Friday, April 10, 2009

Ucapan Tahniah



Sepatutnya penulis publishkan post ini dahulu sebelum post di bawah. Penulis terlupa. Apa yang penulis ingin tulis ialah mengenai menteri di kabinet baru Najib, dengan portfolio barunya. Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Shabery Cheek dan Rais Yatim kerana masih lagi menjadi menteri, kerana sebelum ni sudah ramai yang membuat andaian bahawa mereka adalah diantara menteri yang disingkirkan oleh Najib. Ternyata rupanya tidak.


Mengapa pula penulis ingin ucapkan tahniah kepada mereka, sedangkan mereka merupakan menteri daripada UMNO, parti yang dibenci. Ada sebabnya. Yang pertama, mereka merupakan bekas pemimpin "Team B" suatu ketika dulu, dan pernah merasai betapa peritnya menjadi pembangkang. Sekarang ini mereka sudahpun menjadi menteri. Kedua, kerana mereka pernah merasai menjadi pembangkang lah, penulis mengharapkan akan ada perubahan yang dibawa oleh mereka, dan sekarang sudah terbukti adanya perubahan itu, walaupun sikit. Dan nada mereka berucap mungkin agak sedikit berbeda berbanding dengan pimpinan UMNO yang lain, kerana mereka memahami, faham tentang masalah yang datang, kerana pernah berada "di luar".


Rais Yatim sudahpun diangkat menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan, hasil gabungan 3 portfolio. Shabery pula menjadi Menteri Belia dan Sukan. Sebagai contoh, semasa Shabery menjawat Menteri Penerangan dahulu, perubahan telah pun dibuat, dan ada kebebasan kepada pembangkang, walaupun agak sedikit. Contohnya, Shabery mula memberi kebenaran menyiarkan siaran secara langsung Dewan Rakyat, walaupun sekejap, tapi ia sudah cukup membuktikan keterbukaannya kerana dia pernah merasa betapa teruknya media dikongkong.


Dan lagi satu perubahan, Anwar Ibrahim mula diberi liputan, ucapannya dirakam dan disiarkan, walaupun sekejap, tak seperti media di bawah Zainuddin Maidin, langsung tak ada belas kasihan, hanya tau memfitnah. Sungguh berat dosa si mamak tu. Berbalik pada Shabery, dia jugalah yang "berani" membuka sedikit ruang kepada Anwar Ibrahim untuk memberi pandangan dalam Debat tahun lepas. Perubahan yang dibawa oleh Shabery patut dipuji. Sudah ada sedikit kelonggaran berbanding sebelum itu.


Shabery juga memberanikan diri untuk berdebat dengan Anwar, walaupun diketahui bahawa dia memang tak setanding. Tapi penulis tahu, dia sengaja mahu menghentam Anwar dalam debat tersebut, kerana memang satu hakikat, semasa Anwar Ibrahim berkuasa dulu, semasa juak-juak serta barua-baruanya menguasai media, media tidak pun bebas,dan dikongkong. Jadi siapa Anwar Ibrahim untuk mempersoalkan media di negara ni tidak bebas?


Dan penulis masih ingat kata-kata Shabery sewaktu debat hampir tamat, "sekarang telahpun dibuktikan bahawa media telah bebas, buktinya kita dapat bersama-sama malam ini (debat), hal ini tidak mungkin berlaku semasa di zaman Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu,"


P/S : Bukan niat penulis untuk memuja-muja pimpina UMNO seperti Shabery dan Rais, cuma menyatakan perbedaan mereka dengan pemimpin UMNO lain, kerana mereka pernah jadi pembangkang, mereka agak memahami. Rais sendiri mempunyai "sejarahnya".


Rais Yatim suatu ketika dulu adalah Timbalan Presiden Parti Semangat 46, Shabery pula ialah Ketua Penerangan Semangat 46.


Adios.

0 comments: