Thursday, November 26, 2009

Salam 'Idul Adha

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan Salam 'Idul Adha buat semua penjenguk blog ini. Selamat berkenduri dan selamat menjamu selera. Terima kasih banyak-banyak kepada penjenguk yang setia menjenguk blog ini tiap-tiap hari dan yang sanggup menjadi salah seorang daripada followers. Blog ini mungkin tidak akan dikemaskini dalam sehari dua ini.


p/s : Hari raya ini jangan dilayan sangat "tok guru empat segi" yang berkuasa di dalam mana-mana rumah. Jangan sampai tidak berapa layan tetamu yang bertandang.

Drama Bersiri Altantuya dari TVB!

Info kredit kepada beritasemasa.com

KAU JAWAB, NAJIB.


Rasa-rasa drama bertajuk "Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur" ni memang diharamkan ditayangkan di Malaysia. Pihak TVB dari Hong Kong dah bersedia nak membawa kisah pembunuhan Altantuya ke drama. Malu betul rakyat Malaysia. Orang Melayu saja masih sanjung-sanjung Najib Razak dan 1 Malaysia. Masyarakat antarabangsa dah lama buka mata.


Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan perempuan gemok yang cemburu kepada wanita langsing oleh Rebecca Chan (tapi Rebecca Chan tak gemukpun). TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.


Nota :


Sudah berapa tahun, kes ini masih belum selesai. Berpuluh-puluh saksi dihadapkan ke mahkamah, tapi tak ada sebarang perkembangan. Mentang-mentanglah ia melibatkan pembesar negara. Untungnya bila kita jadi orang besar di Malaysia ini, buat salah tapi kita akan dilindungi. Rakyat (orang Melayu) akan percaya mentah-mentah bahawa kita ini tidak bersalah. Mahkamah takp pernahpun arahkan Najib Razak hadir di mahkamah. Perdana Menteri seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.


Ingat mulut orang dah senyap la kalau mengkambing hitamkan Sirul dan Azilah? Apa kepentingan Sirul dan Azilah terhadap Altantuya? Setakat bersumpah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" tak jadi apa-apa. Semua orang boleh bersumpah. Orang yang terdesak boleh lakukan apa saja untuk melepaskan diri. Semenjak Najib Razak menjadi pembesar negara :

1. Altantuya mati dibom

2. Balasubramaniam melarikan diri di luar negara kerana diancam.

3. Kerajaan PR Perak jatuh semasa Najib menjadi Ketua UMNO Perak.

4. Kerajaan PR Selangor goyah semasa Najib menjadi Ketua UMNO Selangor.

5. Teoh Beng Hock mati dibunuh.


Bak kata Teng Chang Kim (Speaker DNS Selangor, ADUN Sungai Pinang) - "Najib PM Paling Suwey" di 1 Paria Malaysia.


Ada sapa-sapa lagi ingat, siapa yang mengungkapkan :


" Kalau harga minyak diturunkan, negara akan bangkrap,"


"Kalau Malaysia dijadikan negara kebajikan, Malaysia akan bangkrap,"


"Kemelesetan tidak memberi kesan kepada Malaysia, our fundamental is strong,"


Habis, memerintah macam dia la baru Malaysia tak rugi?

Tuesday, November 24, 2009

Ha Ha Ha,, Namewee


Namewee (Wee Meng Chee) memang seorang yang kontroversi. Saya baru saja menonton videonya pasal TNB itu. Dan saya yakin ramai yang tidak setuju dengan sikap dia dengan TNB. Saya tengok video itu dengan perasaan yang lucu. Lucu tengok sikap dia yang marah-marah kepada pegawai TNB. Saya langsung tidak rasa sakit hati apa yang dia lakukan. Mungkin dia tidak faham apa yang dijelaskan oleh pegawai TNB mengenai Breakdown memandangkan Bahasa Melayu dia pun agak kureng.



Satu saja sikapnya yang saya tak setuju ialah dengan komennya mengenai azan melalui satu lagi lagu ciptaannya, "Negarakuku". Orang seperti dia ini patut lebih kerap bergaul dengan orang Islam. Tapi, bagi saya Namewee ini seorang yang kreatif. Ada caranya yang tersendiri untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Saya sangat-sangat setuju dengan apa yang dikatakannya kepada polis dan kakitangan kerajaan di dalam "Negarakuku". Memang patut. Saya menonton video mengenai TNB itu tadi dalam keadaan ketawa. Memang lucu.


Kadang-kadang sikap pegawai di mana-mana kaunter perkhidmatan memang menyakitkan hati. Ada yang buat kerja sambil lewa. Bersikap acuh tak acuh. Mudah marah. Tak mesra pelanggan. Semua itu Melayu. Memang memalukan. Dan Namewee patut ciptakan lagu lain khas untuk BN ke, Najib ke, ataupun UMNO. Baik jadi jentera media DAP/PR la...


TNB = Tiu Nia Bu... kahkahkah.....

Blogger UMNO Makhluk Paling Hina



Saya tak tahu apakah tujuan sebenar makhluk-makhluk seperti ini bernafas di dunia ini. Adakah mereka sedar atau buat-buat tak sedar tentang dosa pahala? Saya yakin mereka ini 100% Melayu yang mengaku Islam. Gambar di atas ini hanyalah 1 daripada berpuluh-puluh gambar yang diciptakan hanya bertujuan untuk memfitnah, mencaci dan menghina. Selebihnya saya sendiri tak sampai hati nak tengok. Walaupun ada dikalangan blogger pro-PR yang mengedit gambar, tapi tidaklah sampai seteruk blogger-blogger upahan UMNO mengeditnya, dengan menyerang peribadi pemimpin PR, menghina tok guru, tanpa berlandaskan bukti dan fakta.


Sesetengahnya menggunakan kaedah maki hamun, tapi langsung tiada poin atau fakta. Sekadar memfitnah, dan kalau dibaca memang langsung tidak masuk akal tuduhannya. Contohnya Parpu Kari. Dan ramai lagi blogger yang sekepala dengannya. Persoalan mereka dibayar atau tidak untuk menulis blog, memang ada logiknya. Mereka sanggup menggadaikan maruah mereka semata-mata untuk UMNO, dengan cara tidak bertamadun seperti ini. Antara karekter yang sering menjadi mangsa puak-puak ini ialah Anwar Ibrahim (paling banyak) - dengan gambar edit yang sangat teruk, Husam Musa, Tok Guru Nik Aziz, dan lain-lain lagi pemimpin PAS, PKR, dan DAP. DAP dituduh komunis.


Akal yang ada digunakan atau tidak? Yang hairannya followers sampai beratus-ratus. Dasar puak-puak yang kepala mereng. Dah namanya pun UMNO, sudah tentu tak fikirkan dosa pahala, hari akhirat, syurga dan neraka. Tiap-tiap hari menyalak mereka itu Islam. Tapi sikap teruk mengalahkan orang kafir.

Monday, November 23, 2009

Sosialis

Sosialisme : satu sistem ekonomi yang memberikan kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melaksanakan kegiatan ekonomi tetapi dengan campur tangan pemerintah. Pemerintah campur tangan ke dalam sistem ekonomi untuk mengatur tata kehidupan ekonomi negara serta jenis-jenis sumber keperluan orang ramai seperti air, elektrik, telekomunikasi, gas, dan lain-lain.

Dalam sistem ekonomi sosialis, mekanisme pasaran dalam hal permintaan dan penawaran terhadap harga dan kuantiti masih berlaku. Pemerintah mengatur berbagai hal dalam ekonomi untuk menjamin kesejahteraan seluruh masyarakat.


Komunisme : satu sistem ekonomi di mana peranan pemerintah sebagai pengatur seluruh sumber-sumber kegiatan ekonomi. Setiap orang tidak dibolehkan memiliki kekayaan peribadi, sehingga nasib seseorang boleh ditentukan oleh pemerintah. Semua unit perniagaan mulai dari yang kecil hingga yang besar dimiliki oleh pemerintah dengan tujuan penyamarataan ekonomi dan kebersamaan. Namun tujuan sistem komunis tersebut belum pernah sampai ke tahap yang maju, sehingga banyak negara yang meninggalkan sistem komunisme tersebut.


Ramai yang menyangkakan bahawa sosialisme dan komunisme itu ada perkara yang sama. Adalah satu pembohongan dan fitnah bahawa sosialis itu komunis. Di negara ini, gerakan Sosialis menjadi satu ancaman suatu ketika dahulu. Kelab-kelab Sosialis di Universiti mendapat tempat. Ianya merupakan musuh tradisi kerajaan Malaysia. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi yang mirip kepada Kapitalis. Dalam sistem sosialis, kebajikan rakyat diutamakan. Tiada unsur penindasan daripada kaum-kaum pemodal. Munculnya penindasan daripada sistem Kapitalis berpunca daripada sikap tamak kaum pemodal dan juga sistem riba/faedah yang diamalkan.


Kebanyakan negara di Timur Tengah menggunapakai sistem sosialis. Sebab itulah walaupun ketika dahulu negara Iraq dilanda sekatan ekonomi, tetapi ia seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap penduduknya. Barang keperluan masih lagi mudah didapati. Pelajar-pelajar universiti menikmati kebajikan yang ditawarkan seperti tepung, minyak, gula, teh, dan sebagainya. Begitu juga di Iran. Rakyat Iran seolah-olah tidak merasa terbeban ekoran sekatan ekonomi dijalankan ke atas Republik Islam Iran. Barang-barang keperluan masih boleh didapati dengan mudah. Tidak ada isu kekurangan gula, kekurangan minyak masak, kekurangan beras seperti di Malaysia. Di Malaysia, itu adalah hasil daripada permainan kaum kapitalis yang menguasai ekonomi negara, objektifnya hanya satu - maksimumkan keuntungan. Biar orang lain papa kedana asalkan diri sentiasa kenyang.


Di mana-mana negara sosialis, rakyatnya berhak mendapat makanan melalui duit yang dimiliki, walaupun harga makanan jauh lebih mahal daripada jumlah duit yang berada di dalam poket. Contohnya, harga sebiji karipap ialah 40 sen. Tetapi di dalam poket hanya ada 20 sen. Jadi kita berhak membeli separuh karipap itu yang berharga 20 sen. Minyak masak di negara sosialis boleh di dapati melalui mesin, terpulang kepada kita berapa mililiter kita mahu membelinya. Mesinnya sama seperti mesin air mineral Dr. Sukida di Malaysia.


Sistem sosialis mengutamakan kebajikan rakyat. Sebarang perniagaan yang dijalankan mendapat kawalan dan pemerhatian daripada kerajaan. Sumber asas seperti air, elektrik, gas tidak diswastakan sepertimana Malaysia menswastakan semua itu.

Sunday, November 22, 2009

Husam Lebih Layak Di Parlimen


Bagi saya Husam Musa memang tidak sesuai di DUN Kelantan. Ramai yang layak dan mampu membantu Tok Guru Nik Aziz, bukan beliau seorang saja. Bintang Husam Musa lebih menyinar dan menyerlah ketika beliau di dalam Dewan Rakyat.


Beliau menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian pada penggal 1999-2004, sebelum berpindah ke peringkat DUN pada PRU-11. Saya sangat suka mendengar isu yang dibangkitkan oleh Husam sewaktu berada di Dewan Rakyat dahulu. Sungguh bernas dan berfakta. Ramai ahli dewan rakyat yang diam dan khusyuk mendengar apa yang dibentangkan oleh Husam. Saya paling suka ketika Husam membangkitkan isu tentang RTM yang tidak mendapat sambutan pada tahun 2002.


Sekarang Husam seolah-olah tersepit apabila berada di Kelantan. Banyak juga tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada beliau sama ada sahih atau tidak. Mungkin juga sebab kelemahan beliau sendiri dalam mengendalikan sesuatu isu. Oleh itu, orang yang berkebolehan dan bekerja keras seperti Husam patut dihantar semula ke Dewan Rakyat. Memang itu tempat yang sesuai.


p/s : Apabila jumpa Husam dan Kickdefella, jangan lupa ketuk kepala MSO dulu.

Saturday, November 21, 2009

Bloggers Diibaratkan Seperti Hang Tuah?

Ilustrasi pendekar pondan (Tuah) melawan hero sebenar Melayu (Jebat).




Tadi rasa macam nak tergelak apabila membaca artikel terbaru dari Malaysia Waves yang ditulis oleh Tulang Besi (Raman). Beliau mengibaratkan bloggers seperti Hang Tuah yang mahu menyelamatkan Tun Teja daripada Megat Panji Alam. Tun Teja itu diumpamakan sebagai PAS, manakala Megat Panji Alam itu tidak diberitahu mewakili apa, tapi memandangkan Megat Panji Alam itu hero Melayu Terengganu, mungkin beliau mahu megumpamakan Megat Panji Alam itu seperti Geng Terengganu.


Perumpamaan tak tepat la syeikh! Saya tak mahu setujulah. Megat Panji Alam itu bukannya jahat. Sebaliknya yang berdosa ialah Hang Tuah dan Tun Teja sendiri. Inilah lagi satu masyarakat Melayu dicandukan dengan sejarah yang sengaja digelapkan. Hang Tuah dijulang menjadi hero Melayu. Sedangkan bagi saya Hang Tuahlah pendekar yang bacul dan bodoh kerana sanggup bunuh kawan baik sendiri semata-mata wala' membabi buta kepada Sultan yang fasik. Alasannya "Orang Melayu tak akan menderhaka kepada Raja," - sekarang kita lihat kebanyakan orang Melayu menjiwai Hang Tuah, raja buat apa pun tak apa. Tak boleh menderhaka, nanti kena tulah.


Jarang sekali orang Melayu menjiwai watak Hang Jebat - "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah," Sebab itulah di Perak orang Melayu buat sardin je. Ramai yang berebut jadi Hang Tuah. Hai Tuah, kau tanggunglah dosa kerana taat kepada penguasa yang zalim, dan kau juga menunjukkan teladan yang buruk kepada generasi Melayu pada zaman ini. Sultan Melaka merupakan sultan yang paling ceroi dalam sejarah. Nak kata gila pun boleh. Isteri tak cukup satu. Tun Teja itu tunangan orang (Megat Panji Alam). Bapa Tun Teja, Sultan Pahang mahu menjodohkannya dengan anak Raja Terengganu, Megat Panji Alam. Dalam agama, bapa merupakan wali mujbir, yang berkuasa menentukan jodoh anaknya, walaupun anaknya itu tidak bersetuju. Sebagai anak, Tun Teja telah derhaka, dan mendapat satu lagi dosa kerana lari bersama lelaki yang bukan mahram. Mengikut satu versi, Hang Tuah telah melakukan maksiat dengan Tun Teja sewaktu membawa Tun Teja lari. (Gambar : Ilustrasi khayalan Megat Panji Alam, pendekar yang mahir dalam seni tombak)




Hang Tuah pun bodoh, apa yang Sultan Melaka nak itulah yang diturutinya. Haram merampas tunangan orang. Sultan jenis apa macam tu? Bukankah Sultan itu ketua agama? Berbalik kepada Megat Panji Alam, lebih 3 tahun dulu saya ada mendengar cerita dari cikgu saya mengenai Megat Panji Alam. Kononnya setiap pagi Megat Panji Alam berlatih melontar tombak ke udara kemudian dia menahan mata tombak itu dengan dadanya. Sebaik saja berita Hang Tuah melarikan Tun Teja sampai ke pengetahuannya, Megat Panji Alam memimpin sejumlah tentera untuk menyerang Melaka. Hang Tuah merasa tidak yakin dapat menewaskan Megat Panji Alam, lalu membuat taktik kotor untuk menewaskan Megat Panji Alam. Hang Kasturi dan Hang Lekir disuruh bertarung dengan Megat Panji Alam, dan Hang Tuah menikamnya secara curi-curi. Salah satu bukti kepondanan Hang Tuah.


Dipendekkan cerita, Hang Tuah didakwa kononnya berzina dengan gundik Sultan, lalu Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh. Tetapi Bendahara tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya disembunyikan di suautu tempat. Masa inilah Hang Jebat mengamuk dan menguasai istana kerana menuntut bela atas apa yang dilakukan oleh Hang Tuah. Sultan bersembunyi di rumah bendahara, dan waktu itulah Sultan baru mengetahui bahawa Hang Tuah masih hidup, lalu disuruh Hang Tuah mengadapnya dan diperintahkan untuk berhadapan dengan Hang Jebat. Bodohnya Hang Tuah, walaupun dalam keadaan begitu, masih lagi patuh kepada Sultan.


Mengikut cerita, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dengan menggunakan tipu helah. Sehingga hari ini, Hang Tuah yang pondan itu dianggap hero Melayu. Hang Jebat itu penderhaka. Sama la dengan sejarah komunis itu pengganas. Yang menjadi hero ialah askar Melayu dibawah British. Heeee apalah nasib orang Melayu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dibodohkan.


Takkanlah bloggers nak diibaratkan sama seperti Hang Tuah yang bodoh dan bacul itu?

Deyy Suwardi! Hujah Lawan Hujah La...




Suwardi, kalau kamu mahu membuat penafian seperti yang didakwa oleh Tulang Besi, buatlah blog ke, jawab melalui sidang media ke kalau kamu rasa diri kamu difitnah. Ini apa main saman-saman? Perisik Rakyat dan Tulang Besi tu cari makan juga, nanti habisla diorang punya income melalui iklan dalam blog dihabiskan untuk membayar saman. Hujah lawannya hujah. Bukannya dibalas dengan tangkap ataupun saman.


Kalau tak puas hati sangat aturkanlah pertemuan 4 mata dengan Tulang Besi (bukan ke masing-masing ada dalam Selangor?) tak pun ajak minum tea tarik ke tiru stail Anwar dan Najib. Sambil-sambil tu bermuzakarahla. Tak pun buat sumpah mubahalah ke, barulah riang ria sikit dunia blogger. Buatlah penafian melalui jalan lain bahawa kamu tidak terlibat dalam konspirasi nak jatuhkan MB Selangor. Kalau perlu heret Hassan Ali sekali.


Jangan ingat para bloggers ini senang digertak. Nak tutup mulut melalui saman.


Dakwaan Tulang Besi kepada Suwardi Yaakob :


1) Mengaku jadi Pegawai Khas Hasan Ali tapi tiada surat perlantikan


2) Mempunyai pengaruh ke atas Hasan Ali, ataupun dari Team Hasan Ali


3) Penyebab PAS berpecah


4) Kawan baik kepada Nasharudin Mat Isa


5) Ibarat ''runner'' yang buat kerja-kerja kotor bagi Fraksi UMNO.


6) Mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB.


7) Mendakwa bukti-bukti yang terdapat di dalam fail yang dipegangnya boleh menjatuhkan MB Selangor.


8) Selepas SPRM menemuramah semua EXCO, Suwardi menelefon Khir Toyol.


Suwardi, kalau betul kamu ini bukan pondan, silalah buat penafian secara gentlemen.

Friday, November 20, 2009

Benarkah Seorang Anak EXCO Terengganu Ditahan?

EXCO bertuah yang manakah itu yang sedang mengerjakan haji? Adakah dia tahu berita anaknya ditahan?



Berita terkini dari Terengganu ialah mengenai salah seorang anak EXCO ditahan polis ketika sekatan jalanraya. Anak EXCO tersebut ditahan ketika membawa kereta rasmi EXCO milik Kerajaan Terengganu dan polis menemui sejumlah dadah yang disembunyikan di bahagian bonet kereta tersebut. Difahamkan EXCO itu berada di Tanah Suci Mekah menunaikan haji dan merupakan EXCO daripada kawasan Parlimen Besut. Berita ini telah tersebar di Terengganu. Benarkah begitu? Dan UMNO Terengganu juga dilihat sedaya upaya menutup cerita ini demi imej parti.


Kalaulah benar bermakna ia merupakan satu penyalahgunaan harta rakyat Terengganu dengan membawa kereta yang dikhaskan hanya untuk urusan rasmi negeri. Anak EXCO manakah itu? Jumlah dadah yang ditemui membolehkan pembawanya dijatuhkan hukuman mati mandatori. Diharap Ketua Polis Terengganu menjelaskan isu tersebut kerana ia melibatkan harta rakyat Terengganu yang digunakan sesuka hati untuk membuat jenayah.

Terima Kasih Chin Peng!


Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).


Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.


Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.


Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.

Thursday, November 19, 2009

Mengenang Tragedi Memali

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah itu mati, Bahkan sebaliknya mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita - (ali-Imran : 169-170)


Hari ini (19 November 2009) genap 24 tahun tragedi berdarah di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling Kedah. Tragedi ini mengorbankan as-syahid Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang muridnya dalam pertempuran dengan polis. Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah kepada pihak polis kerana akta ISA. As-syahid mahu ditangkap menggunakan akta zalim itu. Beliau dituduh pemecah belah masyarakat. Padahal UMNO Balinglah yang bertanggungjawab mendesak kerajaan mengambil tindakan keatas as-Syahid kerana as-syahid berjaya meluaskan pengaruh PAS di Baling.


Tragedi ini sungguh menyayat hati. Penduduk kampung yang lemah digempur habis-habisan oleh polis dajjal laknatullahi alaihim ajmain, semoga Allah dan malaikat melaknat sekelian polis yang bertanggungjawab keatas tragedi ini melainkan mereka yang telah bertaubat. UMNO memainkan propaganda dengan mendakwa as-Syahid menyebarkan ajaran sesat. Ulama'-ulama' upahan disuruh mendakwa Ustaz Ibrahim tidak mati syahid. Akhirnya Sultan Kedah sendiri pergi melawat perkuburan syuhada ini.


Wajar kita semua berasa iri hati dengan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya serta pengikut-pengikutnya kerana mereka menemui Allah dengan jalan yang mulia. Pasti mereka semua sedang berseronok dan menikmati segala keindahan di salah satu taman-taman syurga. Perjuangan as-syahid Ustaz Ibrahim Libya memberikan inspirasi kepada kita semua betapa akta ISA itu zalim dan patut dimansuhkan, kerana ia telah disalahgunakan oleh UMNO.

Wednesday, November 18, 2009

Setuju Dengan Charles Santiago


PENSWASTAAN MEMBERI BEBAN KEPADA RAKYAT


“Kerajaan kata rakyat layak mendapat taraf kesihatan lebih baik, jalan raya selesa dan pelbagai kemudahan asas lain. Namun melalui penswastaan pelbagai badan ini, rakyat terpaksa menanggung kos tinggi.

“Ini jelas menunjukkan melalui penswastaan air dan jalan raya, rakyat membayar lebih tinggi, sedangkan masih ada rakyat berpendapatan rendah dan hidup susah,” - Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang.


Kapitalis merupakan satu ideologi yang hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Kapitalis tidak dapat dipisahkan dengan amalan penindasan melalui faedah/bunga. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin merempat. Dengan penswastaan, golongan kapitalis dapat berniaga. Dan objektif utamanya tentulah maksimumkan keuntungan tetapi meminimumkan pengeluaran. Harga boleh dinaikkan sesuka hati. Jurang pendapatan diantara golongan kaya dan miskin semakin jauh.


Semenjak Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1981, banyak badan-badan kerajaan diswastakan, sudah tentu kroni menjadi keutamaan. Penswastaan air, elektrik, telefon, dan bermacam-macam lagi. Ini bertujuan untuk memperkayakan beberapa kerat kroni dan anak beranak. Dan membuatkan negara Malaysia sedikit demi sedikit ke arah sistem ekonomi kapitalis. Ini semua berpunca daripada Mahathir. Sekarang golongan kapitalis di negara ini semakin melebarkan sayapnya di seluruh negara. Semuanya hanya fikirkan perniagaan manakala rakyat diabaikan, hidup dalam kesusahan. Walaupun negara membangun, tetapi rakyatnya masih lagi belum dapat menikmati kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya mereka perolehi. Malaysia selangkah demi selangkah menuju ke arah negara kapitalis.

