Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009



Tak sampai sehari lagi tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya. Terlalu banyak perkara yang mengejutkan dan menjadi kenangan sepanjang tahun 2009 ini. Selama ini, setiap kali masuk tahun baru saya langsung tak pernah memasang apa-apa azam. Tapi untuk tahun 2010, saya memutuskan ada beberapa perkara yang akan saya ubah.


i. Saya tidak akan lagi memanggil orang-orang tertentu dengan gelaran yang diberikan oleh pihak istana seperti Dato', Dato' Seri, Tun, Datuk Paduka, Tan Sri, dan lain-lain yang seumpamanya lagi.


ii. Tidak ada istilah "peluang kali kedua" bagi saya.


iii. Saya akan aktif kembali melakukan aktiviti-aktiviti stamina yang telah saya berhentikan pada lebih 3 tahun lepas.


iv. Saya akan berusaha meluaskan dan menyebarkan pengaruh anti-Barat dan anti orang putih.


v. Saya menolak mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang pro-Barat.


vi. Setiap kali posting di blog ini akan diakhirkan dengan slogan "Jahanam Orang Putih, Pergi Mampus Amerika, Kehancuran Untuk Barat".


vii. Saya akan mula mengumpul wang hasil daripada titik peluh sendiri.


Itu saja setakat ini. Mudah-mudahan semuanya dapat saya lakukan dengan cemerlang. Selamat Tinggal 2009. Selamat Datang 2010.

Tuesday, December 29, 2009

Apa Ancaman Orang Tua Ini Kepada Negara?


Orang tua ini, nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya sepertinya dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri. Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.


Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.


Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pernah menjajah Malaya bahkan melakukan banyak kezaliman? Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak memberikan bantuan kepada pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.


Mereka datang menjajah sambil menerapkan fahaman dan ideologi Barat, mencuri hasil galian dan bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian laknatullah di Asia. Saya sehingga sekarang terlalu membenci bangsa kulit putih (terutamanya orang Amerika dan Britain) kerana sikap dan tindakan mereka yang suka campur tangan dan mengambil tahu perihal orang-orang Timur (khususnya Asia Timur dan Tenggara) dari dulu sampailah sekarang. Merekalah bangsa yang membawa kerosakan. Mereka bangsa laknat. Tapi orang-orang Melayu bekerja untuk mereka.


Orang Melayu sanggup menjadi barua orang putih. Melayu-melayu yang bekerja untuk orang putih, menjadi pemandu, jadi askar tidak pula dicop sebagai pengkhianat negara. Bahkan sesetengah daripada mereka diangkat dan dijulang menjadi orang-orang hebat. Sanggup berlutut dan menghina diri mengharapkan belas ihsan orang putih untuk merdeka. Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Razak - mereka ini orang bawahan dan anjing kepada British laknatullah tapi diangkat menjadi pemimpin serta dihormati.


Orang yang bertungkus lumus menghalau orang putih dari sini pula dicop sebagai pengkhianat dan pengganas sehinggakan gelaran itu terpalit pada anak cucu mereka. Lebih malang lagi ada yang dinafikan hak untuk pulang ke tanah air sendiri. Seperti Chin Peng, tak dinafikan ada sesetengah komunis melakukan kezaliman dan keganasan. Tapi masa itu zaman perang. Kalau kau tak tembak aku, aku tembak kau. Sekarang perkara itu sudah berlalu. Perjanjian Baling dan Hadyai sudah termeterai. Yang sudah tu sudahlah. Chin Peng sudah tidak membawa apa-apa ancaman lagi kepada negara, melainkan ancaman kepada politik UMNO!

Bravo, Husam! You're The Man!


Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.


PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.


sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukan oleh baginda sendiri.
- weblog Husam Musa (http://cetusan-hati.blogspot.com)


Nota :


Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai krisis berkaitan dengan keluarga Menteri Besar Kelantan, Husam Musa mula mengeluarkan pandangan melalui blog peribadi beliau. Ternyatalah bahawa urusan kekeluargaan patut dipisahkan dengan urusan pentadbiran. Tindakan mencampur adukkan kedua-duanya akhirnya membawa kerugian dan mengundang reaksi yang buruk daripada rakyat. Sekarang ini PAS sudah hampir-hampir menyamai UMNO dari segi kebebasan bersuara di dalam parti, sikap-sikap pemimpin yang beralih arah daripada memikirkan Islam kepada memikirkan bangsa Melayu, mengejar kedudukan dan jawatan, dan mementingkan ahli keluarga di dalam pentadbiran.


Ini adalah tindakan yang berani dan patut dilakukan oleh Husam, walaupun pada pandangan orang lain beliau seolah-olah menggali lubang kuburnya sendiri. Orang yang beranilah layak dihormati berbanding yang hanya berdiam diri apabila melihat pemimpin melakukan kesalahan, seperti syaitan bisu.

Monday, December 28, 2009

Malaysia Yang Menyampah


Bangsa jenis apakah ini yang tidak ada maruah di negara ini. Di Malaysia, ada dua undang-undang. Salah satunya untuk rakyat bawahan, dan lagi satu untuk golongan-golongan atasan (pemodal dan pemerintah). Apabila orang bawahan mencuri barangan atau wang yang bernilai hanya puluhan ringgit, dia mungkin dipukul separuh mati. Tapi apakah tindakan yang serupa dilakukan kepada golongan atasan yang merompak ratusan juta duit rakyat? Mana dia tindakan? Sudah terbukti orang Melayu tidak ada maruah walaupun sedikit.


Rakyat marhaen hari-hari garu dan tepuk kepala memikirkan bagaimana untuk mencari sumber wang/pendapatan yang lebih untuk menampung keperluan dan kehendak, disaat semuanya naik, dari harga barang hingga kadar cukai. Tapi orang-orang besar tidak perlu sakit kepala memikirkan semua ini kerana wang rakyat melimpah-limpah masuk ke dalam poket mereka. Ini salah satu contoh bukti orang Melayu itu bangsa yang paling bodoh dan tidak bermaruah. Mahathir mendakwa dia hanya menerima $120 billion sepanjang pemerintahannya, dan dia juga berkata Abdullah Badawi menerima $270 billion. Itu bermakna Mahathir jenis songlap duit rakyat juga. Tapi apa reaksi orang Melayu bodoh ini?! Seolah-olah tak ada apa-apa. Ingat seringgit dua kupang ke?


Komisen beratus-ratus juta tak ada apa-apa tindakan yang diambil. Sedangkan rakyat bawahan tiap-tiap hari merana kerana kekurangan duit. Duit rakyat dihabiskan oleh anak badak yang gemok untuk bershopping dan berhibur. Lepas tu keluar muka huduhnya di televisyen seolah-olah tak buat apa-apa kesalahan. Ini semua kerana orang Melayu bodoh dari dulu hingga sekarang. Pemimpin yang khianat diangkat naik. Bila tiba musim pilihanraya seronok dapat $200 tapi pemimpin dia bedal $200,000,000. Tak ke bodoh namanya tu?


Malaysia negara yang cukup mewah dan kaya. Tapi rakyat hidup susah. Ketika dulu negara ini setanding ekonominya dengan Singapura dan Korea Selatan. Sekarang kedua-dua negara itu sudah terlalu jauh meninggalkan Malaysia. Rakyatnya berkali-kali ganda pendapatan per kapita berbanding orang Malaysia. Ini semua kerana pemimpin yang rasuah. Tapi majoriti rakyat Malaysia iaitu bangsa Melayu masih lagi menutup mata. Inilah salah satu sebab kenapa aku begitu menyampah, meluat dan benci kepada orang Melayu ini. Sudahla line internet lembab serupa Hadi. Tak nak bagi rakyat cerdik punya pasal. Fuck youlah, Najib!

Friday, December 25, 2009

Mohon Cuti Rehat


Kebelakangan ini otak saya bekerja overtime, sehinggakan sampai satu tahap tidak boleh memproses maklumat yang diterima dengan baik. Waktu tidur saya hadkan dari 12 malam - 6 pagi ke 4 pagi - 6 pagi atau 6 pagi - 8.30 pagi. Kapasiti otak saya mungkin sudah mencapai hadnya, hari ini saya mengambil cuti rehat. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang sekejap.

Thursday, December 24, 2009

Pelakon Handalan

“Jika kerajaan menahan buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan,”


“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya,”


“Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan akan menggambarkan komitmen Najib dalam menangani rasuah,”


“Tidak harus ada sebarang usaha menutup (kes). “Barry Wain (penulis) juga harus menyediakan bukti dokumen bagi menunjukkan jumlah wang yang hilang akibat (pentadbiran) saya,”


Nota :


1. Si tua ini berlagak seolah-olah dia ini suci.

2. Dia boleh bertindak begini kerana ini adalah negara Malaysia.

3. Di Malaysia, polis dan SPRM diberikan skrip untuk bertindak sekian-sekian.

4. Siasatan lembab. Jadi si tua keparat ini mengambil kesempatan di atas hasil yang dia tuaikan selama 22 tahun memerintah.

5. Dia yakin pastinya dia akan terselamat. Mahkamah pun tak boleh buat apa-apa, kerana dia pasti akan berkata "Saya lupa," "Saya tak ingat," - ingat kes siasatan video Lingam dahulu?

6. Jika di negara lain (negara kafir), orang seperti si tua ini akan diambil tindakan dengan segera. Ini kerana mereka mempunyai maruah yang tinggi, tidak seperti orang Melayu Malaysia.

7. Kesimpulannya, orang tua ini sedang berusaha menjadi pelakon handalan supaya tampak bersih dan suci di mata kebodohan orang Melayu.

Wednesday, December 23, 2009

Contoh Yang Baik Kepada Si Bebal Kepala Batu


Dr. Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatannya selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, semalam kerana diprintahkan oleh mahkamah untuk bermufaraqah dengan isteri keduanya kerana perkahwinannya diragui. Alasan beliau meletakkan jawatan,


"Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan Pas dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam Pas berkuatkuasa serta merta,”


Dia ni jenis fikirkan masa depan parti, imej parti, tak macam sesetengah pemimpin PAS yang degil macam budak kecil apabila disuruh meletak jawatan. Kononnya tak mahu tanggalkan baju amanah, poooorahhh. Si menantu tu pun sama, dua kali lima. Mungkin tindakan Dr. Rosli ini pun salah satu cara dia memperli Si Brother Bear itu supaya letak jawatan, memandangkan selama ini dialah antara yang kuat mendesak si Ariffahmi a.k.a Brother Bear itu meletak jawatan.

Tuesday, December 22, 2009

Flip Flop wal Auta Dalam PAS


APA SEMUA INI?? WHAT IS THE MEANING OF THIS???


Ada sesiapa lagi yang masih ingat, siapa ye yang mengeluarkan amanat yang berbunyi begini ;


" Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." - 1981


Kerana ucapan beginilah berlakunya pertelingkahan, pemulauan, pergaduhan dan pembunuhan diantara orang PAS dan UMNO. Sekarang (2009), cuba lihat ucapannya :


"PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu. Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul. Dalam perbahasan di parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan.


Takkan asyik nak bergaduh saja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik."


Gila apa kalau hanya perbedaan pendapat? Kalau macam itu tak ada bezalah PAS dengan UMNO.


"Jihad yang paling afdhal ialah bercakap benar," - ucapan di Konvensyen blogger PAS.


Bercakap benar?


1. Didedahkan adanya beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO, mengapa dinafikan?

2. Kata idea Kerajaang Perpaduang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PKR setuju, DAP pun setuju, tapi kenapa Lim Guan Eng menafikan adanya perbincangan itu??


Sumber berita yang lain :


KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.


Kata Anwar Ibrahim :


SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.


p/s : Pening betul dengan gelagat pemimpin PAS ni. Adakah ini juga kerja-kerja penasihat-penasihat tertentu? Huhuhu UMNO bertopengkan PAS.

Ucapan Tahniah Kepada Tok Guru Nik Aziz


Nota : Info dan gambar kredit kepada blog towardsmardhatillah.wordpress


Buku di sebelah ini diterbitkan pada tahun 2000 sempena ulangtahun ke-10 kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Di dalamnya memuatkan beberapa artikel yang ditulis oleh aktivis-aktivis PAS. Antara yang menarik ialah artikel yang terdapat di halaman 50 dan 51 yang mengandungi ucapan tok guru Nik Aziz itu sendiri.


Ia berdasarkan kebimbangan beliau tentang kedudukan yang beliau miliki selaku ketua kerajaan. Ucapannya kepada mahasiswa dan mahasiswi di Kelantan sempena Aidilfitri pada 1995 menyebut, "Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah s.w.t tidak beri kepada saya rasa cemas mengenai dengan kedudukan kewangan walaupun pihak lawan kita, pihak yang tidak bersetuju dengan kita bersungguh sangat untuk hendak menjejaskan kewangan".


Tapi apa yang mencemaskan tok guru Nik Aziz ialah ucapan beliau seterusnya iaitu, "Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat"


Dengan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi "tahniah" kepada beliau, Tok Guru Nik Aziz merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan bahawa sesungguhnya perkara yang tok guru cemaskan itu sudah benar-benar berlaku kepada tok guru.


Persepsi dan parti diketepikan, menantu diutamakan. Dah macam Abdullah Badawi la pulak.


Mana boleh diri sendiri tak tahu bahawa melantik kaum kerabat serta ahli keluarga dalam pentadbiran negeri itu perkara yang salah???


Dengan itu, Sekali lagi tahniah diucapkan kepada tok guruku. YANG SALAH TETAP SALAH OKEY..!

Monday, December 21, 2009

Semuanya Kerana UMNO...!

Keranamu UMNO,


- aku benci kepada PDRM.


- aku memusuhi SPRM.


- aku berlepas diri daripada Raja-Raja Melayu.


- pemimpin-pemimpin PAS menjadi bangang.


- aku isytiharkan perang terhadap Kerajaang Perpaduang.


- Malaysia menjadi negara dunia ke-3.


- kaum-kaum di Malaysia tidak bersatu.


- aku meluat dengan bangsa Melayu.


- badan kehakiman tidak boleh dipercayai.


- Malaysia bakal ditimpa nasib yang sama seperti Indonesia kerana perbuatan dosa anak-anak orang Islam.


- aku mahu tinggalkan Malaysia dan berhijrah ke negara lain.


Semuanya sebab engkaulah, UMNO, Zionis di Malaysia!

Sunday, December 20, 2009

Geng Perpaduang Tak Pernah Putus Asa

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama. - Sinar Harian


RJ : Tak habis-habis lagi. Berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia politik, masih lagi tak nampak bahawa UMNO sekali-kali tidak pernah insaf dan hanya sekadar mahu mengambil kesempatan di atas peluang yang terbuka memandangkan mereka dalam keadaan lemah. UMNO memang tak boleh dipercayai. Nak bekerjasama dalam beberapa hal, boleh, tapi biar UMNO nyawa-nyawa ikan dulu, bukan kuat macam sekarang ni.


Beberapa hari lepas, Hj. Hadi dan Mustafa Ali pergi bertemu Tengku Razaleigh. Yang syoknya, Mustafa Ali kata kat tok guru Nik Aziz, "doh tak ada apa-apa doh, Anwar pun tak boleh pertahankan dia," - Hj. Hadi senyap membisu saja. Tapi Mustafa Ali menafikan adanya pertemuan itu, sedangkan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim menyatakan ada pertemuan, begitu juga dengan Ku Li sendiri.


Nota :
Nampaknya sebelum PAS memulakan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat, PAS perlu lancarkan dulu pembasmian pengkhianat-pengkhianat dalam parti.

Saturday, December 19, 2009

Si Tua Maha-Munafik



Janganlah sapa-sapa terasa "excited" sangat dan menganggap orang tua ini sebagai orang yang lantang membela Islam hanya dengan "pertukaran dasar" yang diberitahu di dalam blognya. Orang tua ini tetap selama-lamanya anti dengan Islam. Penerapan nilai-nilai Islam yang dibuat pada awal pemerintahanyya itu hanyalah sekadar untuk membodohkan orang Melayu dan untuk menyaingi PAS. Lihat saja anak bininya. Mana depa ikut Islam? Anak sendiri pun tauke arak!


Orang tua ini nak tunjuk baik dengan kononnya menyokong program nuklear Iran dan membidas negara-negara yang ingin menyekat program nuklear tersebut. Tahun 1997, kenapa dijemput pasukan kriket dari Israel datang ke Malaysia, kemudian rakyat buat demonstrasi, dikerahnya polis dan FRU untuk bantai orang berdemonstrasi. Sampaikan Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar kena penjara. Pasal apa? Kerana menentang kedatangan pasukan kriket dari Israel.


Si Maha-Munafik ini bolehlah berlakon menyinga dengan masyarakat antarabangsa, lantang membela negara Islam yang tertindas, sedangkan dalam negara, dialah Firaun! Apa yang dia tak buat untuk memampuskan Islam di Malaysia? Pecat mufti? Bunuh orang? Tangkap ustaz-ustaz ke ISA? Hina hudud? Sebab itulah, hanya orang bodoh saja yang termakan dengan lakonan munafik tua yang haprak ini.




Buku ini tersangkut di Jabatan Kastam. Tak boleh dibawa masuk ke Malaysia. Sebab apa? Kerana buku ini membongkarkan penyelewengan orang tua ini sewaktu dia berkuasa dulu, sepanjang 22 tahun dia memerintah.


Ia ditulis oleh Wain berdasarkan kajian yang dibuat beliau dan lain-lain pihak mengenai Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama hingga kini.

Antara yang ditulis Wain adalah Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian. - Harakahdaily


p/s : Saya yakin walaupun buku ini dibenarkan ada dalam pasaran, orang Melayu tetap bodoh pergi menyanjungi orang tua ini. Duit negara banyak tapi dihabiskan untuk kenyangkan kroni dan anak beranak. Buat KLCC, Litar Sepang - projek mengkayakan kroni-kroni.

Friday, December 18, 2009

Bulan Muharram Bulan Kesedihan


Muharram seringkali dikenali sebagai bulan Hijrah, iaitu sempena mengambil peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah). Kita dan kebanyakan umat Islam di sini sekadar mengucapkan saja kepada sesiapa tentang sambutan tahun baru Islam ini, yang sinonim dengan kegembiraan, tanpa mengambil tahu akan peristiwa penting yang berlaku di bulan yang sebenarnya merupakan bulan kedukaan ini.


Tahun 60 Hijrah, beberapa puluh tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW, telah berangkatlah Saidina Hussain bersama pengikut serta ahlul bait ke Kuffah, Kota Pengkhianatan. Atas jemputan penduduk Kuffah itu sendiri yang mahu membai'ah Saidina Hussain menjadi Khalifah kerana mereka tidak menyukai Khalifah Yazid bin Muawiyah, khalifah yang hidupnya penuh dengan berbuat maksiat serta dosa. Menyedari akan tanggungjawab serta risiko yang bakal ditempuhi, Saidina Hussain membuat keputusan untuk menerima jemputan penduduk kota tersebut, yang pernah menjadi pusat pemerintahan ayahanda Saidina Husain sendiri, iaitu Khalifah Ali bin Abi Talib.


Sekitar tahun 60 Hijrah, juga merupakan antara zaman yang penuh dengan penyelewengan dan pengkhianatan. Disaksikan bahawa umat yang kononnya mengaku Islam bersekongkol mengkhianati Saidina Hussain, cucu kesayangan Rasulullah SAW. Bahkan sanggup membunuhnya dengan kejam. Hussain beserta rombongannya terperangkap di Padang Pasir yang diberi nama Karbala, iaitu tempat bersemadinya jasad beliau yang suci itu. Saidina Hussain sendiri mengetahui bahawa ajalnya ialah di padang pasir itu, tetapi tetap memilih untuk ke sana kerana yakin akan hikmahnya dan tidak mahu lari daripada takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT.


Selama beberapa hari khemah pengikut Saidina Hussain dan Ahlul Bait dikepung oleh tentera Yazid, yang diketuai oleh Gabenor Ubaidillah bin Ziyad (laknatullahi 'alaih). Beberapa hari itu jugalah rombongan Saidina Hussain tidak makan dan tidak minum, bekalan air dari Sungai Furat disekat. Sehinggalah tibanya detik bersejarah iaitu tanggal 10 Muharram (Hari 'Asyura), berlakulah pembantaian beramai-ramai kepada keluarga serta pengikut Saidina Hussain. Penduduk kota Kuffah telah mengkhianatinya, langsung tidak ada sebarang bantuan dari sana, apabila para tawanan dari khemah Saidina Hussain dibawa masuk ke dalam Kota Pengkhianatan tersebut, masing-masing hanya mendiamkan diri bahkan ada yang bersembunyi di sebalik rumah masing-masing.


Peristiwa ini telah menjadi satu pengajaran kepada kita semua, Saidina Husain telah menunjukkan contoh bahawa penguasa yang zalim patut ditentangi, oleh kerana itulah Saidina Hussain menerima jemputan penduduk Kuffah untuk menerima bai'ah. Orang yang zalim tidak patut diangkat menjadi pemimpin, dan Saidina Hussain bukanlah seorang yang gilakan kuasa dan pangkat sebagai Khalifah, sebaliknya dia merasa dia yang lebih layak memegang jawatan tersebut dan patut merampasnya daripada pihak yang zalim. Jawatan tersebut merupakan haknya, hak ahli keluarganya, dan hak para ahlul bait.


Sewaktu kelahiran Saidina Hussain, Rasulullah SAW sendiri sudah mengetahui bahawa cucu kesayangan baginda itu akan mati dibunuh di sebuah padang pasir, berita tersebut dibawakan oleh Malaikat Jibril. Dan selepas beberapa lama, Siti Fatimah az-Zahra, yang merupakan bonda Saidina Hussain turut mengetahui hal ini, maka menangislah dia mengenangkan nasib anaknya itu. Tanggal 10 Muharram tahun 60 Hijrah, peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Sudah hancur luluh hati dan perasaan Siti Fatimah bersama ayahandanya Rasulullah SAW mengenangkan nasib yang menimpa Saidina Hussain. Semoga Allah melaknat golongan yang menganiayai dan menzalimi ahli keluarga Rasulullah SAW.


Allahumma Solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.


Sesungguhnya bulan Muharram merupakan bulan perjuangan, bulan jihad, bulan kesedihan, dan bulan ratapan. Masukkanlah peristiwa penting ini kedalam lubuk hati masing-masing dan jadikannya azimat untuk menentang segala kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi ini.

Thursday, December 17, 2009

Anak Badak Telan RM 600k Di Dubai


Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan. - Malaysiakini.


Patutlah Malaysia sudah tak ada duit sehinggakan Najib memperkenalkan GST pula untuk menyusahkan rakyat. Duit yang sedia ada buat beli kapal selam, jet buruk, belanja Altantuya, eurocopter, beri kepada Bala. Tapi ramai lagi orang Melayu bodoh pegi sokong UMNO. Cukai naik bersungut, tiba musim pilihanraya dapat RM 200 terus pangkah BN.


p/s : Bik Mama nak langsingkan badan ke dengan duit tu? Atau shopping sehingga barang tak muat 7 kereta?

Gaduh Berebut Takhta - Rakyat Dapat Apa?




Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak boleh mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra iaitu Pemangku Raja Kelantan, yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu pada hari Rabu.

Peguam Persekutuan Kanan Datin Azizah Nawawi berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengadili isu berkenaan kerana keputusan Pemangku Raja melucutkan keanggotaan Tengku Muhammad daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan. - Malaysiakini


Takhta punya pasal nak bergaduh. Kenapa? Jadi papa kedana ke kalau tak boleh naik takhta? Pewaris pun belum tahu lagi yang sembahyang atau tidak. Gaduhlah, gaduh banyak-banyak. Biar rakyat semua celik tentang perangai busuk mereka ini. Selama kewujudan mereka ini, apa untungnya kepada rakyat? Apa sumbangan mereka kepada rakyat? (bukan di Kelantan saja, di mana-mana negerilah). Nak pecat pengarah agama yang yang korup dan tak guna pun mereka inilah yang jadi batu penghalang.


Lepas tu kerabat-kerabat mereka boleh buat apa saja di negara ini macam negara mak bapak mereka sendiri. Pergi kelab malam buat hal. Arak dah jadi semacam minuman rasmi. Dah tentu jenis tak sembahyang ni. Macam mana nak jadi Ketua Agama dan Adat? Dengan duit elaun yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka semua ni, rakyat-rakyat di Malaysia sudah tentu mendapat banyak manfaatnya. Dah la ramai. Kalau 1 sultan saja di Malaysia ini tak apalah juga.


Apa sebenarnya tugas mereka ini kepada negara? Tengok pada keadaan sekarang, tak ubah seperti patung boneka. Perabiskan duit adalah. Tengok apa yang berlaku di Perak sudahlah.


Malaysia - Ke Arah Negara Republik

Wednesday, December 16, 2009

Kerajaan UMNO/BN Hampir Ditumbangkan

Najib dan Muhyiddin meninggalkan Parlimen dengan wajah yang malu kerana hampir dikalahkan.



By : Admin


Kerajaan biasanya boleh dianggap tumbang apabila bajet yang dibentangkan tidak diluluskan. Beberapa malam lepas, undi bahagian telah diadakan di Parlimen bagi meluluskan Bajet 2010. Cadangan tersebut dimulakan oleh MP Segambut, kemudian disambung oleh MP Ipoh Barat. Pembangkang mempunyai peluang cerah untuk memalukan kerajaan pimpinan Najib kerana pada waktu itu jumlah MP Barisan Nasional hampir menyamai jumlan MP Pakatan.


Biasalah suasana dewan rakyat di Malaysia, kita boleh lihat di siaran langsung banyak kerusi MP Barisan Nasional kosong. Biasanya jumlah mereka 50 atau 60 orang. Sedangkan MP Pakatan 80 lebih. Tapi sayangnya kerana ada juga MP Pakatan yang suka ponteng. Kalau tidak, pasti sejarah sudah tercatat pada malam itu. Undi di sebelah kerajaan hanya melebihi 2 undi saja.


p/s : Kepada MP-MP Pakatan yang tidak hadir, kamu semua ini bekerja untuk kepentingan diri ataupun untuk rakyat???

Monday, December 14, 2009

Membalas "Artikel Busuk" Zulkiflee Bakar

Pendahuluan


Hari Sabtu ini (19 hb) satu konvensyen Pakatan Rakyat bakal diadakan di Shah Alam bagi membincangkan hala tuju ketiga-tiga parti komponen PR. Satu persefahaman perlu dicapai untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pengganti kepada BN seterusnya menumbangkan UMNO/BN pada PRU yang akan datang. Perjuangan ketiga-tiga parti tersebut perlu diselaraskan walaupun berlainan fahaman.


PAS bakal menjadi pak turut?


Konvensyen belum lagi dibuat, kenapa sudah membuat kesimpulan? Kenapa mahu membandingkan PR dengan BN (ada parti taiko dan parti pak turut)?. Kalaulah bukan kerana permainan UMNO/BN, isu ini hampir sama sekali tidak timbul. Yang ada hanyalah isu perbedaan pendapat dek kerana berlainan ideologi. Inilah kelemahan dan kebodohan orang Melayu, belum mencuba tapi sudah membuat andaian dan kesimpulan.


Sesetengah ahli dan pemimpin PAS menyuarakan kebimbangan jikalau perkara ini benar-benar terjadi (hala tuju dan matlamat asal PAS tersasar), adakah PAS menjadi seperti pengecut yang tak reti bersuara? Oleh kerana PAS juga adalah parti yang ditunjangi oleh orang Melayu, maka ciri-ciri perangai buruk orang Melayu pasti terserlah. Mereka tak pandai berpolitik seperti orang Cina. Orang Melayu hanya tahu berdiam diri jika hak atau bahagian mereka disentuh, mereka tidak pandai bersuara serta mendesak (kononnya baik lah tu!).


Adakah PAS tidak boleh mengugut akan keluar dari gabungan jika suara mereka tidak diendahkan?


Perjuangan dan Ideologi


Tak ada parti yang mampu memerintah negara seorang diri di dalam mana-mana negara demokrasi. Satu pakatan dengan parti lain diperlukan untuk membina kerajaan campuran. Di Malaysia, hendak atau tidak, sama ada PAS, PKR, atau DAP perlu melupakan seketika agenda politik mereka demi melaksanakan perubahan di dalam negara. Jika mahu terus bersatu dan bekerjasama untuk menumpaskan kezaliman, kebejatan, dan kebobrokan UMNO/BN, mereka perlu menumpukan persamaan di antara mereka dan jangan dipandang sebarang perbedaan ideologi.


PAS perlu ingat, Ustaz Fadzil Noor pernah berkata, perkara utama (isu besar) yang akan dilakukan jika barisan pembangkang memerintah negara ialah menghapuskan segala penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, dan pencabulan hak asasi. Itulah perubahan besar yang mula-mula sekali akan dilakukan. Kenapalah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS sekarang ini tidak mencontohi kebijaksanaan almarhum Ustaz Fadzil, dan lebih bersikap ekstrim (contohnya seperti Ketua Pemuda PAS, al-Thontowwi).


Perjuangan Islam dan Membela nasib Melayu?


