Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Soalan yang berlegar dalam kepala (1)
Dan kalau mengucapkan Merry Christmas pada penganut Kristian pada 25 Disember boleh sebabkan jatuh kufur seperti yang ditegaskan oleh golongan the so called ''pejuang Islam'' dan polis moral, kenapa kita tak dilarang daripada menggunakan kalendar Masehi??
Saturday, January 21, 2012
UMNO yang tidak bertamadun

Orang tua ini naik angin sebab program ABU (Asalkan Bukan UMNO - Anything But UMNO) mendapat sambutan orang ramai.
Umur lanjut macam dia sepatutnya tunjukkan contoh yang baik.
Tapi inilah tahap pengundi saluran 1 UMNO.
Pakai kopiah, baru lepas sembahyang jumaat tapi perangai macam beruk dan kera.
Apa-apapun, PRU-13 nanti sama-samalah kita doakan pengundi yang setaraf dengan orang tua dalam gambar ini mampus dibaham tanah.
Biar tak boleh mengundi. Ha Ha Ha.
ABU - Anything But UMNO - Asalkan Bukan UMNO
Revolusi 2012.
Friday, January 20, 2012
Budaya taksub pada parti

Bila kita taksub pada sesuatu pihak, maka hasilnya yang hitam diputihkan.
Sebab itulah untungnya menjadi orang yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana parti politik.
Mana-mana pihak yang salah tidak akan dilepaskan, kesalahan mereka tidak akan dipandang sebelah mata walaupun mereka turut berjuang untuk Malaysia yang lebih baik dan makmur.
Kenapa kita bersorak dan menyokong apabila mereka menyerang parti pemerintah yang bobrok, sedangkan dalam masa yang sama kita turut mencemuh mereka yang menegur dan memprotes akan sikap zalim di pihak kita?
BIAS. Double-standard.
Kenapa kalian semua tidak pernah mengeluarkan kata-kata berikut apabila mereka menyerang pentadbiran Najib dan kerajaan BN?
"Kenapa tak bersemuka dan berbincang dengan Najib?"
"Kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk tegur kerajaan?"
"Kenapa tak minta penjelasan Najib dengan mengadakan pertemuan tertutup?"
Tapi, kata-kata diatas dilontarkan apabila mereka menyerang dan memprotes pemimpin dari Parti yang melawan BN.
"Bukan ke lebih elok jika bersemuka dengan Ustaz Azizan sendiri tentang isu ini?"
B-U-L-L-S-H-I-T!
Taksub pada parti, automatik menjadi pak turut.
Wednesday, January 11, 2012
Agama alat untuk pembodohan umat

Candu, atau opium dalam Bahasa Inggeris boleh menjadi bermanfaat jika digunakan untuk tujuan perubatan. Tapi ia juga boleh mendatangkan mudarat yang amat besar jika disalahgunakan. Kerana candu, Penjajah Inggeris dapat menakluki China dengan lebih mudah dalam Perang Candu dalam abad ke-18.
Begitu juga dengan agama. Manusia memang memerlukan agama kerana ianya adalah fitrah. Agama, jika diamal dengan betul ia mampu mendatangkan kesejahteraan di dalam masyarakat. Tetapi bila ia disalahgunakan untuk kepentingan sesetengah pihak - ia adalah satu malapetaka yang maha dahsyat. Proses pembodohan melalui agama mendatangkan hasil yang lumayan. Agama dijadikan sebagai medium untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia adalah senjata yang ampuh, terutamanya agama Islam yang mana kebanyakan penganutnya bersikap taksub dan fanatik.
Kata-kata Karl Marx patut dikaji balik secara adil. Beliau mahukan masyarakat berfikir dengan bersandarkan pada realiti. Proses pembodohan umat melalui agama menyebabkan masyarakat Eropah menjadi mundur dalam segala bidang. Bukannya beliau bermaksud untuk menggalakkan masyarakat tidak mempunyai pegangan agama. Tidak!
Saya bukan berfahaman sosialis. Tapi banyak poin yang saya setuju dalam fahaman tersebut. Dengan melihat pada realiti zaman sekarang, terutamanya di Malaysia - di mana agama dijadikan medium untuk memperbodohkan rakyat, memainkan sentimen keagamaan, alat untuk menghasut dan mencapai kepentingan politik (seperti Zul Noordin, Hassan Ali, Perkasa, UMNO, sesetengah "ulamak" dalam PAS, dll), tak hairanlah sekularisme semakin diyakini dan dituntut.
Sekular tak semestinya anti pada agama. Sifat sekular boleh jadi terhasil apabila tidak sanggup melihat agama yang suci dijadikan alat untuk mencapai kepentingan tertentu.
Agamawan yang bijak dan ikhlas tidak akan sekali-kali mempergunakan agama untuk meraih sokongan.
Tuesday, January 10, 2012
Apakah sistem kehakiman sudah tidak korup?

Penyokong-penyokong Pakatan beserta pimpinan-pimpinan mereka bersorak keriangan selepas Anwar diputuskan tidak bersalah oleh hakim mahkamah tinggi. Pro-UMNO pulak frust menonggeng, sampai ada yang main bom. Persoalannya, apakah iktiqad atau pegangan orang-orang Pakatan terhadap mahkamah sudah berubah? Kalau kita buat revision terhadap proceeding kes Anwar sebelum ini, memang jelas kebarangkalian Anwar untuk kembali semula ke behind the steel bar adalah tinggi, tambahan pula dengan usaha dan keringat UMNO dan juak-juak mereka yang bekerja keras untuk menjatuhkan Anwar.
Bukannya saya tak suka Anwar sudah dibersihkan, walaupun saya sebenarnya tidak kisah sama ada beliau lepas atau tidak. Sebabnya, dua-dua menguntungkan. Kalau Anwar dipenjara, pembangkang boleh raih simpati daripada pengundi. Kalau bebas pun, bebaslah. Back to normal - Anwar masih lead Pakatan.
Tapi, macam mana boleh seorang hakim yang diketahui sebelum ini bahawa memang dia pro-UMNO, sistem kehakiman memang sudah korup - berubah dengan berpihak pada Anwar pada saat-saat terakhir? Saya terlalu yakin bahawa ini memang satu wayang - kononnya untuk menunjukkan mahkamah adalah telus. Bab Anwar ada deal dengan Najib tu, saya tak mahu komen, sebab tak terbukti kesahihan cerita tersebut.
Akhir sekali, seperti kata rakan Fb saya di atas, kalau perhimpunan 901 bukan untuk Anwar, tapi untuk perjuangkan keadilan dan melawan sistem yang korup - habis ianya untuk apa? Anwar sudah lepas - kenapa sudah senyap sunyi?
Wednesday, January 4, 2012
Wahai anak muda

wahai anak muda!
ketahuilah dan sedarlah bahawaengkau adalah harapan negara
engkaulah penggerak perubahan
engkaulah barisan hadapan
dalam menjana perubahan umat
wahai anak muda!
sesungguhnya engkau punya kelebihan
serta keistimewaan yang tidak ternilai
yang dianugerahkan oleh Tuhan
iaitu semangat anti-establishment
yang bisa memarakkan api perubahan
wahai anak muda!
Google adalah tok gurumu
YouTube adalah saluranmu
blogspot adalah akhbarmu
Facebook adalah penghubungmu
lupakan Utusan Meloya dan TV3 suku
kerna ianya bisa mencacatkan otakmu

wahai anak muda!
tanyalah tok gurumu, internet ciptaan Bernes-Lee
kejatuhan Soeharto, Chung Doo-hwan dan Reza Pahlevi
adalah bersumbukan nyalaan semangat anak muda
yang bosan dan benci dengan retorik pemerintah
awas! kuku besi dan korupsi
adalah musuh utama anak muda
wahai anak muda!
tidakkah engkau rasa malu?
lihatlah di negara-negara Timur Tengah
anak-anak muda di sana syahid
melawan pemerintah durjana
tapi kau masih lagi berpoya-poya di sini?
wahai anak muda!
bangkitlah!sedarlah tugas utamamu
bukan mencari awek cantik atau balak hensem
bukan mengumpul handphone canggih
bukan menjadi poyo dengan I Luv Islam
bukan bergaya dengan fesyen terbaru
tetapi tugas utamamu adalah
memberi peringatan kepada pemerintah
wahai anak muda!
bangkitlah! engkau adalah perwira
tempat bagi perwira adalah di jalan raya
pedulikan salakan anjing yang bersahutan
yang memarahimu kerana menggunakan jalan raya
kerana mereka itu sekadar jaguh di atas keyboard
realitinya mereka berhati tikus
wahai anak muda!
bangkitlah! ajar si pemerintah berkuku besi
yang tidak peduli dengan kesengsaraan rakyat
tatkala harga barangan membebankan
pada masa yang sama mereka bersenang lenang
di dalam mahligai yang mewah
wahai anak muda!
belajarlah dari temanmu dari negara luar
yang berani melawan kezaliman pemerintah
jadikan ia sumber aspirasimu di sini
buktikan sekiranya engkau punya maruah
buktikan dan tunjukkan pada dunia
wahai anak muda!
kita sudah tidak punya masa
bawalah harapan baru kepada rakyat
engkau lebih dipercayai berbanding politikus
yang memperdayakan rakyat untuk meraih undi
bangkitlah! semarakkan api perjuangan
semarakkan api revolusi
Tuesday, December 27, 2011
Hahaha..Kan Sudah Terkena?
Mana perginya juak-juak yang bagi gelaran ejen UMNO, keturunan Abdullah bin Ubai, pemecah belah dll pada orang yang pernah serang Hassan Ali dulu? Takkan bangkai gajah boleh ditutup dengan daun pisang? Sendiri punya diri, sendiri mau ingatlah!
Tuesday, December 6, 2011
Bela melayu my foot!
Cakap berdegar-degar seolah-olah mereka adalah dewa kepada Melayu yang menentukan nasib orang-orang Melayu. UMNO (laknatullah) sepatutnya kena rasa berterima kasih banyak-banyak pada DAP (yang kononnya akan menyebabkan masa depan melayu jadi hancur), kerana sebab ada DAP lah, UMNO (laknatullah) boleh mempergunakannya sebagai hantu untuk menakut-nakutkan Melayu.
50 tahun lebih merdeka, siapa yang perintah? Adakah kenyataan di atas adalah hasil kerja-kerja DAP?
Ini saja yang mampu dilakukan untuk terus memperbodohkan Melayu walaupun zaman sudah semakin maju.
Monday, October 24, 2011
HIMPUN? Lanchiow apa tu?
Salah satu babak di dalam filem Nasi Lemak 2.0. Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan entri ini.Apabila pemerkasaan agama Islam dan peranan para pendakwah dipandang sebelah mata, kenapa salahkan agama lain yang juga mahu mempromosikan agama mereka? Islam itu tertegak dan disebarkan melalui hujah, bukan sekadar diwarisi daripada nenek moyang. Apabila orang bukan Islam berjaya mengambil alih tugas dan peranan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang Islam, maka siapa yang harus dipersalahkan?
Apa gunanya dengan bilangan umat Islam yang ramai tapi rata-rata dari mereka tidak mempunyai hujah yang kuat kenapa mereka memilih Islam sebagai pegangan. Kalaulah benda ini berjaya dihandle dengan cemerlang oleh para pendakwah, idea dan cita-cita "Negara Islam" seperti yang diimpikan oleh sesetengah pihak boleh dikira berjaya.
Apa gunanya jenama Islam tapi isinya tak macam Islam?
Lagi satu, boleh ke akidah umat Islam Malaysia ni dipulihkan hanya dengan terjerit-jerit dan menangis dalam stadium? Dan, ada permit ke tak tu? FRU apa khabar? Brother-brother polis pulak?
p/s: memang lanchiow agama dipergunakan untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai. No wonder pemikiran berbau sekularisme semakin bercambah.
Tuesday, September 20, 2011
Kenapa orang Melayu cepat lupa
Orang Melayu mempunyai perangai suka alihkan isu dan selalu tumpukan pada soal cabang berbanding soal pokok. Inilah salah satu punca kenapa bangsa ini semakin hari semakin terkebelakang walaupun mengaji tinggi-tinggi dan kehidupan semakin moden.
Bila datang isu Perhimpunan Bersih, mereka tinggalkan perkara yang dibangkitkan dan sebaliknya membuka cerita tentang S. Ambiga beserta IFC.
Selepas Mat Sabu dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS, isu Syiah muncul – menyebabkan isu dan dasar yang diperjuangkan tidak berapa diambil kisah.
Duk sibuk bertengkar dan bertegang urat pasal cara mendekapkan tangan ketika solat, menggerakkan jari telunjuk sewaktu tashahud dll tanpa menumpukan perhatian terhadap masalah ramai orang Islam masih tak menunaikan solat. Sedangkan, peratusan mereka yang berbalah tentang soal furu’ sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan yang tidak mendirikan solat!
Inilah orang Melayu. Inilah masyarakat Melayu. Kerja UMNO sangat mudah dengan sikap orang Melayu yang sebegini. Mudah lupa. Masyarakat Tionghua masih belum lupakan Teoh Beng Hock walaupun lebih 2 tahun berlalu. Tapi masyarakat Melayu begitu cepat melupakan Sarbini dan Aminulrasyid dengan tempoh tak sampai 2 bulan!
Sekarang, orang sibuk memainkan isu Mat Sabu sokong komunis dan isu tuntutan-tuntutan Bersih semakin tenggelam.
Wednesday, July 20, 2011
Kenapa tak persoalkan akidah Najib?
Masih ingat lagi, juak-juak UMNO (laknatullah alaihim ajmain) riuh memburukkan YB Khalid Samad kerana beliau memasuki gereja? Apa yang mereka tak kata pasal YB Khalid? Macam-macam tohmahan dilontarkan.. Sehingga mereka mengatakan YB Khalid pro-Kristian.
Sehingga ada yang membuat gambar macam ini - ianya adalah kepakaran nombor wahid bagi anjing-anjing kurap UMNO - photoshop. Seorang YB betina merangkap perempuan jalang di Perak (ADUN Sungai Rapat) pun memasukkan gambar ini ke dalam blognya.
