Sunday, May 31, 2009

Tahniah, Dr. Mansor Othman

Akhirnya keputusan PRK N.12 diumumkan sekejap tadi, dan kerusi Penanti berjaya dipertahankan. Walaupun berdepan dengan berbagai-bagai karenah PDRM dan SPR sepanjang berkempen, namun hasilnya berbaloi. ADUN Penanti yang baru, Dr. Mansor Othman menewaskan ketiga-tiga calon Bebas dengan majoriti yang tinggi. Manakala ketiga-tiga calon Bebas hilang wang pertaruhan.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng , tadi mengumumkan bahawa Dr. Mansor Othman akan mengabgkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 pada hari Rabu ini. Peratusan keluar mengundi adalah yang paling terendah di dalam sejarah, dan tidak seperti yang disasarkan, iaitu hanya 46.15% sahaja. Berikut adalah keputusan bagi PRK N.12 Penanti.


N12: PENANTI : 15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah pengundi 7,100

Peratus 46.15 peratus

Undi rosak 106 undi

Majoriti 5,558 undi.

Penyandang: Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi.



Tahniah Dr. Mansor. Jalankan amanah dan mandat yang diberikan dengan baik.

PRK Yang Membosankan


Biasanya setiapkali PRK diadakan, saya pasti akan menyelitkan beberapa kisah di lokasi pilihanraya di dalam blog ini. Tapi kali ini cukup berbeda, PRK N.12 Penanti, bagi saya inilah PRK yang paling membosankan, tiada isu yang menarik. Saya pun jarang mengikuti perkembangan mengenai PRK di sana. Mungkin salah satu sebabnya ialah UMNO/BN tidak menyertai PRK ini, dan menyebabkan ianya menjadi hambar.
Cuma sesekali saja saya ambil tahu sikit-sikit mengenai keadaan di sana melalui berita di televisyen mahupun internet. Gelagat calon PKR, Dr. Mansor Othman jarang sangat saya perhatikan, cuma saya agak "terhibur" sedikit dengan rentak dan tarian yang dilakukan oleh salah seorang calon Bebas, Aminah Abdullah, macam-macam pendedahan yang dibuat, sekadar mahu memeriahkan suasana, dedah sana, dedah sini, asalkan kain jangan tersingkap sudah.
Cuma satu yang menariknya ialah SPR dan Polis dilihat sudah mula mengambil alih tempat UMNO/BN. Biasalah, polong, kalau tuan tak ada lagi mengganaslah dia! Beberapa orang pemimpin PR, iaitu Badrul Hisham Shaharin (Ahli MKT Keadilan), N. Gobalakrishnan (MP Padang Serai), Zuraida Kamaruddin dan Lim Kit Siang dipanggil ke balai untuk memberi keterangan berhubung memainkan isu Altantuya dan Perak semasa berceramah, alasannya, ceramah seumpama itu mengandungi unsur hasutan dan boleh mengganggu ketenteraman negara! Macam-macam peraturan yang dibuat oleh polis untuk menghalang penceramah daripada memberi ceramah, sedangkan UMNO yang tidak bertanding turut terliur dan juga memberi ceramah, bahkan siap menghasut pengundi supaya jangan keluar mengundi. Tapi polis tak ambil tindakan pun.
Penceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal. Kemudiannya masalah ditimbulkan oleh SPR pula, SPR menetapkan bahawa pondok panas yang hendak didirikan mestilah bersaiz 8 kaki x 8 kaki, baru keluarkan arahan itu, sedangkan pondok panas sudahpun tersedia dengan saiz 20 kaki x 20 kaki. SPR mengeluarkan arahan baru, dan arahan tersebut terus daripada Putrajaya. Macam-macam karenah yang dibuat oleh SPR.
Apa-apapun, hari ini hari pembuangan undi. SPR mensasarkan 70% akan keluar mengundi. Setakat pagi ini, lebih kurang 15% saja yang keluar mengundi. PKR yakin bahawa majoriti kali ini bertambah berbanding pada PRU lalu. Pada PRU lalu, Fairus memperoleh 7,346 undi, menewaskan Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.
Khabarnya, 5000 ahli UMNO tidak keluar mengundi.

Saturday, May 30, 2009

Sejarah Yang Digelapkan

Sekarang ramai orang sibuk bercakap mengenai Chin Peng dan juga komunis. Ini disebabkan oleh cadangan daripada salah seorang daripada pemimpin parti Gerakan yang mencadangkan supaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kebanyakannya dilihat seperti tidak setuju. Orang-orang tua ditemuramah tentang kejahatan dan kekejaman komunis. Pemimpin politik ada (UMNO) membantah cadangan itu, takut sejarah hitam kembali semula.


Benarkah komunis (PKM) adalah pengganas? Sejarah tak boleh dipandang sebelah pihak saja. Sejarah patut dikaji daripada sumber yang berlainan. Dan apa yang saya ingin jelaskan dan juga tegaskan, sejarah mengenai kemerdekaan negara ini telah dihitamkan. Cukuplah saya ditipu semasa saya masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Di dalam kepala kami ditanamkan bahawa UMNOlah yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara ini.


Mengenai Chin Peng, tidaklah dinafikan bahawa matlamat asalnya adalah salah, iaitu mahu menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu. Dan mengenai tuduhan mengenai Bintang Tiga itu juga pengganas, itulah sejarah yang telah diubah oleh British dan juga UMNO. Di dalam Parti Komunis Malaya (PKM), juga terdapat tentera yang terdiri daripada anak-anak Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan, menghalau British laknatullah daripada negara ini, dengan mengangkat senjata, iaitulah Rejimen Ke-10, pimpinan Abdullah CD dan Rashid Maidin.


Asalnya, Rejimen Ke-10 merupakan bekas daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), dan lain-lain parti politik yang diharamkan oleh British pada 1948. Mereka tidak mempunyai pilihan atau "platform" yang lain untuk memperjuangkan kemerdekaan, selain daripada bergabung dengan komunis, berjuang secara gerila, mengangkat senjata, dan memerdekakan tanah air kita dengan darah.


Apa punca parti berhaluan kiri diharamkan oleh British? Semuanya gara-gara UMNO! UMNO yang menghasut British supaya diharamkan parti yang berhaluan kiri, dan menahan pemimpin-pemimpin mereka. UMNO takut sokongan yang diperoleh terhadap mereka berkurangan, kerana mereka bukan memperjuangkan kemerdekaan. UMNO hanya menukar slogan daripada "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada 1950. Sedangkan yang melaungkan slogan "Merdeka" terlebih dahulu adalah PKMM.


Mereka tiada jalan lain untuk menghalau penjajah selain daripada berpakat dengan komunis. Tentang komunis berbuat kejam semasa tempoh 2 minggu selepas Jepun menyerah kalah, ada 2 sebab, pertama, ia dilakukan oleh segelintir Bintang Tiga yang agak radikal, mungkin mereka berdendam terhadap orang-orang yang menjadi talibarut penjajah. Dan yang kedua, ia dilakukan oleh satu lagi puak komunis, iaitu Kuomintang (Bintang Satu).


Kuomintang merupakan parti nasionalis komunis yang berasal daripada negara China, kemudian pengaruhnya dikembangkan hingga ke Tanah Melayu. Kadang-kadang Kuomintang ini menyamar menjadi Bintang Tiga, bertujuan supaya Bintang Tiga dimusuhi. Ramainya yang mati di tangan komunis dulu, perlu kita ingat bahawa zaman itu merupakan zaman perang, jadi tak dapat dielakkan kadang-kadang orang yang tidak bersalah pun akan dibunuh, kerana sesiapa saja yang disyaki menjadi talibarut British, biasanya akan diminta menyerah diri, ataupun mati.


Ramai orang Melayu pada ketika itu lebih rela menjadi barua kepada penjajah yang kafir, termasuk polis. Itulah sebabnya mengapa Balai polis Bukit Kepong diserang, polis-polis tersebut diminta menyerah diri, tetapi mereka enggan, jadi Bintang Tiga termasuk Rejimen Ke-10 terpaksa menyerang, untuk mendapatkan bekalan senjata dan peluru. Semua ini semata-mata mahu membebaskan Tanah Melayu dengan sepenuhnya daripada pengaruh British laknatullah. Tidak ada negara di dalam dunia ini memperoleh kemerdekaan melalui rundingan, kecuali Malaysia. Itu bukannya merdeka, kerana Malaysia masih lagi mengekalkan undang-undang yang digubal oleh British! Tunku Abdul Rahman menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh British, termasuk menghapuskan PKM! Inilah kemerdekaan dicapai dengan cara pondan.


Rundingan Baling pada 1955 diantara Tunku Abdul Rahman dan PKM gagal kerana, Tunku meminta PKM menyerah diri dan ditahan, atau mati. Jadi, PKM tidak boleh menerima syarat itu, dan memilih untuk terus berjuang. Kenapa Tunku membuat syarat sebegitu? Kerana British laknatullah mendesak! UMNO juga adalah warisan daripada British. UMNO meneruskan tradisi British, menggelapkan sejarah, dan mendabik dada seolah-olah dialah pejuang kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman asalnya adalah Pegawai Daerah yang berkhidmat untuk British, ikut budaya British, kuat minum arak, Dato' Onn pula, adalah Bekas MB Johor yang menjadi pencacai dan anjing suruhan kepada British, begitu juga Tun Abdul Razak, juga adalah D.O yang berkhidmat di bawah British, jadi dapat disimpulkan mengapa hanya UMNO saja tidak diharamkan pada 1948!!


Tugu melawan British tak dibuat, sebaliknya hanya membina tugu melawan komunis (tugu negara). Kesiannya pejuang dahulu yang dituduh pengkhianat kepada negara, hanya semata-mata bekerjasama dengan komunis, seperti Allahyarham Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik, Abdullah Che Dat (CD), Mat Amin, Mat Indera, Rashid Maidin, dan lain-lain. Ada anak-anak Melayu dan orang-orang Melayu mengenang mereka ini?!


Ada diantara mereka kecundang di tangan British kerana dikhianati oleh orang Melayu sendiri. Tak hairanlah kenapa orang Melayu ada yang dibunuh oleh komunis. Mat Indera contohnya, beliau adalah seorang pahlawan tulin, tinggi ilmu agamanya, tetapi dikhianati oleh orang sekampungnya yang merupakan pegawai Home Guard, iaitu Haji Misbah (laknatullah), dengan melatakkan serbuk pelali di dalam kopi yang diminum oleh Mat Indera, akhirnya, nyawa Mat Indera melayang di tali gantung.


Orang Melayu dulu banyak yang bodoh, lebih suka bekerjasama dengan penjajah, tetapi menentang bangsa sendiri yang memperjuangkan kemerdekaan. UMNO perjuangkan kemerdekaan? Perjuangkan kemerdekaan atau sekadar barua British? Nasib baiklah saya ni jenis yang suka membaca buku-buku yang berlainan, kalau tidak sampai ke mati saya ditipu oleh UMNO yang jahat ini, yang menggelapkan sejarah. Nauzubillah, jahatnya UMNO ini.... Pejuang yang sebenar pula terpaksa menetap di negara lain, kerana tidak dibenarkan pulang di tanah air sendiri..

Thursday, May 28, 2009

Menjelang Muktamar



Pada bulan depan berlangsunglah Muktamar Tahunan PAS ke -55 yang diadakan di Stadium Melawati. Kali ini kita saksikan banyak muka baru dicalonkan dan juga untuk mengisi kerusi pimpinan tertinggi. Jawatan-jawatan utama sudah selesai pemilihannya. Bagi sayap pemuda, Ustaz Nasaruddin Tantawi menang tanpa bertanding apabila lawannya, Zaki Ibrahim menarik diri. Selain itu, Azman Shapawi dan Ahmad Sabki Yusof juga menang tanpa bertanding dalam jawatan Timbalan ketua dan Naib ketua.
Bagi kerusi Dewan Ulama' pula, Ustaz Harun Taib (Manir) menang tanpa bertanding apabila penyandangnya Ustaz Mohamed Daud Iraqi menarik diri. Usatz Ahmad Yaakob dan Mahfodz Mohamed juga menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat. Dalam Dewan Muslimat pula. berlaku pertandingan 2 penjuru di antara penyandang, Ustazah Nuridah Salleh dan Ustazah Asiah Ali. Timbalan Ketua Muslimat pula, Siti Zailah Yusof menentang Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan. Dan bagi jawatan Naib Presiden, asalnya terdapat 16 nama yang dicalonkan - yang merupakan jumlah yang tertinggi di dalam pemilihan, tetapi 11 daripadanya menarik diri sebelum pencalonan ditutup. Yang tinggal bagi mengisi jawatan Naib Presiden ialah Sallahuddin Ayub, Ustaz Nik Amar, Mujahid Yusof Rawa, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Mahfuz Omar. Ustaz Ahmad Awang menarik diri daripada jawatan Naib Presiden, dan Ir. Nizar Jamaluddin, menolak Naib Presiden dan hanya mahu bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat sahaja, bagi menumpukan terhadap kes mahkamah. Dan akhir sekali, jawatan Timbalan Presiden PAS. Seramai 3 calon menawarkan diri untuk membantu Presiden PAS yang menang tanpa bertanding. Iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa (penyandang), yang memperolah 68 pencalonan, Husam Musa, 28 pencalonan, dan Mohamad Sabu, 26 pencalonan.
Pada mulanya Husam dilihat mahu menarik diri, kerana pencalonan yang diperolehinya kurang daripada separuh, mungkin akibat dicucuk oleh orang tertentu, maka dia memutuskan mahu juga bertanding merebut kerusi itu. Mohamad Sabu pula mengatakan, walau apa pun terjadi dia tetap mahu bertanding jawatan itu. Nampaknya kerusi yang menjadi tumpuan tentulah kerusi nombor dua ini. Muktamar pada kali ini pasti meriah, dengan muka-muka baru, dan pasti timbul pelbagai isu untuk dibahaskan, antaranya tentang status Kelab Penyokong PAS, yang menuntut keahlian. UMNO pastinya tertunggu-tunggu kerana pada mereka PAS mempunyai konflik dalaman. Sorrylah, PAS tak macam UMNO ok! Dalam pencalonan di peringkat cawangan atau kawasan/bahagian, calon yang bertanding tak perlu mengeluarkan duit satu sen pun, dan semua boleh menawarkan diri untuk bertanding. Tak macam UMNO, pemilihan di peringkat cawangan pun ada sogokan, lepas tu siap ada yang bertumbuk lagi, sehingga FRU dikerahkan untuk mengawal mesyuarat cawangan tersebut. Hahaha! Contoh yang lain iaitu di UMNO Bahagian Seremban, di sana lagi hebat, sehingga ada adegan membaling kerusi. Nasib baiklah kerusi plastik, kalau kerusi besi, patahlah gigi..
PAS tak ada pergolakan macam UMNO, setiap masalah diselesaikan melalui musyawarah. Kalau UMNO, pasti ada percakaran, Rafidah Aziz menghentam Shahrizat Jalil, calon dibuktikan rasuah, jadi UMNO pun berharap perkara sebegitu terjadi kepada PAS, tak cukup lagi menimbulkan isu fitnah yang mengatakan di dalam PAS terdapat 2 kumpulan, iaitu Erdogan dan Erbakan, yang berbeda pendapat, dan pendirian. Fitnah dan UMNO ini memang dah sebati. Mereka tu sebenarnya tak tahu menggunakan akal, kerana terdapat golongan Ulama' dan Profesional lah yang merupakan ramuan bagi PAS untuk terus bertahan, dan menjadikannya parti yang lain daripada yang lain. Cuma mengenai salah seorang calon saja, yang cuba dibongkarkan oleh seorang penulis dan juga blogger, iaitu MSO, yang cuba membuat pendedahan tentang Husam Musa. Kita lihat saja. Mungkin dia nak menghalang jawatan Timbalan Presiden itu tidak bertukar ke tangan Husam.

Monday, May 25, 2009

Harussaini, Letaklah Jawatan Dan Sertailah UMNO!

Saya semakin tak faham kenapa mufti sorang ni tiba-tiba berubah 360 darjah. Kenapa sekarang dia ni kelihatan galak sangat membela kerajaan haram di Perak beserta MB haramnya. Baru-baru ini dia mengeluarkan kenyataannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan kepada Zambry Abdul Kadir, MB Perak yang tidak sah. Mufti Perak ini berkata, keputusan tersebut patut diterima dengan hati terbuka oleh pembangkang, dan jika keputusan itu berpihak kepada pembangkang, mereka akan memujinya, dan jika keputusan sebaliknya, pembangkang pasti mengutuknya.


Dahulu dia ni pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Sultan Perak untuk melantik Zambry patut dipatuhi. Sepatutnya dia sebagai mufti, tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti, sekarang dia seolah-olah menjadi wakil kepada UMNO. Tugas dia yang sebenar ialah menegur kerajaan supaya memerintah mengikut acuan Islam, dan juga menyeru amar makruf nahi mungkar. Begitu juga dengan mogok lapar yang dibuat oleh penyokong PR, turut dipandang serong olehnya. Dan mogok itu berkebetulan sama dengan anjuran PAS supaya berpuasa sunat selama 3 hari sempena 1 Jamadil Akhir.


Dahulu saya sedikit mengkagumi mufti Perak ini berkenaan "sikap berani" nya menyatakan bahawa angka murtad di negara ini mencapai tahap yang membahayakan, sehingga dia pernah menegur PM pada waktu itu, Dollah Badawi. Dia juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa kongsi raya itu haram, dan pernah membongkar bahawa Dato' Azhar Mansor berperanan memurtadkan orang Melayu di sebuah gereja di Selangor. Itu satu tindakan yang terpuji. Tapi sekarang? Perbuatan serta kenyataan dia membuatkan saya tidak lagi menghormatinya, kerana dia sebagai penjawat awam di dalam kerajaan, sepatutnya dia kena bersikap berkecuali. Dariapda menegur perbuatan pemimpin dan penyokong PR, adalah lebih afdal dia menegur serta menggesa kerajaan supaya kes-kes maksiat di negara ini dipandang serius.


Sekarang mufti di Malaysia ini satu pun tidak guna. Segala kemudahan, jawatan, elaun, dan kedudukan telah mengunci mulut mereka daripada mengatakan kebenaran. Sedih betul bila mengenangkan mufti-mufti yang tak guna ini berkhidmat di negara ini, lebih-lebih lagi bekas mufti Perlis tu. Terkenang saya pada kelantangan Almarhum Dato' Ishak Baharom, bekas mufti Selangor yang lantang. Berani mengatakan kebenaran, contohnya pengharaman ratu cantik, pengharaman ASN, dan lain-lain lagi. Tak ada mufti mahu mencontohi Almarhum. Sayangnya oleh kerana kelantangan itulah, pemerintah negara ini memecat Almarhum, begitu juga dengan bekas MB Selangor, yang turut memainkan peranan memecat Dato' Ishak Baharom. Mahathir mengaku saja Islam, tapi tindakannya sama seperti orang yang bencikan Islam. Memang betul pun.


Dan buat mufti Perak, Dato' Seri Harus Sana Sinissan, kalau anda terus bersikap begitu, eloklah letak saja jawatan, kemudian sertai UMNO, dan bertandinglah untuk jawatan MT pada pemilihan yang akan datang. Kalau bernasib baik, mungkin dapat jawatan Naib Presiden!

Sunday, May 24, 2009

PPSMI




Ini merupakan kali ketiga saya berbicara mengenai PPSMI di dalam blog ini. Saya hairan kenapa pihak pemerintah susah sangat untuk memberi kata putus mengenai isu ini, setelah rakyat, para pencinta bahasa, dan sasterawan negara bersusah payah berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, pada 7 Mac lalu. Di tambah lagi dengan hadiah kesakitan yang diberikan oleh unit beruniform yang berupa gas pemedih mata, air, dan cota.






Saya memang berterus terang, saya bencikan PPSMI, saya tak setuju dasar seumpama begitu dilaksanakan di negara ini. Negara Malaysia bermajoritikan bangsa Melayu, tapi malangnya bahasanya diketepikan dan tidak diambil peduli oleh pemerintah yang juga berbangsa Melayu. Mereka tidak sedar perbuatan mereka telah mengecewakan sebahagian besar anak-anak Melayu, yang kebanyakannya gagal di dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, yang rata-ratanya berasal dari kawasan pedalaman. Dasar sebegini sudah dikira gagal, kerana ia hanya menjayakan segelintir dari kalangan pelajar sahaja.






Saya tidak sempat merasai PPSMI, tapi saya seolah-olah merasainya sekarang kerana di IPT bahasa pengantarnya juga di dalam Bahasa Inggeris. Hanya orang bodoh saja yang mengatakan PPSMI memudahkan pelajar bertutur di dalam Bahasa Inggeris apabila di peringkat IPT nanti. Soal saya, berapa ramai yang benar-benar boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris di IPT? Kebanyakan yang saya jumpa, mereka cakap pun tunggang langgang bahasanya. Hakikatnya, ramai lagi pelajar IPT yang tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Cuba lihat waktu dahulu, zaman di mana PPSMI belum lagi wujud, dan bahasa pengantar di IPT masih lagi berbahasa ibunda. Ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, walaupun tanpa PPSMI. Apa sebabnya? Kerana itu adalah berkat usaha mereka sendiri belajar bahasa Inggeris tanpa mengubah bahasa pengantar.






Hanya segelintir sahaja pelajar yang tinggal di dalam bandar boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Itu pun bukan semuanya. Nanti ada pula ibu bapa yang menyokong PPSMI, dengan beralasan anak mereka cemerlang di dalam Matematik dan Sains. Jawapan saya, baguslah kalau anak kamu cemerlang, tapi jangan menjadikan taraf kamu seperti lembu, tak tahu berfikir, kerana bukan semua pelajar sekolah sebagus anak kamu. Tuhan mengurniakan kelebihan yang berlainan bagi setiap manusia. Ada sesetengah perkara, hanya segelintir sahaja yang berjaya lakukan.






Inilah malangnya Malaysia kerana dipimpin oleh orang yang tidak mementingkan anak bangsanya sendiri. Sebenarnya mereka takut untuk mansuhkan PPSMI, kerana dibimbangi mamak tua itu mengamuk. Di negara yang lebih maju dan advance dari Malaysia, mereka tidak perlu menganggap Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Mereka belajar di dalam bahasa mereka sendiri. Lihatlah mereka lebih maju daripada Malaysia. Ilmu itu sukar dikuasai jika bukan di dalam bahasa ibunda. Jika asas agama wajib dipelajari di dalam Bahasa Arab, maka alamatnya ramailah yang buta agama di dalam negara ini.






Pendek kata, PPSMI tidak diperlukan untuk memajukan anak bangsa. Itu hanyalah perkara yang menyusahkan. PPSMI patut dimansuhkan, jangan biarkan anak-anak Melayu menjadi malas untuk belajar oleh kerana tidak faham di dalam subjek tertentu. PPSMI adalah musuh saya, jika ada sesiapa yang berani mengatakan PPSMI itu bagus, maka andalah musuh saya. Saya sesekali tidak akan berundur mengenai isu ini. Kerana ianya berkenaan dengan jenayah, iaitu Jenayah Akademik!

Saturday, May 23, 2009

Penamaan Calon Di DUN Penanti (+ kemaskini)


1. Penamaan calon baru saja selesai pada pagi tadi dengan 5 orang calon, 1 dari PKR dan selebihnya adalah calon Bebas. Tempat penamaan calon bertempat di Dewan IKBN, Bukit Mertajam.


2. Dr. Mansor Othman mewakili PKR, manakala 4 calon Bebas yang lain ialah Aminah Abdullah (Altantuya?), Kamarul Ramizu (calon Bebas di Bukit Gantang), Nair Khan Ari, dan Mohd Saberi Othman. Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa calon Bebas ada yang ditaja oleh UMNO/BN.


3. PRK kali ini dilihat lebih membosankan berbanding PRK-PRK yang lepas. Mengapa? Kerana tiada adegan dan babak sorak menyorak di antara penyokong PR dan BN, tiada lagi adegan ejek-mengejek, laungan "Altantuya", dan acara baling botol air mineral. Pendek kata, di Penanti menjadi hambar tanpa penyertaan BN.


4. Dr. Mansor Othman merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim semasa berada di dalam kerajaan, dan beliau merupakan salah seorang reformis yang bergerak aktif dalam Parti KeADILan semenjak 10 tahun dahulu, pada era reformasi.


5. Diharap penyertaan beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Penanti, dan apabila berjaya memenangi kerusi tersebut, bekerjalah dengan lebih baik daripada Fairus, jalankan tugas serta tanggungjawab yang dipikul, dan ingatlah akan "warning" yang diberikan oleh pengundi di Penanti supaya rajin-rajinlah turun padang, menjenguk masalah rakyat.


6. Ketua Menteri, Lim Guan Eng sudah mengumumkan, Dr. Mansor akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga Exco Kerajaan Negeri jika berjaya memenangi kerusi DUN tersebut.


7. Sama macam keadaannya semasa di Bukit Selambau, MB Kedah menjanjikan kerusi Exco kepada calon PKR, S. Manikumar.


8. Jika dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah, ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW yang berkaitan dengan kepimpinan, "Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu akan disoal akan kepimpinanmu,".


9. Jadi, menjadi pemimpin bukan untuk suka-suka, di akhirat nanti akan disoal mengenai kepimpinannya. Jadi, laksanakan tugas serta tanggungjawab dengan betul dan ikhlas.


10. Selamat bertanding. Diharap kemenangan berpihak kepada calon PKR, dan kerusi Penanti berjaya dipertahankan. Selepas ini semua tertumpu pula ke arah DUN Manek Urai, di Kelantan. Khabarnya UMNO mahu menyertainya. Baguslah, janganlah jatuhkan maruah lagi sebagaimana rakyat tahu betapa baculnya BN kerana tak mahu bertanding di Penanti.


[kemaskini] Pegawai SPR menolak satu kertas pencalonan iaitu Mohd Saberi Othman. Jadi pertandingan di Penanti merupakan perlawanan 4 penjuru, di antara Dr. Mansor Othman, Amninah Abdullah, Nai Khan Ari, dan Kamarul Ramizu.


Sedikit profile mengenai calon : Dr. Mansor Othman, 56, merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim semasa di dalam kerajaan. Aminah Abdullah pula, 56, merupakan bekas Ketua Wanita Parti KeADILan Nasional. Manakala Nai Khan Ari, 41, adalah seorang Pengurus Syarikat dan bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, dan Kamarul Ramizu, 42, adalah seorang pakar motivasi dan pernah bertanding pada PRK Bukit Gantang baru-baru ini, tetapi tewas dengan hanya berjaya mengutip lebih 90 undi sahaja.

Friday, May 22, 2009

Keputusan Memihak Kepada Zambry



Seperti yang semua jangkakan, keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Zambry, sekaligus menolak keputusan Mahkamah Tinggi. 3 panel hakim petang tadi memutuskan bahawa Zambry merupakan MB Perak. Hujah yang digunakan oleh mereka ialah hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya, dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar Jamaluddin hilang majoriti dalam DUN.

3 panel hakim tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali, dan Datuk Ahmad Maarof. Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, yang merupakan mahkamah tertinggi di dalam perlembagaan. Itulah satu-satunya peluang dan harapan bagi Nizar untuk memperoleh keadilan. Kalau betul mahkamah itu bersih, esok mahkamah Persekutuan mesti menagguhkan keputusan Mahkamah Rayuan, on the spot, serupa dengan apa yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan, yang menolak keputusan mahkamah Tinggi pada keesokan harinya.

Kekosongan DUN Manek Urai dan PRK

1. Pagi tadi PAS menerima berita duka dari Kelantan apabila salah seorang ADUN meninggal dunia pada jam 5.55 pagi tadi. Haji Ismail Yaacob, 60, merupakan ADUN Manek Urai, meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II.


2. Punca kematiannya kurang jelas, akan tetapi yang jelas Allahyarham telah lama menderita penyakit gout, dan sebelah kaki kanannya telahpun dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.


3. Ini merupakan satu kehilangan besar buat PAS Kelantan. Apa yang saya dapat tahu, walaupun Allahyarham tidak berpelajaran tinggi, tetapi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang ramah serta baik hati dan juga prihatin. Pengundi di Manek Urai kehilangan seorang wakil rakyat yang baik.


4. Allahyarham mula memenangi kerusi DUN tersebut sejak tahun 1986. Terbukti kehebatan beliau kerana kekal menjadi wakil di kawasan DUN tersebut hingga sekarang, kecuali pada tahun 2004, apabila PAS Kelantan menggantikan beliau dengan calon lain, DUN tersebut jatuh ke tangan UMNO. Tetapi DUN Manek Urai berjaya di rampas kembali apabila PAS Kelantan mencalonkan Allahyarham pada PRU-12.


5. Berlaku satu lagi kekosongan kerusi DUN selepas Penanti. Ini bermakna SPR perlu mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil dalam tempoh 60 hari.


6. Banyak betul PRK selepas PRU lepas. Pertamanya ialah Permatang Pauh, diikuti dengan Kuala Terengganu, seterusnya Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti. Dan Manek Urai bakal menyusul.


7. Adakah ini satu ketetapan atau takdir yang ditentukan oleh Tuhan, supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikan kejatuhan UMNO/BN? Dengan PRK diadakan berturut-turut?


8. Kawasan mana lagi yang bakal menjadi medan PRK. Bukit Lanjan? UMNO/BN sudah tidak berani menyuruh Eli meletakkan jawatan, kecualilah yang memainkan isu tersebut ialah pencacai-pencacai dan orang bawahan UMNO. Kota Alam Shah nyaris-nyaris berlaku PRK, tetapi M. Manoharan pula dibebaskan, kerana BN tidak sanggup menanggung malu.


9. Di Penanti pula, hari penamaan calonnya ialah esok. BN sudah mengumumkan tidak mahu meletakkan calonnya. KJ pula berkata ianya adalah satu protes terhadap pembangkang. Mereka mana berani mengatakan mereka takut pada kekalahan. Tengok saja mereka berdolak-dalik di Perak, mencuba sedaya upaya DUN tidak dibubarkan.


10. Adakah UMNO/BN akan meletakkan calonnya di Manek Urai sekiranya berlaku PRK di sana? Apa pula alasan yang diberi kalau tidak melatakkan calon?

Thursday, May 21, 2009

Kebaikan Krisis Politik Di Perak



Setiap perkara buruk yang berlaku, di dalamnya pasti ada kebaikannya. Apa-apa perkara pun, jika ia adalah mudarat, namun manfaatnya tetap ada. Di Perak misalnya, memang tidak dinafikan keburukannya sangat banyak, antaranya ialah pencabulan demokrasi secara besar-besaran hingga melibatkan monarki, kuasa speaker tidak dihiraukan, rakyat berada di dalam kekeliruan, tidak tahu kerajaan mana yang memerintah negeri, Sultan mula dihina, dan lain-lain. Namun kebaikannya yang saya ingin sebut di sini ialah :

1. Secara tidak langsung rakyat mendapat pengetahuan tentang bidang kuasa speaker, sultan, dan bagaimana Menteri Besar boleh terlucut jawatannya.

2. Mengukuhkan setiakawan di antara PAS-PKR-DAP. Krisis yang berlaku terbukti menguji pakatan ketiga-tiga parti itu.

3. Mengeratkan perpaduan di antara kaum di Perak khususnya.

4. Krisis di Perak merupakan ujian pada ketiga-tiga parti untuk bekerjasama dan mengeratkan persahabatan, lalu mengenapikan agenda politik masing-masing buat sementara demi menuntut keadilan.

5. DS Nizar dan YB Sivakumar secara tidak langsung menjadi "hero" dan juga ikon sebagai pejuang demokrasi. Sekarang sudah terlanda fenomena mereka di kalangan rakyat.

Kesimpulannya, apa-apa dugaan yang melanda, harus dipandang juga dari sudut kebaikannya. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wednesday, May 20, 2009

Tutup Aurat Itu Penting





Mereka tidak kekok bekerja dengan berpakaian begitu, malahan tidak sedikitpun menggangu tugas mereka sebagai anggota keselamatan. "Chador" ini bukan saja dipakai oleh polis wanita di Iran, malah pemandu bas, pekerja di pejabat, dan kebanyakan orang awam dilihat memakai pakaian sebegini. Mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung di dalam surah an-Nur :31.


