Thursday, April 9, 2009

DEBARAN MENANTI PENGUMUMAN


Tepat pukul 3 petang nanti, Perdana Menteri ke-6, Najib Tun Razak akan mengumukan siapakah yang bertuah yang akan menduduki kerusi empuk dalam senarai kebinet barunya. Najib dijadualkan akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Zainal Abidin pada jam 11 nanti untuk mendapat perkenan baginda terhadap senarai kabinetnya. Para menteri dan timbalan menteri akan mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia, di Istana Negara, esok, dan akan disiarkan secara langsung oleh media propaganda milik UMNO, RTM pada jam 9.30 pagi. Semalam Najib telahpun selesai menemui kesemua ketua-ketua parti komponen dalam Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai anggota kabinet.



Penulis difahamkan, kemungkinan akan ada perubahan dalam kabinet baru Najib nanti. Kemungkinan besar ada satu menteri penuh dari Melaka. Selama ni Melaka tak ada wakil dalam jemaah menteri. Dan nama-nama Menteri yang dikatakan akan tersingkir ialah Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Mat "Tyson" Taib, dan Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar. Kemungkinan yang akan turut tersingkir ialah Menteri Luar, Rais Yatim dan Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yaacop. Diorang ni dicop sebagai orang kepada Tun Dollah Badawi.



Dan nampaknya sudah pasti kemungkinan besar jugak si Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Tun Dollah juga tidak akan tersenarai dalam barisan kabinet baru Najib. Jika betul tak tersenarai, pastinya si KJ ini sudahpun terkena penangan "penerajang maut" daripada "penasihat tidak rasmi Najib", Tun Dr. Madey Kutty. Lagipun, takkanlah Najib Tun Razak mahu melantik seorang yang dianggap memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO dengan wang rasuah? Mestilah sudah tercemar kabinet Najib, kerana seorang yang disahkan rasuah turut berada di situ. Najib Tun Razak juga dijangka akan mengecilkan barisan kumpulan anggota jemaah menteri. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin dan parti dalam Barisan Nasional (Be End).



Antaranya ialah MCA. Diorang nampaknya sudah panas ponggong. Pagi semalam MCA sudah pun mengadakan satu mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya. Hal ini disebabkan rasa tak puas hati dengan keputusan Najib. Mesyuarat selama 90 minit tu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya. Presiden MCA, Ong Tee Keat (foto) berkata di dalam sidang medianya, MCA menyeru Najib kekalkan kuota parti itu, kerana MCA merupakan rakan komponen kedua terbesar dalam BN selepas UMNO. Sebelum ini MCA mendapat 4 jawatan menteri kabinet dan 6 timbalan menteri dalam setiap kabinet yang dibentuk.



Selain itu, turut menjadi pertimbangan Najib dalam memuktamadkan kabinet pertamanya itu ialah ekoran keputusan Pilihan Raya Kecil di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai. Najib jugak turut mempertimbangkan secara serius keanggotaan pemimpin dari Sabah dan Sarawak, bagi pandangan penulis, kedua-dua negeri tersebut merupakan survivor kepada kerajaan BN, tiada bantuan daripada kedua-dua negeri tersebut, maka tidak terbentuklah kerajaan BN selepas PRU tahun lepas. Jadi Najib perlu mengambil hati pimpinan-pimpina dari sana umtuk mengekalkan sokongan mereka kepada BN pimpinannya. Dan dipastikan juga ada 2 muka baru dari Kelantan akan dibawak masuk ke dalam kabinet.


Tunggu dan lihat apa keputusannya nanti...ramai yang telah membuat spekulasi.

0 comments: