Thursday, April 30, 2009

Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Ikon Baru Pemuda


1. Sebelum ini, penulis langsung tak ambil cakna dan kurang ambil tahu mengenai salah seorang anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Ustaz Nik Abduh. Penulis hanya tahu serba sedikit tentang abangnya, Nik Adli, yang pernah merengkok di Kamunting selama 6 tahun. Nik Abduh pula, memang penulis tak tahu pun kisahnya, dan hanya pernah tengok gambarnya sekali dua, itu pun masa dulu.


2. Semenjak Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan idea "Unity Government", penulis akui, penulis antara jutaan umat di Malaysia tidak faham dengan cadangan itu, menyebabkan penulis tanpa usul periksa mengkritik Haji Hadi. Tapi, pada waktu itu, hati penulis bertambah membara terhadap kenyataan Nik Aziz di media utama, kerana kenyataannya yang mendakwa dirinya sebagai "nakhoda" bakal menambahkan kekalutan dan keributan diantara pemimpin dan penyokong PAS. Penulis berpendapat pada waktu itu, beliau (Nik Aziz) sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan itu kerana kenyataan tersebut akan dimanipulasikan oleh UMNO untuk menghentam PAS. Pada waktu itu juga penulis juga mengkritik sikap Nik Aziz yang suka mengeluarkan pandangan awal, sepertimana pandangan awalnya tentang ketidaksetujuannya terhadap Haji Nizar sebagai calon P.59 Bukit Gantang. Pada waktu itu, terlintas di hati penulis - mungkin Nik Aziz tidak faham soalan yang dikemukakan oleh wartawan, sehingga menyebabkan beliau menyangka Haji Hadi mahu PAS dan UMNO bergabung.


3. Tetapi, tanggapan sebegini terus terhapus apabila satu hari penulis terbaca entri yang ditaip oleh Nik Abduh menerusi blog beliau http://nikabduh.wordpress.com/ yang menjelaskan bahawa beberapa kerat pembantu Nik Azizlah puncanya yang menyebabkan Nik Aziz tersalah faham mengenai kenyataan Haji Hadi. Dan Ustaz Nik Abduh juga menjelaskan bahawa sebelum ini pun terdapat beberapa cubaan yang dilakukan oleh penolong ayahandanya untuk melaga-lagakan Nik Aziz dan Haji Hadi. Nik Abduh menyifatkan kerja-kerja sebegitu ialah "kerja-kerja bodoh di dalam pas".


4. Alhamdulillah, penulis bersyukur dan berasa lega apabila sudah mengetahui keseluruhan cerita mengenai "masalah" Nik Aziz. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Nik Abduh, yang berani berkata benar, walaupun terpaksa "menghentam" orang yang rapat dengan ayahandanya, serta mendedahkan perkara yang batil. Sekalung tahniah buat beliau. Sikap berani dan terus-terang yang dimiliki oleh beliau itulah penulis sudah mula mengcungkil cerita mengenai beliau, serta mula mengambil tahu kisah tentang beliau.


5. Orang seperti Nik Abduh lah yang layak diangkat menjadi pemimpin, sifat zuhud dan warak ayahanda beliau Tuan Guru Nik Aziz sudah mula terpancar di dalam diri Nik Abduh. Nik Abduh tidak seperti sesetengah pemimpin, yang hanya mendiamkan diri jika mengetahui sesuatu yang salah. Dalam blog beliau juga, beliau ada menceritakan beliau ada menolak serta "memohon derhaka" terhadap tawaran yang diberikan oleh ayahanda beliau seperti bertanding dalam pilihanraya, dan juga pegawai peribadi di DUN - tetapi itu semua ditolak dengan baik oleh Nik Adli. Mungkin sudah tiba masanya anak-anak muda menjadikan Nik Adli sebagai contoh dan role-model, dan juga ikon. Tidak mustahil satu hari nanti Nik Adli menggantikan tempat Nik Aziz!


6. Kenapa mesti menjadikannya sebagai ikon, kerana dia mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, imej sebagai pemuda yang baik, ditambah dengan ilmu agamanya yang tinggi, serta pengalamannya terlibat dalam PAS. Pernah belajar di India dan Kaherah, Mesir, serta berpengalaman menjadi guru di Maahad Muhammadi. Jawatannya di dalam PAS ialah ajk pas cawangan pulau melaka, Ketua PemudaPAS kawasanPengkalan Chepa, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dan AJK Dewan Pemuda Pas Pusat. Saudara Faisal Tehrani juga bersetuju jika Ustaz Nik Abduh menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. (http://tehranifaisal.blogspot.com/)

1 comments:

onn said...

Apa pun....semua tindakan mesti dgn hikmah (wisdom)....!!