2 Kawan Lama Minum Bersama



Bekas mentor dan murid sama-sama minum teh. Populariti orang politik melebihi artis-artis. Minum teh pun wartawan berpusu-pusu masuk, siap keluar dalam akhbar lagi. Pasti Anwar dan Najib mengambil sedikit masa mengimbau kembali nostalgia mereka di dalam Team Wawasan dahulu. Persengketaan politik diletakkan di dalam poket baju masing-masing. Seusai saja minum teh dan keluar dari ruang tersebut, mereka berdua siap sedia semula untuk menyerang diantara satu sama lain. Hanya sekadar minum teh, tak lebih dari itu.


p/s : Nazri tu terliur ke tengok Anwar minum teh?

Demonstrasi




Memandangkan isu demonstrasi masih lagi belum berhenti di kolej kami, suka saya mahu mengulas mengenainya. Pada masa kini, demonstrasi dilihat satu perbuatan yang salah, dan melakukannya seolah-olah berdosa dan dipandang serong. Kalau macam tu usah mengaku negara ini negara demokrasi yang rakyatnya bebas menyuarakan pandangan. Rakyat diberikan hak untuk berhimpun secara aman.


Seringkali saya mendengar suara-suara jahanam yang berkata, "Ada lagi saluran lain untuk menyatakan pandangan," - saluran apa? Saluran paip? Dalam sejarah demonstrasi di Malaysia ini, sebelum berdemonstrasi sudah banyak perkara dilakukan - adakan pertemuan dan perbincangan, dan lain-lain, tapi tidak menampakkan kesan yang positif. Untuk memudahkan suara didengari, permintaan ditunaikan - demonstrasilah jalan yang terakhir. Dan ada bukti menunjukkan demonstrasi merupakan jalan yang paling berkesan.


Himpunan Bersih 2 tahun lalu, akhirnya barulah Kerajaan UMNO/BN ataupun SPR meluluskan beberapa perkara yang terkandung di dalam permintaan Bersih, contohnya penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundia (walaupun ditarik pada saat-saat akhir). Himpunan PPSMI pun sama, selama ini sudah banyak memorandum dihantar, sudah banyak pertemuan diadakan diantara kementerian terbabit, tapi langsung tiada kesan. Bahkan menteri terbabit langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Bila demonstrasi dilakukan pada 7 Mac 2009, barulah terkeluar wajah ''sial'' pemimpin-pemimpin melalui media menyatakan pendapat.


Dan akhirnya Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memansuhkannya walaupun secara berperingkat (dan secara berhelah). ISA pula, ini paling lama diperjuangkan. Hampir 10 tahun, atau mungkin 10 tahun. Banyak forum diadakan, banyak usaha dilakukan untuk bertemu dengan Menteri terbabit, tetapi seperti tidak dilayan. Jadi untuk mendesak ISA dihapuskan, demonstrasi 1 Ogos 2009 pula digerakkan. Walaupun permintaan tidak ditunaikan, tapi sekurang-kurangnya himpunan itu telah membuka mata pemimpin UMNO yang sial, yang selama ini langsung tidak berminat untuk menyentuh tentang ISA.


Demonstrasi bukan keganasan. Yang menjadi ganas apabila ada pihak-pihak tertentu (laknatullah) yang menimbulkan provokasi. Mengganggu ketenteraman? Dah namanya perhimpunan aman, jika tidak diganggu, tidaklah kecoh. Kepada pihak yang berkenaan, tolong terjun dari tingkat 14 jika masih tak reti-reti lagi apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 10). Seterusnya menggangu lalulintas. Itulah gunanya pihak polis dan pengawal keselamatan. Sepatutnya polis dan pengawal keselamatan dikerahkan untuk menjaga lalulintas, dan juga menjaga perhimpunan dan perarakan. Bukannya membantai orang tak tentu hala.


Ini semua salah UMNO, merekalah yang memomokkan rakyat Malaysia (dan membodohkan Melayu) mengenai keburukan demonstrasi. UMNO pembunuh demokrasi. Dan UMNO berjaya memperbodohkan orang Melayu dengan membenci demonstrasi. UMNO takut kuasanya tergugat, kalau tak boleh demonstrasi, kenapa sewaktu bulan Januari 2009 rakyat Malaysia berdemonstrasi mengutuk kekejaman Israel, langsung tiada bantahan dari mana-mana pihak, bahkan mendapat liputan lagi dari stesen televisyen. Inilah bukti bahawa UMNO keparat hanya takut kuasa mereka terjejas. Demonstrasi Palestin tidak menjejaskan kuasa mereka.


Demonstrasi dibuat sebagai satu jalan terakhir. Di kolej kami, beberapa pertemuan sudah diadakan tapi dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu, ada yang tak percaya dengan suara pelajar. Tak ada jalan lain, buatlah demonstrasi. Selepas demonstrasi, barulah pihak pentadbiran tahu membuka mulut. Inilah kejayaan demonstrasi. Usah pedulikan bangsa Melayu yang bodoh yang kononnya tak sukakan huru-hara, melihat demonstrasi sebagai satu dosa besar, kerana bangsa Melayu selama-lamanya akan mundur dan diperbodohkan sampai bila-bila. Bangsa ini tak akan berjaya.


p/s : Saya tak pernah redha dengan fitnah-fitnah yang ditaburkan terhadap pendemonstran, dan juga tak redha dengan simbahan air kimia dan gas oleh pihak polis. Saya akan saman semuanya di hadapan tuhan nanti.

Tuesday, November 17, 2009

Pertahankan Negeri Selangor!


“Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

“Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habisan,” katanya. - Anwar Ibrahim, Malaysiakini.



Walaupun saya bukan orang Selangor, tapi memandangkan Selangor merupakan tempat saya menimba ilmu, secara automatik ia menjadi rumah kedua saya. Dan saya tak rela melihat UMNO/BN menceroboh dan merampas Selangor, sama ada dengan cara halal, ataupun dengan cara seperti pondan sepertimana mereka merampas Perak (menang cara pondan). Semua tahu, selepas Perak, sasaran UMNO/BN yang diketuai oleh isteri Bik Mama menghalakan sasaran ke Selangor pula. Banyak isu yang ditimbulkan bertujuan untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. ADUN-ADUN disiasat oleh SPRM. Hassan Ali cuba mendekatkan PAS dengan UMNO. Isu perarakan kepala lembu, dan lain-lain. Belum lagi masuk percakaran diantara pemimpin-pemimpinnya.


Walaupun kerajaan PR Selangor bukanlah terbaik, banyak kelemahan, tapi ia seribu kali lebih baik daripada kerajaan Selangor yang diketuai oleh Khir Toyol dulu. Semasa pemerintahan Khir Toyol, rumah rakyat miskin diroboh, surau-surau dan masjid tidak bebas mengadakan majlis ilmu, banyak rasuah dan penyelewengan dilakukan, unsur-unsur kekafiran dimasukkan dan dikekalkan di dalam kerajaan walaupun pemimpinnya hampir kesemuanya Islam.


Selepas ini, Pakatan Rakyat harus mantapkan lagi kedudukan di Selangor. Jangan hanya cakap di mulut saja. MB Selangor, Khalid Ibrahim jangan jadi lembab dan bodoh serupa Hadi dengan mengekalkan barua-barua UMNO dalam pentadbiran negeri Selangor. Hassan Ali harus disingkirkan daripada Kerajaan Negeri Selangor, beserta sekutu-sekutunya. Jika ada sesuatu isu timbul ataupun perselisihan, hendaklah diselesaikan secara berhemah dan jangan biarkan UMNO memanipulasi isu tersebut.


Jahanam! Jahanam! Jahanam UMNO!


Jangan biarkan kedua-dua ekor laki bini toyol ini mencuri duit rakyat Selangor sekali lagi.

