Monday, November 23, 2009

Sosialis

Sosialisme : satu sistem ekonomi yang memberikan kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melaksanakan kegiatan ekonomi tetapi dengan campur tangan pemerintah. Pemerintah campur tangan ke dalam sistem ekonomi untuk mengatur tata kehidupan ekonomi negara serta jenis-jenis sumber keperluan orang ramai seperti air, elektrik, telekomunikasi, gas, dan lain-lain.

Dalam sistem ekonomi sosialis, mekanisme pasaran dalam hal permintaan dan penawaran terhadap harga dan kuantiti masih berlaku. Pemerintah mengatur berbagai hal dalam ekonomi untuk menjamin kesejahteraan seluruh masyarakat.


Komunisme : satu sistem ekonomi di mana peranan pemerintah sebagai pengatur seluruh sumber-sumber kegiatan ekonomi. Setiap orang tidak dibolehkan memiliki kekayaan peribadi, sehingga nasib seseorang boleh ditentukan oleh pemerintah. Semua unit perniagaan mulai dari yang kecil hingga yang besar dimiliki oleh pemerintah dengan tujuan penyamarataan ekonomi dan kebersamaan. Namun tujuan sistem komunis tersebut belum pernah sampai ke tahap yang maju, sehingga banyak negara yang meninggalkan sistem komunisme tersebut.


Ramai yang menyangkakan bahawa sosialisme dan komunisme itu ada perkara yang sama. Adalah satu pembohongan dan fitnah bahawa sosialis itu komunis. Di negara ini, gerakan Sosialis menjadi satu ancaman suatu ketika dahulu. Kelab-kelab Sosialis di Universiti mendapat tempat. Ianya merupakan musuh tradisi kerajaan Malaysia. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi yang mirip kepada Kapitalis. Dalam sistem sosialis, kebajikan rakyat diutamakan. Tiada unsur penindasan daripada kaum-kaum pemodal. Munculnya penindasan daripada sistem Kapitalis berpunca daripada sikap tamak kaum pemodal dan juga sistem riba/faedah yang diamalkan.


Kebanyakan negara di Timur Tengah menggunapakai sistem sosialis. Sebab itulah walaupun ketika dahulu negara Iraq dilanda sekatan ekonomi, tetapi ia seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap penduduknya. Barang keperluan masih lagi mudah didapati. Pelajar-pelajar universiti menikmati kebajikan yang ditawarkan seperti tepung, minyak, gula, teh, dan sebagainya. Begitu juga di Iran. Rakyat Iran seolah-olah tidak merasa terbeban ekoran sekatan ekonomi dijalankan ke atas Republik Islam Iran. Barang-barang keperluan masih boleh didapati dengan mudah. Tidak ada isu kekurangan gula, kekurangan minyak masak, kekurangan beras seperti di Malaysia. Di Malaysia, itu adalah hasil daripada permainan kaum kapitalis yang menguasai ekonomi negara, objektifnya hanya satu - maksimumkan keuntungan. Biar orang lain papa kedana asalkan diri sentiasa kenyang.


Di mana-mana negara sosialis, rakyatnya berhak mendapat makanan melalui duit yang dimiliki, walaupun harga makanan jauh lebih mahal daripada jumlah duit yang berada di dalam poket. Contohnya, harga sebiji karipap ialah 40 sen. Tetapi di dalam poket hanya ada 20 sen. Jadi kita berhak membeli separuh karipap itu yang berharga 20 sen. Minyak masak di negara sosialis boleh di dapati melalui mesin, terpulang kepada kita berapa mililiter kita mahu membelinya. Mesinnya sama seperti mesin air mineral Dr. Sukida di Malaysia.


Sistem sosialis mengutamakan kebajikan rakyat. Sebarang perniagaan yang dijalankan mendapat kawalan dan pemerhatian daripada kerajaan. Sumber asas seperti air, elektrik, gas tidak diswastakan sepertimana Malaysia menswastakan semua itu.

2 comments:

Admin said...
This comment has been removed by the author.
anwar said...

aku sokong aku sokong
viva la revolucion

kata org2 party pemerintah
"sosialis tu bunuh org,xde agama,nak bg cina memerintah,nak jd kan malaysia republik n lelain"

ckp2 org yg brainwash tak bukak buku

revolusi