Tuesday, September 29, 2009

PAS Akan Ditimpa Musibah

Memang kalut sehari dua ni di dalam parti PAS khususnya di Selangor. Walaupun dari dulu ada pemiimpiin-pemimpin PAS menafikan adanya 2 kelompok di dalam PAS, tapi sekarang sudah jelas, semakin nampak buktinya yang PAS sudah benar-benar terbahagi kepada 2. Lebih ketara semenjak Muktamar pada Jun lepas. Apa masalah mereka semua ni?


Saya sendiri sudah mula berasa muak dengan gelagat segelintir pemimpin PAS yang pernah saya puji ketika dulu. Hasan Ali punya pasallah ni, PAS Selangor bercakaran sesama sendiri. Nampaknya PAS sudah dijangkiti oleh perangai UMNO, salah satu sebabnya ialah ada lagi pemimpin di dalam parti Islam ini yang sudah mula berfikir dan bercakap mengenai Melayu, satu agenda yang amat ditentang oleh PAS suatu ketika dulu.


Hasan Ali memang nak kena penampar. Ini semua pengaruh pemikiran UG yang diimport daripada Terengganu. Saya rasa pencapaian PAS akan merosot pada masa hadapan. Parti PAS sudah menjadi parti yang bermasalah, melainkan dibuang kesemua virus-virus yang mula bersarang.


Hasan Ali tak sayang mulut!! Barangkali sifat UMNO yang ditinggalkan oleh beliau lebiih 10 tahun lepas menjelma kembali. Selcat yang digunakan untuk tujuan pemerintahan yang adil dan telus dipertikai, dan diminta siasatan dijalankan secara tertutup. Ini telah menimbulkan pergeseran diantara PAS dan DAP di Selangor. Sebelum ini telah banyak timbulnya perselisihan diantara PAS dan DAP.


Dengan sikap PAS ini, saya pasti ramai pengundi dan penyokong parti ini yang bukan Islam berasa kecewa. Betullah apa yang selalu orang ramai laungkan selama ini, PAS jika menang akan bongkak dan lupa diri. Gara-gara jangkitan daripada virus geng-geng Terengganu. Sekapal dengan puak-puak berideologi Unity Government/Kerajaang Perpaduang Makang Ikang. Bila menegur kepimpinan diianggap satu kesalahan, yang kerap keluar dari mulut ialah wala'! wala'!


Sekarang Khalid Samad di Selangor menjadi mangsa gara-gara tegurannya terhadap Hasan Ali. Kerja yang sepatutnya dilakukan ialah memperkukuhkan Pakatan Rakyat, jangan biarkan UMNO/BN mengambil kesempatan melalui media jika ada perselisihan, dan akhirnya menjahanamkan UMNO/BN pada PRU akan datang. Ini tidak, perbuatan demi perbuatan gara-gara sebahagian pemimpin PAS telah memberi satu peluang kepada UMNO untuk menyerang balas.


Satu-satunya cara untuk hapuskan virus di dalam PAS ialah dengan singkirkan puak-puak yang berhaluan pemikiran UG, khususnya dari Terengganu. Nak harapkan Presiden PAS ambil tindakan terhadap Hasan Ali? Tak tahukah semua orang betapa "kamceng"nya dua orang itu? Mereka semua sekapal, ada mereka bermakna PAS akan jahanam. Haji Hadi, Hasan Ali, Roslan SMS, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa, Hasan Thontowi, Harun Taib, Azman Shapawi, Nik Zawawi, Abu Bakar Chik, dan lain-lain yang sefahaman dengan mereka.


Satu saja perkataan yang sesuai diitujukan kepada virus-virus dan penyakit dalam PAS ini ialah - CUKUPLAH! Undurlah kalian, jangan cemarkan PAS sebagai parti Islam dan memasukkan unsur kemelayuan. Saya cukup benci dan sakit hati terhadap golongan yang bongkak dan mudah lupa diri di dalam PAS, penyebab kekalahan teruk di Terengganu pada 2004 dan 2008.


Jangan jadikan gelaran ulama' menyebabkan orang lain tak layak menegur. Asal baru balik belajar dari Mesir, Madinah, sudah dicop ulama' di dalam PAS. Kalau PAS kalah teruk dalam PRK Bagan Pinang yang akan datang, dan juga dalam PRU-13, tengoklah berbakul-bakul sumpahanku kepadamu semua!


Nota :


Saya memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog kerana ketiadaan masa yang sesuai dan juga sambungan internet yang cukup menyakitkan hati, membuatkan saya sentiasa menangguh dahulu untuk mengemaskini blog. Terima kasih kerana melayari blog ini.

Friday, September 25, 2009

Duri Dalam Daging Di Selangor




Inilah wajah manusia yang membawa banyak kerugian kepada pihak kerajaan PR Selangor. Dulu lain sekarang lain. Dah berubah 360 darjah. Sebelum menang pilihanraya bukan main lagi janji itu ini. Bila menang, MAIS tah ke mana. Pembahagian zakat pun macam dulu, tak berubah-ubah. Dia ni sudah jadi satu bebanan kepada PAS khususnya. Nada pun dah dekat nak sama dengan Khir Toyol. Setiap kali berlangsungnya pilihanraya kecil, pasti dia ni buat hal. Ada apa-apa masalah, tidak puas hati, suka betul hebohkan, kalau dah tau UMNO/BN akan ambil kesempatan. Isu arak, dah kena belasah dek sultan baru diam.


Bukan ke nak jadikan kerajaan PR sebuah kerajaan yang telus? Kenapa mahu Selcat mengadakan siasatan secara tertutup? Takut memalukan pegawai kerajaan konon. Membuli? Ingat SPRM dan polis ke ni nak main buli-buli?


p/s : Dengar kata muka inilah yang pasang angan-angan nak jadi MB Selangor. Wallahualam. Siapa la yang bengap sangat kekalkan munkee ni jadi Pesuruhjaya PAS Selangor? Dah tau akar umbi tak suka, kekalkan juga. Sama la macam orang dah berbulu dengan Mustafa Ali, alih-alih si bengap tu jadikan dia sebagai Setiausaha Agung.


PAS oh PAS! Nak Selangor jadi macam Terengganu ke pada 2004 dulu? Dah menang sepenggal mula bongkak.

Tuesday, September 22, 2009

Erti Berhari Raya

Di Malaysia, apabila tibanya Hari Raya 'Idul Fitri semua orang tak kira Muslim atau tidak akan menyambutnya dengan penuh meriah, salah satu tandanya ialah rancangan hiburan yang berlambak di dada televisyen. Artis-artis yang sewaktu Ramadhan dahulu kelihatan sopan sekarang sudah kembali ke sedia kala. Menjerit dan menyalak di dalam TV diikuti dengan drama lawak bodoh.. Manakala yang lain pula sibuk berparti kadang-kadang makanan dibazirkan, buat rumah terbuka, adakah dalam keadaan yang meriah dan gembira ini kita ada terkenangkan bagaimana nasib saudara sesama Islam kita berhari raya di Selatan Thai? Macam mana pula dengan rakyat Palestin? Ramai yang menyebut Hari Raya adalah hari kemenangan. Apa ertinya kemenangan jikalau al-Aqsa masih lagi belum dibebaskan. Apa ertinya kemenangan jika umat Islam masih lagi dihina dan ditindas.


Jadi apa ertinya berhari raya? Sekadar kunjung mengunjung sambil menjamu lemang, ketupat, dan rendang? Ataupun menginsafi dan bersyukur kepada Allah di atas nikmat keamanan yang diberikan. Virus yang menular masih belum ada penawar, yang laku adalah topeng-topeng muka.


p/s : Selamat Berhari Raya kepada semua. Sempat curi sedikit masa untuk update ;)

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak

Salam 'Idul Fitri,


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua penjenguk blog ini yang beragama Islam. Saya ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang ada terasa hentaman akibat penulisan saya, terasa hati, dan lain-lain. Seribu kemaafan dipohonkan. Dan juga jutaan terima kasih saya kepada penjenguk blog ini yang setia menjenguk tiap-tiap hari, walaupun jumlahnya tidak ramai. Sengaja saya tak mengemaskini blog selama beberapa hari kerana ingin berehat untuk menyambut hari yang mulia ini. Juga ucapan Selamat Hari Raya ini juga ditujukan kepada sesiapa yang mengenali diri ini, sama ada melalui alam nyata mahupun alam maya. Blog ini akan dikemaskini semula dalam masa yang terdekat.

Thursday, September 17, 2009

Jangan Ucapkan Terima Kasih



Kepada Puan Laila dan Sdra Mat Sah, gembira memanglah gembira apabila dapat berkumpul semula setelah lebih 7 tahun terpisah. Tambahan pula dah dekat nak raya. Walaubagaimanapun, jangan sesekali berterima kasih kepada orang yang zalim yang bertanggungjawab menyekat kebebasan insan yang merdeka, berlaku zalim menahan tanpa bicara tanpa dibuktikan kesalahan, tanpa dibicarakan. Teruskanlah perjuangan menuntut akta zalim itu dimansuhkan dan kem Kamunting ditutup. Mereka itu berlagak seolah-olah lebih berkuasa daripada Allah SWT. Sedangkan Allah SWT sendiri membicarakan hambaNya di Padang Mahsyar kelak.


Tahniah diucapkan kepada Mat Sah sekeluarga dan lain-lain keluarga tahanan Kemunting yang lain yang telah dibebaskan.

Wednesday, September 16, 2009

16 September Dalam Kenangan



Salam Ramadhan,


Tahun lepas, saya adalah jutaan rakyat Malaysia yang menunggu hari bersejarah 16 September. Bukan saya saja, ramai lagi yang yakin bahawa kerajaan pusat pasti akan bertukar. Sehinggakan saya berkata kepada pensyarah saya (Ketua Jabatan Ekonomi) bahawa 16 September kita akan dapat PM baru. Dia hanya bersahaja dan berkata, "Kita tunggu dan lihat,". Pada ketika itu, saya tahu dia memang tak yakin pada tarikh tersebut, tambahan pula dia tak suka kepada Anwar Ibrahim dan merupakan seorang UMNO yang kecewa.


