

Kemenangan YB Hj. Nizar Jamaluddin, calon P. 59 Bukit Gantang semalam disambut dengan laungan takbir, nampaknya pengundi di Bukit Gantang tetap memilih Nizar, dan menandakan tidak merestui perampasan kuasa di negeri Perak. Walaupun Ir. Nizar dicop sebagai "penderhaka" kepada sultan, ekoran isu sembah derhaka, namun rakyat di parlimen Bukit Gantang tetap mahukan Nizar sebagai wakil mereka. Ini menunjukkan, walaupun baru bergelar Perdana Menteri, Najib Tun Razak sudah jelas ditolak oleh rakyat di Semenanjung. Dengan slogan "Mohon Restu Rakyat" oleh calon BN Ismail Saffian, tetap tidak berjaya menambat hati rakyat. Sebaliknya slogan "Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat" oleh calon PAS berjaya memenangkan Nizar. Faktor undi simpati memang ada dalam mana-mana pilihanraya. Apakah Sultan Perak akan perkenankan untuk membubarkan DUN? tak tahu lah..tapi yang pasti, mesti ramai pimpinan UMNO/BN Perak yang menggigit jari, gagal menawan hati rakyat, malu dengan kekalahan. Haji Ir. Nizar menewaskan Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi. Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris hilang wang deposit, hanya meraih 62 undi. Sudah penulis jangkakan, jika calon Bebas tak hilang wang deposit di Semenanjung, memang satu yang luar biasa.


Di Batang Ai pula, PKR kurang bernasib baik. walaupun calon yang dipilih (Jawah Gerang) adalah pemimpin yang dikenali, mewakili pengundi Parlimen Lubok Antu selama 5 penggal, namun oleh kerana bertukar lambang, terus ditolak oleh pengundi yang bermajoriti kaum Iban itu. Mungkin tiada "ong" lagi. Cubaan boleh lagi dibuat pada masa yang akan datang, untuk menaikkan semangat inginkan perubahan rakyat Sarawak. Jawah Gerang ditewaskan oleh calon BN Malcolm Mussen Lamoh dengan majoriti sebanyak 1,854 undi. Peratus keluar mengundi pula ialah 75.32%.
Survivor bagi BN adalah pengundi Sabah dan Sarawak, kerana rata-ratanya memenangkan calon BN. Jika diharapkan di Semenanjung, dah lama BN "bungkus". Fenomena di Malaysia Timur mungkin agak berbeda berbanding di Semenanjung. Pengundi masih mahu mengekalkan BN kerana masih ada yang beranggapan BN lah penyelamat, walaupun kita sedia lihat, Sabah dan Sarawaklah ramai penduduk miskin tegar, kemudahan takde lagi, bekalan elektrik, air. Kemudahan yang dinikmati oleh penduduk Semenanjung mungkin lebih mewah daripada apa yang penduduk Sabah dan Sarawak peroleh. Mereka sanggup ditipu, semata-mata nak lihat BN menang. Lagi satu, wakil rakyat di sana agak beda berbanding di sini. Rata-rata wakil rakyat di Sabah dan Sarawak memang betul-betul menunaikan tanggungjawab mereka, selalu turun padang. JAUH BEDA dengan kebanyakan wakil rakyat di Semenanjung, berlagak seperti "tokey", payah nak jumpa. Ini berlaku tak kira YB daripada BN ataupun PR.
4 comments:
Salam.
ini adalah bukti yg menunjukkan najib x layak jd pm. bn dah x mcm dulu lg, sokongan semakin hilang.
itulah perangai puak2 ikut anwar ibrahim! Bila menang, bersorak macam orang meroyan, bila kalah, tuduh macam2, pengundi hantula, tipu la, pastu buat domonstrasi. dsar penjilat semuanya!
Kesiannya dia ni, dah kalah, nak marah2 kat cni plak..terima je hakikat, UBN dah x relevan lg dahh... jakunla sokong bn ni.
ala, mana ada yang kalah. Semua menangla, win-win situation (pinjam kata-kata Rais Yatim). BN pun menang di Btg Ai, PR pulak di 2 bukit. Cuma yg beda PR menang LEBIH SIKIT drp BN. Itu saja. Semua pihak menang.
Post a Comment