Perjuangan Islam semestinya PAS kena utamakan. Kenapa pula PAS tak boleh mempertegas perjuangan Islam jika PAS, PKR, DAP nanti membentuk satu parti? Hendak berdakwah dan meluaskan Islam pun kenalah dengan hikmah (bijaksana). Takkanlah lepas tawan Malaysia, terus nak laksanakan hudud tanpa kefahaman yang menyeluruh diberi kepada rakyat? Kena ingat, ada banyak isu besar yang perlu diselesaikan jika memerintah negara nanti. PAS boleh bermula dari bawah jika mahu memperjuangkan Islam. Bersihkan masjid daripada sebarang pengaruh dan anasir yang tidak elok. Terapkan nilai-nilai Islam di dalam sistem pembelajaran.


Nak membela nasib orang Melayu? Habis macam mana pula nasib bangsa lain yang tertindas pula? Senang cakap, kalau ada pemimpin PAS membangkitkan isu Melayu, lebih baik korang semua berambus dan masuk UMNO. PAS patut membedakan perjuangan parti dengan semangat assobiyah, kenapa hanya fikirkan satu bangsa sahaja?


Pembahagian Kerusi


Ada juga pemimpin PAS yang bimbang PKR pasti akan menuntut kerusi yang strategik dan merupakan tempat selamat bagi pembangkang. Takkan PAS tak boleh bersuara? Tolong hapuskan perangai tak guna orang Melayu yang hanya tahu diam jika hak dan milik mereka disentuh/dirampas/diusik. Tidak dinafikan bahawa PKR banyak mengambil kerusi yang strategik yang sebenarnya milik PAS. Walaupun semangatsatu parti, tak bermakna PAS tidak boleh bertegas. Yang sedia ada itu cukuplah untuk PKR.


PAS parti pak turut?


Ya, PAS akan menjadi seperti bodoh dan pak turut seperti yang diandaikan oleh penulis terbabit jika PAS tidak cerdik dalam berpolitik. Kononnya, PAS menjadi Pak turut di Selangor dan Perak. Di Selangor, PAS menjadi pak turut atau penimbul masalah? Isunya hanyalah perbedaan pendapat, tapi tindakan PAS lah yang membuatkan UMNO mempunyai modal untuk menyerang pakatan pembangkang. Di Perak, apa buktinya PAS menjadi pak turut? Kerana YB NIzar memberi tanah kepada orang Cina? Tak baca ke yang itu adalah sebahagian dari manifesto PAS/PKR pada PRU-12. Lagipun kenapa tak gembar gemburkan YB Nizar ada memberi tanah kepada orang Melayu di Kampung tersusun dan juga sekolah pondok di Pengkalan Hulu?


PAS Ada Kekuatan Sendiri Tapi Tak Mungkin Mengecapi Kemenangan Besar


Memang benar, PAS mempunyai kekuatan dan penyokong tersendiri. Tambahan pula mempunyai jentera yang kuat dan agresif. Tapi PAS tak boleh mendabik dada kerana jika hanya bergantung pada itu, PAS hanya boleh bertapak di beberapa kerusi di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis. Tapi ingat! Hanya beberapa kerusi. PAS hanya boleh memerintah seorang diri di Kelantan sahaja. Kalau macam inilah, sampai kiamatlah PAS menjadi pembangkang di negara ini dan amat mustahil untuk menawan Malaysia dan merealisasikan cita-cita mereka jika dilihat suasana iklim politik di negara ini.


PAS tidak mentadbir Kedah dengan kekuatan sendiri tapi dengan adanya bantuan PKR. PAS boleh mentadbir Terengganu? Itu hanya mimpi. Jangan dikenang kemenangan silam pada 1959, itupun kerajaan campuran dengan Parti Negara. Kemenangan 1999? Jika bukan kerana kes Anwar Ibrahim, Terengganu tak akan jatuh ketangan PAS. Jangan berlagak sangat (pesanan kepada sesetengah pemimpin dan penyokong PAS yang syok sendiri).


Memanglah PKR tidak mempunyai kekuatan tersendiri dan bergantung pada PAS, dan DAP pula bergantung pada pengundi-pengundi Cina, tapi penulis artikel tersebut perlu juga sedar, tanpa sokongan parti lain, PAS juga tidak boleh bertapak di beberapa kawasan orang bukan Islam, yang undi mereka tidak boleh dipandang ringan dan boleh dijadikan penentu. Selama ini kawasan tersebut tidak pernah ditembusi oleh PAS.


Kesimpulan


Beberapa andaian buruk telahpun dibuat untuk meracuni pemikiran rakyat sebelum daripada tarikh konvensyen diadakan. Sikap prejudis seperti itulah yang membuatkan parti tidak akan ke mana-mana, sekadar menang di tempat yang sama. Penulis artikel busuk tersebut seolah-oleh "menyucuk" pembaca supaya perjuangan Islam tidak akan berjaya dengan parti-parti pembangkang yang lain dan hanya berjaya dengan parti yang bermajoritikan orang Melayu.

Sunday, December 13, 2009

Nakhaei Ahmad Ditimpa Penyakit Gila Babi



Cerita ini seputar daripada Wacana Perdana "Islam Di Malaysia. Realiti & Harapan" yang diadakan di KTC, Kelantan. Panelisnya adalah Ustaz Nik Amar, Dr. Asri, Nakhaei Ahmad (tidak layak digelar Ustaz), dan Affandi Yusoff, Dr. Agus sebagai moderator. Saya tak datang, tapi sekadar mengutip cerita dari blog Perisik Rakyat (mohon keizinan Topeng Perak).


Ketika ditanya oleh Dr. Agus, apakah perbedaan pengalaman semasa dalam PAS dan UMNO? Nakhaei menjawab, PAS mengamalkan dasar Islam Sekular manakala UMNO amalkan Islam yang sebenar. Ha ha ha kucing pun boleh tergelak kalau dengar kenyataan macam ni. Nak membodek ke apa? Kesian kat dia ni, dulu masuk UMNO dengan harapan dapatlah jawatan Timbalan Menteri, tapi habuk pun tarak.


Nakhaei ni dulu masa dalam PAS kopiah selalu pakai. Sekarang ni kopiah entah ke mana. Inilah salah satu contoh, tak semestinya orang yang mempunyai pengetahuan agama yang luas seperti Nakahei ini mengikuti jalan yang betul. Dulu beria-ria sangat kata UMNO ini kafir. Dialah salah seorang pemimpin PAS (Naib Presiden) yang kuat mengkafirkan UMNO. Last-last dengan dia sekali masuk "kafir" masa tahun 1989.


Kalau ikut cerita dari blog Ustaz Ahmad Awang, Nakhaei ini pengecut juga. Sanggup tinggalkan anak bini berbulan-bulan ke luar negara kerana diburu oleh kerajaan dalam Operasi Lalang 1987. Apa jenis manusia dia ni? Kononnya dengan masuk UMNO agama Islam boleh berkembang. Sekarang lihatlah, dah hampir 20 tahun kau masuk UMNO, Islam di negara ini macam mana??? Padan muka kena tipu hidup-hidup oleh Mahathir yang disangkakan nak laksanakan Islam dengan penerapan nilai-nilai Islam.

Saturday, December 12, 2009

Pergolakan Dalaman PKR Terengganu

Posted by : Admin



Pemimpin-pemimpin tertinggi PKR patut memantau sebarang masalah atau pergolakan dalaman parti di mana-mana parti. Usah hanya fokus untuk menambah ahli dan memenuhi cita-cita orang tertentu, sehinggakan masalah yang menimpa hanya dianggap sekadar lalat sahaja. Terbaru adalah mengenai masalah dalaman PKR Terengganu, di mana salah seorang bekas pemimpin PKR negeri ini merancang satu komplot untuk menyingkirkan Ketua AMK Negeri, Fariz Musa. Sehinggakan bekas pemimpin ini mempersoalkan tindakan Fariz yang berjumpa dengan Haji Hadi untuk membuka cawangan baru di Terengganu.