Cuba dilihat pula polis wanita di negara kita, staff-staff pejabat, orang awam, macam mana pakaian mereka? Macam-macam alasan diberikan supaya tidak mahu menutup aurat. Panaslah, tak selesa lah. Bila ye nak lihat keadaan di atas berlaku di negara kita?

Bloggers Menguasai Hampir Separuh Daripada Calon Muktamar PAS Ke-55



1. Menulis blog merupakan satu trend baru kepada kebanyakan orang di negara ini. Jumlah penulis blog di Malaysia sudah mencecah ribuan orang.
2. Blog digunakan untuk menyatakan pandangan, melontarkan idea, mengkritik, menyampaikan maklumat, informasi, berita terkini, serta menyampaikan mesej tertentu.
3. Di Malaysia, blog merupakan alternatif kepada media cetak dan media elektronik, terutamanya berkaitan dengan isu-isu semasa, dan juga politik.
4. Ini kerana semua media utama dikawal oleh pihak pemerintah. Selain itu, berita yang disampaikan di dalam blog lebih cepat daripada media utama.
5. Menulis blog ini tidak ketinggalan di dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Presiden PAS beserta Mursyidul Am sendiri menjadi blogger, begitu juga pemimpin-pemimpin yang lain, seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Ahmad Awang, Kamaruddin Jaffar, Dr. Syed Azman, dan ramai lagi.
6. Berita terbaru, hampir separuh daripada calon pemilihan parti pada muktamar ke-55 bulan Jun depan, merupakan penulis blog.
7. Dengan menulis blog, pendapat serta keperibadian yang terpancar daripada penulisan mereka dapat diketahui dengan lebih jelas.
8. Nampaknya, menulis blog juga memberi kesan dalam mendapatkan pencalonan. Teknologi yang ada harus dimanfaatkan sebaiknya. Kadang-kadang di sesetengah situasi, blog boleh digunakan untuk berkempen di alam maya.
9. Untuk membuat sebarang aduan atau laporan kepada YB-YB tertentu, tak perlu menyusahkan diri untuk pergi ke Pusat Khidmat Masyarakat, hantar saja komen di dalam blognya!
10. Teknologi yang canggih pada zaman ini banyak dapat memberi manfaat jika digunakan dengan betul. Namun begitu, keburukan serta kesan tidak baiknya juga ada.

Tuesday, May 19, 2009

UMNO Ibarat Kapal Yang Hampir Karam




UMNNO suatu ketika dulu dianggap sebagai parti keramat, parti yang menyelamatkan bangsa melayu. Tanpa UMNO, tiadalah Melayu. Itulah falsafah orang Melayu pada beberapa dekad yang lalu. Zaman sekarang yang serba moden, falsafah itu sudah tidak lagi digunakan, cuma mungkin diamalkan oleh sesetengah orang yang berotak kemetot. Yang masih setia rata-ratanya terdiri daripada pengundi di saluran 1. Dahulu parti ini disokong kuat oleh orang Melayu, sehinggakan parti saingannya, yang juga merupakan parti Melayu, iaitu PAS, gagal menyaingi popularitinya.

Ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PAS ketika dulu kurang mendapat sambutan, terutamanya di sebelah negeri Pantai Barat dan juga Selatan. Pernah Mohamad Sabu menceritakan semasa berceramah di Negeri Sembilan pada tahun 80-an dulu, "tukang bagi ceramah 5 orang, yang dengaq 3 orang,". Di Johor pula, sampai peringkat Almarhum Ustaz Fadzil Noor berdoa, "semoga tumbuhan dan pokok kayu beriman kepada Allah, kerana manusia sudah tak mahu lagi beriman," kerana jumlah pokok yang mendengar ceramah melebihi jumlah hadirin! Namun, itu semua berlaku pada waktu dulu. Parti UMNO ada pasang surutnya. Pernah mengalami kekalahan di dalam PRU pada tahun 1969, 1990, dan 1999. Tapi oleh kerana terlalu lama berkuasa, mereka merasakan negara ini beserta hasil mahsulnya milik mereka sejak dari dulu hingga ke cucu cicit.

Benih-benih penyelewengan beserta korupsi bermula pada zaman Madey, PM ke-4. Lahir pula kronisme, nepotisme, amalan politik wang, yang kemudiannya membarah sehingga hari ini, dan sukar untuk dibendung atau dihapuskan. Bermula pada zaman itulah mahkamah, polis, BPR, dan lain-lain menjadi talibarut pemerintah. Amalan demokrasi pula semakin ditindas. Dan semua perkara negatif ini berkembang dan bertambah ketara semenjak kemenangan besar UMNO/BN pada 2004, dan di bawah pemerintahan Dollah Badawi. Segala kepincangan yang berlaku di dalam negara ini, bermacam-macam isu, barang naik, indeks jenayah meningkat, menyebabkan rakyat sudah mula menjauhkan UMNO/BN. Tengok sajalah rasuah beserta politik wang yang berlaku di dalam UMNO menjelang Perhimpunan Agung. Calon yang didapati mengamalkan politik wang dibenarkan bertanding, serta masih lagi kekal menjadi Ketua Menteri.

UMNO sekarang ini mempunyai Ketua Pemuda yang rasuah, dan tidak terpilih menganggotai kabinet. UMNO semakin suram, terutama sayap Pemudanya. Gagal menambat hati pengundi muda, yang majoritinya lebih cenderung kepada parti haluan kiri. Pemuda UMNO tidak lagi segah seperti mana zaman Dato' Harun Idris dan juga pada zaman Anwar Ibrahim pada tahun 80-an (foto). Mohd Ali Rustam, dibuktikan rasuah, dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi PM masih lagi membenarkannya mengetuai negeri Melaka. Di mana maruah UMNO Melaka? Berketuakan seorang perasuah.

UMNO sekarang ini sudah tidak relevan, Kalau dahulu, di mana-mana Pilihanraya Kecil, pasti mereka akan menang, sekarang, tengok sajalah, semenjak kalah teruk pada PRU ke 12, mana-mana PRK di adakan di semenanjung, BN pasti akan menemui kekalahan. Sekarang tidak mahu bertanding di Penanti, takut kalah. Bekas tahanan ISA, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, baru saja mengugut mahu letakkan jawatan, cepat-cepat kerajaan membebaskannya daripada ISA, takut PRK diadakan di sana pula. Isu Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, mana ada lagi pemimpin UMNO yang menyuruh dia meletakkan jawatan, kerana bimbang akan berlaku pula PRK di sana! Di Perak? Mereka akan sedaya upaya memastikan agar DUN tidak dibubarkan, walaupun pemimpin Gerakan, beserta Timbalan Presiden MCA Chua Soi Lek, dan juga bekas pemimpin UMNO sendiri, Ku Li bersetuju agar DUN dibubarkan.

UMNO sudah menuju ke zaman kehancuran, mereka sudah tidak lagi mahu diterima oleh rakyat. Menunggu masa saja untuk ditalkinkan. Bahtera yang gah satu ketika dulu sudah bocor di sana-sini, dan akan tenggelam pada bila-bila masa, umpama kapal Titanic!

BN Tidak Akan Bertanding Di Penanti

Semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata di dalam sidang medianya, BN tidak akan meletakkan calon di PRK Penanti, dengan meletakkan 3 alasan;


1. Kekekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.


2. Pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.


3. BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.



Ulasan : Bukti BN takut untuk menghadapi pilihanraya kecil di Semenanjung selepas kalah teruk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Bukit Selambau. Tapi tak mustahil mereka akan menaja calon Bebas untuk menentang calon PKR di Penanti. Semua jentera dan petugas PAS di seru mengerahkan tenaga untuk menghadapi PRK di sana.


UMNO/BN sudah semakin tidak relevan. Hanya satu-satunya survivor mereka ialah di Sabah dan Sarawak. Kalaulah PRK diadakan di sana, memang sah awal-awal lagi BN letakkan calon, seterusnya mencabar pembangkang untuk menyertainya. Mereka takut untuk buat Pilihanraya di Semenanjung, tengok saja Perak, sampai bila hendak ditunggu supaya DUN dibubarkan? Mereka akan buat apa saja untuk memastikan diri mereka terus berkuasa. Tapi keadaan ini tidak akan bertahan lama. UMNO selangkah demi selangkah menuju kehancuran.


Pasti ramai yang menggigit jari, maklumlah tempat PRK ni lubuk wang, banyak projek mee segera, kempunan semuanya nak merasa nikmat itu.

Monday, May 18, 2009

PAS, Tolong Jangan Jadi Macam UMNO!




1. PAS merupakan satu-satunya parti yang ingin menjadikan syariat Islam sebagai asas di bumi Malaysia ini. Sebelum mengislahkan Malaysia, mereka terlebih dahulu perlu mengislahkan diri mereka dahulu. Dan apabila selesai, baru fokus kepada matlamat asal.



2. Perjuangan untuk menegakkan Islam adalah semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah, bukannya nama, gelaran, mahupun pangkat. Kebanyakannya sudah mulai lupa akan tujuan PAS wujud di sini.



3. Baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Mohamed Daud Iraqi mendakwa, sudah mula wujud di dalam parti amalan membeli undi daripada para perwakilan sempena muktamar nanti, seperti mengadakan jamuan dan menghadiahkan baju.



4. Walaupun masih tiada bukti, amatlah wajar sekali pimpinan-pimpinan PAS memberi perhatian dan melakukan penyiasatan, kerana yang mengeluarkan kenyataan itu adalah orang yang arif akan hukum menyebarkan fitnah.



5. Lihat saja contoh seperti UMNO, mula-mula hadiahkan kain, memberi makan, lama-kelamaan sikap tersebut merebak kepada pemberian duit (rasuah), dan sukar dibasmi. Politik wang didalam UMNO sudah mencapai tahap kritikal. Jadi, sebelum apa-apa berlaku, PAS patut berhati-hati, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.



6. Sekarang ini, berlaku persaingan sengit dalam merebut jawatan di dalam PAS. Manusia zaman sekarang tidak kira halal atau haram, asalkan matlamat dicapai, mereka sudah tidak kisah, walaupun berada di dalam kelompok Islam sekalipun. Dan saya sebenarnya sangat berharap agar dakwaan Mohamed Daud itu tidak benar. Tapi walaubagaimanapun, perhatian wajar diberikan.



7. Setakat ini, dakwaan tersebut dinafikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, dan Ustaz Ahmad Awang serta Abdul Fatah Haron menggesa supaya dakwaan tersebut dibuktikan jika benar. Kadang-kadang, dalam sesetengah keadaan, mana ada orang yang mengaku melakukan kesalahan. Mohamed Daud Iraqi pula tidak lagi bersedia untuk mendedahkan nama tersebut. Sekarang Mohamed Daud dihadapkan ke Dewan Harian PAS yang kini sedang bermesyuarat di Kuala Lumpur, untuk menjelaskan kenyataan beliau serta membuktikannya.



8. Media pula sibuk memainkan kenyataan Ketua Dewan Ulama' tersebut. Atau apakah kenyataan yang dibuat oleh Mohamed sengaja dibesar-besarkan oleh media yang terbukti merupakan talibarut kepada pihak pemerintah?



9. Moralnya, apa-apa perkara serius yang dilaporkan mengenai PAS, ia patut disiasat segera, dan jika benar, maka hendaklah dihapuskan sebarang gejala negatif. Mana lagi parti yang mahu menegakkan Islam selain PAS? Kalau PAS sendiri hancur, pihak yang mana lagi mahu meneruskan agenda PAS itu? Moral yang kedua ialah, menjelang muktamar, semua pemimpin parti patut menjaga kenyataan masing-masing, kerana semua sudah sedia maklum dengan media di negara ini, UMNO juga sedang sibuk mencari peluru untuk menembak pembangkang.



10. Semua ini penting untuk menjamin kestabilan serta ukhuwwah di dalam parti, selain membersihkannya daripada anasir-anasir jahat. PAS, jangan jadi macam UMNO! Jangan biarkan perwakilan PAS sama macam perwakilan UMNO, yang lebih mementingkan wang dan harta benda daripada bangsa sendiri.
[kemaskini] setelah mendengar penjelasan Ustaz Mohamed Daud Iraqi pagi tadi di dalam mesyuarat Dewan Harian, Presiden PAS Haji Hadi memutuskan bahawa tiada politik wang di dalam parti itu, selepas mengumpulkan maklumat dari semua negeri.
Ustaz Mohamed Daud hanya berkata dia tiada bukti tentang perkara itu (beri makan dan hadiahkan baju kepada perwakilan), dan hanya difahamkan wujudnya perbuatan itu.
Selesai.

Sunday, May 17, 2009

Perpaduan Melayu Dan Islam


Sekarang dapat kita lihat realiti kehidupan sekarang ini, di mana umat Islam tidak lagi bersatu padu, umumnya di negara luar, dan khususnya di dalam negara kita sendiri, Malaysia. Sudah ramai pihak menyuarakan pandangan mereka, menyeru supaya umat Islam bersatu padu. Kita perhatikan dunia luar, di sana-sini umat Islam dihina, dan ditindas. Agama Islam sewenang-wenangnya di pandang rendah, baik dari orang kafir, mahupun orang Islam sendiri. Dari sudut akidah, banyak berlaku perpecahan, dengan berbagai-bagai mazhab dan fahaman. Bahkan sesama mereka ada yang berkelahi dan saling kafir-mengkafir. Dalam negara kita pula, umat Islam dan Melayunya ada berbagai-bagai ideologi, yang mana hampir mustahil bagi mereka untuk bersatu.



Saya selalu terfikir, tiada jalan lainkah selain dari perpaduan? Di Malaysia sendiri pada pemerhatian saya, bangsa melayu pun sudah dipandang rendah oleh kaum lain sejak sekian lama. Ini ekoran daripada sikap orang Melayu itu sendiri. Ada yang terpengaruh dengan fahaman dari Barat, menyebabkan berlakunya perpecahan dan perbedaan sesama sendiri. Allah SWT sendiri berfirman, "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan agama Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai," - Al-Imran : 103. Saya memetik kata-kata seorang khatib pada khutbah Jumaat, tajuknya berkenaan dengan perpaduan.



Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Qur'an, surah al-Imran ayat 103. Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai, kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang menyayangi, bersikap toleransi dan lain-lain lagi.




Sekarang ada sesetengah orang mulai menyeru supaya parti politik Melayu di Malaysia bersatu. Iaitu PAS dan UMNO. Kononnya demi kepentingan orang Melayu itu sendiri. Bagi saya, kalau melihat keadaan sekarang, UMNO dan PAS tak mungkin bersatu, melainkan UMNO besedia membuang sifat negatifnya seperti menukar ideologinya, daripada sekular ke Islam tulin, membasmi penyelewengan, rasuah, skandal, dan lain-lain. Tapi saya rasa UMNO sesekali tidak akan pernah melakukan itu, kerana sifat tersebut sudah sebati dengan diri mereka. Tidak mungkin kita dapat memisahkan acuan telur, air, dan tepung kembali ke sedia kala, selepas kita menggaulkannya bersama. Begitulah dengan UMNO. "Acuan" yang terdapat di dalamnya mustahil untuk dipisahkan. Mana mungkin satu golongan Muslim, di dalamnya terdapat 2 ideologi, salah satunya mengikut acuan Islam, dan satu lagi acuan daripada Barat yang menyesatkan.




Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri pun seakan fobia apabila mendengar pergabungan PAS dan UMNO, kerana beliau masak benar dengan perangai UMNO, kerana PAS pernah berpakat dengan UMNO pada 1974 sehingga 1978. Tujuan PAS menyertai gabungan bersama UMNO pada lebih 30 tahun dahulu pun hanyalah berharapan supaya dapat mengubah UMNO dari dalam,sekaligus berpakat untuk menubuhkan negara yang mengamalkan syariat Islam. Ternyata pandangan Dato' Asri salah. Sepanjang bersama UMNO selama 4 tahun, hanya satu saja perubahan berimejkan Islam yang berjaya dibuat, iaitu menukar lambang palang merah kepada bulan sabit merah di ambulans. Adapun tentang cadangan Presiden PAS berkenaan dengan kerajaan perpaduan, ianya langsung tiada sangkut paut dengan bergabung dengan UMNO.



Saya tidak nafikan, memang perpaduan itu sangat penting, tapi apa boleh buat. Lihatlah di luar negara, gara-gara tidak sebulu di antara Sunni dan Syiah, golongan kafir mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan mereka. Perpaduan memang penting, kerana nabi pernah bersabda, "Umat Islam umpama satu binaan," . Apakah penyelesaiannya? Disebabkan berbeda fahaman politik, penyokong-penyokong bawahan sanggup bergaduh sesama sendiri dan bermasam muka, serta tidak bertegur sapa. Yang paling ketara ialah di antara penyokong PAS dan juga UMNO. Jadi, apa penyelesaiannya?





Pendapat saya, satu saja - iaitu bolasepak! Jika menonton perlawanan bola sepak, pasti penyokong diantara mana-mana parti akan duduk bersama, bersorak untuk pasukan mereka. Hehehe. Kelab Manchester United, Barcelona, Liverpool, dan lain-lain, orang UMNO minat, orang PAS minat, orang PKR pun minat. Mereka mampu bergembira, besorak serta berpelukan sesama sendiri jika pasukan mereka berjaya menjaringkan gol. Lihat saja di hadapan TV atau di warung atau restoran. Penyokong dari berbagai parti malahan ada yang duduk semeja. Di stadium contohnya, jika berlaku kekecohan, mereka akan saling bantu membantu, tak kira dari fahaman apa, asalkan sama pasukan, mereka tidak ambil kisah. Lihat saja penyokong bola sepak Kelantan. Orang PAS ada, orang UMNO pun ada. Mereka boleh bantu membantu antara satu sama lain.



Agaknya, ini sajalah jalan untuk menyatupadukan orang PAS dan UMNO (untuk sementara!) :p


"Kita Muslim sibuk membincangkan apakah kita wajar mendekap tangan atau meluruskan tangan ketika bersolat, sedangkan musuh Islam membincangkan bagaimana untuk memotong tangan kita orang Islam," - Almarhum Ayatullah al-Uzma Imam Khomeini, pengasas Revolusi Islam Iran 1979.

Saturday, May 16, 2009

Ir. Nizar Bapa Perpaduan Negeri Perak



1. Jika Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dalam perpaduan diantara PAS dan DAP dalam satu pakatan, maka Ir. Nizar ialah orang yang berjaya menyatupadukan PAS, PKR, dan DAP di dalam kerajaan negeri Perak.


2. Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan perpaduan di antara kaum di dalam sebuah parti iaitu PKR, maka Ir. Nizar berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Perak.

3. Pada awal perlantikan Ir. Nizar pada 17 Mac 2008, kedudukannya agak tidak disenangi kerana beliau dari parti PAS, dan rakyat bukan Melayu berasa agak ragu, lebih-lebih lagi DAP. Tetapi perkara itu hanya sementara, sekarang beliau diterima dan disenangi seluruh rakyat berbilang bangsa di negeri itu.

4.. Kebolehan Ir. Nizar yang mahir bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil dapat membantu beliau dalam menarik sokongan bukan Islam terhadap PAS, dan juga berperanan dalam menyatupadukan rakyat di sana.


5. Ir. Nizar sekarang ini merupakan pemimpin yang dihormati, apabila beliau masuk saja kedalam dewan Cina, seluruh hadirin bangun sehingga beliau berada di atas pentas, menunjukkan rasa hormat kepada beliau.


6. Keikhlasan serta kebaikan beliau berjaya menarik berbagai kaum untuk terus menyokong kerajaan campuran. Contohnya isu pemberian hak milik tanah kepada perkampungan yang bermajoritikan cina yang miskin, serta sekolah Cina, maka perbuatan yang sama diberikan kepada perkampungan yang bermajoritikan Melayu yang hidup susah, serta sekolah agama rakyat juga diberikan tanah untuk diusahakan.


7. Krisis politik di negeri Perak akibat daripada rampasan kuasa sehingga menyebabkan Ir. Nizar terpaksa meninggalkan kediaman rasmi MB, telah menaikkan simpati rakyat berbilang kaum di negeri itu, seterusnya menyebabkan rakyat berbagai kaum bekerjasama menuntut keadilan di Perak.


8. Salah satu bukti perpaduan kaum di Perak ialah semasa PRK Bukit Gantang baru-baru ini, ramai rakyat berbilang bangsa bekerjasama, bertungkus lumus dan bersusah payah membantu kemenangan beliau.


9. Negeri yang betul-betul mempunyai perkongsian kuasa ialah negeri Perak, di mana DAP mendapat kerusi terbanyak, diikuti oleh PKR, tetapi kerajaan diketuai oleh wakil daripada PAS, yang mendapat kerusi paling sedikit.

10. Dengan kebolehan beliau yang menguasai lebih dari 2 bahasa, berpendidikan tinggi, bersifat profesional, dalam masa yang sama mampu membimbing rohani, serta menguasai, menghafaz dan mengamalkan Qur'an sebagai panduan hidup, selain daripada menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Perak, tidak mustahil Ir. Nizar bakal menjadi calon PM, dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang hebat. Beruntunglah rakyat Perak kerana mempunyai seorang anak jati yang berkebolehan sebegini.


Friday, May 15, 2009

KUATKAN SEMANGAT, SDR LUTFI!