Monday, November 16, 2009

UMNO : Jahil Yang Membawa Kepada Kesesatan



Bagi saya, kalau mahu mencari pemimpin UMNO yang benar-benar jahat dan teruk, carilah di Terengganu. Nama-nama seperti Idris Jusoh, Rosol Wahid, Khazan Che Mat, Din Adam, Wan Farid dan lain-lain lagi merupakan antara gedebe UMNO di negeri itu. UMNO negeri ini jugalah yang banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang agak dangkal, fitnah dan jahat. (p/s : Sesuailah dengan mentaliti pemimpin PAS di sana untuk berhadapan dengan mereka). Yang terbaru ialah isu yang menimpa PAS iaitu bai'ah cerai taklik.


Lihat apa yang dikatakan oleh Ketua Wanita UMNO Terengganu. Sudah terbukti rata-rata pemimpin UMNO memang jahil, jahil sehinggakan boleh membawa kesesatan. Walaupun dalam UMNO pun ada ustaz, tapi ustaz-ustaznya "menjahilkan" diri mereka sendiri. Kalau macam ini, berselera ke PAS sanggup nak duduk sama-sama dengan mereka? Cuba lihat barisan ayat yang terakhir itu. "Sepatutnya pemimpin tidak mencampur aduk antara agama dan politik,". Kalau ada sesiapa yang kenal dengan perempuan di atas ni, eloklah pujuk dia suruh bertaubat kepada Allah.


UMNO memang berpolitik cara sekular. Politik suku agama suku. Tapi mengaku Islam, sedangkan Islam itu merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Mana boleh dipisah-pisahkan dengan agama. Sebab itulah UMNO tidak sesuai dengan PAS dan haram jika duduk satu bumbung dengan PAS. Walaupun dari bangsa yang sama tapi kalau akidah yang berbeza tak ada gunanya. Dengan tidak mencampur adukkan agama dan politiklah pentadbiran yang dikuasai UMNO gagal untuk memakmurkan Malaysia. Selepas ini eloklah Ketua Wanita UMNO Terengganu itu bertaubat dan menarik balik kata-kata tersebut.


p/s : Tiba-tiba teringat pula dekat Rafidah Aziz itik gembo-gembo yang mengeluarkan kenyataan "Kerajaan Kelantan tidak patut mencampur adukkan antara agama dan budaya," pada lebih 2 tahun lepas di Kelantan, berkenaan tentang Mak Yong dan Menora yang diharamkan di Kelantan.

Saturday, November 14, 2009

You Are The Best, Tok Guru!

Sumber Gambar : Aduka Taruna


Tak perlu buat undian melalui TV, blog, website, dan sebagainya. Tanya saja kepada sesiapa tentang pemimpin yang paling terpengaruh di dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu majoritinya memberi jawapan bahawa pemimpin tersebut ialah Tok Guru Nik Aziz. Beliau disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat. Ramai yang menghormati beliau selaku ulama', murabbi, pemimpin, ayah, dan datuk. Keperibadian seperti beliau agak sukar untuk dicari ganti. Kepimpinan beliau terbukti berkesan, lihat saja keadaan negeri Kelantan yang ditadbir selama 19 tahun. Tak seorangpun orang bukan Islam merungut cara pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Tok Guru. Jika sebelum PRU-12 dulu, dan beberapa kemudiannya, pengaruh atau fenomena Anwar Ibrahim begitu tinggi di dalam Pakatan Rakyat. Tapi sekarang populariti Tok Guru Nik Aziz jauh meninggalkan Anwar. Undian di NTV7 semalam menunjukkan Tok Guru 22% mendahului Anwar. Diikuti LKS dan Haji Hadi yang masing-masing 9%.


Nota :


Berkenaan satu lagi krisis di negeri Kelantan, saya rasa saya tak mahu ulas kerana saya langsung tidak tahu maklumat mengenainya, antara menantu Tok Guru, Kickdefella, Husam dan PMBK. Dan tentang keputusan Tok Guru membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini atas tajaan sebuah syarikat, saya menyatakan sangat setuju dengan tindakan beliau walaupun beliau kelihatan sebak memandangkan usaha orang yang mahu memburukkan beliau itu berjaya. Sebagai pemimpin dan ulama tok guru juga harus menjaga persepsi orang ramai terhadap dirinya. Jika nama pun pemimpin, rasuah akan datang melalui berbagai cara dan berbagai usaha yang dilakukan oleh orang tertentu. Saya tak kata orang yang mahu menaja Tok Guru itu mahu merasuah memandangkan blogger Penarik Beca sudahpun menjelaskan siapakah orang yang menaja Tok Guru itu. Tapi walau betapa rapatnya orang tersebut dengan tok guru, orang ramai boleh membuat bermacam-macam andaian. Jadi, tindakan membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu tidakan yang tepat lagi bijak. Semoga tok guru panjang usia untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya.

Friday, November 13, 2009

Balasan Kepada Kebodohan Orang PAS


Sekarang semua boleh lihat PAS ditimpa masalah satu persatu. Dan kesemuanya menjadi isu besar yang telah menjahanamkan imej PAS. Ini semua bermula selepas daripada kemenangan PAS yang tak boleh dibanggakan pada PRU-12. Dan juga beberapa kemenangan kecil PAS pada beberapa PRK yang membuatkan pemimpin dan penyokongnya menjadi bongkak.


Bermula dengan isu berkendak dalam gelap (muzakarah, muqabalah, bla bla bla). Ini kerja daripada beberapa pemimpin PAS. Kemudian lebih parah lagi adanya usaha-usaha untuk mendekatkan PAS kepada UMNO. Pemimpin PAS seperti bermain silap mata dengan rakyat. Apabila isu ini hangat, pemimpinnya berkata isu ini ditutup. Tak lama kemudian, kedengaran lagi isu ini. Sekali lagi presiden lembab berkata isu ini ditutup. Selepas muktamar, semua proksi UG dikekalkan jawatan, isu ini sekali lagi bergema. Kemudian pemimpin PAS bermain wayang dengan menayangkan adegan bermaaf-maafan sewaktu sidang media.


Beberapa bulan kemudian, UG menjelma kembali. Ia ditutup tetapi tak berkunci. Melarat kepada isu EGM/Muktamar Khas yang kemudiannya beralih kepada Mesyuarat Khas, dan dengan Seminar di Taman Melewar. Lebih teruk ada pemimpin PAS yang pergi menjemput bloggers termasuk blogger UMNO untuk mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya didedahkan. Dan perkara malang yang terbaru yang menimpa PAS ialah mengenai isu bai'ah cerai taklik. Ada pemimpin PAS kata perkara itu memang wujud, ada pula yang menafikan.


Lihatlah! Bertitik tolak daripada isu UG, kemudian isu Nasha-Hassan-Mustafa, melarat kepada isu bai'ah. Baru setahun menang dah macam-macam masalah timbul, angkara sebilangan pemimpin PAS. Tapi yang paling bodoh adalah pemimpin dan penyokong PAS itu sendiri. Rela korbankan parti asalkan jangan dikorbankan beberapa kerat pemimpin. Macam mana pun nasihat diberi, kritikan dan sebagainya, orang-orang PAS akan melawan walaupun demi kebaikan parti. Mereka itukan parti yang terbaik, paling suci, banyak tok lebai.



Tapi seperti biasa, jika kita menegur, mendedahkan, atau mengkritik/menghentam, semua orang PAS menjadi seperti orang gila meroyan. Bila kita menghentam UMNO, semuanya enjoy dan gembira, tapi apabila hentaman itu kepada PAS, mulalah mereka mengeluarkan tuduhan - ejen UMNO, orang UMNO, dan lain-lain. Si Nasharuddin tu memang terbukti makhluk perosak, tapi oleh kerana sifat kebodohan genetik Melayu di dalam PAS, alasan kepimpinan ulama (kepimpinan keldai bawa kitab) perlu dilindungi menjadi agenda. Kena wala' pada pemimpin.


Oleh kerana kebodohan orang PAS juga, Prof. Aziz Bari yang kerap mengkritik demi kebaikan PAS sudah tak mahu lagi ambik port mengenai parti syok sendiri ini. Itulah orang PAS, bila kita serang UMNO, dipuji melambung. Bila serang PAS, semua komen macam-macam. Serang penulis blog. Bila penulis blog tulis isu lain yang tak ada kena mengena dengan PAS, tak reti pulak nak komen. Mungkin baca pun sepintas lalu saja!


Sekarang PAS ditimpa bermacam-macam isu yang merugikan parti. Bai'ah itu menurut blogger Mahaguru58 (mahakeling) didedahkan sendiri melalui mulut Nasharudin. Tapi pemimpin dan penyokong PAS macam biasa saja. Macam tak ada apa-apa. Mereka sendiri yang sokong Nasha kekal jadi Timbalan Presiden. Mereka sendiri tak rela Presiden lembab yang serupa Abdullah Badawi itu berundur. Biarkan. Biar pengundi menghukum PAS atas kebodohan penyokong dan pemimpin PAS sendiri. Kita tegur, melenting. Serang UMNO, semua pakat bersorak. Krisis dalam parti, semua lembab.


Semua tak boleh diharap, dari Presiden lembab, sampailah kepada Badan Disiplin. Hasan Ali, Nasha, Mustafa Ali, Harun Taib masih lagi bebas dengan aktiviti mereka. Biarkanlah. Orang PAS serupa dengan orang UMNO tahap kebodohan mereka. Saya walaubagaimanapun masih lagi bersama PAS hanyalah atas faktor Tok guru Nik Aziz. Mungkin selepas ini tak tahulah.

Wednesday, November 11, 2009

Ulama Bersifat Kebangsaan

Sumber gambar : Bagan Utama


Inilah yang saya katakan kalau ulama' tapi setakat jadi keldai bawak kitab tak ada gunanya. Ulama jenis inilah yang membuatkan saya nekad menolak kepimpinan mereka, saya tak memusuhi mereka tapi sifat sesetengah dari mereka yang membuatkan saya menjadi meluat. Ulama ialah orang yang mahir dalam ilmu agama, sepatutnya isu kebangsaan tidak timbul. Itu bukannya yang diperjuangkan oleh Islam. Tok guru Nik Aziz berkali-kali kata Islam menolak kebangsaan. Kalau Harun Taib bercakap sekadar kekuatan dan perpaduan Islam saya masih boleh terima. Tapi ini dia katakan juga kekuatan dan perpaduan Melayu. Ini dah macam UMNO bunyinya. Melayu dan Islam. Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Kenapa sekarang ini pemimpin PAS sudah ada yang bersuara mengenai Melayu? Kononnya Melayu akan terselamat jika PAS dengan UMNO berpadu? Kalau macam inilah sampai ke mampus PAS jadi pembangkang.

Tuesday, November 10, 2009

Biar Parti Lingkup Asalkan Pemimpin Selamat




Biarlah, apa nak jadi pada parti jadilah. Asalkan kepimpinan Ulama diselamatkan. Tak boleh buang pemimpin, sebab dia banyak berjasa pada parti. Tak boleh suruh dia undur. Dia ulama. Pewaris nabi. Kita mesti hormat. Biar PAS kalah asalkan Islam menang.


Kalau macam ini parti lingkup pun tak apa, biar semua pengundi lari. Biar pengundi atas pagar tak percaya lagi kepada PAS. Biar penyokong PAS meluat dengan PAS. Biar pengundi bukan Islam tak mahu lagi tengok bendera bulan. Biarkan, biarkan. Asalkan dua tiga kerat pemimpin tidak berundur. Mungkin inikah yang PAS mahukan? Ramai ulama tapi setakat jadi keldai bawak kitab buat apa. Parti tak reti jaga. Bila diadakan pemilihan riuh rendah kata kepimpinan ulama tercabar. Biarlah. Mungkin penyokong ulama mahu apa yang menimpa PAS pada PRU yang akan datang lebih teruk daripada keputusan 2004.


"(Ustaz) Nasharudin (Mat Isa) memang lemah. Tapi dia ulama," kata seorang ustaz dari Terengganu kepada seorang ustaz lain di Gombak.


KHAAKKK PTUIH!!!!

Monday, November 9, 2009

Blogger Memfitnah Atau Pemimpin Berbohong?

Saya petik sedikit daripada blog Misbahul Munir Masduki (s/u Mohd Nizar):


Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.


Blogger selalu dikaitkan dengan penipu, pemfitnah, dan penyebar khabar angin. Sekarang pimpinan-pimpinan PAS sudah mula meragui akan berita dan sumber daripada blogger pro-Pakatan Rakyat. Ini bertitik tolak daripada sebilangan blogger yang swing 360 darjah menyerang segelintir pimpinan PAS. Sejak selepas dari PRU-12 lagi, sumber berita yang dibawa oleh blogger yang mendedahkan keselingkuhan segelintir pemimpin PAS dianggap satu ancaman yang bahaya dan fitnah kepada PAS. Sehinggakan jentera IT PAS digerakkan. Tapi apa yang jadi?


Pertemuan dalam gelap antara Nasharuddin Mat Isa dengan pemimpin UMNO dinafikan oleh Nasha sendiri. Kemudian ugut nak menyaman blogger terbabit yang didakwa berbuat fitnah. Hassan Ali turut menafikan ada pertemuan sulit dengan pemimpin UMNO di Selangor. Akhirnya, PM ketika itu Abdullah Badawi membongkar bahawa memang ada pertemuan sulit dengan pemimpin PAS. Sekarang siapa yang terkena? Siapa yang berbohong? Ustaz Ahmad Awang sendiri mendedahkan ada pimpinan tertinggi menelefon beliau menyuruh pertimbangkan semula membentuk kerajaan Perak bersama UMNO/BN.


Hassan Ali dan konco-konco turut berbohong dengan mengemukakan beberapa bukti sebab sebenar Khalid Samad dan Saari Sungib dipecat, tapi bukti (perkara) tersebut berlaku selepas Saari Sungib dan Khalid Samad dipecat. Hassan Ali juga yang bertanggungjawab membocorkan tentang cerai taklik PAS itu. Mana ada pimpinan PAS ambil tindakan?


Sekarang kes Abu Bakar Chik (ABC) dengan tok guru Nik Aziz pula. Sekali lagi blogger dituduh menipu dan memfitnah. Kalau yang berkata itu ABC sendiri bolehla dipertimbangkan kenyataan tersebut. Tapi masalahnya ABC langsung tak keluarkan kenyataan walaupun berita ini sudah tersebar. Mana dia tuan empunya badan? Kenapa mesti orang lain yang menjawab?


Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.


Takkanlah TGNA nak membocorkan kandungan mesyuarat? Biasalah orang politik memang banyak berselindung. Banyak keluarkan kenyataan yang samar-samar. Misbahul Munir sendiri mengakuinya dengan menulis "Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat."



Sekarang ini saya menunggu mana dia ABC, sila tampil untuk membela diri kalau betul dia tak ungkapkan perkataan tersebut kepada TGNA. Keluarkan kenyataan bahawa semua ini fitnah. Begitu juga AJK-AJK yang ada semasa mesyuarat malam itu. Mereka juga harus keluarkan kenyataan yang menafikan perbuatan ABC itu. Kalau semua sudah sahih berita ini memang palsu dan salah, saya akan buang posting berkenaan Bakar Chik di bawah ini dan seterusnya membuat posting baru tentang permohonan maaf kepada beliau.

Sunday, November 8, 2009

Barisan Kepimpinan Yang Baru



Mursyidul Am :


TG Nik Abdul Aziz Nik Mat



Presiden :


Ustaz Azizan Razak / Salahuddin Ayub


Timbalan Mursyidul Am :


Ustaz Ahmad Awang


Timbalan Presiden :


Mohd Nizar Jamaluddin


Naib Presiden :


Mahfuz Omar , Dr. Mujahid Yusof Rawa , Dr. Syed Azman


Setiausaha Agung :


Husam Musa


Ketua Dewan Ulama :


Tuan Ibrahim Tuan Man / Ustaz Taib Azamuddeen


Ketua Dewan Pemuda :


Zaki Ibrahim


Timbalan Ketua Dewan Pemuda :


-


Bendahari :


Dr. Hatta Ramli


Ketua Penerangan :


Mohamad Sabu


Pesuruhjaya Negeri Selangor :


Khalid Samad


Pesuruhjaya Negeri Terengganu :


Dr. Syed Azman


Pesuruhjaya Negeri Perak :


Mohd Nizar Jamaluddin


Nota :


Mustafa Ali, Nasha, Harun Taib, Haron Din dilihat condong kepada UG. Haron Din didakwa bahawa dialah pimpinan tertinggi yang menelefon Ustaz Ahmad Awang minta beliau pertimbangkan penggabungan dengan UMNO di Perak selepas PRU 12. Pimpinan dari Terengganu yang jumud/geng Terengganu harus disingkirkan walaupun mereka banyak berjasa kepada parti. Kepimpinan Ulama hanya berkesan sewaktu tahu 80an, sesuai dengan angin Revolusi Iran. Sekarang eloklah golongan ulama hanya bertindak sebagai penjaga dasar, yang melaksanakan biarlah daripada golongan profesional. Salahuddin Ayub dan Mohamad Nizar dilihat sesuai menduduki tempat tertinggi. Ustaz Azizan kemungkinan hanya boleh tumpukan negeri Kedah, tapi beliau juga layak menduduki kerusi Presiden. PJ Selangor sesuai diduduki oleh YB Khalid Samad, beliau seorang yang terbuka, tegas, lantang, dan berani. PJ Perak, sesuai diletakkan Mohd Nizar, kerana Nizar adalah ikon kepada Pakatan Rakyat negeri Perak. Tambahan pula Mohd Nizar antara pemimpin PAS yang popular.

Inilah barisan kepimpinan yang saya idamkan. Kearah memperkukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.


"Berdoa Kearah Perubahan PAS"

Saturday, November 7, 2009

Sokongan Kepada PAS Mula Merosot Dan Semakin Merosot

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.
Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini. (Dr. Abu Hasan Hasbullah)


Sebelum ini, saya selalu merasa bangga kepada PAS memandangkan PAS ialah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan amar makruf nahi mungkar. Saya juga rajin membeli lidah rasmi PAS, iaitu Harakah beserta akhbar sampingannya iaitu Siasah. Walaupun ada yang miss, tapi boleh dikatakan kerap juga saya membeli akhbar tersebut. Setiap minggu menjadi satu kewajiban kepada saya untuk membeli Harakah, atau Siasah. Sekarang, perasaan tersebut sudah hilang sama sekali.


Saya tidak lagi merasa bangga dengan PAS, perbuatan dan sikap sebahagian besar pemimpinnya membuatkan saya menjadi meluat. Saya juga sudah menjadi seakan hilang selera kepada akhbar Harakah mahupun Siasah, jika membelinya pun, saya hanya membeli jika ada kesempatan ataupun kebetulan lalu di gerai akhbar. Jika saya miss pun, saya langsung tak rasa apa-apa. Ini kerana apabila saya teringatkan Harakah, serta merta saya teringatkan wajah Mustafa Ali. Rasa benci mula menyelubungi diri.


Dahulu saya memandang tinggi pemimpin-pemimpin PAS. Saya hormat kepada mereka. Bagi saya merekalah harapan bagi negara ini menjadi lebih baik. Sekarang? Sudah tidak ada hormat lagi, kecuali pada pemimpin-pemimpin tertentu. Walaupun sebelum ini saya ada juga rasa tidak senang dengan pemimpin PAS Terengganu yang agak jumud dan ekstrim berbanding pemimpin PAS negeri lain, tapi ketika itu saya beranggapan ia bukanlah suatu masalah kepada parti. Tapi sekarang ternyata, merekalah parasit-parasit yang bakal melingkupkan parti. Semasa saya belajar sekejap di pondok lebih 2 tahun lepas, saya memandang Haji Hadi sebagai seorang ulama besar. Sebagai orang alim yang hebat. Sekarang oleh kerana sikap dan tindakannya, saya rela menyertai Projek Langgar Hadi bersama Aduka Taruna dan beberapa blogger yang lain. Selepas muktamar lepas, saya masih lagi berpendirian mempertahankan Haji Hadi daripada serangan para bloggers, tapi sekarang saya menjadi salah seorang daripada mereka, yang berharap Haji Hadi dapat mengundurkan diri secara terhormat. Saya masih lagi sayangkan PAS. Tapi tak sekuat dulu. Saya sangat berharap pembersihan dilakukan terhadap kepimpinan parti. Bagi saya, barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini adalah barisan kepimpinan yang paling teruk dalam sejarah. Ia patut ditukar.


Ini adalah senarai pemimpin yang patut ditukar :


1. Haji Hadi (Presiden)

2. Haron Din (Timb. Mursyidul Am) - saya akan ulas lain kali kenapa saya mahu beliau ditukarkan.

3. Nasha Mat Isa (Timb. Presiden)

4. Mustafa Ali (Setiausaha Agung)

5. Harun Taib (Ketua Dewan Ulama')

6. Nasarudin Thontowi (Ketua Dewan Pemuda)

7. Idris Ahmad (Ketua Penerangan), dan beberapa AJK-AJK yang lain.


Siapa yang patut gantikan mereka? Bersambung........



p/s : Salah seorang pemimpin PAS Terengganu sudah mula menunjukkan kebodohan dia dengan meminta Prof Aziz Bari terjun ke dalam bidang politik semasa seminar tadi, disambut dengan beberapa laungan takbir daripada peserta yang bodoh.. Siapa dia? Entri tentang dia ada di bawah ini.

Kau Memang Kurang Ajar, Bakar Chik..!!


Nampaknya sekarang pimpinan-pimpinan PAS Terengganu/Geng Terengganu sudah sampai di satu pihak yang terdesak sehingga sanggup berkelakuan kurang ajar terhadapa Mursyidul Am, tokguruku Nik Abdul Aziz. Tak cukup dengan perangai Haji Hadi, Mustafa Ali, Nasha, dan Hasan Ali, sekarang kau pula nak tunjukkan belang terhadap TGNA yang sudah tua dan sakit itu? Di mana maruah kau sebagai ustaz, Bakar Chik?


Dahlah kau salah seorang yang membantah pemecatan Hassan Ali sebagai PJ PAS Selangor masa Mesyuarat Khas malam itu. Suatu hari nanti aku berharap akan ada orang-orang PAS yang akan kata perkara yang sama kepada kau seperti apa yang kau katakan kepada tok guruku pada malam itu, sehinggakan tok guru terpaksa pulang awal dari Mesyuarat Khas kerana sesak nafas dan sakit dada kerana terkilan. Oh betapa jahatnya Geng Terengganu ini. Sebelum ini Harun Taib dan Haji Hadi menyindir tok guru kerana menggunakan blog untuk menegur pimpinan PAS, kemudian Mustafa Ali yang sememangnya sudah belot bersama Nasharudin, dan tindakan Hassan Ali yang juga menghina tok guru kerana menggunakan blog, sekarang tambah kau lagi seorang yang mengatakan tok guru patut meletak jawatan sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am. Akibat daripada perbuatan kau inilah, sebab yang sebenarnya tok guruku itu dikejarkan ke IJN.


Ya Allah, limpahkanlah laknatMu kepada puak-puak pro-UG dan Geng-geng Terengganu. Gagalkanlah perancangan mereka. Pecahkanlah kumpulan mereka. Dan lanjutkanlah usia tok guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat.


p/s : Sila rujuk http://baganutama.blogspot.com/2009/11/kenapa-tg-nik-aziz-tidak-hadir-sidang.html untuk mengetahui cerita sebenar kenapa TGNA pulang awal pada malam mesyuarat khas itu. Selepas ini saya memasang tekad untuk berjuang di alam cyber, membela TGNA dan menentang habis-habisan Geng-geng Terengganu yang menguasai PAS.

Friday, November 6, 2009

Seminar PAS Besok



Besok bermulanya seminar khas PAS yang diadakan di Taman Melewar Kuala Lumpur. Yang menariknya seminar ini dibuat kerana permintaan TGNA untuk EGM. Digantikan dengan seminar ini. Dan tokoh akademik, Prof Aziz Bari dijemput untuk menyampaikan ucapan. Kerana pandangan tokoh inilah yang mendorong TGNA meminta supaya Muktamar Khas diadakan. Selama ini Prof Aziz banyak berjasa kepada parti pembangkang, walaupun beliau kelihatan neutral. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau memihak kepada kebenaran.


Jadi, diharap besok ucapan Prof Aziz ini membuatkan perwakilan PAS tidak lagi bodoh dan bengap, serta tidak wala membuta tuli. Ini demi kebaikan parti, apa gunanya mempertahankan pimpinan, akhirnya parti sendiri yang lingkup. Dan diharap Presiden PAS sedar diri bahawa sudah sampai masanya beliau berundur, daripada terus merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Imej PAS tercalar teruk semenjak kebelakangan ini. Haji Hadi melantik orang yang pro dengan pendapatnya menduduki kerusi pimpinan pusat, termasuklah kerusi Pesuruhjaya Negeri. Tanpa disedari PAS semakin dijauhi. Nampaknya PAS memang tidak layak ditadbir oleh pemimpin dari Terengganu. Negeri sendiri pun tidak terjaga, inikan pula nak jaga parti dan pakatan.


Walaubagaimanapun, Haji Hadi wajar juga dipuji kerana berani menjemput Prof Aziz di seminar besok. Sekurang-kurangnya tak macam pemimpin UMNO, menyekat orang dari mengkritik. Hari ini, Prof Aziz sempat lagi melepaskan peluru berbisa sebagai muqaddimah kepada seminar besok. Boleh dicari artikel di Malaysiakini. Beliau sekali lagi menyifatkan Haji Hadi sebagai Abdullah Badawi di dalam PAS, dan mengatakan Haji Hadi sudah tiada "stim" (kahkahkah), walaupun suatu ketika dulu Haji Hadi cukup gah di pentas politik.


Sama-samalah kita menunggu perkembangan seminar besok. Harap-harap PAS dapat dibasmikan dari sebarang anasir yang tidak baik, kalau tidak bersedialah menerima nasib yang sama seperti tahun 2004. Kepada perwakilan semua, jangan jadi bodoh wala membuta tuli atau membabi buta.

Kami Masih Lagi Perlukan TGNA



Ini sudah kali kedua TGNA dimasukkan ke dalam IJN. Mengikut sumber di Pinkturtle, TGNA hanya demam biasa saja. Kalau demam biasa, kenapa pergi IJN? Kan banyak klinik di Malaysia ni? Semoga Allah panjangkan lagi usia TGNA. Dan diharap permintaan beliau tentang EGM bukanlah suatu usaha akhir yang beliau lakukan untuk menyelamatkan parti. Kami masih memerlukan TGNA. Sudah tentu ramai yang mendoakan supaya TGNA pergi cepat kerana sibuk menunggu peluang untuk mengambil kesempatan di dalam PAS, memandangkan batu penghalang (TGNA) sudah tiada. Dan tentu sekali ada yang mendoakan selepas pemergian beliau, akan bersatu lagi orang Melayu, memandangkan TGNA merupakan orang yang berkeras tidak mahu berkawan dengan UMNO. Dan pastinya UMNO akan mengambil peluang untuk merebut Kelantan apabila ketiadaan TGNA nanti.


Mudah-mudahan Allah membalikkan doa mereka yang mendoakan TGNA mati kepada mereka semula. Dan semoga Allah gagalkan sebarang rancangan jahat pimpinan PAS yang mahu merosakkan parti. TGNA, kami masih lagi memerlukanmu.

Wednesday, November 4, 2009

Orang PAS dan Orang UMNO Sama Saja

Rupa-rupanya perangai orang-orang PAS sama teruk dengan orang UMNO. Baru saya tahu. Saya ingatkan orang UMNO saja yang tak boleh ditegur, tak mengaku kesalahan, ingat diri itu bagus - rupa-rupanya orang PAS pun sama. Biasanya kalau kita selalu mengata kepada seseorang tentang sikap buruknya, lama kelamaan sikap itu berjangkit pada kita. Umpamanya kita kata orang itu kuat menipu, suka mengumpat, tapi akhirnya kita pun terkena sifat yang serupa. Macam itulah orang PAS. Selama ini duk mengata pemimpin UMNO tak guna, kronisme, suka kepada penyelewengan, zalim - tapi pemimpin mereka sendiri (PAS) tak sedar kelemahan pemimpin mereka.


Bila orang bersuara supaya adakan pembersihan di dalam parti, pasti akan ada orang PAS yang menyalak, dikata bermacam-macam - menderhaka, tidak taat, adu domba. Suruh kukuhkan parti, tapi tak mahu hilangkan anasir-anasir yang bakal merosakkan parti. Tak ke bodoh tu? Dah macam orang UMNO la pula, orang UMNO pun wala' juga kepada pemimpin mereka. Walaupun ada sesetengah orang UMNO yang tahu pemimpin mereka jahat dan zalim, tapi mereka tetap sokong dan undi, dan juga mempertahankan pemimpin mereka apabila dicemuh oleh PAS. Orang PAS pun sama juga, bila disebut tentang kelemahan pemimpin yang sepatutnya ditukar dengan orang yang lebih berhak, semua melenting. Ingat diri merekalah yang terbaik. Piiirah. Kalau macam tu, apa beza PAS dengan UMNO???

Monday, November 2, 2009

Tauliah


Saya dapat tahu Dr. Asri ditangkap oleh JAIS apabila saya terpandang muka hadapan akhbar Kosmo tadi. Saya bukanlah mahu membela beliau, selama ini kebanyakan pendapat yang beliau kemukakan di dalam pengajarannya saya langsung tidak setuju. Tapi saya ingin mempersoalkan sifat JAIS dan pihak polis yang bertindak untuk menangkap Dr. Asri di sebuah rumah di Ukay Perdana ketika menyampaikan ceramah agama yang dihadiri kira-kira 300 orang.


Kononnya Dr. Asri tidak mempunyai tauliah, dan sebab itulah beliau ditangkap. Dr. Asri bekas mufti, ada kelulusan, perlu lagi ke benda-benda tu? Beliau sendiri diiktiraf oleh kerajaan apabila Najib mempelawa beliau mengetuai YADIM. Atau penangkapan dibuat kerana ceramah beliau dihadiri oleh Ahli Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin) dan ADUN Hulu Kelang (Saari Sungib)? JAIS bukan di bawah kerajaan negeri Selangor. Sudah ada blogger UMNO keparat yang membuat fitnah kononnya kerajaan PR Selangor menganiayai ulama. Dakwaan yang mengatakan beliau Wahabi atau tidak itu bukan persoalannya. Tapi hujah lawan hujah la. Bukan hujah lawan tangkap.


Exco Agama (Hassan Ali) ni pun satu. Buat apalah nak kekalkan sistem pentauliahan yang diperkenalkan oleh Khir Toyol dulu. Dulu sistem itu dibuat untuk menyekat penceramah yang rata-ratanya pro-PAS. JAIS kalau bab tangkap pendakwah ni memang pro, tapi berlambak yang buat maksiat, kelab gay, pusat perjudian, pelacuran, muda-mudi Islam berpeleseran, buat-buat tak nampak. Kuman seberang laut nampak, babi depan mata tak nampak.


Saya teringat perbualan saya dengan Ustaz Sharir Long berkenaan sistem pentauliahan di Selangor. Dia kata tauliah memang sudah diberikan oleh Nabi kepada umatnya. Jawapan beliau, "Balligh 'anni walau aayat (sampaikan daripadaku walaupun satu ayat - sahih Bukhari). Itulah tauliah. Nak tauliah kepala bapak apa lagi?"