Wednesday, April 29, 2009

Cabaran Untuk Menubuhkan Negara Islam

Perjuangan Islam berada di mana-mana, kerana tujuan Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah SWT adalah untuk membawa rahmat ke seluruh alam, iaitu ajaran yang sebenar, Islam. Kerana itulah kita lihat sekarang ini umat Islam berada di mana-mana sahaja, dan Islam tidak hanya khusus kepada sesuatu bangsa, dan perjuangan untuk menegakkan Islam sentiasa ada di mana-mana zaman. Ini kerana Allah telah menjanjikan bahawa api perjuangan Islam tidak akan terpadam. Kita boleh lihat di negara-negara yang mempunyai kelompok untuk memperjuangkan Islam, walaupun negara tersebut bukanlah negara Islam.


Kita lihat contoh yang terdekat, umat yang memperjuangkan serta mahu menegakkan ajaran Islam melalui platform politik, melalui demokrasi, dan juga parti. Di Indonesia, ada Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Di Lubnan, ada Hizbullah. Di Palestin, ada Hamas, di Turki, ada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), dan tidak ketinggalan di Malaysia, kita ada PAS. Sebenarnya bukan satu yang mudah untuk menyebarkan risalah yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Pasti akan mempunyai halangan dan rintangan. Sama seperti keadaan di mana Rasulullah menyebarkan Islam dahulu. Ada saja tentangan daripada pihak yang kufur dan musyrik. Dan keadaan ini akan bila-bila saja berlakum kerana Allah pasti akan menurunkan ujianNya terhadap orang yang memperjuangkan agamaNya.


Ada saja halangan mahupun rintangan yang melanda sama ada dalam ataupun luar negara. Halangan daripada dalam negara ialah : Halangan, cemuhan, diperlekehkan, dihina, dan lain-lain lagi daripada golongan liberalis dan juga yang berfahaman sekular. Dan juga tidak lupa, kemungkinan besar akan disabotaj. Dan jika berjaya melaksanakan syariat Allah di dalam negara, sokongan yang diperoleh pasti akan berkurang, ekoran pihak-pihak tertentu yang cuba memburukkan serta mengeruhkan keadaan.


Cabaran yang mungkin diterima dari luar negara pula ialah : 1) Ancaman daripada negara-negara yang memusuhi Islam, seperti Amerika dan Israel. 2) Putusnya hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. 3) berlakunya sekatan ekonomi 4) dikecam hebat oleh dunia-dunia luar. Oleh itu, untuk mencapai matlamat dan tujuan asal, iaitu menegakkan agama Allah serta melaksanakan syariatNya di muka bumi ini, perlulah bersabar, sebagaimana sabarnya umat Islam terdahulu apabila dianiaya dan disiksa oleh pihak yang membenci Islam, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.


Kita lihat contoh, negara Iran, negara yang benar-benar bebas daripada anasir-anasir jahat. Dahulunya negara tersebut merupakan negara sekular. Akan tetapi, berkat usaha dan kegigihan golongan ulama' dan juga yang benar-benar ikhlas untuk menegakkan Islam, akhirnya sekularisme di negara itu hanyalah tinggal sejarah... berbagai dugaan yang diterima, ramai ulama' yang mati dibunuh oleh rejim Shah Iran, Imam Khomeini pula dibuang negeri ke Perancis, ulama'-ulama; disiksa, orang awam dibunuh, dan selepas berjayanya revolusi Islam Iran 1979, Shah Iran berjaya disingkir, tibul pula ancaman dari luar Iran, ancaman daripada Amerika, mempergunakan Iraq untuk menyerang Iran pada tahun 80-an - tetapi ini tidak melenturkan semangat mereka untuk memperjuangkan Islam, kuncinya hanya satu - sabar. Inilah yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin ataupun pengikut PAS yang ikhlas.


Jika dilihat di Iran, antara punca lahirnya kekuatan untuk membela dan memperjuangkan Islam ialah tempat aktifnya aktiviti kerohanian, iaitu di Kota Qom, selatan Teheran. Di sinilah lahirnya bibit-bibit revolusi Islam, akhirnya berjaya membentuk negara Islam yang bebas merdeka sehingga sekarang. Jika di Malaysia, negeri yang biasanya dikaitkan dengan "kuat PAS" ialah Terengganu, Kelantan, dan Kedah. Dan penulis ingin memfokuskan di Terengganu, jika sesuatu tempat mahupun kawasan yang aktif dengan aktiviti agama, di situlah menjadi tempat yang "kuat PAS". Antaranya ialah di Marang, Terengganu - kerana terdapatnya Masjid Rusila (atau lebih dikenali sebagai Masjid Haji Hadi). Dan lain-lain ialah di Masjid Simpang Empat, Chendering, di Batu Enam (Masjid at-Taqwa), di Batu Burok, dan juga di Pulau Ketam - tempat yang masjidnya sentiasa aktif, banyak aktiviti - inilah antara tempat yang menjadi kubu PAS.


Oleh itu, para ustaz dan juga tok-tok guru perlulah memainkan peranan mereka supaya dapat merealisasikan matlamat untuk menegakkan daulah Islamiyyah, dan juga perlu bersabar menghadapi segala dugaan dan cabaran.

0 comments: