Tuesday, April 21, 2009

Singa UMNO


Seronok betul penulis tatkala mendengar atau membaca cerita pemimpin-pemimpin Melayu dulu, sama ada pemimpin berhaluan kiri mahupun kanan (UMNO). Bagi penulis, ada segelintir pimpinan Melayu UMNO dulu memang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa. Mereka sanggup mengkritik pemimpin sendiri semata-mata untuk menegakkan kebenaran. Antaranya ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar. Dahulu dia dikenali oleh orang-orang Cina sebagai "ultra malay", lantaran ketegasannya mengenai hak orang Melayu. Malah, penulis teringat akan cerita seorang veteran politik di negeri penulis (Terengganu), bekas aktivis kuat Parti Rakyat Malaya (PRM), dia menceritakan kepada penulis bagaimana Syed Jaafar Albar berkata kepada Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman, tentang penyerahan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Antara kata-katanya (Syed Jaafar) ialah, " Saya akan menuntutnya di akhirat kelak," - berikut kata-kata tidak puas hati kepada Tunku kerana menyerahkan Singapura kepada orang Cina.


Sewaktu itu Syed Jaafar menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sikap lantangnya dalam sesebuah isu membuatkan dia diberi gelaran Singa UMNO. Lagi satu kisah menarik, walaupun Syed Jaafar seorang UMNO, tapi beliau kuat melindungi sebuah akhbar yang didakwa berhaluan kiri, iaitu akhbar Suara Rakyat. Akhbar tersebut ada menyiarkan berita-berita dan artikel-artikel yang tidak disiarkan dalam akhbar Utusan (akhbar kawalan UMNO). Akhbar Suara Rakyat itu persis dengan akhbar Siasah yang ada sekarang, dan masa itu editornya ialah Subky Abdul Latif. Tindakan Menteri Dalam Negeri waktu itu, penulis sudah lupa namanya, - menggantung permit penerbitan akhbar Suara Rakyat, telah menaikkan kemarahan Syed Jaafar Albar, walaupun akhbar itu ada menyiarkan berita-berita yang tidak menyenangkan, tetapi Syed Jaafar tetap tidak bersetuju permit akhbar itu digantung, malahan dikhabarkan beliau adalah salah seorang pembaca setia akhbar itu! Apabila dapat tahu permit akhbar tersebut digantung, Syed Jaafar terus menelefon pejabat Kementerian Dalam Negeri dan memarahi menteri tersebut.


Malangnya, tindakan Syed Jaafar itu tidak diikut oleh anaknya, Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri. Syed Hamid bukan saja tidak berani bersuara menyatakan kebenaran terhadap pimpinan UMNO, malahan tidak mencontohi ayahnya yang tidak bersetuju menggantung permit akhbar yang condong kepada pembangkang - tindakan Syed Hamid suatu ketika dulu menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan.


Sekarang, gelaran Singa UMNO kemungkinan sudah berpindah kepada pemimpin UMNO nun jauh di Kalabakan, Sabah. Iaitu Dato' Abdul Ghapur Salleh. Boleh dilihat sifat lantangnya dalam parlimen dalam menyatakan kepentingan rakyat Sabah, walaupun dia dilihat mengkritik kerajaan UMNO/BN. Mungkin adanya pemimpin seperti dia lah rakyat Sabah mahupun Sarawak masih sayang untuk menukar kepimpinan yang berlainan parti. Walaupun satu gerombolan itu terpalit dengan berbagai macam rasuah, skandal, dan penyelewengan, namun masih ada yang ikhlas...

2 comments:

Anonymous said...

baguila kalau ramai macam tu yang masih hidup..tapi malangnya yang ada la ni jenis BEWAK Umnoi (Biawak)

Jenis bila susah , nak kalah, orang tak suka..baru nak ajak perpaduan konon2nya. Dalam masa yang sama menzalimi bangsa sendiri dan agama sendiri dan TAK Mau pada ISLAM.

Umnoi BEWAK..pasti diMampusskan setiap kali kali berpeluang Mengundi..hanya untuk PAKATAN RAKYAT. Takbir!!

Hisyam said...

Susah nak cari pemimpin yang betul2 ikhlas sekarang ni.. bukan umnosaja..PR pun sama, tp yg ketaranya umnolah,
hmm siapa pulak singa pas, pkr, dap????