Tuesday, May 31, 2011

Throw yourself and the people will be happy

Najib was on a helicopter with 3 persons. He said "I want to make a Malaysian happy, I'm going to throw RM 5 down, what do you think?"

The first Malaysian said, "Your honour! Why don't you throw two RM 2 and one RM 1,you can make 3 people happy!"

Then the second one said, "Why don't you throw five RM1's, and make 5 people happy!"

The third said, "Your honour! Why don't you throw yourself and make the whole country happy??"

LOL

Sunday, May 29, 2011

Siapa yang rapat dengan Tuhan?

"Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT...."

Sidang Media selepas Konvensyen Armalah Kelantan 2010 pada 8 Julai 2010 bertempat di Putik, Pengkalan Chepa.




Wednesday, May 25, 2011

Bila tiba kiamat?

Sesetengah orang merasakan hari kiamatnya sudah sampai bila dibuang kerja. Ada yang bila putus kasih, ada yang berpendapat bila seseorang itu mati, itulah hari kiamat baginya. Dan banyak lagi pendapat mengenai ini. Kalau tanya saya, apakah keadaan yang akan membuatkan saya merasakannya seperti hari kiamat? Jawapan saya mudah. Saya merasakan seperti hari kiamat apabila ada anak muda yang buta perut menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh UMNO dan BN.
Mereka menyokong tindakan dan dasar kerajaan tanpa kajian dan pemerhatian yang sebetulnya. Anak muda hari ini kebanyakannya mempersetankan apa yang terjadi di dalam negara ini dan hanya fokus pada sekeping sijil. Golongan yang macam ini biasanya mudah tercucuk oleh propaganda-propaganda UMNO. Buat anak muda yang bebas dari pengaruh ini, salute dan tahniah saya ucapkan. Jangan lupa 9hb Julai ini kita sama-sama ke jalan raya, ke arah Malaysia yang lebih baik!

Monday, May 23, 2011

Memahami minyak 3

Saudi Aramco adalah syarikat terbesar di dunia. Kajian yang dilakukan oleh Financial Times and McKinsey dalam tahun 2006 meletak nilai syarikat itu pada US$781 bilion. Saingan terdekatnya ExxonMobil, syarikat terbesar di dunia -- dari segi market capitalization --yang disenaraikan di bursa saham, hanya bernilai US$454 bilion. Kesan tangan John D. Rockefeller tetap tidak terhapus pada kedua-dua syarikat. Aramco adalah hasil kerjasama dengan Standard Oil yang diasaskan oleh Rockefeller dan ExxonMobil juga bermoyangkan Standard Oil. Aramco menjadi Saudi Aramco apabila kerajaan Arab Saudi membeli 100 peratus saham Aramco dalam tahun 1980.

Rockefeller adalah manusia terkaya dalam sejarah dan billionaire pertama. Menurut majalah Forbes harta peninggalan beliau kini bernilai US$318.3 bilion. Selain dari 'Orang Minyak' beliau juga tokoh philanthropist, menjadi pengasas kepada dua universiti - University Chicago dan University Rockefeller. Dia juga lagi dikenal, dan lagi terkenal kerana terlalu kaya, seorang yang tidak meneguk arak dan menghisap rokok. Antara kegiatan dermawannya adalah membantu organisasi-organisasi gereja. Beliau menganggotai gerjea Northern Baptist.

Sunday, May 22, 2011

Memahami minyak 2

Dalam tahun 1556 terbitlah sebuah buku bertajuk De Re Metallica. Penulisnya seorang Jerman bernama Georg Bauer. Dari namanya "Bauer" jelas ia seorang petani, dan namanya bila dilatinkan menjadi Georgil Agricolae. Tetapi beliau menghabiskan masa yang panjang di kawasan perlombongan Saxony maka dari pengamatan dan kajian beliau menghasil buku geologi ini. Buku ini juga memperkenalkan satu nama yang berasal dari bahasa Yunani -πετρέλαιον (baca: petroleum) yang bermaksud minyak dari batu.
Bapa kepada industri petroleum moden adalah John D. Rockefeller melalui syarikatnya Standard Oil yang ditubuhkan pada 187o. Dalam tahun 1933 Standard Oil membuat kerjasama dengan Arab Saudi, maka lahirkah Aramco, syarikat minyak terbesar di dunia.

Friday, May 20, 2011

Memahami minyak

Mengapakah harga minyak melambung tinggi dan kita semua menderita? Salah satu teori untuk menjelaskan gejala sekarang bernama "Peak Oil". Ketika Mac 1956, seorang geologis syarikat minyak Shell di Texas membentang satu kertas di seminar American Petroleum Institute. "Nuclear Energy and Fossil Fuel" ditulis oleh M King Hubbert meramalkan pengeluaran minyak dalam geraf berbentuk loceng. Pengeluaran minyak akan memuncak di awal tahun 2000 dan kemudian terus turun. Fikirkan. Permintaan minyak terus meningkat, tetapi pengeluarannya terus turun. Maka harganya? Betulkah teori "King Hubbert" ini?

Wednesday, May 11, 2011

Pegang jawatan sampai mati

Harun Taib kata tak usahlah lawan Hadi dan timbalan presiden mesti dikekalkan. Tak silap saya, orang yang sama inilah yang nak semua jawatan naib presiden dipasskan pada ulamak. Tak pastilah semenjak mereka dapat jawatan-jawatan tu apakah mereka semakin diterima oleh rakyat? Apakah nak pegang jawatan sampai mati dan terus menafikan hak demokratik orang lain yang lebih layak?

Sunday, May 8, 2011

Sumpah bukan segala-galanya


Senangnya jika seseorang itu melakukan jenayah seperti merompak, mencuri, mencabul, membunuh dan sebagainya - hanya perlu bersumpah jika dia mahu membuktikannya sebagai tak bersalah. Kalau macam tu, tak gunalah adanya peguam dan mahkamah.
Masyarakat yang sudah sedia jahil dijahilkan selagi boleh. Seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina tidak perlu bersumpah dan ini tidak diajar oleh Allah swt. Dia hanya perlu membawa 4 orang saksi lelaki yang adil, seperti yang termaktub di dalam ayat suci al-Qur'an : Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa empat orang saksi, maka mereka itu bagi Allah adalah orang yang berdusta, (24:13).
Bukan dengan membawa klip video lucah. Dan jika mereka gagal, maka hukumannya adalah rotan sebanyak 80 kali dan kesaksian mereka tidak diterima kerana mereka sudah menjadi orang yang fasik. Kalau sudah jahil tu, janganlah membodohkan orang lain pulak.
Sudahlah pegang Quran terbalik, pakai baju kalis peluru pula. Ingat ni zaman koboi ke?

Thursday, May 5, 2011

Kenapa saya tolak HT 3

Bagi Hizbut Tahrir, dunia pemerintahannya (baca : khilafah) hanyalah ada dunia Islam. Tidak ada dunia bagi orang yang bukan Islam. Buktinya? Saya diberitahu dalam pertemuan di Ibu Pejabat HT di Bandar Baru Bangi pada awal tahun 2010 bahawa golongan bukan Islam tidak dibenarkan berjual beli/berurus niaga barangan haram yang menjadi keperluan mereka seperti arak dan babi. Mereka hanya boleh menyimpan dan membela untuk keperluan mereka sahaja. Ini sudah terang-terangan menafikan hak mereka. Bagi saya, golongan bukan Islam juga ada tempat mereka tersendiri dan tidak hanya terbatas pada orang Islam sahaja. Dan begitu juga Hizbut Tahrir turut menentang mana-mana bangunan kuil atau tempat sembahan orang bukan Islam yang binaannya lebih tinggi daripada masjid. Semuanya dicampur urusan orang bukan Islam. Pendekatan yang radikal ini tidak sama sekali akan diterima.

Tuesday, May 3, 2011

Kenapa saya tolak HT 2

Hizbut Tahrir bercita-cita nak laksanakan hukum Islam secara keseluruhan dan menolak untuk melaksanakannya secara berperingkat-peringkat, mengikut sifat manusia.
Salah satu soalan dari ustaz mereka, "Dulu, British cabut undang-undang di Tanah Melayu dalam sekelip mata, kenapa kita tak boleh buat macam dia?"
Kalau macam tu, tak ada bezalah di antara HT dengan kolonial British.
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah) dan nasihat-nasihat yang baik" (An-Nahl : 125)
Berdakwah, mesti berstrategi kalau mahu orang sokong perjuangan kita. Katakan, kita terjah seorang wanita yang tak menutup aurat dengan mengatakan perlakuan dia itu berdosa dan akan masuk neraka. Agaknya lah, dia nak pakai tudung terus atau lari meningglkan kita dengan perasaan menyampah?

Sunday, May 1, 2011

Najib ke Terengganu sebagai apa?


Banner yang dipasang ada lambang Jata Negara dan lambang Kerajaan Negeri Terengganu. Tapi nampaknya kedatangannya ke sana sebagai Presiden UMNO, bukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan, kawasan tumpuan adalah di sekitar Batu Enam, Manir dan Bukit Tunggal - kawasan kuat PAS - tambahan pula, DUN Bukit Tunggal dimenangi oleh PAS pada pilihanraya 2008 yang lalu. Seperti yang kita sedia maklum, UMNO akan terus-menerus membodohkan orang Melayu terutamanya di kampung bahawa Kerajaan Malaysia adalah milik UMNO dan ia sinonim dengan UMNO. Sebab itulah mereka buat harta rakyat sebagai milik peribadi. Sebelum persoalkan kenapa PAS bersama DAP, persoalkan siapa yang bagi Genting Highlands dan Bukit Tinggi pada taukeh judi? Siapa yang menghapuskan bahasa Melayu? Siapa yang rembat tanah orang Melayu, siapa yang robohkan rumah-rumah orang Melayu di Kampung Bujal, Kampung Berembang, Tasek Utara dll? Dan siapa yang menganiayai orang Melayu di Terengganu dan Kelantan dengan menafikan hak royalti minyak mereka?