSAI.
Untuk melarikan diri, beliau telah mengisytiharkan perletakan jawatan beliau. Beliau terpaksa lari sebab lobang beliau sudah pecah.

Tak hairanlah anak Hashim Gera ni perangai macam munafik sebab beliau marah tak dapat jawatan dalam Kumpulan Perangsang. Beliau sewaktu SU Agung lagi telah memfitnah kerajaan Negeri Selangor dengan menuduh pembelian hutang Talam Corp sebagai satu aksi korupsi.

Bapa beliau kena tendang dari PAS. Anak pun buat perangai macam bapak jugak.



SUMBER : Tulang Besi Malaysiawaves

Biarkan Mereka Berambus...


MP Bagan Serai selamat keluar dari PKR tadi dan menjadi MP Bebas, mengikut jejak si Zahrain. Biarkan mereka keluar daripada duduk menyemak di dalam parti. Pilihanraya Umum yang akan datang, kerusi-kerusi yang dimiliki oleh katak-katak dari PKR ini hendaklah diberi kepada parti rakan komponen. PAS ke..DAP ke.. Nak buat macam mana, dah bekas UMNO. Datang dari UMNO tapi perangai lama tak buang-buang.


Lepas ini sapa lagi nak lompat? Boleh belajar dari Maharaja Katak dari Pasir Mas. Dari tahun lepas lagi si PKR ni buat hal. Nampaknya masa yang akan datang lagi bukan setakat wakil rakyat PKR je yang patut ditarbiyah, tapi tarbiyah dengan Anwar sekali! Pelik ye masa si Zahrain umum keluar PKR dan jadi Bebas dulu, si mangkok gemuk dan hitam tu ada sekali. Sekarang pun muka dia ada lagi. Ada apa-apa ke ni?

Tuesday, March 2, 2010

Peluru Untuk Menembak PAS dan UMNO


Saya tak tahu kenapa setiap kali saya mahu lelapkan mata pada waktu malam, datang berbagai-bagai perkara yang bermain di dalam kotak fikiran. Pelbagai permasalahan di dalam negara ini khususnya berkaitan dengan politik tiba-tiba menerjah. Saya mengambil masa yang lama untuk itu kemudiannya barulah dapat lelapkan mata.


Perasaan marah saya memang bertitik tolak daripada kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO. Dengan itu saya menjadi marah dengan mana-mana pemimpin pembangkang yang berjinak dengan mereka. Saya marah kerana mereka (pemimpin pembangkang) mengkhianati amanah rakyat serta rakan seperjuangan di dalam parti komponen. Saya juga sangat marahkan UMNO kerana tak habis-habis menginjak dan membebankan rakyat.


Setelah seketika membiarkan perkara-perkara tersebut bermain-main di dalam kepala, serta memperolehi beberapa poin penting dan jalan penyelesaiannya, saya dapati bahawa peluru yang saya perolehi untuk menembak PAS lebih banyak daripada peluru untuk menembak UMNO... Bila tiba pada masanya, peluru ini akan dimuntahkan..


p/s : Buat masa sekarang saya sibuk bergelut dengan final exam. Walaupun begitu, memang tak pernah tak online. Pagi besok paper subjek Mandarin, kalau diikutkan malam ini memang tak pegang laptop tapi disebabkan saya telah mendapat pertolongan daripada Allah pada siang tadi (nasrun minallah) iaitu saya mendapat soalan bocor, maka malam ini seperti buat biasa saja. Mungkin itu adalah hadiah hari lahir saya yang dianugerahkan oleh-Nya dengan perantaraan pensyarah saya ;)

Pemimpin PAS Tak Ada Yang Nak Lompat Ke?

TOLONG HALAU SPESIS INI KELUAR DARI PAS. PENYOKONG SUDAH MELENTING



Saya tersangat yakin bahawa pasti ada orang-orang PAS yang "lega" kerana PKR buat hal lagi. Selama ini asyik PAS je yang kena hentam. Sekarang tiba giliran PKR. Mereka mahu buktikan dan berlagak bahawa PAS merupakan parti yang paling bersih dan suci, dan juga "lebih Islam dari yang lain". Hahaha...


Excited lah sangat yang wakil rakyat PAS tak pernah lompat parti. Tapi yang masalahnya kalau dua-tiga kerat yang berkeras nak duduk dalam parti tapi asyik timbulkan masalah. Sekurang-kurangnya dalam PKR kita dah boleh nampak siapa yang berjuang kerana ikhlas dan siapa pula yang berjuang kerana nak dapatkan habuan. Tapi dalam PAS? Ada tapi mereka lebih suka menjadi musuh dalam selimut dan merasakan perbuatan mereka itu tidak salah dan untuk kebaikan semua.


Selagi masih ada pemimpin PAS yang nak berdakap dengan UMNO, yang masih fikirkan kepentingan orang Melayu, selagi itulah PAS menjadi terbeban. UMNO yang kurangkan peruntukan untuk pembelajaran anak-anak Melayu di IPT, swastakan hospital - ada lagi pemimpin PAS yang nak bekerjasama dengan mereka. Tak tahulah nak kata apa. Bodoh ke bangang, ataupun sialan..

Monday, March 1, 2010

Bekas ADUN PKR Penanti Sertai UMNO


Bekas Adun PKR Penanti Fairus sertai Umno



KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Pada majlis ini Fairus juga menandatangani borang menyertai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong dan Umno secara rasmi.


Berita Dipetik Sepenuhnya Dari web portal The Malaysian Insider