Saya menunggu 16 September dengan debaran. Saya sendiri tertanya-tanya, apakah DSAI berjaya menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen daripada BN untuk sertai Pakatan Rakyat? Saya sudah mula merasai bahangnya apabila dengan tidak semena-mena sejumlah ahli parlimen BN dipaksa untuk ke Taiwan atas alasan lawatan sambil belajar. Kah kah..... Tunggu punya tunggu, pada hari yang dinanti-nantikan, tak ada apa-apa yang berlaku. Seperti biasa, Perdana Menteri masih lagi Abdullah Badawi. Kecewa betul. Saya pasti bukan saya seorang saja yang merasa seperti itu.


Tak lama daripada itu barulah saya tahu ada sedikit "sabotaj" daripada parti komponen Pakatan Rakyat sendiri yang seolah-olah tidak bersetuju dengan agenda 16 September. Tak lama sebelum 16 September, Pesuruhjaya PAS Terengganu Mustafa Ali buat satu kenyataan pada sidang media menyatakan tidak yakin agenda 16 September berjaya, dan mengatakan ianya adalah usaha orang yang ghairah untuk memperoleh kuasa. Kemudian Presiden PAS yang boroi lagi lembab pula berkata tidak akan bersetuju jika jumlah ahli parlimen kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai lebih ahli yang bukan Islam.


Saya juga mendapat tahu bahawa Mustafa Ali mempengaruhi Haji Hadi supaya jangan menandatangani satu perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain untuk diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong. Jadi saya sepenuhnya tidak boleh menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan 16 September. Ia datang daripada PAS sendiri. Bodoh punya pemimpin. Pemimpin PAS dari Terengganu memang dari spesis yang bebal. Malu jadi orang Terengganu. Selain daripada itu, faktor yang lain pula ialah betapa pengecutnya ahli parlimen sebelah sana untuk menyeberang. Takut kepada ancaman. Maklumlah UMNO/BN bila terdesak, bunuh orang pun tak apa. Siap main politik kidnapping lagi.


Hari ini sudah setahun peristiwa tersebut berlalu. Pasti ramai yang mengulasnya di dalam laman web masing-masing. Tidak ada apa-apa yang menarik. Cuma ulangtahun pembentukan Malaysia saja pada 16 September,


Nota:

1. PAS jangan harap dapat menawan Terengganu selagi muka-muka yang satu spesis dengan Mustafa Ali masih lagi memegang kuasa. Dah ada kuasa, lupa diri. Berlagak. Rakyat Terengganu masih lagi belum sokong PAS sepenuhnya. Ramai lagi yang setia dengan UMNO. PAS menang pada 1999 pun atas kes Anwar, dan orang Melayu meluat dengan Mahathir, bukan sebab orang tertarik dengan PAS. Cerminlah diri tu sikit.


2. Haji Hadi disyorkan mengempiskan perutnya yang boroi itu dan melonggarkan sedikit ikatan serbannya. Dengan itu beliau pasti akan lebih berfikiran rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan sesiapa, selain daripada kelihatan muda 10 tahun! Kalau serban ketat sangat, oksigen susah nak masuk ke otak, itu la pasal lembab semacam saja.


3. Penulis sastera Faisal Tehrani adalah salah seorang yang menentang agenda 16 September Anwar Ibrahim. Dia ada menulis satu artikel khas mengenainya. Dia buat sebegitu kerana kebenciannya yang mendalam terhadap Anwar, saya tak tahu apa yang dia dendam sangat dengan Anwar sewaktu menjadi mahasiswa dahulu. Tapi dia berlagak seolah-olah orang yang mahir dengan politik, dia sendiri mengaku tak tahu politik. Macam-macam dia ulas mengenai Pakatan Rakyat, dan dia sering mengutuk PAS kerana tak mahu berpakat dengan UMNO yang Islam dan Melayu, sebaliknya suka berpakat dengan DAP dan PKR. Jadi apa masalahnya? Tumpu sajalah pada sastera tu. Dah lah syiah, tapi tak mengaku. Lepas tu cuba masukkan unsur syiah dalam blog. Syiah tapi bodoh. Memalukan pengikut ahlul bait. Syiah sokong UMNO (sekular).

Saturday, September 12, 2009

Pemimpin Non Muslim Berbuka Puasa

Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang berbuka puasa bersama Salleh Man di Permatang Pasir.


Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) berbuka puasa di salam sebuah rumah anak yatim di Wangsa Maju.


Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Terengganu berbuka puasa di Kuala Nerus.



Salam Ramadhan,



Inilah salah satu perkara yang UMNO takutkan akhirnya berlaku. Perpaduan diantara pemimpin bukan Islam dengan pemimpin Islam. Hancur sudah tembok perkauman yang dibina semenjak sekian lama. Pemimpin bukan Islam sudah rasa tidak kekok untuk bersama-sama dengan budaya masyarakat Islam. Inilah perpaduan yang sebenarnya, tak usah beretorik mahu berpadu untuk kepentingan Melayu dengan Islam, yang untungnya siapa? Pemimpin-pemimpin yang korup. Diharap hubungan yang dilihat melalui gambar diatas dikekalkan dan menjadi bertambah erat. Biar pemimpin dan orang bukan Islam dapat membuka mata dan memahami Islam yang sebenar, bukannya Islam yang ditunjukkan oleh UMNO.

Friday, September 11, 2009

Surprise Dari Bik Mama



Ahahaha... Bik Mama bikin surprise lagi!!! Beberapa hari lepas beliau menyeru amalan tadarus al-Quran diteruskan walaupun di luar Ramadhan. Bagusnya suami Najib ni. Bukan ke amalan di luar Ramadhan tu amalan bershopping? Kah kah kah.. Muncul dalam media sama banyak dengan isteri dia. Suami-suami PM sebelum ni taklah sekerap dia. Siapa dia betina gemok yang jeles sama perempuan langsing hingga terpaksa menggunakan C4? tok dalang manakah yang bertanggungjawab memainkan wayang kulit Datuk Nazak? Awas! Taktik untuk mengaburi mata orang ramai supaya melupakan peristiwa besar yang lalu.


p/s : Walaupun tampak ayu duduk bersimpuh baca Juz 'Amma, jambul dari rambut mengerbang tetap tertonjol.

Thursday, September 10, 2009

Zulkifli Noordin Yang Merapu

APA DAH JADI DENGAN ZUL NI?


Salam Ramadhan,


Malam tadi saya telah membaca satu posting baru dari blog YB Kulim, Zulkifli Noordin. Belumpun habis membaca, saya dah tersentak. Betul ke dia ni? Kali ni beliau benar-benar menulis berpandukan emosi, bukan fakta. Ianya berkaitan dengan isu kuil di Selangor, dan beliau seolah-olah mahu menyalahkan pihak pemimpin kerajaan Selangor, khususnya YB Khalid Samad.


Memang selama ini kenyataan Zulkifli Noordin selalu melawan arus. Saya pun selama ini banyak menyokong beliau kerana sikapnya yang lantang apabila berbicara tentang Islam. Tapi kali ni memang beliau dan benar-benar merapu, dan saya rasa agak kecewa. Beliau ulas seolah-olah beliau tu orang Shah Alam dan exco Selangor. Kenyataan beliau juga cuba melindungi puak-puak demonstran kepala lembu dan bersimpati dengan mereka kerana dihadapkan ke mahkamah.


Beliau juga seolah-olah cuba menabur fitnah dengan mengatakan ada wakil India yang menghina azan sewaktu dialog di Wisma MBSA dan mendakwa kuil yang bakal dibina itu kuil yang besar. Mana YB ni dengar cerita? Atau sekadar kutip dari berita pencacai UMNO? India itu kata, mereka boleh tahan dengar azan setiap hari - maksud dia, dia mahu orang Melayu pun bertoleransi dengan penganut Hindu yang mahu beribadat. Adakah itu satu kenyataan menghina azan?


Sebaliknya beliau cuba membela puak-puak UMNO lembu yang kurang ajar sewaktu dialog tersebut. Beliau juga kata ada pak janggut yang sanggup membaca ayat al-Qur'an untuk mempertahankan kuil - merujuk kepada YB Khalid Samad. Tak tahulah apa nak diulas lagi. Penulisan peguam ni memang telah membuatkan saya berbulu. Beliau juga telah menukar nama Selangor menjadi Darul Takbeer. Atau Zulkifli Noordin ni yang mabuk beer sewaktu menaip entri tersebut? Saya paling tak tahan dengan ayat yang paling bawah yang berbunyi :


Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!


Amboi cantiknya bahasa. Seterusnya penjenguk ulas lah sendiri. Tak tahu apa nak dikata lagi dengan YB yang seakan-akan mahu satu kapal dengan Ibrahim Ali sang Salentia tu. Malam tadi lepas baca posting tu, saya terus membelasah beliau di melalui Facebook beliau. Tak tahulah dia baca atau tak. Biasanya dia ni jenis tak balas komen.


Nak baca artikel penuh yang ditaip oleh Zulkifli Noordin, sila klik sini.

Wednesday, September 9, 2009

Lembu Sudah Kena Tahan

Salam Ramadhan,


Tadi sebanyak 12 ekor lembu telahpun ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. 6 didakwa mengajurkan demonstrasi kepala lembu, dan 6 lagi didakwa kerana turut serta. Baguslah. Walaupun tak berapa adil, dah beberapa hari baru nak buat tangkapan. Kalau orang PR buat, tak payah disuruh atau didesak, laju je ambil tindakan.


Mengaku Islam tapi buat perkara yang menyebabkan orang kafir pandang serong kepada Islam. Mengaku Islam tapi menyumpah, mencarut, dan memaki hamun dalam bulan puasa, buat kecoh dalam majlis, YB dah datang dengan baik untuk berbincang, puak-puak ni buat kecoh. Padan muka. Ikat jamin RM 15,000 seorang tu memang padan lah sangat-sangat.

Polis Dulu & Sekarang

Salam Ramadhan,


Kalau waktu dulu-dulu, 30 atau 40 tahun dulu, anggota beruniform di Malaysia cukup dihormati. Sebut saja si anu itu polis, semua orang hormat. Macam hormat kepada orang alim. Semua budak tak berani buli anak polis. Penjenayah waktu dulu, kalau datang saja polis, semua cabut lari. Dan budak-budak boleh tengok wayang percuma, cukup dengan berkata kepada penjaga tiket, "Saya anak polis,". Anak-anak polis menjadi perhatian penduduk setempat. Jika anak polis tersebut melakukan satu kesalahan, tanpa berlengah penduduk tersebut akan laporkan kepada bapanya.