Pada malam 11 Mei lepas, anak kepada Ketua Pengarang Harakah, iaitu Ahmad Lutfi Othman telah dimasukkan ke dalam Hospital Ampang akibat demam denggi berdarah. Anaknya iaitu Ahmad Ikmal Syafiq, 13 merupakan anak ketiga beliau, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya semakin kritikal semenjak 3 hari yang lalu.


Dimaklumkan bahawa, anak Ketua Pengarang Harakah itu keadaannya tidak menunjukkan banyak perubahan dan masih di tahap kritikal. Selain itu, anaknya juga sudah 8 hari tak mahu makan. Tubuhnya tak bermaya. Ahmad Lutfi mengharap jasa baik orang ramai supaya mendoakan keselamatan anaknya itu.


Ramai warga kerja Harakah melawatnya di hospital itu. Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah. Sama-sama kita semua mendoakan kesejahteraan untuk anak Lutfi supaya sembuh seperti sediakala.


Nota : Ahmad Lutfi Othman merupakan salah seorang penulis politik yang saya kagumi. Blog beliau di http://jiwapejuangkini.blogspot.com/

Thursday, May 14, 2009

KETUA PEMUDA



1. Beberapa hari lepas merupakan pemilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan. Bekas ketuanya Zaki Ibrahim (ADUN Kelaboran) melepaskan jawatannya untuk bertanding di peringkat pusat.


2. Calon bagi menggantikan Zaki ialah timbalannya sendiri, iaitu Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, dan Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman. Kedua-duanya merupakan anak kepada tuan guru.


3. Dalam pemilihan yang diadakan, Nik Abduh kalah kepada Abdul Latiff dengan majoriti 22 undi. Nik Abduh memperoleh 56 undi, manakala Abdul Latiff memperoleh 78 undi.


4. Bagi penulis, keputusan ini ada dipengaruhi oleh kenyataan Zaki Ibrahim yang menempelak Nik Abduh kerana postingnya di blog tentang kerja-kerja jahat pembantu-pembantu Nik Aziz.


5. Zaki Ibrahim dipercayai bergabung dengan kem Abdul Latiff. Kekalahan Nik Abduh sudah dijangkakan, apabila beberapa jam sebelum keputusan diumumkan, Nik Abduh tidak kelihatan.


6. Kekalahan Nik Abduh juga dipercayai akibat daripada kenyataan beliau di blog http://nikabduh.wordpress.com/ yang agak kontroversi dan dianggap negatif oleh kumpulan tertentu.


7. Di peringkat pusat pula, calon yang berminat untuk mengisi kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Sallahuddin Ayub ialah Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Zaki Ibrahim.


8. Kemungkinan pertarungan di antara keduanya akan menjadi sengit kerana Ustaz Nasaruddin Tantawi merupakan penyokong kuat Nik Abduh mengenai kenyataan beliau di dalam blog, dan juga merupakan penyokong Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.


9. Penulis bersetuju agar Ustaz Nasaruddin Tantawi mengisi kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, biar kerusi itu diisi oleh golongan ulama', bagi menggantikan kerusi Timbalan Presiden yang bukan ulama'. Ini kerana bagi kerusi Timbalan Presiden, hanya 2 calon yang popular, iaitu Mohamad Sabu dan Husam Musa, kedua-duanya bukan dari golongan ulama'. Jadi penulis bersetuju agar kerusi ketua pemuda diisi oleh seorang ulama'.


10. Selamat bertanding diucapkan. Terimalah apa jua keputusan yang diumumkan.



Artikel tambahan di http://pemerhatiansaya.wordpress.com/

Wednesday, May 13, 2009

Caca Marba di Perak


Semalam Haji Nizar Jamaluddin girang seketika hatinya, tatkala kembali bertugas seperti biasa sebagai MB di pejabatnya. Namun kegembiraan itu hanyalah selama 19 jam sahaja, apabila rayuan yang dikemukakan oleh pihak BN kepada Mahkamah Rayuan telah diterima, dan Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menangguh keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Wajah Haji Nizar kembali sugul, memikirkan ke mana perginya keadilan, dan juga memikirkan nasib dan kepentingan rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.


Nampaknya adegan bergilir-gilir kelihatan di pejabat MB, sebelum itu Zambry beserta exconya mengosongkan pejabat mereka, untuk diisi oleh Nizar dan para exco. Kemudian, keadaan kembali ke sediakala, apabila pejabat tersebut kembali kepada Zambry. Semalam Peguam Negara juga mengeluarkan kenyataan terhadap pemecatan SUK dan Penasihat Undang-Undang negeri Perak, dia berkata, pemecatan itu tidak sah kerana mereka dilantik oleh kerajaan persekutuan.



Inilah macam-macam usaha yang dimainkan oleh BN untuk menghalang YB Nizar menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan bubarkan DUN, kerana mereka tahu, kalau DUN dibubarkan, alamat terlingkuplah mereka. Tapi sampai bila mereka nak bertahan macam tu, lambat laun DUN akan dibubarkan juga, menjelang PRU-13 nanti. Mereka hanya mementingkan diri, tak fikir tentang perasaan rakyat Perak, yang mahukan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar. Memang satu-satunya jalan penyelesaian ialah, bubar DUN! Kalaulah Sultan Azlan Shah memperkenankannya lebih awal, tentu krisis ini tidak lagi berlanjutan, serta menyusahkan ramai pihak.


( lanjutan caca marba di Perak , http://pemerhatiansaya.wordpress.com/ )

Tuesday, May 12, 2009

YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin


Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi semalam, Abdul Aziz Rahim, yang memutuskan bahawa DS Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah tentunya memberi tamparan yang hebat kepada Najib tun Razak, dan juga Zambry Abdul Kadir, yang berusaha untuk merampas Perak melalui jalan belakang. Sesungguhnya ini merupakan kemenangan yang pertama di pihak Pakatan Rakyat di Perak.


Selepas diumumkan sebagai MB Perak yang sah, DS Nizar mengumumkan beberapa perkara, antaranya beliau akan segera untuk menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan agar DUN dibubarkan, serta menyeru Zambry beserta 6 exconya mengosongkan pejabat masing-masing. Beliau juga mengumumkan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri, Ahmad Kamal Md Shahid. Dan hari ini, DS Nizar telahpun menggantung tugas beberapa orang pegawai kerajaan negeri, iaitu SUK Perak, Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kewangan Negeri, Jamaluddin al-Amini Ahmad. Tugas mereka dipangku oleh timbalan mereka. Keputusan ini dibuat di dalam mesyuarat exco yang diketuai oleh beliau di Pejabat PAS negeri.


Perdana Menteri, Najib tun Razak berkata pihak mereka akan membawa kes itu untuk dirayu di Mahkamah Rayuan. Begitu juga kata Peguam Pemerhati BN, bahawa keputusan itu baru diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, bukannya Mahkamah Persekutuan. Walau apa mahkamah pun, keputusan tadi sudah jelas bahawa Zambry memang Menteri Besar yang tidak sah. Tetapi, pihak PR mungkin akan menghadapi satu lagi masalah, iaitu di DUN Perak, ini ekoran Speaker haram yang dilantik tanpa angkat sumpah di depan sultan. S. Ganesan menggantikan V. Sivakumar. ADUN-ADUN BN bukannya jenis yang ikut dan tahu undang-undang. Tengok sajalah situasi pada Khamis lepas. Jika S. Ganesan mahu adakan sidang tergempar untuk usul undi tak percaya, sidang tersebut tidak sah kerana S. Ganesan bukannya speaker yang sah. Dia hanya mengangkat sumpah pada hari Khamis lepas di hadapan ADUN-ADUN BN dan juga Bebas. Mereka membelakangkan sultan.


Apa-apapun, keputusan mahkamah semalam merupakan hadiah "hari jadi" UMNO yang kononnya sudah berusia 63 tahun! Dan tahniah buat DS Nizar. (kesinambungannya di http://pemerhatiansaya.wordpress.com/ )

Monday, May 11, 2009

TERKENANG WAKTU DAHULU

Markas besar PKR Terengganu

Waktu itu bahang pilihanraya umum ke-12 sedang membara, seluruh negara menyaksikan kebangkitan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum sedang bersiap sedia untuk mengajar rejim Dollah Badawi dan kuncu-kuncunya. Penulis pada waktu itu bersemangat, turut berkeinginan untuk membantu kempen pilihanraya, masa itu, lebih kurang semimnggu sebelum hari penamaan calon, iaitu 17hb Februari 2008. Penulis berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu, sesampainya di Tanjung Che Mat Tokey, terus hati penulis bergerak untuk pergi ke satu markas PKR yang ada di sana.


Sesudah masuk, penulis memberi salam kepada penghuni markas yang baru dibuka lebih kurang seminggu pada waktu itu. Terdapat 3 orang, yang semuanya tergolong di dalam warga emas. Mereka dikenali sebagai Pak Mansor (foto) selaku Setiausaha PKR Bahagian Kuala Terengganu, dan 2 orang rakannya Pak Isa dan Ayah Wan. Kami bersembang lebih kurang setengah jam, dan penulis menawarkan diri untuk membantu berkempen. Permintaan penulis itu diterima serta merta, kerana mereka amat memerlukan warga muda untuk bekerja. Bermula pada hari itu, penulis hanya membantu mengemaskan markas yang agak berdebu dan membuang sampah yang bertimbun di dalamnya. Tugas penulis sewaktu di sana agak mudah, membantu setiausaha bahagian menyelesaikan dalam masalah pembahagian alat-alat untuk berkempen, selain daripada menjaga markas. Markas tersebut merupakan markas induk PKR Terengganu. Semua bahan kempen dari pusat dibawa ke sana.


Seperti biasa, tibanya hari berkempen, macam-macam aktiviti diadakan, ceramah kelompok, BBQ, memasang bendera di sekitar markas, dan lain-lain. Penulis amat berterima kasih kepada pak Mansor, Setiausaha PKR Bahagian Kuala Terengganu yang melayan dengan baik, walaupun kami belum lagi kenal sepenuhnya, tapi kelakuan kami seperti sudah lama kenal-mengenal antara satu sama lain. Dia juga Timbalan setiausaha Perhubungan PKR Terengganu. Nama sebenarnya Abd Ghani, tapi entah kenapa ramai yang memanggilnya Pak Mansor.

Mohamad Sabu, calon parlimen Kuala Terengganu, di salah kedai kopi yang berhadapan dengan tempat pembuangan undi
Pejabat Perhubungan PKR Terengganu di Jalan Sultan Mohamad



Tibanya hari membuang undi pada 8 Mac, banyak juga tempat penulis berulang-alik untuk meninjau keadaan di tempat membuang undi. Kami mendapat laporan bahawa ada satu kereta yang dihuni oleh "hantu", terus kami ke tempat tersebut, berjaga-jaga. Tapi hampa. Khabarnya "hantu-hantu" tersebut adalah Puteri-Puteri UMNO. Selepas habis waktu mengundi, ramai orang menjangkakan calon yang bertanding di kawasan itu bakal menang dengan selesa, kerana pengiraan di peringkat awal banyak undi berpihak kepada calon PKR terbabit. malam itu, keputusan bagi Terengganu diumumkan agak lewat, Terengganu gagal ditawan. Lebih mengejutkan, calon yang dijangka menang itu kalah dengan majoriti 1000 lebih undi.