Menurut Fariz Musa, bekas pemimpin inilah (yang juga merupakan sahabat beliau sendiri) yang bertanggungjawab dalam perbincangan dengan pemimpin PAS Terengganu sehinggakan pada PRU-10 (1999), PKR hanya dapat bertanding di 2 kerusi sahaja iaitu DUN Telemong dan Parlimen Kemaman. Dan juga membuatkan PKR hanya seolah-olah "melukut di tepi gantang". Sekarang ini, bekas pemimpin PKR Terengganu itu telahpun berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk memecat Fariz Musa sebagai Ketua AMK Terengganu. Nampaknya inilah politik Melayu, penuh dengan hasad dengki dan tikam menikam dari belakang.


Nota :


Persoalan PKR adalah sekadar "melukut di tepi gantang" itu memang benar, kerana di kawasan Timur, PAS lebih sinonim di sini. Walau sepopular manapun PKR, ia akan ditenggelami oleh imej PAS di kawasan Pantai Timur. PKR hanya boleh bergerak dengan cemerlang di kawasan Utara dan juga kawasan Pantai Barat. Sejak dari dulu lagi, kawasan-kawasan Timur (terutamanya Terengganu dan Kelantan) dikenali sebagai kawasan lingkaran hijau.



Kerusi PKR di Terengganu bertambah pada PRU-12 lepas. 3 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen. Bilangan ini sudahpun memadai, kalau banyak-banyak kerusi pula, bimbang jugak nanti akan ada yang menjelma jadi katak hehehe. Masa PRU-12 dulupun dah ada masalah berebut nak jadi calon di N14 DUN Bandar. Di antara Dr. Manaf dengan Ng Chai Hing (sekarang ini pengerusi DAP negeri). Akhirnya Dr. Manaf yang dapat jadi calon. Tapi kalah dalam pilihanraya. Ada baiknya Dr. Manaf ini kalah, kerana sikap dan personalitinya sewaktu kempen tidak menepati sebagai seorang Yang Berkhidmat (YB). Sombong, tidak mesra - lagipun Dr. Manaf (Ketua PKR Cabang Kuala Terengganu) adalah bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang pernah menyerang pimpinan PAS Terengganu suatu ketika dahulu. Adakah boleh dipercaya orang macam dia ini boleh menjadi seorang wakil rakyat yang baik?


p/s : Pemimpin PKR kena baiki dalaman parti itu, begitu juga PAS. Sama-sama ada krisis dalaman. Kalau ini berterusan dan menjadi semakin teruk, macam mana nak dapatkan kepercayaan rakyat???

Friday, December 11, 2009

(Gambar) Haji Abdul Hadi Awang "the Slaughter"

Posted by : Admin





Sumber Gambar : Terengganukini



Nota : Saya pernah melihat suasana sebegini pada 5 tahun dahulu (2004). Beberapa ekor lembu tumbang dalam satu masa oleh pisau tajam Hadi "the Slaughter". Kalau ada lembu yang hendak dikorbankan, biasanya penduduk Rusila memanggil beliau untuk tolong menyembelih.

Thursday, December 10, 2009

Bodoh Dan Keras Kepala


Mahu kenal si kepala batu yang tidak cerdik? Cari gambar brother bear di dalam blog ini.


Kesempatan apa yang mahu dilakukan oleh dia sementara masih ada sedikit masa bagi dia untuk meninggalkan PMBK? Kepada yang berkenaan, tak payah lah larang orang daripada nak mengulas isu negeri Kelantan, kalau Mahfuz diam pun, UMNO telahpun menggunakan si Ariffahmi ini sebagai modal untuk menyerang TGNA.


Dia ni buat sardin je bila orang desak letak jawatan. Keras kepala sungguh. Ikut prosedurlah, banyak kerja lagilah, dan macam-macam. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan Mahfuz Omar. Memandangkan sudah ada pemuja-pemuja tok guru Nik Aziz yang sudah menyerang Mahfuz, saya pun tidak mahu ketinggalan untuk hal ini. Tak semua tindakan-tindakan mereka itu benar dan kenapa mahu halang orang lain nak komen? Kalau perkara ini ditangani awal-awal, kalau dah faham bahasa, isu ini tak akan berbangkit. Gara-gara menantu yang seorang inilah.


“Saya tidak tersinggung kerana saya orang muda. Bagaimanapun, saya juga tidak mahu melihat kenyataan saya ini memberi peluang kepada Umno untuk dipolitikkan.

“Sebab itu saya telah mengatakan bahawa saya sayang Tok Guru dan boleh melihat Umno dan parti-parti lain mula menggunakan Arif (Ariffahmi) untuk mengkritik beliau.

“Sebab itu saya minta Arif (Ariffahmi) dengan segera melepaskan jawatan dia,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mahfuz menambah beliau tidak faham mengapa sukar sangat bagi Ariffahmi meletakkan jawatan dengan segera.

“Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk beliau meletakkan jawatan kerana mengikut Seksyen 12 Akta Kerja 1955, ia tidak seharusnya menjadi satu masalah.

“Seksyen 12 berkaitan dengan soal bagaimana kita boleh memutuskan kontrak dan saya menggesa Arif tamatkan kontrak dia dan majikan boleh menggunakan klausa yang sama,” katanya.

Kata beliau, jika Ariffahmi memberi notis tiga bulan, maka majikan boleh menggunakan Seksyen 12 untuk membayar tiga bulan gaji bagi beliau meninggalkan dengan segera. - Mahfuz Omar, The Malaysian Insider.

Apabila Si Pondan Lawan Bekas Boss

Oleh : Admin


Hampir 20 tahun dulu...


Nazri Aziz mengugut Tunku Abdul Rahman bahawa Tunku tidak akan disemadikan di makam pahlawan ekoran tindakan Tunku yang tidak habis-habis menyerang pentadbiran Mahathir. Nazri umpama seorang hamba yang setia berjuang untuk tuannya, memandangkan dia mendapat kedudukan di dalam UMNO atas ehsan Mahathir.


Tahun 2006...


Tampuk kepimpinan negara bertukar semenjak tahun 2003. Abdullah Badawi menggantikan Mahathir. Kerana Abdullah Badawi dilihat terlalu lembab dan kuat tidor, maka ia mengundang ketidakpuasan Mahathir terhadap penggantinya itu. Serangan demi serangan dikenakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi. Sekali lagi Nazri memainkan peranannya selaku hamba yang setia, menjilat tangan orang yang mampu memberi makan padanya - dengan mengisytiharkan perang terhadap bekas bosnya, Mahathir.


Tahun 2009...


Abdullah Badawi mengundurkan diri dan digantikan dengan isteri Rosmah, Najib. Isu modul yang digunakan di dalam kursus BTN dipersoalkan. Nazri mahu sistem itu dirombak semula, manakala Mahathir mahu ia dikekalkan seperti yang sedia ada. Berlakulah perang mulut. Nazri kata Mahathir bapa perkauman, Mahathir pula minta dia letak jawatan dan keluar UMNO.


p/s : Kalau Pak Lah pun bersuara, rasa-rasanya dengan Pak Lah sekali si Nazri ini tibai. Adakah orang seperti Nazri ini boleh dipercayai? Orang sepertinya berada di mana-mana parti. Hanya berkhidmat kepada sesiapa yang mampu memberi makan kepadanya.


Weyh, ini anak sapa? Muka dia macam....?

Wednesday, December 9, 2009

Anual Bakri Haron - Punca Krisis?


Ada sesetengah penulis blog yang mengatakan bahawa punca masalah dan krisis yang berlaku keatas kerajaan negeri Kelantan dan juga kemelut di dalam PAS berpunca daripada Setiausaha Politik tok guru Nik Aziz, Anual Bakri Haron (Gambar). Betul kah? Dan si Anual ini jugalah "pembantu sesat" tok guru Nik Aziz seperti yang didedahkan oleh Nik Abduh.


Adakah benar dakwaan-dakwaan di bawah :


1. Dia pernah ditampar oleh bekas Ketua UMNO Cawangan Bunut Payong yang bernama Cikgu Kadir di dalam satu majlis kenduri kerana Anual meminta Ketua UMNO Cawangan itu mengucap kembali.


2. Bergaduh dengan Setiausaha Akhbar tok guru sehingga tidak bertegur sapa kerana Anual ini mengambil teks-teks ucapan tok guru yang dituliskan oleh setiausaha akhbarnya untuk dimasukkan ke dalam buku.


3. Tidak jalankan tugas sebagai SETPOL, sebaliknya mempopularkan dirinya sebagai penyair dan penyajak.


4. Memberikan gambaran salah masyarakat kepada Tok Guru melalui tulisan-tulisannya yang caca merba tanpa fikrah yang jelas tetapi menggunakan nama Tok Guru. Tidak mempunyai asas didikan agama yang kuat tapi berlagak lebih Islam dari mereka yang bergelar Ustaz.


5.
Memaksa Perhubungan PAS Negeri, agensi-agensi kerajaan seperti SEDC atau orang-orang korporat yang rapat dengan Tok Guru membeli buku-bukunya kononnya di atas arahan Tok Guru. Keuntungan dari jualan buku-bukunya itu masuk ke dalam poketnya sendiri.


6.
Sering menghalang orang-orang parti atau orang-orang lain yang mahu menemui Tok Guru dari berbuat demikian tanpa sebab yang nyata.


Dan lain-lain lagi. Malas nak muatkan di dalam ini. Dalam al-Quran ada menyebut, jika sesuatu berita datang kepada kita, hendaklah kita selidik dahulu berita tersebut. Kononnya Anual Bakri dimasukkan ke dalam Pejabat MB oleh "Exco tertentu" dan segala laporan diserahkan kepada "Exco" tadi. Aik? Macam kes Kickdefella saja ni. Adakah ini satu lagi cara untuk jatuhkan Husam?


Nota :


Saya tak mempunyai apa-apa komen terhadap SETPOL tok guru ini. Tak berapa kenal sangat, setakat pernah berhubung/bercakap sekali dua tu adalah. Tapi pandangan peribadi saya terhadap Anual Bakri ini ialah beliau mungkin seorang yang malas menggunakan shampoo ketika mandi.


p/s : Lagi pula, wajah beliau seiras dengan wajah seorang abang yang menjual PSP games di Carrefour Ampang. Cuma yang bezanya ialah abang tersebut tidak bercermin mata dan rambutnya sedikit berwarna.

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Susah Sangat Nak Letak Jawatan


Sedar atau tidak, tindakan Ariffahmi yang melambat-lambatkan perletakan jawatan selaku CEO PMBK telah memberi bebanan kepada Tok Guru Nik Aziz, sekaligus mengguriskan kewibawaan beliau sebagai ulama dan politikus. Buat apa nak ikut lagi prosedur-prosedur tu? Yang degil sangat tu kenapa? Sekarang masalah demi masalah menimpa kerajaan negeri Kelantan.


Walau apa pun alasannya dan sebab musababnya, memang tidak boleh mana-mana ahli keluarga ataupun yang mempunyai tali persaudaraan kepada pemerintah di sesebuah negeri/negara turut sama menjawat jawatan di dalam kerajaan. Walaupun dia seorang yang berkelayakan dan berkebolehan. Ia mengundang persepsi dan andaian yang tidak betul akhirnya bertukar menjadi fitnah. Ia juga mempunyai unsur-unsur nepotisme. Ingatlah bahawa Saidina Usman dibunuh kerana rakyat marahkan dia yang mengamalkan nepotisme di dalam pemerintahannya.


Dengan ini, saya kira Tok Guru Nik Aziz telah membuat 3 kesalahan selaku ketua kerajaan Kelantan dan juga Pesuruhjaya PAS negeri :


1. Membenarkan Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU-12 dengan menggunakan lambang bulan.


2. Melantik Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) sebagai calon parlimen Bachok.


3. Melantik Ariffahmi, menantu beliau menduduki kerusi CEO PMBK.


Mungkin ini berpunca daripada kelemahan Tok Guru Nik Aziz sendiri, iaitu kuat berprasangka baik (husnuz-zan). Berpunca daripada sifat itu, akhirnya memakan diri. Benar seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Nik Abduh :


Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing!


p/s : Buat Nik Amalina, tindakan anda membalas serangan Kickdefella demi membela suami anda adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan yang penuh emosi. Sedarlah sesungguhnya anda telah memalukan ayahanda anda sendiri.

Monday, December 7, 2009

Mudahnya Berpolitik Di Malaysia

Jika kita menjadi pembesar negara, maka setiap kesalahan kita pasti akan ditutup dan pihak berkuasa sengaja melambatkan penyiasatan ke atas diri kita, lebih beruntung lagi kita mungkin tidak akan dibawa ke muka pengadilan.


Jika kita adalah pemimpin utama kepada parti pembangkang, kita tidak perlu meletakkan jawatan atau berundur diri walaupun membuat kesilapan yang merugikan parti. Dengan syarat kita harus berbuat banyak jasa kepada parti. Kedudukan kita dikekalkan berdasarkan jasa, bukan prestasi. Walaupun ramai yang mendesak supaya kita berundur, tapi pengikut setia kita pasti akan membela kita.


Kan? Kan? Kan?

Saturday, December 5, 2009

Alangkah Baiknya Jika Hukuman Sebegini Dijalankan Di Malaysia

Kesalahannya ialah mengedar dadah.



Ini juga hukuman bagi pengedar dadah. Hukuman sebegini dijalankan di Republik Islam Iran.



Hukuman bunuh (tembak di leher) bagi kesalahan merogol. Ini di negara Yaman.




Hukuman rotan bagi kesalahan berjudi. Ini peristiwa dari Aceh.


Sebagai seorang Muslim, cita-cita saya juga ialah mahu melihat negara ini ditadbir mengikut acuan Islam. Islam adalah jalan penyelesaian bagi satu-satu masalah. Masalah jenayah di Malaysia adalah diperingkat yang begitu kritikal. Semua tempat dirasakan tidak selamat, walaupun di dalam rumah sendiri. Penjenayah tidak takut dengan hukuman yang sedia ada, bahkan yang sudah dihukum pun ada lagi yang masih tidak serik-serik.


Satu bentuk hukuman yang boleh menggerunkan sesiapa yang mahu melakukan jenayah patut dilaksanakan di Malaysia supaya indeks jenayah menurun. Pokoknya, hukuman tersebut mestilah dijalankan di tempat awam. Yang terbaik tentulah hukum hudud dan qisas. Tapi memandangkan kerajaan Malaysia pimpinan UMNO sangat tidak mahukan Islam, ubahlah cara hukuman, dari tempat tertutup ke tempat yang terbuka, supaya semua orang boleh lihat hukuman yang dijalankan.


Hukuman gantung bagi pengedar dadah, contohnya. Tapi ramai pengedar yang tidak takut akan hukuman itu. Jadi caranya ialah mempamerkan hukuman itu di tempat yang terbuka, baru mereka tahu bahawa seksanya mati di tali gantung. Inilah saja caranya untuk membasmi kes-kes jenayah yang semakin meningkat.

Friday, December 4, 2009

Hassan Ali & Nasha Di KUIS (Gambar)

Sambutan bulan Jihad Negeri Selangor dirasmikan di Masjid Al-Azhar, KUIS, Bangi selepas solat Jumaat tadi. Hassan Ali memberi khutbah, dan tak sangka pula Nasha pun ada, jadi imam solat Jumaat.


Mungkin rumah Nasha di Bangi, jadi secara kebetulan dia datang sini?



Ini Toyota Camry Hasan Ali yang punya.



Hassan Ali & Nasha, sahabat sejati. Senantiasa bersama tak kira senang atau susah.




Tertunduk dan termenung memikirkan masa depan.




Nasha bercakap dengan Farid Ravi, nazir masjid, dan Hassan Ali berbisik dengan rektor Kolej.




Nasha tunduk lagi. Ustaz Farid Ravi kontrol macho.




Kutipan zakat tahun ini $200 juta lebih. Tahun depan dijangkakan mencecah $300 juta, menyamai belanja tahunan negeri Kedah (ucapan permulaan Hassan Ali). Banyaknya kutipan zakat, habis takkan tak boleh tolong ringankan beban pelajar KUIS yang nakkan yuran turun?




Nasha kusyuk mendengar ceramah Hassan Ali. Adanan tengah cungkil sisa dicelah gigi.



Ini 2 orang mamat daripada JAIS. Salah satu daripada mereka yang menjaga bab-bab tauliah. Ceh!



Wajah ceria Hassan Ali bersalaman.



Nasib baik tak timbul isu perpaduang di sini. Heh!

Thursday, December 3, 2009

Kickdefella Tidak Siarkan Komen Saya



Seperti yang saya jangkakan, blogger Kickdefella tidak akan melepaskan komen saya daripada disiarkan di dalam blognya berkenaan posting terbaru yang bertajuk "Sandiwara Di Kelantan". Saya menulis komen tersebut pada jam 11 pagi tadi. Berikut adalah komen saya yang tidak disiarkan di dalam blognya :


sudahla tu syed azidi a.k.a kickdefella. dulu serang ariffahmi, sekarang serang tok guru pula. kalau betul ariffahmi itu orang yg salah, apa pasal dari dulu lagi you tak bersuara? lepas dibuang dan ditendang barulah bising-bising macam perempuan gila meroyan. nampaknya khabar-khabar yang saya tahu sebelum ini berkenaan you tak buat kerja dan asyik makan gaji buta itu semakin benar. kebenaran semakin jelas. sepatutnya kalau you benar-benar teraniaya, dari dulu lagi you patut berkokok berkenaan si menantu tu.


Selepas puas menyerang menantu Tok Guru, kini Kickdefella menghalakan sasarannya kepada Tok Guru pula. Dia tidak puas hati jika mangsa yang menjadi sasarannya tidak dijatuhkan dan selagi kemahuan dia tidak dipenuhi. Kalaulah betul si Ariffahmi itu seorang yang korup, sepatutnya dari dulu lagi Kickdefella ini bersuara. Saya juga berasa sangsi mengenai komen-komen yang terdapat di dalam blog beliau. Komen-komen yang menghina dan mencerca Tok Guru Nik Aziz dilepaskan, dan hampir kesemua komen itu merupakan komen yang menghentam tok guru.


Dan jika dilihat pada waktu yang terdapat pada setiap komen, jaraknya terlalu dekat. Beda sesuatu komen dengan komen selepasnya hanya beberapa minit. Mungkinkah benar seperti yang di dakwa oleh beberapa blogger bahawa yang membuat komen-komen itu adalah Kickdefella sendiri, dengan menggunakan nama samaran yang lain. Sanggup dia menghina tok guru, semata-mata kehendak dan kemahuan diri tidak tertunai. Dia jugalah dahulu yang memuji-muji tok guru, dan mengungkitkan cerita dia di zaman kecil, dimana dia duduk di atas riba tok guru Nik Aziz, dan tok guru menanyakan mengenai jarinya yang tercedera terkena kipas.


Kini semua perasaan hormat itu lenyap akibat daripada kesilapan dia sendiri. Adakah benar seperti yang didakwa bahawa Kickdefella berbulan-bulan tidak masuk pejabat dan hanya menerima gaji buta, dan setiap laporan diserahkan hanya kepada Husam Musa, orang yang dikaguminya.


p/s : Saya juga semakin sangsi akan kesahihan cerita mengenai MSO yang dikeluarkan di dalam blog dia beberapa bulan lepas.

Ayuh Berikan Sokongan Kepada Kepimpinan Tok Guru


Jika UMNO berjaya kumpulkan ratusan orang berkumpul di hadapan bangunan SUK bagi mendesak tok guru meletak jawatan, maka penyokong-penyokong tok guru dan pencinta Islam patut melawannya balik dengan berkumpul dengan jumlah yang berlipat kali ganda. Bukannya taksub, tapi sudah terbukti bahawa tok guru Nik Aziz merupakan Menteri Besar yang paling berjaya dan terbaik di Malaysia. Beliau berjaya mengekalkan status kehidupannya walaupun tempoh beliau mengetuai Kelantan hampir mencapai 2 dekad. Ayuh sama-samalah tunjukkan sokongan kepada tok guru agar beliau terus bersemangat meminpin Kelantan dan tabah menempuhi rintangan dan dugaan. Jangan biarkan musuh-musuh dalam selimut ketawa terkekeh-kekeh melihat kesusahan dan ujian yang menimpa tok guru yang disayangi ramai ini.

Wednesday, December 2, 2009

Malaysia Negara Diskriminasi, Bukan Negara Demokrasi

Malaysia merupakan sebuah negara yang kuat mengamalkan dasar diskriminasi tapi berlagak seolah-olah mengamalkan demokrasi tulen.


Keluar saja cerita diatas, pasti ramai yang komen dan mengutuk perbuatan tersebut. Tapi lihat saja gambar di bawah, mana semua mangkok-mangkok yang bising dan riuh rendah itu?

p/s : Sepatutnya patut ditambah gambar Najib dan Mat Sembab.


Siap main api lagi tu.. memang ada keluar dalam berita, tapi tak ada pula komen yang mengutuk perbuatan di atas, dah la liputan yang disiarkan itu lama.


Ini demonstrasi yang dilakukan oleh puak-puak UMNO Kelantan, minta Tok Guru Nik Aziz tarik balik doa laknat yang ditujukan kepada Najib. Salah ke doa memohon kehancuran kepada orang yang zalim? Sepatutnya doa memohon kehancuran dan laknat keatas UMNO dilakukan atas kezaliman selama 52 tahun di dalam pemerintahan.




Kalaulah demonstrasi dibuat oleh Pakatan Rakyat, memang dari awal lagi anjing-anjing suruhan ini bertindak kasar untuk menyuraikan perhimpunan. Jika orang UMNO laknatullahi alaihim ajmain berdemonstrasi, ianya diharuskan. Tetapi jika demonstrasi itu dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS, PKR dan DAP, ia menjadi satu dosa besar.


KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, BABI DEPAN MATA TAK NAMPAK.