Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS, pernah berucap, "Walaupun betapa toleransi dan terbukanya PAS, namun ia tetap berada di dalam orbit Islam,"
Sejarah melakarkan, PAS mula melakukan muafakat politik, atau tahaluf dengan Parti Negara pada tahun 1959, sehinggakan berjaya menawan Terengganu pada pilihanraya ke 2. Sepuluh tahun kemudian, 1969, berlakulah tragedi hitam di negara ini, menyaksikan rusu

Namun, PAS hanya sempat bertahaluf bersama BN selama 4 tahun saja. PAS ditendang daripada BN oleh petualang-petualang dalam UMNO pada tahun 1978.
Selepas itu, PAS mencuba nasib apabila dipelawa oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk berpakat dengan Parti Melayu Semangat 46. Gabungan ini diberi nama Angkatan Perpaduan Ummah, dan berjaya menawan negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum tahun 1990. Gabungan ini "musnah" apabila S46 diserap ke dalam UMNO Baru, dan Tengku Razaleigh bersama angkatannya beramai-ramai kembali ke pelukan Mahathir pada 1995.
Pada tahun 1998, berlaku satu peristiwa fitnah besar di negara ni, pemecatan Timbalan Perdana
PRU tahun itu, PAS berjaya menawan Terengganu, disamping dapat mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. Barisan Alternatif memperoleh 45 buah kerusi Dewan Rakyat. Tetapi, DAP mengambil keputusan untuk keluar dari barisan itu pada tahun 2000 kerana tidak beroleh sokongan orang cina, kerana BA turut dianggotai oleh PAS, selain daripada gejala Islamophobia. Barisan Alternatif kekal sehingga tahun 2008, sebelum PRU ke 12.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyertai PKN pada Ogos 2003, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbentuk.
Pada tahun lepas, 2008, berlakulah satu tsunami politik pada PRU. PAS, PKR, dan DAP menang besar dan berjaya menafikan 2/3 kerusi Parlimen, 4 buah negeri juga tumbang di tangan pembangkang, iaitu Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang. Di samping berjaya mengekalkan kerajaan PAS Kelantan dengan majoriti yang lebih besar. Selepas daripada itu, terbentuklah Pakatan Rakyat, hasil gabungan PAS-PKR-DAP.
Walaupun ada suara-suara "orang yang berotak lembu", kehairanan sebab mengapa PAS lebih rela bersama DAP yang bukan Islam, berbanding UMNO yang Islam. Itu menunjukkan PAS tidak akan rela dikhianati kali kedua, seperti yang berlaku pada 1978. Lagipun UMNO adalah parti yang penuh dengan gejala negatif, dan tak mahu menerima Islam sebagai dasar. Tak mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang munafik seperti itu.
Kesimpulannya, PAS bertahaluf hanyalah untuk memudahkan dakwah kepada bukan Islam. Sekarang, seperti yang kita tengok, orang Cina tak lagi takut kepada PAS, seperti 10 tahun dulu, dan orang-orang India juga semakin ramai dekati PAS. Kalau tak bermuafakat politik, kata Mat Sabu, "kalau tak, kita hanya bergilir-gilir perintah Kelantan dan Terengganu,"
Dan lagi satu, mengikut demokrasi, sebuah parti tidak mungkin dapat perintah seorang diri tanpa bantuan daripada parti yang lain. So, kalau PAS ingin berkuasa, maka perlulah bekerjasama dengan parti yang lain.
0 comments:
Post a Comment