Penulis akui, tujuan penulis berkempen membantu calon PKR pada waktu itu terdorong kerana "terpesona" dengan janji-janji yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Yang membuatkan penulis terus bersemangat membantu calon PKR pada waktu itu ialah, Anwar di dalam ceramahnya selalu menyebut, jika pembangkang berjaya memerintah, pendidikan akan diberi percuma, dari Tadika hingga ke universiti. Dan lagi satu, kalau pembaca hendak tau, selepas menang besar pada 8 Mac, penulis pada waktu itu nyaris-nyaris nak mengisi borang keahlian PKR. Tapi niat tersebut terbatal pada saat-saat akhir kerana penulis mahu lihat dulu perkembangan politik yang akan datang. Nasib baik, tindakan yang dibuat oleh penulis dahulu adalah satu tindakan yang tepat, kerana penulis sudah jenis apakah PKR itu.

Sunday, May 10, 2009

PENJELASAN, SEBAB, DAN ALASAN

Kepada sesiapa yang biasa melayari blog ini semenjak ia ditubuhkan (Februari 2009), pasti akan mengenalpasti perubahan yang terdapat di dalam isi blog ini. Iaitulah tentang perubahan gaya bahasa. Kalau dulu, sewaktu penulis mula-mula berblog, gaya bahasa yang digunakan cukup agresif, rujuk arkib blog ini pada Februari dan Mac 2009, cukup beda dengan gaya bahsa yang ada sekarang. Penulis ingin menjelaskan, perubahan yang penulis lakukan adalah atas dasar kesedaran yang timbul di dalam diri, tiada siapa yang mempengaruhi perubahan ini, ianya dilakukan atas kehendak penulis sendiri. Penulis memikirkan, pelayar blog ini ada bermacam-macam jenis, jadi untuk menyesuaikan dengan mereka, penulis membuat perubahan ini. Selesai tentang itu.


Satu lagi ialah, baru-baru ini penulis pergi melawat Jamil di Bukit Bintang, Jamil ialah author http://bbcatlover.blogspot.com/ . Sewaktu penulis sampai di sana, Jamil menceritakan kepada penulis, ramai yang hantar e-mail kepadanya tentang sikap penulis, yang tiba-tiba saja kuat "menghentam" Anwar Ibrahim. Kira-kira 10 e-mail sampai kepada Jamil, yang semuanya adalah reformis-reformis yang bergiat aktif semasa era reformasi dahulu, cuma mereka itu tidak menonjol. Jamil memberitahu penulis, dia menjelaskan kepada kawan-kawannya itu bahawa kami (penulis dan Jamil) jenis straight to the point, tak kira siapa, kalau salah kami akan tegur. Terima kasih atas penjelasan itu.


Cuma penulis ingin memberitahu, bukankah penulis sudah "iklan" di mana-mana, kalau ada yang mahu komen, atau bantah terhadap blog ini, boleh hantar e-mail kepada penulis, tak perlulah e-mail kepada orang lain untuk minta penjelasan, tanya saja tuan punya blog ini, bolehlah kita sama-sama ber"muzakarah". Ok, tentang Anwar Ibrahim, penulis hanya ingin kata tentang dia, Anwar ini hanyalah seorang manusia biasa, juga melakukan kesalahan, tak perlulah seolah-olah menganggap dia seperti dewa, tak pernah lakukan kesalahan, sepertimana kelakuan penyokong-penyokongnya pada 11 tahun lalu. Yang penulis kuat mengkritik hanyalah sikapnya, yang terlalu suka mengamalkan poilitik gempar (cth; gimik 916, pengumuman gempar itu dan ini), politik yang berubah-ubah, seperti politik Islam (di zaman ABIM), politik sekular (di zaman UMNO), dan sekarang, terjun pula ke lubuk liberalisasi (PKR). Mana ada dia semasa dalam UMNO dulu berani nak melaungkan slogan "Ketuanan Rakyat", kerana sikap kemelayuannya yang agak kuat pada waktu itu. Dalam UMNO dulu dia mana berani nak melaungkan "Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan". yang penulis dengar slogan itu ialah selepas dia diterajang oleh Madey semasa tahun 1998.


Alasan penulis mengorek dan mengeluarkan fakta yang dulu-dulu hanyalah sekadar untuk memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim, jangan sedap sangat mengata kesalahan UMNO, kerana dia semasa menjawat TPM dulu pun dua kali lima saja. Contohnya isu kuasa raja-raja. Dahulu Anwarlah yang kuat dan bermati-matian mempertahankan keputusan Madey untuk menarik imuniti raja-raja melayu, sekarang ini dia pula yang kuat menyalak supaya imuniti tersebut dikembalikan. Sama juga dengan cerita ada orang yang komplen kepada MP Baling, Ustaz Taib Azamuddin tentang sikap Anwar di dalam parlimen, seolah-olah dia dulu baik sangat. Nanti ada orang yang akan kata penulis ini suka pandang ke belakang, mengorek kisah silam. Bukankah kata-kata pujangga yang berbunyi, " Sesiapa yang melupai sejarah ia pasti akan mengulanginya," inilah tujuan penulis, supaya sejarah pahit tidak akn berulang. Kalau tak boleh pandang ke belakang, so tak perlulah penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan menceritakan balik kesalahan-kesalahan UMNO dahulu, dan juga kejahatan Madey dahulu, buat apa kan? pandang ke belakang. Jadi apa pula motif orang-orang PR ada yang mengorek balik kesalahan UMNO dahulu? Tak apa pula? Jika penulis cuba mengorek kelakuan Anwar dahulu, supaya boleh dijadikan peringatan, boleh pula?


Jangan salah faham, penulis juga penyokong kuat PR. Cuma penulis ini mengkritik, supaya kita semua kearah yang lebih baik. Jangan ketepikan pengkritik, dan hanya ambil orang yang tahu memuji saja.

Saturday, May 9, 2009

OH BANGSAKU..!

Penulis dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu, beragama Islam. Buktinya ada di dalam kad pengenalan. Tapi, pada hari ini, penulis akui penulis malu kerana menjadi melayu, kerana melihat perangai serta karenah orang yang sebangsa dengan penulis, dan sikap ini tentunya tidak akan berubah, keran ia telahpun sebati dengan bangsa melayu itu sendiri. Sedarlah bangsaku! Inilah buktinya :


1. Penulis malu apabila melihat beberapa orang yang berwajah melayu, dengan kasarnya merentap serta mengheret speaker sah Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar. Lagak mereka seperti babi hutan (penulis meminjam istilah daripada blogger tokpepijat.blogspot.com), menyondol apa saja di depan asalkan mendapat perkara yang dikehendaki.


2. Dan penulis bertambah malu apabila melihat lagak ADUN Sungai Rapat yang berbangsa Melayu, lagaknya seperti perempuan sundal (Hamidah Othman) apabila berada di dalam Dewan Undangan Negeri Perak, serta pernah mengeluarkan kenyataan, "apabila kami terjumpa seekor ular dan seorang India, kami dikehendaki membunuh India itu dahulu,". Begitu juga apabila melihat gelagat Zambry yang gelojoh merogol demokrasi di Perak. (eh silap Zambry itu bukan Melayu, tapi mamak!)


3. Penulis lagi malu apabila anggota polis yang 100% Melayu tanpa segan silu menangkap orang yang tidak bersalah di hadapan bangunan SUK Perak, merentap tangan orang yang sedang minum kopi di warung, dan dengan kasarnya mengheret ADUN-ADUN serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Zuraida Kamaruddin, Sallehuddin Ayub, Tian Chua dan Janice Lee). Mereka agak suka menjadi anjing suruhan agaknya.


4. Orang Melayu akan tergugat iman apabila menerima RM 200 serta sehelai kain apabila tibanya musim mengundi.


5. Jangan salahkan pendatang asing yang terlalu ramai di negara ini, kerana ia berpunca daripada sikap orang Melayu itu sendiri, memilih kerja, tak mahu gaji rendah, pentingkan kemaluan, malu apabila kerja sebagai buruh binaan, angkat barang, cleaner, berniaga di pasar, ini semua pasal sikap orang Melayu yang tahu berlagak, sikap ibu bapa melayu yang menanam di dalam diri anak-anak mereka bahawa bila besar nanti WAJIB menjadi doktor, engineer, businessman, tokey besar, kerja di dalam pejabat, berhawa dingin.


6. Mudah saja menerima apa saja unsur yang dibawa dari Indonesia. Filem, lagu, drama, walaupun kebanyakannya adalah mengarut dan bodoh, tapi rela menghabiskan masa demi menikmati semua itu.


7. Sikap orang melayu yang ketara - iaitu dengki-mendengki. Bila tengok orang lain dapat kesenangan, mulalah menanam hasad dengki di dalam diri, dan berusaha untuk menjatuhkan orang itu, walaupun orang tersebut merupakan kerabat keluarga sendiri, kawan, ataupun jiran tetangga.


8. Bila cakap bahasa Inggeris sikit, mulalah mengejek-ejek, cara sebutan salahlah, ayat terbalik lah, bau budulah, inilah puncanya bangsa melayu tak maju-maju.


9. Cuba perhatikan bangsa lain, atau negara luar, ada tak mat rempit?


10. Cuba lihat dan perhatikan pula cara orang melayu berniaga - acuh tak acuh dalam menerima pesanan (kedai makan), kerja tak cekap, muka masam, layanan kurang mesra - hanya boleh didapati di restoran atau warung melayu.


11. Menolak bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Buktinya, hati akan resah apabila melihat anak-anak tidak punya sijil diploma atau ijazah, seolah-olah benda itu satu kewajipan - kerana pendapat mereka - susah nak cari makan kalau tak ada benda itu, sedangkan mereka tahu, yang menurunkan rezeki itu ialah Allah, bukannya segulung diploma atau ijazah, tapi mereka menolaknya! - jangan kamu semua nak menafikannya, wahai melayu.


12. Di kalangan ibu bapa, mereka langsung tidak mengawal anak-anak mereka yang sudah meningkat remaja, kerana alsan mereka, "diorang sudah pandai jaga diri," - kalau ada apa-apa terjadi, barulah riuh rendah satu dunia.


13. Cuba perhatikan, bayi-bayi yang baru lahir yang dibuang di dalam semak, tong sampah, tepi masjid, tepi sungai - bayi-bayi dari bangsa mana itu?


14. Pengedar dan penagih dadah berbangsa Melayu, sedangkan tokey dadah adalah daripada bangsa Cina, yang kena tangkap adalah melayu, sedangkan tokey nya terlepas tak ditangkap.