Polis waktu itu lakukan kerja dengan ikhlas (walaupun tak semua). Ikhlas untuk rakyat dan negara, dan sedar peranan serta kedudukan mereka sebagai penjawat awam, bukan alat golongan tertentu. Mereka dulu cukup berdisiplin. Anak lelaki polis tak boleh berambut panjang. Kalau tak, kena potong secara paksa lah jawabnya. Ringkasnya memang padan logo yang ada kalimah Allah dan Muhammad pada polis.Tapi itu semua dulu.


Sekarang keadaan sudah berubah. Polis telah meletakkan diri mereka semua setaraf dengan anjing suruhan. Bertindak atas perintah atau demi kepentingan pihak tertentu. Mereka sudah menjadi penjenayah di sebalik pakaian seragam. Rasuah tak usah kira lah. Jangan rasa hairan jika pusat pelacuran, penjualan VCD haram, kelab gay dan sebagainya masih beroperasi dengan aman, kerana mereka semua ini telah disuap. Pegawai atasan polis tak segan silu bermain golf dengan tauke dadah.


Bukan itu saja. Sifat kemanusiaan mereka sudah semakin hilang. Orang yang dituduh melakukan kesalahan, apabila berada di dalam tahanan di beri layanan yang buruk, dipukul dengan teruk, sehingga berlakunya kematian. Yang buat kerja ni polis melayu. Tak lagi diperingkat politik. Terang-terang jadi alat pemerintah. Orang UMNO buat demo kepala lembu, tak ada apa-apa tindakan, bila lebih dari seminggu baru Ketua Polis Selangor menyalak-nyalak nak buat tangkapan. Dasar bajingan tua. Hindraf buat perhimpunan, menuntut supaya jangan ada pihak yang timbulkan ketegangan antara kaum, tak sampai 20 minit polis sudah bertindak, dan menangkap beberapa orang. P. Uthayakumar diusung.


Ada ke polis berani nak usung si kepala lembu Azmir tu? Tak berani, sebab Azmir tu UMNO. Peserta demonstrasi itu semua UMNO. Polis memang orang tak pandang mulia lagi. Rata-ratanya meluat. Sifat hormat terhadap polis sudah hilang. Termasuk saya sendiri. Antara golongan yang saya benci ialah golongan inilah. Dan sepatutnya kalimah Allah dan Muhammad pada logo polis itu ditukar. Tak kisahlah tukar kepada apa pun. Asalkan jangan letak kalimah mulia itu. Memalukan.

Tuesday, September 8, 2009

Santai : UMNO Punya Kerja PRM Dapat Nama


Logo baru UMNO



Salam Ramadhan,


Dulu kita biasa dengar istilah "lembu punya susu, sapi dapat nama" - merujuk kepada seseorang yang berhempas pulas melakukan sesuatu perkara tapi hasilnya dinikmati oleh orang lain. Sekarang ini istilah baru muncul ekoran daripada perbuatan UMNO yang cuba menimbulkan kekecohan kepada Kerajaan PR Selangor dan meniupkan api perkauman.


Istilah barunya ialah "UMNO punya kerja, PRM dapat nama". Semenjak peristiwa perarakan kepala lembu berdarah, kepala lembu kerap disebut. Parti kepala lembu (UMNO), wajah-wajah lembu, politik kepala lembu, dan sebagainya. Ini telah membuatkan nama salah satu parti pembangkang yang lama menyepi iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi popular, nama sering disebut-sebut (walau hakikatnya ia adalah kepala seladang).


Parti yang mempunyai pengaruh tersendiri pada era 70-an dan 80-an, kemudian bergabung dengan parti Keadilan, dan tak lama kemudian, beberapa pimpinannya keluar dan PRM menjadi parti kecil, sekapal dengan PSM (Parti Sosialis Malaysia).

Monday, September 7, 2009

Sekarang Baru Ku Tahu...



Jika selama ini
aku selalu condemn Kerajaan Selangor
aku selalu condemn pemimpin kerajaan Selangor
aku mendakwa mereka tak mahir urus negeri
terlalu banyak kelemahan
wakil rakyat yang entah hapa-hapa
ada yang bercakar sesama sendiri
pembahagian zakat yang tidak telus
wakil bulan berpecah
semuanya aku kutuk
sama ada wakil dari bulan, mata atau roket



tapi
semenjak kerajaan negeri ini
diserang bertubi-tubi
oleh bala tentera separa Mongolia
berbagai isu dibangkitkan
isu perobohan kuil
isu UiTM untuk kaum lain
isu rasuah lembu MB
isu wakil rakyat diserbu SPRM
isu kematian Teoh Beng Hock
isu penjualan arak
isu Datuk Nazak mahu rampas Selagor
terbaru isu kuil di Shah Alam
dan kepala lembu berdarah
dan juga 2 Khalid dimaki hamun


isu-isu ini telah berjaya membuatkan
aku menjadi simpati terhadap kerajaan Selangor
sokongan aku menjadi padu
rasa meluat aku hilang
dan aku makin bertambah simpati
apabila pemimpin negeri dimaki hamun
pada tanggal 5 haribulan
majlis dialog bertukar
menjadi majlis dalam hutan


kutahu
ia provokasi dari puak kepala lembu
bilangan mereka sedikit
lebih ramai yang diam dan memerhati
dari yang terpekik terlolong
umpama orang dirasuk hantu


sekarang baru ku tahu
rupa-rupanya anak Samad seorang yang macho
walaupun dia dituduh liberal
walaupun dia dicop sebagai perosak
walaupun dia dilabel sebagai Erdogan
aku kagumi dia
kesabaran dia
jikalau aku berada di tempatnya
nescaya pasti akan ada yang patah leher
dia berani berdepan dengan risiko
walaupun tahu undi yang dia akan dapat
pada PRU-13 mungkin merosot
aku salute sama dia


