Tuesday, October 30, 2012

Parti Ayatollah

Beberapa hari lepas, salah seorang sahabat saya dari Bahrain menghantar gambar ini kepada saya, sambil bertanyakan apakah yang ditulis di dada akhbar itu. Dia mennyangkakan bahawa akhbar Sinar Harian itu sedang mempropagandakan anti-Syiah. Oleh kerana dia tak boleh berbahasa Melayu, saya menjelaskan kepadanya tentang kelaku-kelaku sesetengah pemimpin parti yang berlagak ulamak. Oleh kerana mereka ini beranggapan bahawa menegur atau mengkritik ulamak ini adalah satu perkara yang bid'ah, tidak bersopan lagi biadab, maka dibimbangi jika mereka ini naik menjadi pemimpin negara mereka akan bersikap sama seperti di Iran, di mana institusi 'Ayatollah' tidak boleh ditentang. Kalau kerap sangat mengkritik, alamatnya adalah yang akan bermandi darah.

Tuesday, October 23, 2012

Poorah!


Beban golongan proletariat tak akan berkurangan dengan menyediakan menu yang berkalori tinggi dan kurang berkhasiat sebagai alternatif, selagi harga barangan mentah tidak terkawal! Rakyat mahu duit gaji mereka mampu menanggung segala perbelanjaan barangan asas, bukannya set sarapan dan makan tengahari yang berkalori tinggi!

Sunday, October 21, 2012

Kasihani Bangsa Itu

Kasihani bangsa itu yang penuh akidah tapi kosong agama.

Kasihani bangsa itu yang memakai baju bukan dari kain tenunannya, memakan roti gandum bukan panennya, dan meminum arak yang tidak mengalir dari kebun anggurnya.


Kasihani bangsa itu yang meraikan samseng sebagai wira, yang menyangka kilau
penakluk sebagai laba.


Kasihani bangsa itu yang membenci nafsu dalam mimpinya, tetapi menurutinya kala
kala jaganya.


Kasihani bangsa itu yang tidak mengangkat suara kecuali masa mengiringi jenazah, tidak bercakap bangga kecuali dalam kehancuran, dan tidak akan bangun melawan kecuali apabila leher telah dicelah mata kapak dan kayu sembelih.


Kasihani bangsa itu yang pemimpinnya seekor musang, filasufnya tukang silap mata, dan seninya hanya menampel dan meniru.


Kasihani bangsa itu yang menyambut ketua baru dengan nafiri, dan mengucapkan selamat tinggal dengan ejekan, hanya untuk menerima si pengantinya dengan nafiri lagi.


Kasihani bangsa itu yang orang bijaknya pekak kerana tua dan orang kuatnya masih dalam buaian.


Kasihani bangsa yang terpecah kepada cebisan, dan setiap cebis mengaku dirinya sebagai satu bangsa. --- Khalil Jibran