15. Yang terakhir, turut memalukan. 15 tahun lepas, kes Ketua Menteri Melaka, Ketua Pemuda UMNO, Rahim Tamby Chik ada skandal dengan gadis bawah umur, mana dia orang melayu? Siapa yang bela gadis tu sehingga ditangkap, dipenjara?? Lim Guan Eng (cina DAP). Mana dia pemimpin melayu yang lain? Kenapa mesti orang cina yang menyelamatkan maruah anak melayu? mana dia Anwar Ibrahim pada waktu itu?


Kesimpulannya, inilah sikap atau perangai orang melayu yang penulis sangat kesalkan. Boleh berubah ke? Bagi penulis, tidak sama sekali.

Friday, May 8, 2009

Hancur Musnahlah Demokrasi di Perak


Semalam, MB Perak yang haram, Zambry apabila diwawancarakan oleh wartawan, memberi tahu tindakan yang dilakukan oleh ADUN-ADUN Pakatan adalah mengikut undang-undang rimba. Ini berikutan daripada peristiwa kekecohan yang berlaku di dalam sidang DUN Perak semalam, tindakan Zambry mengusulkan speaker yang haram, dan juga tindakan polis yang memasuki dewan yang mulia untuk mengheret V. Sivakumar, telah menyebabkan beberapa ADUN Pakatan menjerit menyuruh mereka berambus daripada dewan.


Kenyataan itu patut dibalas balik ke muka si mamak Zambry. Siapa yang ikut undang-undang rimba sebenarnya? Pakatan Rakyat ataupun kamu? Dan juga UMNO/BN. BN lah yang menggunakan undang-undang rimba, mencabul serta memperkosa demokrasi di Perak, hinggakan kuasa Speaker sudah boleh dicabar di mahkamah, hinggakan sekarang ini Perak mempunyai 2 kerajaan, 2 menteri bersar, dan juga 2 speaker. Yang mana salah satu daripadanya adalah haram. Ini semua berpunca daripada puak-puak kamulah, yang berusaha untuk merampas Perak secara tidak wajar, mulai hari Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. Dan juga berpunca daripada ADUN-ADUN lompat kataklah semua ini berlaku di Perak.




Siapa lagi yang mengikut undang-undang rimba? Anggota keselamatan (polis). Mereka sanggup mengotorkan dewan dengan kaki dan tubuh mereka yang busuk semata-mata mahu memaksa serta mengheret Speaker yang sah, V. Sivakumar keluar daripada dewan. Ini membuatkan polis bertambah dibenci. Demokrasi sudah terkubur di Perak. BN sanggup lakukan apa saja untuk mencapai cita-cita mereka. Harapan untuk Pakatan Rakyat memperoleh keadilan di Perak hanya tinggal angan-angan, sudah terbukti Sultan Perak juga tidak akan pernah sesekali memperkenankan agar DUN dibubarkan, surat daripada speaker minta penangguhan persidangan pun dia tak layan! Barangkali mereka semua ini sudah lupa, kita bukannya hidup selama-lamanya di dunia ini, tak lama lagi kita semua akan masuk liang lahad juga, seterusnya tindakan kita di atas muka bumi akan disoal, tak kira rakyat bawahan, golongan bangsawan, raja-raja mahupun sultan, semua akan mengalaminya.


Apa perasaan Najib kalau tindakan yang sama dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap Dewan Rakyat di Parlimen? Tindakan polis yang mengheret Speaker Pandikar Amin Mulia sama seperti tindakan mereka mengheret V. Sivakumar, seterusnya MP Pakatan melantik speaker baru. Apa rasa puak-puak BN ni?


Harapan hanya tinggal harapan di Perak.

Thursday, May 7, 2009

BLACK PARADE


Hari ini merupakan hari yang gerhana di dalam dunia politik Malaysia, sempena hari kematian sistem demokrasi yang diamalkan sejak sekian lama. Berpakaian hitamlah, berkumpul, dan menangislah, seperti suasana ketika kematian orang yang disayangi. Satu Malaysia sudah tahu, keadaan di Perak sudah tidak terkawal. Speaker dinafikan hak; kuasanya serta wibawanya tidak lagi dipandang oleh puak-puak pembunuh demokrasi ini. Menteri Besar juga dinafikan haknya, dan pihak-pihak yang tertentu cuba menyelewengkan kebenaran bahawa Menteri Besar Perak sudah tidak mempunyai majoriti.


Dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat, dijamin oleh perlembagaan, termaktub di dalam sistem demokrasi, beberapa aktivis, pemimpin parti politik, wakil-wakil rakyat, telah ditangkap serta direman oleh pencacai suruhan pembunuh demokrasi. Hari ini, bukalah mana-mana laman berita, utama mahupun alternatif, serta laman-laman blog, yang melaporkan keadaan yang tegang sejak daripada semalam, hinggalah kehari ini. Jelaslah sekarang, di Perak keadaan sudah tidak aman lagi, kalau aman, tak perlu Ketua Polis Perak mengeluarkan arahan supaya orang ramai menjauhi bangunan Dewan Undangan Negeri sejauh 500 meter. Apalah bahaya yang dibawa oleh rakyat-rakyat yang mahu berhimpun, adakah didalam baju mereka tersimpan rifle M-16? Atau sepucuk Baretta? Mohamad Sabu ditangkap semalam di Kuala Lumpur, tanpa ada waran tangkap. Beberapa ADUN Pakatan di Perak juga ditahan tadi. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Sallehuddin Ayub turut menerima nasib yang sama, sama seperti beberapa aktivis SAMM semalam.


Jelaslah, demokrasi sudah mati. Kuasa legislatif sudah boleh dicabar di mahkamah. Berkabunglah semua wahai pencinta demokrasi dengan berpakaian serba hitam.


Berita : Perbalahan hebat diantara ADUN BN dan ADUN Pakatan di dalam DUN Perak. Zambry mengusulkan Ganesan menjadi Speaker baru, tetapi dibantah keras oleh Speaker V. Sivakumar dan mengatakan Ganesan adalah Speaker haram. Hee Yit Fong kemudian menyatakan bahawa dia merupakan Pemangku Speaker, sambil dilindungi oleh ADUN-ADUN BN.


[kemaskini] Pukul 2 petang lebih tadi, kira-kira seramai 20 orang polis menceroboh Dewan persidangan dalam usaha untuk merampas kerusi Speaker.

Wednesday, May 6, 2009

Benarkah Ia Kota Islam?



Semalam penulis meluangkan masa menonton TV3, dan terkeluar satu berita di mana Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan, dan Warisan, Rais Yatim, mengumumkan bahawa Kuala Lumpur merupakan Kota Kebudayaan Islam, dan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin turut merasmikan majlis tersebut. Satu lagi solekan yang dibuat oleh pihak pemerintah yang mahu juga mempertahankan bahawa negara ini merupakan negara Islam. Penulis ingin tegaskan di sini, Malaysia bukan sebuah negara Islam, kerana langsung tiada ciri-ciri yang menggambarkan negara ini adalah negara Islam.


Semua ini adalah mainan politik. Semasa Madey mula-mula berkuasa dahulu, diperkenalkan Penerapan Nilai-Nilai Islam, itulah puncanya rasuah dan penyelewengan bermula dari zamannya, sebab ia dilaksanakan hanya untuk kepentingan politik! Selepas itu, timbalan dia pula, memperkenalkan Gagasan Masyarakat Madani, tapi negara terus dipalit dengan unsur-unsur yang bukan daripada Islam, tidak kiralah pemimpinnya kuat agama sekalipun. Turun Madey, naik pula Dollah Badwi, Islam Hadhari muncul. Entah ke mana perginya Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Masyarakat Madani. Semasa era Islam Hadhari, politik wang semakin bercambah, kadar jenayah meningkat, jumlah anak luar nikah mendadak naik, sebab apa? Kerana Islam hanya diperkenalkan kulitnya sahaja. Dan terbaru, selepas Dollah turun, naik pula Najibs, dicampaknya Islam Hadhari, diperkenalkan One Malaysia. Apa semua ini? Islam yang diperkenalkan hanyalah untuk membantu mempertahankan imej seseorang pemerintah.



Cuba perhatikan bandaraya Kuala Lumpur sekarang, di mana Islamnya? Kota inilah tempat yang paling dibenci oleh penulis, tapi nak buat macam mana, penulis terpaksa pergi juga, kerana penulis belajar di sana. Kota yang penuh dengan najis, hasad dengki, penipuan, pengkhianatan, dosa, maksiat, dan bermacam-macam lagilah. Dilakukan oleh siapa? Majoriti Melayu yang beragama Islam. Di sini sudah terbukti, bahawa sudah tiada keberkatan di tempat sebegitu. Bukan niat penulis untuk memperlekehkan usaha menteri terbabit, tapi sebelum buat perkara sebegitu, eloklah basmi dahulu punca-punca kejahatan yang bersarang di Kuala Lumpur. Apa-apa perkara pun, baik ekonomi, perkahwinan, pergaulan, undang-undang, boleh diselesaikan dengan Islam (penulis meminjam ayat Anwar Ibrahim semasa dia masih Presiden ABIM).


Ini tidak, masih ada lagi pusat perjudian, arak dijual dengan terbuka, pusat pelacuran masih lagi beroperasi, maknyah serta bapuk masih lagi "berkampung" di Lorong Haji Taib, cubalah basmi dahulu "projek" di Jalan P. Ramlee, Bukit Bintang, dan lain-lain. Bukannya tidak boleh melaksanakan Islam di negara ini, cuma pemimpinnya sudah "ditutup pintu hatinya". Anggota kabinet lebih dari separuh beragama Islam, begitu juga umat Islam di negara ini, masih lagi melebihi 50%. Kenapa begitu susah untuk kembali kepada Islam? Bukannya Islam separuh-separuh. Kerajaan memperkenalkan satu dasar Islam, tapi dalam masa yang sama, masih lagi membenarkan judi, arak, zina, rasuah berleluasa. Ingatlah, kita hidup di dunia bukannya lama. Janganlah kita menuruti dan menjadi tukang angguk kepada orang yang salah, kalau kita menjadi sebegitu, maka samalah seperti kita menyembah mereka;


Dari Adi bin Hatim berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW membaca ayat ini : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Mereka menjadikan rahib-rahib mereka, serta paderi-paderi mereka sebagai tuhan selain daripada Allah (at-Taubah : 31).

Maka aku berkata kepada baginda : Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.

Rasulullah bersabda : Bukankah kamu mengharamkan apa yang diharamkan oleh mereka, sedangkan Allah menghalalkannya, dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh mereka, sedangkan Allah mengharamkannya?

Aku menjawab : Ya. Rasulullah bersabda : Itulah yang dimaksudkan menyembah mereka.


(Hadis ini boleh didapati di dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi - ketika itu Adi Bin Hatim masih lagi dalam agama Kristian, tak lama kemudian, dia memeluk Islam).