Juga baru aku tahu
anak Ibrahim adalah gentleman
walaupun dia banyak kekurangan
dan juga kepincangan
masih membela puak-puak UMNO
yang diimport dari Guthrie
tapi dia jenis tak kecut perut
dulu aku gelar dia
sebagai MB gemuk dan gagap
tapi
segemuk-gemuk Khalid
segagap-gagap Khalid
dia ada telor
dia setenang anak Samad
berhadapan dengan provokasi
makhluk yang tidak beradab


sekarang baru ku tahu
mereka fikirkan penduduk
dengan menganjurkan dialog
berharapan dapat berbincang dengan elok


jika yang berada ditempat anak Samad itu
adalah dari spesis yang berserban dan syok sendiri
jika yang berada ditempat anak Ibrahim itu
adalah seorang abang kepada bapuk
tak tahulah jadinya
baru ku tahu...




12:14 PM

Sunday, September 6, 2009

Gambar : Wajah-Wajah Bangsa UMNO Laknatullah

Tak tahu apa bahasa dan istilah yang sesuai ditujukan kepada puak-puak Melayu UMNO laknatullah sewaktu dialog bersama penduduk seksyen 23 Shah Alam semalam. Hanya tahu timbulkan provokasi dan menyalakan api perbalahan sesama kaum. Langsung tak boleh bertoleransi. Memang orang UMNO ini tak patut dilayan dengan baik. Spesis tidak bertamadun.



Isunya hanya berkenaan kuil ini yang mahu dipindahkan ke Seksyen 23, untuk kemudahan penganut Hindu dari seksyen yang lain. Orang Hindu pun nak beribadat juga.



Wajah Melayu laknatullah yang menjadikan dewan tempat berdialog seperti pusat karaoke apabila dia tak semena-mena mendendangkan lagu "Isabella" buat YB Khalid Samad. (Inilah Ketua Penaja UMNO Cawangan Seksyen 23, Haji Pooodah!)



Melayu UMNO laknatullah yang timbulkan provokasi. Orang dah nak buat dialog, bincanglah baik-baik. Yang mengamuk sakan kenapa? Kerana kerajaan yang memerintah itu kerajaan Pakatan Rakyat? Kalaulah kerajaan UMNO/BN yang mahu pindahkan kuil itu, memang sah puak-puak ni tak bersuara!



Melayu yang gemuk lagi hodoh itu meniru aksi askar Hitler (menjulang tangan ke atas).



Wajah-wajah Melayu samseng UMNO belaan Noh Omar. Kalau ada istilah bangsa paling bangsat, itu sesuai ditujukan kepada Bangsa UMNO.



Melayu bodoh tak puas hati. Dalam hutan boleh la kau buat macam ni. Masalahnya kau bukan ada kat hutan ni!


YB Khalid Samad cuba menangkan seekor Melayu UMNO laknatullah yang mahu meminta autograf beliau, tapi dihalang oleh penguatkuasa MBSA.



Beberapa Melayu UMNO melaungkan "We will rock u" berulang kali.


Perhatikan botak di tengah itu. Dia menangis kerana gagal mendapat autograf Khalid Samad.



Nota :


Kerajaan Selangor cuba menyelesaikan masalah yang puluhan tahun tidak dihiraukan oleh Kerajaan UMNO/BN yang sebelumnya. Itu sudah cukup baik. Dan sanggup pula mengadakan dialog dengan pemduduk. Ini apa punya manusia bangsa UMNO ni? Wajah Melayu, tengok kad pengenalan sudah tentunya Islam, tapi akhlak? Mengalahkan Cina dan India yang kafir. Bangsa UMNO lebih teruk perangainya dari bangsa kafir di negara ini.


Bayangkan dengan tak hormat agama lain yang turut nak lakukan ibadat. Bahkan menghina lagi binatang suci mereka. Mana ada penganut India yang majoriti di satu-satu Seksyen di Shah Alam? Tak tahu nak bertoleransi sesama kaum langsung. Memang betullah kata-kata seorang India semalam, surau dan masjid di Shah Alam berlambak, dan mereka boleh terima tiap-tiap hari seruan azan. Tapi hak mereka untuk beribadat, bangsa Melayu UMNO laknatullah yang melenting.


Memang tak patut kita berbaik-baik mahupun bermuzakarah dengan puak-puak UMNO ini. Nak ke bergabung dengan puak-puak biadap ni? Dasar melayu tak sedar diri. Hidup bergantung dengan bantuan, tak reti berdikari. Bila cakap pasal ni sikit, melenting. Dah memang dasar bangsa paling tak guna di Malaysia - itulah Melayu.

Saturday, September 5, 2009

Hishamuddin Sebenarnya Lembu!

Sudah terang lagi bersuluh bahawa sesungguhnya yang melakukan demonstrasi kepala lembu di hadapan bangunan SUK Selangor adalah puak-puak UMNO yang perkauman dan tak tahu hormat agama lain. Dikenalpasti wajah-wajah yang ada sama ada di dalam video atau gambar adalah gambar ahli Pemuda UMNO, orang yang memijak kepala lembu, bersongkok, dan berbaju melayu putih itu adalah Ketua Penaja UMNO cawangan Seksyen 32 (saya dah lupa namanya, tapi nama ayahnya ialah Md. Zin).


Dan jika para penjenguk lihat posting gambar di bawah (tajuk Melayu (UMNO) Bodoh Demonstrasi), gambar yang ditulis dengan "buruknya muka orang yang pakai songkok itu" rupa-rupanya adalah orang yang sama dalam pertubuhan MAGARAN (pertubuhan Pro-ISA). Sudah sah demonstrasi itu didalangi oleh puak-puak UMNO. Begitu senang mereka demonstrasi tanpa ada gangguan dari pihak polis, tanpa ada ancaman dari Menteri Dalam Negeri. Sebab? Mereka itu UMNO!


Hishamuddin nampaknya sudah menyalahgunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri dengan memberi perlindungan kepala puak-puak yang menimbulkan provokasi dan sensitiviti agama. Senang betul orang yang buat demonstrasi itu boleh pergi ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Hishamuddin. Begitu mudah. Sedangkan sewaktu dulu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mahu adakan rundingan, perjumpaan dengan Hishamuddin (ketika itu Menteri Pelajaran) pun payah. Selalu tak ada. Begitu juga dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mahu berjumpa dengan Hishamuddin, teramat payah.


Bila demonstrasi anti ISA diadakan, barulah muncul muka si pondan ini di kaca televisyen, mengutuk para demonstran. Polis juga digunakan untuk mengasari mereka yang tidak berdosa. Cuba bayangkan kalau para demonstran itu adalah dari kalangan orang-orang PAS, PKR mahupun DAP. Pasti akan melalaklah Hishamuddin, polis pasti akan bertindak sepantas yang mungkin untuk menangkap orang yang terlibat dalam demonstrasi itu. Kerana apa? Kerana para demonstran itu terdiri dari golongan pembangkang.


Cuba diingat balik tentang tragedi berdarah di Batu Burok Kuala Terengganu pada 2 tahun lepas. Muka-muka yang terlibat dan tidak terlibat dengan himpunan malam itu disiarkan di akhbar. Banyak tangkapan dibuat. Rasa-rasanya tindakan yang sama dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri dan Polis apabila yang membuat demonstrasi itu ialah dari kalangan pembangkang.


Oleh itu, Hishamuddinlah sepatutnya disamakan dengan lembu. Bahkan lembu pun lebih baik dari Hishamuddin, kerana dengan lembu kita boleh menikmati dagingnya, sup ekor, susu, dan lain-lain. Tapi apa yang ada pada Hishamuddin? Teloq yang kecut! pondan.


Nota : Hishamuddin sudah mewarisi perangai jahat datuk dan ayahnya dulu. Sifat busuk hati yang sangat mendalam.

Wednesday, September 2, 2009

Gambar : UMNO Parti Melayu???

Salam Ramadhan,


Pemimpin dan penyokong UMNO siang malam berkokok bahawa merekalah satu-satunya parti Melayu tulin, apa yang mereka buat hanyalah untuk melayu semata-mata. Kah kah kah betul ke parti Melayu? Apa orang UMNO ni buta ke? Kah kah kah (pinjam gelak Uncle Isham Tukar Tiub) Tengok gambar-gambar di bawah ni :-




Deyyyy...ini mana mari punya orang..? Bukan adik Gobalakrishnan ke ni? Kah kah kah......




Kah kah kah...ini serikandi wanita UMNO....kah kah kah..poooorahhhhh.....




Woit....kah kah kah.... Ini bukan dari MIC ke? Yenna deyyyy...... kah kah kah



Nenna Reezal...kah kah kah.... kasi itu kompromi lah sama Murugiah dan Kayveas..Pooorah..poorah..poorah....kah kah kah...





Kah kah kah...ini lagi satu..Mahaguru Silat ke Silambam?? Kah kah kah kah





Yennaaa deyyyyy memang banyak buta itu orang UMNO..kah kah kah..anak mamak diangkat jadi Presiden parti..kah kah kah...woit...tak ada Melayu lain ka? Kah kah kah...




Deyy....Ini satu geng sama Nallakurappan..eh Nallakaruppan...kah kah kah.. dari Timbalan Presiden PKN, sekarang dah jadi ahli MIUP ke? Kah kah kah kah....




Woit....kah kah kah..... ini wanita UMNO tu ke yang bisikkan iklan kurma Yusof Taiyoob? Kah kah kah




p/s : Sekadar nak sedarkan orang UMNO, duk kata kaum lain kaum pendatang. Abis Melayu bukan pendatang ke? Yang bersepah keturunan Jawa, Banjar, dan lain-lain dalam UMNO tu bukan pendatang ke? Khir Toyol apa cerita? Jangan kata kat bangsa lain, kamu pun sama-sama pendatang... kah kah kah

Tuesday, September 1, 2009

Minyak Naik : Hadiah Hari Kemerdekaan & Ramadhan

Salam Ramadhan,


Sebelum pukul 12 malam tadi memang banyak, terlalu banyak kereta beratur untuk mengisi penuh tangki minyak, kerana selepas daripada jam 12, harga minyak bagi RON 97 bertukar dari RM 1.80 seliter kepada RM 2.05. Naik 25 sen. RON 92 diberhentikan pengeluarannya dan digantikan dengan RON 95 yang berharga RM 1.80 seliter. Hadiah kerajaan UMNO/BN kepada golongan marhaen sempena hari kemerdekaan dan bulan puasa.


Teringat di zaman sewaktu Abdullah Badawi jadi PM dulu. Minyak paling banyak naik pada waktu zaman dia memerintah selama 4 tahun. Sampaikan rakyat pun sudah naik minyak. Tahun 2004 saja, sudah 4 kali harga minyak dinaikkan. Dan saya masih ingat kata-kata rakyat bawahan tentang perasaannya apabila harga petrol dinaikkan sebanyak 30 sen pada Februari 2006, "Hancur hati apabila mengenangkan minyak,".


Sejak minyak dinaikkan berkali-kali, harga barangan naik mendadak. Ada pula peniaga yang mengambil kesempatan. Minyak naik, secara automatik harga barangan keperluan mesti naik. Mana boleh naikkan harga minyak, tapi mahu peniaga kekalkan harga barangan yang sedia ada. Bahan yang dibawa menggunakan kenderaan yang memerlukan petrol, lainlah kalau hanya sekadar pancutkan air kencing ke dalam tempat mengisi petrol!


Setiap kali harga minyak naik, pasti akan ada komen pemimpin yang berfahaman kapitalis yang mengatakan harga minyak di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara Singapura, Indonesia, dan lain-lain negara pengimport minyak. Malaysia negara yang mengeluarkan minyak, jangan bandingkan dengan negara yang mengimport minyak. Kenapa tak dibandingkan dengan harga pengeluar minyak yang lain? Brunei contohnya. Negara Indonesia walaupun mengeluarkan minyak, tapi minyak yang dikeluarkan terlalu sedikit, tidak padan dengan keperluan rakyat-rakyat Indonesia.


Malaysia tak akan menjadi negara pengimport minyak dalam tempoh yang agak lama. Pengeluaran minyak didalam negara lebih dari cukup dari jumlah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Keuntungan Petronas berpuluh-puluh billion setahun. Apa gunanya kita berbangga dengan Petronas, sedangkan rakyat bawahan tak mampu menikmati harga minyak yang sepatutnya. Gaji yang diperolehi rakyat Malaysia masih lagi terlalu sedikit untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat harganya sejajar dengan kenaikan harga minyak.


Rakyat Singapura tak rasa sangat bebanan minyak mahal di negara mereka. Pendapatan sebagai pemandu teksi sudah boleh membeli sebuah rumah besar. Gaji sebagai guru di sana bersamaan RM 5 ribu di negara ini. Gaji tukang cuci? Lebih kurang RM 2 ribu. Tapi di Malaysia? Berapa sangat gaji untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.


Penjilat Petronas, Hasan Merican pernah kata, kerajaan patut hapuskan subsidi kerana penggunaan minyak yang berlebihan di dalam negara ini dan Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak menjelang 2011. Hahaha kenyataan bodoh. Fakta sebenarnya ialah setiap liter minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia, Petronas akan menjumpai 4 liter minyak yang digali. Negara kita punyai lebihan minyak. Purata satu hari minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia ialah sebanyak 400 tong sehari. Tetapi Petronas berjaya mendapat 700 tong sehari. Ini bermakna lebihan 300 tong setiap hari.


Dan petroleum yang digali tidak digunakan oleh rakyat Malaysia, sebaliknya ia dieksport ke negara luar kerana petroleum di Malaysia tinggi kualitinya, dan Petronas membeli minyak yang kurang kualiti dan harga murah daripada negara pengeluar minyak yang lain. Ini telah memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada Petronas. Tapi persoalannya, mana menghilang duit Petronas? Tentulah ia dibahagi-bahagi sesama golongan pemerintah. Sebagai satu contoh yang mudah, 11 tahun dulu, tahun 1998.



Krisis ekonomi pada masa itu sangat teruk dan merugikan banyak syarikat kroni UMNO/BN, termasuklah syarikat milik Mirzan Mahathir, anak PM pada masa itu. Dan di dalam mesyuarat kabinet, PM pada waktu itu bersungguh-sungguh mahu mengambil wang Petronas untuk suntikan dana kepada syarikat-syarikat yang nazak termasuk milik anak PM pada waktu itu. Yang kuat menentang ialah Menteri Kewangan pada ketika itu, dan hasilnya, Menteri tersebut ditendang dan dipenjarakan selama 6 tahun.


Kesimpulan, hasil mahsul yang dikeluarkan di negara ini tidak sampai ke tangan rakyat, dan ia hanya dinikmati oleh golongan atasan yang berkepentingan. Sebaliknya rakyat terpaksa menderita kerana kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemimpin di atas sibuk membahagikan kek keuntungan negara sesama sendiri.


Rakyat naik minyak tak harga meningkat ke 0.25 sen? Banyak tu. Kekayaaan habis dibolot oleh golongan kapitalis. 1Malaysia!