Thursday, April 2, 2009

TAK DERHAKA



Gambar di atas aku ambik dari sebuah blog anti PR. Apa yang aku persoalkan, penulis blog ni paham bahasa ke tak. Sah 100% UMNO tulin. UMNO dengan propaganda memang dah sebati. Jahat dan pemfitnah. Kalau kat luar sana masih ada lagi yang tak paham bahasa (terutamannya Melayu) seperti blogger UMNO ni, aku nak buat penjelasan mengenai isu derhaka ni, berdasarkan pengetahuan cetek aku ni..sesuai la dengan orang UMNO yang tak reti bahasa dan kurang ajar tu.


Sultan memang tak punyai kuasa untuk memecat Menteri Besar. Sultan hanya boleh memecat exco saja. Menteri Besar hanya boleh terlucut jawatannya melalui 3 cara :

1) Menteri Besar itu sendiri letak jawatan.

2) Berlakunya pembubaran DUN.

3) Melalui usul undi tidak percaya di Sidang Dewan Undangan Negeri. (Jika takde majoriti di sebelah pihak Menteri Besar).

So, memang Sultan Azlan Shah tidak berhak memecat YAB Nizar. Isu sembah derhaka pulak, "sembah derhaka" tu bahasa istana, hanya boleh gunakan dalam istana, bermaksud "tak setuju" atau "disagree" orang putih kata. Kisah dia camni, Sultan Azlan menitahkan Nizar mengadap baginda di Istana, dan sesudah sampainya Nizar, sultan memberitau PR sudah tak mempunyai majoriti dalam DUN kerana 3 ADUN Bebas memihak kepada BN, dan ADUN Bota kembali semula kepada UMNO. Nizar memohon sultan bubarkan DUN, tapi sultan tak nak, dan menyuruh Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.


Masa tu la Nizar berkata pada sultan Perak, " Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik mohon sembah derhaka, Tuanku," - Nizar boleh gunakan perkataan "Patik tak setuju, Tuanku,". Tapi, oleh sebab Nizar ni nak hormat istana, maka dia gunalah bahasa istana tu (sembah derhaka).


Tapi UMNO membawa perkataan yang diucapkan oleh YB Nizar ni ke luar istana, sehingga ada rakyat menyangka yang Nizar ni betul-betul mintak derhaka pada sultan. (of course melayu lah yang bangang, senang ditipu).


Apa-apa pun, YAB Haji Nizar Jamaluddin tetap Menteri Besar Negeri Perak yang sah. Si Zambry tu Menteri Besar HARAM, Kerajaan HARAM. Zambry tu tak tau buat kerja Menteri Besar, baru 2 hari dilantik, dah bazirkan wang rakyat, melantik 3 orang penasihat bertaraf exco, dengan gaji mahal, pastu polis pengiring pulak. Si Zambry ni hanya tau tebar roti canai saja. Tu la kerja dia.

Pastu, isu Karpal Singh nak menyaman Sultan Perak lak. Memang aku tak sokong, tapi itu dah jadi hak dia (Karpal) untuk menyaman, sebab memang sultan boleh diheret ke mahkamah. Nak tau lebih lanjut, tanya Si Mahathir tua haprak, ni kerja dia. Ada mahkamah khas untuk bicarakan sultan-sultan.


BN memang dah terdesak, sanggup menuggang SUK Perak, mengosongkan pejabat YAB Nizar. Pastu memperalatkan Penolong Speaker, membuat kenyataan, sidang tergempar yang nak dibuat oleh Speaker V. Sivakumar tidak sah kerana tak dapat perkenan sultan. Speaker memang berkuasa la nak buat sidang tergempar. Tak perlu kebenaran sultan pun. Tapi itulah, sekarang Speaker Perak dituduh salah guna kuasa, ekoran penggantungan Zambry beserta 6 orang exconya. Buat pengetahuan korang, kuasa Speaker TAK BOLEH DICABAR OLEH MANA-MANA MAHKAMAH.

Kalau boleh, dah lama ahli-ahli Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat membawa Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin ke mahkamah sebab menggantung Gobind Singh 1 tahun, dan membuang kertas usul untuk membahaskan undi tak percaya kepada Dolah Badawi. Speaker kebal dari mana-mana undang-undang.


P/S : Kalau masih ada yang tak paham bahasa lagi lepas baca kenyataan ni, elok la pergi naik bangunan tinggi, pastu terjun, biar kepala jatuh dulu..tak guna pun kalau idop lagi.


DEYYYY ZAMBRY!!!! ROTI TELUR DUA!!!

0 comments: