Sunday, April 12, 2009

KRISIS DI TERENGGANU


Khabar-khabar berita yang tidak enak mula kedengaran, kononnya akan berlaku satu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said. Dan usul tersebut dipercayai dibuat oleh ADUN daripada BN sendiri. Ahmad Said sudah mula rasa resah dan gelisah, dan memberitahu, jika ianya benar, maka tindakan disiplin akan diambil terhadap ADUN BN tersebut, termasuklah dipecat. Dan dia juga mengulas, tidak mustahil dia akan mendapat perkenan dari Istana Terengganu untuk bubarkan DUN jika keadaan tidak stabil. Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bermula pada hari esok, Isnin 13 April.


Jika usul tersebut daripada pembangkang, kita akan lawan, kata Ahmad Said. Ahmad Said merupakan Menteri Besar "payung terjun" apabila berlaku krisis perlantikan tahun lepas, ekoran Sultan Terengganu, merangkap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin tidak perkenan akan perlantikan Idris Jusoh sebagai MB. Tuanku Mizan dikhabarkan murka terhadap Idris (Derih - panggilan orang Terengganu).


Jika usul itu berjaya, siapa agaknya Menteri Besar Terengganu yang baru? Takkanlah Idris Jusoh lagi? Harap-haraplah jangan.. lagi rosak Terengganu dibuatnya. Walaupun saya akui, secara peribadi saya amatlah benci kepada hampir keseluruhan ADUN BN Terengganu kerana sikap kurang ajar mereka apabila dalam dewan. Dan Idris Jusoh, pembawa malapetaka yang besar kepada Terengganu. Tanah digadai kepada Patrick Lim, projek habis dikautnya. Pembangunan yang dibawanya membazirkan wang rakyat, dan menyebabkan Terengganu mengalami defisit yang tinggi. Monsoon Cup langsung tiada faedahnya. Dan dosaa besarnya yang tak mungkin terampun ialah meroboh perkampungan melayu di Kemaman termasuk sebuah masjid yang hampir-hampir siap. Kebodohannya juga terserlah dengan politik murahannya, dan sejak zaman dia lah, negeri Terengganu terkenal dengan negeri yang mempunyai paling banyak papan tanda dan banner-banner yang bodoh, serta menciptakan satu kalimah yang boleh jatuh kufur jika mempercayainya, iaitu "Masa Depanmu Terjamin... Barisan Nasional"



Projek membazir yang dibawa oleh Idris Jusoh yang lain ialah Masjid Kristal, langsung tiada faedah, pergi sana hanya untuk tengok-tengok. Dah la orang bukan Islam yang buat masjid tu, kiblat pun salah! Dan lagi satu dosa besarnya ialah menipu sultan dengan mempelawa baginda ke majlis khatam Quran kanak-kanak tadika lebih 10 ribu orang. Hakikatnya, yang betul-betul khatam hanyalah 5-6 orang, tak silap saya. Memang saya sangat menentang jika Idris ni menjadi semula menteri besar di negeri saya. Kalau tak dia, mungkin salah seorang baruanya, yang disebut-sebut ialah Rosol Wahid.


Pemimpin UMNO Terengganu boleh dikatakan majoritinya adalah dari team Idris. Team Ahmad Said sukar untuk menentang. Apakah usul tersebut berjaya? Perlu diingat, Speaker DUN Terengganu adalah daripada Team Ahmad Said.


Pilihan Raya Umum lepas, BN memperoleh majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, iaitu seramai 24 ADUN. Pembangkang pula hanya dapat 8 kerusi. Jumlah kerusi DUN ialah 32. Dan pembangkang yang berjaya kedalam DUN hanyalah PAS. PKR mempertaruhkan 5 kerusi DUN, dan 2 kerusi Parlimen. Semuanya kalah. PAS menambahkan kerusinya daripada 4 ke 8 buah. Ianya ialah DUN Rhu Rendang (Ust. Hadi Awang), Batu Burok (Dr. Syed Azman), Wakaf Mempelam (Mohd. Abd. Wahid Rndut), Manir (Harun Taib), Bukit Payong (Md. Noor), Bukit Tunggal (Dr. Alias), Sura (Wan Hassan), dan Ladang (Tengku Hassan). Terengganu pernah diperintah oleh PAS pada 1999-2004.

0 comments: