
Siapa calonnya di Penanti ini? Kesemua cawangan PAS di Pulau Pinang memutuskan dan bersetuju untuk calon PAS bertanding di situ. Perkara ini, penulis amat setuju. Tak usahlah meletak calon dari parti yang "bermasalah". Kalau calonnya PAS, penulis sokong 100%. Biarlah bertambah satu lagi kerusi PAS di DUN Pulau Pinang, selepas Permatang Pasir. Banyak betul PRK dalam masa setahun ni. Macam main-main pula, menang, lepas itu letak jawatan. Dalam PRK yang lepas, termasuk Penanti ini, seramai 6 calon yang mengosongkan kerusi. 3 daripadanya disebabkan calonnya meninggal dunia (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Batang Ai). 3 lagi disebabkan sengaja mengosongkan kerusi, dan kesemuanya adalah daripada PKR!
Fairus Khairuddin menewaskan calon daripada BN, Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi pada PRU tahun lepas. Nampaknya pengundi di DUN Penanti bakal mengundi buat kali ketiga.. Implikasi PRK Penanti ini, Najib Tun Razak pasti akan dimalukan sekali lagi, dan PRK ini juga merupakan referendum rakyat kepada kerajaan UMNO/BN. Kepada Pakatan Rakyat, letaklah calon yang berwibawa, berdisiplin, amanah, dan tidak meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim. Jangan memilih calon sebagaimana Anwar Ibrahim memilih calon untuk PKR, hasilnya macam Jamaludin dan Osman (Behrang, Changkat Jering), calon di Bukit Selambau (melayu, tapi tidak boleh bertanding pada PRU lepas kerana muflis), dan juga calon PKR yang menghilangkan diri di Parlimen Pengerang, melawan Azalina Othman..
Dan peringatan buat Anwar Ibrahim, jangan main "politik gempar" lagi, jangan ulangi kesilapan yang lepas.
0 comments:
Post a Comment