Thursday, April 23, 2009

Sudah Lama Menyepi, Akhirnya Muncul Jua!



Sudah lama dia ini tidak muncul di kaca TV, dia ini pernah menarik perhatian seluruh warga Malaysia dengan "lakonan mantap"nya, kononnya kesucian dia telah diragut oleh seorang tua yang sakit pinggang. Dan untuk menambah "uummph" lakonan murahannya, dengan bantuan beberapa pencacai politik, satu "sumpah untuk diri sendiri" diaturkan dan diadakan di Masjid Wilayah, dan didakwanya itu ialah sumpah mubahalah! Tetapi lakonannya hari itu dicacatkan oleh kesilapannya sendiri dengan tersalah menyebut tarikh perkara tersebut berlaku, dan tersalah menyebuh salah satu lafaz qasam (sumpah). Watallahi disebut "wata'allahi". Dahla ditulis dengan tulisan rumi. Buta jawi rupanya!


Inilah satu makhluk yang sanggup mempermainkan agama, menggadaikan maruah sendiri, demi wang dan harta, juga publisiti murahan! Itulah dia bekas pelajar Uniten yang gagal, Saifool Bukhari (atau Sialfool). Tadi dia muncul lagi, kembali untuk tatapan umum, dengan memfailkan saman terhadap "fitnah" yang dilontarkan oleh seorang penulis blog, dia menuntut bayaran gantirugi $2 juta. Banyak tu! Orang "fitnah" sikit, sudah melenting. Habis yang dia malukan Anwar Ibrahim dengan mendakwa orang tua itu me*****nya, tak apa pula? Kalau dah tak suka sama Anwar, lawannya cara yang betul, janganlah guna jalan yang hina sebegini, tak pasal-pasal maruah tergadai, dihina oleh orang. Tau lah awak tu suka kepada publisiti. Banggalah kononnya dapat menjadi alat atau pencacai UMNO.


Penulis sendiri secara peribadi juga tidaklah suka sangat dengan Anwar Ibrahim. Tapi penulis taklah sampai tahap nak memfitnahnya, dek kerana tak suka. Penulis mengkritiknya dengan jalan atau cara yang betul. Dan penulis menyokong Anwar kerana dia pembangkang. Tapi bukan macam si Saifool ini. Dulu terhengeh-hengeh mahu jadi pembantu sukarelawan di pejabat Anwar, Anwar bagi muka, ditikamnya dari belakang. Mana maruahmu wahai Saifool? Apalah nak dibandingkan sangat dengan $2 juta yang engkau tuntut dari blogger Cucu Mat Kilau (tak silap penulis - kerana blogger tersebut mendakwa Saifool mengidap sifilis suatu ketika dulu) kalau dibandingkan dengan upah yang diberikan oleh pimpinan UMNO kepada kamu kerana berjaya memalukan Anwar Ibrahim?


Murah sungguh harga dirimu, Saifool. Sanggup gadaikan maruah kau hanya kerana wang. Penulis rasa, mak nyah pun tak hingin tengok muka kamu.

3 comments:

Anonymous said...

mamat ni memang....ntah hape la yg die nak...sape dah bg die makan suap pon tatau...

JAMILKUCING said...

Dia ni manusia yg jenis nama sahaja melayu beragama islam. tetapi terus terang cakap mereka tidak tahu apa itu islam. ajarannya.atau suruhan nya. sebab itu mereka anak dan bapa sanggup mempermainkan hukum allah.

ISA said...

Hidup lagi celaka ni, aku ingatkan dah lama padam... sebab senyap jer...