Hari ini adalah hari pembuangan undi bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai. Dan hari ini bakal tercipta satu sejarah, hanya boleh dilakarkan melalui pengundi-pengundi yang berdaftar di kawasan terbabit.
Di sini penulis hanya ingin menyatakan, kenapa Pakatan Rakyat mesti memenangi ketiga-tiga kawasan terbabit, kerana ia bakal membawa satu kesan, juga perubahan.
Bukit Gantang - memberi signal kepada Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah bahawa rakyat menolak kerajaan haram, serta Dewan Undangan Negeri Perak patut dibubarkan, bagi menyelesaikan kekacauan yang sedia ada. Juga bukti rakyat muak dengan BN, mengiktiraf Hj. Nizar sebagai MB Perak yang sah, menolak Menteri Besar Haram, Zambry, sekali gus menolak kepimpinan Najib Tun Razak sebagai PM.
Bukit Selambau - untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak. Jika kecundang di sini, bermakna negeri Kedah hanya mempunyai lebihan kerusi sebanyak 4 buah, kemungkinan besar bakal menerima nasib seperti Perak. Oleh itu, para patugas perlu memastikan kemenangan di sini.
Batang Ai - Jika menang di sini, bermakna rakyat Sarawak terbukti mahukan perubahan. Mereka sudah muak dengan pemerintahan Taib Mahmud yang agak lama. Lagipun, memang angin perubahan sudah mula dirasai sejak PRU lepas, di Sarawak. Dan ini akan menambahkan semangat rakyat-rakyat Sarawak di kawasan lain untuk turut juga melakukan perubahan pada pilihanraya DUN Sarawak akan datang.
Buat para petugas dari Pakatan Rakyat, pastikan kemenangan milik kita. Elakkan sebarang provokasi, walaupun sudah dikhabarkan para penyokong BN kumpulkan kereta polis yang lama untuk dibakar. Hati-hati dengan musang berbulu ayam. Menurut Mustafa Ali, ada penyokong-penyokong BN membeli T-Shirt PAS for All untuk menyamar sebagai petugas PAS, dan "mencemarkan" bekalan makanan, supaya para petugas PAS akan merasa sakit dan tak boleh lakukan kerja.
Dan jika menang, SPR larang berarak... takut kesesakan lalu lintas, atau terjadinya provokasi (?!)
Adios. SELAMAT MENGUNDI.....buat pengundi hantu, jangan cuba mencari penyakit!
0 comments:
Post a Comment