Saturday, April 4, 2009

Buat Para Pengundi P059 Bukit Gantang

UNDI PAS DAPAT PAHALA.....Bagaimana?


Bila PAS ingin :

1) menegakkan hukum Allah di muka bumi ini, seperti yang diperintahkan dalam an-Nisa' 105

2) hapuskan judi yang banyak memporak-perandakan rumah tangga

3) hapuskan kilang arak yang banyak membawa mudarat

4) menjalankan hudud, qisas, takzir kepada penjenayah sebagaimana yang disyariatkan

5) menghapuskan riba yang jelas tidak mendatangkan keadilan

6) menentang akta zalim ISA

7) membawa rakyat mendekati Allah SWT melalui program kuliah agama, ceramah, mewujudkan sekolah agama rakyat (SAR), maahad tahfiz dan sebagainya

8) melarang hiburan yang keterlaluan dan pergaulan bebas supaya menjauhi maksiat.


BERDOSAKAH ATAU DAPAT PAHALA??????


Salahkah kalau kata sokong parti yang bawak kebaikan juga akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT? Samalah kalau sokong parti yang membawa kemungkaran dan kemudaratan kepada masyarakat, mestilah tidak terlepas dari dosa jika beri undi kerana ia bererti kita redha dengan segala tindak-tanduknya yang jelas bercanggah dengan hukum Allah.


Tentu akan timbul persoalan, kenapa, walaupun Menteri Besar daripada PAS di Kedah dan Perak, tapi masih ada kedai judi, dan kilang arak, dsb? Jawapannya, itu hanya boleh dihapuskan jika PAS mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri. Seperti yang kita tengok, PAS hanya minoriti dalam DUN Perak. Di Kedah pula, walaupun PAS majoriti, tapi kerajaan tidak boleh ditubuhkan tanpa bantuan PKR. Oleh itu, perlu bersabar, dan pastikan PAS menang besar seterusnya mendapat majoriti dalam DUN. Buat masa sekarang, PAS hanya boleh membuat sekadar yang termampu di negeri Pakatan Rakyat, contohnya menguasai masjid, dan memperbanyakkan majlis ilmu. Dan keadaan di atas hanya boleh berlaku di Kelantan, kerana PAS mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri.


Selamat Mengundi........

0 comments: