Perdana Menteri sepenggal, Dolah Badawi dah pegi mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai PM dan mohon perkenan Tuanku melantik Najib Altantuya sebagai penggantinya. Maka, selepas ni, sudah sempurnalah teori RAHMAN. Sesudah itu, maka terkubur la UMNO/BN.
MASYA-ALLAH
Bagi aku, inilah yang betul-betul memalukan dan mencemarkan imej Melayu-Islam. Cuba tengok :


Nak agama tergadai..undilah UMNO di Bukit Gantang lagi..!! Persilakan.
TAHNIAH AYAHANDA NIZAR!!!

Ini pasti telah menambahkan semangat YB Nizar untuk menghadapi PRK P.59. Beliau telahpun menang.. Salam perjuangan diucapkan kepada beliau.
SHAHRIR SAMAD LETAK JAWATAN
Seperti yang dijanjikan, Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah menghantar surat perletakan jawatan beliau pada Dolah Badawi, semalam. Surat tersebut berkuatkuasa pada 8hb April depan. Shahrir meletakkan jawatan ekoran kekalahannya merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan UMNO lepas. Mengikut prinsip UMNO, menteri yang kalah merebut jawatan patut meletakkan jawatan.
Tapi, setakat ni, hanya Shahrir saja yang letak jawatan. Sedangkan masih ada lagi menteri-menteri yang enggan letakkan jawatan seperti Rais Yatim dan Azalina Othman. Ini kita dah dapat membedakan siapa yang berprinsip dan tidak berprinsip.
0 comments:
Post a Comment