Wednesday, April 1, 2009

EZAM OH EZAM




Aku tak sangka Ezam sanggup cari publisiti murahan, semata-mata nak jatuhkan bekas ketua dia, yang dia puja dulu, Anwar Ibrahim..


Kenapa ko jadi macam ni Zam?? Dulu, engkaulah satu-satunya pemuda yang menjadi ikon aku. Gaya ko memberi ceramah, ucapan, langsung tak membuat aku rasa bosan. Sekarang, oleh kerana wang, ko sanggup khianati perjuangan ko bersama reformis-reformis dulu, ko sanggup dimakan "sumpah keramat" ko Ezam? Aku tahu kenyataan ko mengenai Anwar pernah kata kat ko, Najib merupakan pemimpin yang cerdik masa dalam UMNO dulu, semata-mata ko nak mengampu Najib, bukan? Mentang-mentang la Najib tu dah nak jadi PM, terus ko beralih dari mencium ponggong Dolah kepada ponggong Najib.



Zam, aku nak tanya ko..mana perginya 6 buah kotak rahsia yang ko gembar-gemburkan dulu? Kemana menghilangnya? Zam, usahlah kau bohong kepada orang ramai. Rakyat sekarang ni tak bodoh la Zam. Informasi boleh didapati di mana-mana. Ko kata, masa DSAI menjawat Ketua Pemuda UMNO dulu, orang yang dia bimbangi dalam Pemuda ialah Najib, sebab Najib tu cerdik. Usah la ko temberang. Rekod menunjukkan ko mula bekerja dengan DSAI pada tahun 1996... sedangkan waktu Anwar melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu ialah pada tahun 1987..masa tu ko baru berumur 20 Zam...sebaya dengan umur aku sekarang ni..



Aduhai Ezam..aku tahu ko marah kat Anwar Ibrahim, hanya kerana dia manjakan Azmin Ali tu kan? Janganla ko peduli perkara itu Zam..Azmin Ali kan anak emas Anwar Ibrahim..ko buat apa-apa pun, takkan merubah kasih-sayang Anwar kepada Azmin..lagipun takkanlah ko tak sedar, hubungan Anwar-Azmin tu diibaratkan seperti hubungan Mahathir-Anwar dulu?


Zam, takkan la ko merajuk, keluar PKR hanya kerana tidak diberi bertanding jawatan Timbalan Presiden? Serendah itu martabat ko Ezam? Ko berjuang dulu hanya semata-mata kerana pangkat, bukan keadilan, Zam? Ezam, kembalilah ke pangkal jalan, orang seperti ko amat diperlukan kat sebelah sini, tapi apakan daya, diri ko telahpun tercemar dengan tahi-tahi daripada UMNO..



Bagi aku, ko ni Zam, kalau dibandingkan dengan AMK sekarang ni, ko jauh lebih hebat dari mereka. Mereka tak mampu menyaingi kewibawaanmu semasa dalam Keadilan dulu Zam.. AMK sekarang ini hanya tau mencari publisiti murahan.. Tapi kenapa ko sanggup khianati perjuanganmu?



Aku tak tau nak cakap apa lagi Zam, aku cukup kesal ko sendiri dah rendahkan martabat dan harga diri ko, semata-mata kecewa dengan orang-orang tertentu dalam KeADILan...Kenapa ko ni Zammmmmmmmmm....

0 comments: