Tuesday, September 28, 2010

Klik sini untuk mengetahui calon PAS DUN Galas

Oleh : Aduka Taruna

Gua Musang, 28 September (ABF) – Seorang ahli sukan yang sangat dikenali, diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Galas malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Stadium Muhammad ke 1V, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Perkarangan stadium sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun telah lama berhijrah ke luar negara, namun beliau mempunyai keluarga yang ramai di Dun Galas. Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh. Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.


Klik sini untuk mengetahui calon PAS DUN Galas.

Agensi Berita Fakap

Friday, September 24, 2010

Cara Melayu Berpolitik Memang Busuk


Pemilihan PKR semakin hampir, dan calon-calon Melayu yang bertanding dan merebut jawatan sudah mula berperang. Sama la dengan mana-mana parti Melayu yang lain. Mesti berperang punya diselangi dengan tuduhan-tuduhan dan fitnah. Busuk hati, itulah ciri kebanyakan Melayu dan perkara ini diapply di dalam politik. Blog anti Zaid Ibrahim dibuat, alamatnya http://antizaid.wordpress.com/ . Entah apa khabar sekarang ini blog anti-Husam? Masih beroperasikah? Saya tak ada selera nak ke laman itu.

Bila seseorang itu memberi ancaman di dalam perebutan kuasa, tatasusila sebagai orang Islam diketepikan. Mengaku Islam tapi cara berpolitik mengalahkan orang kafir. Tak kiralah sama ada mamat yang pakai jubah atau serban dan pakai baju batik - semua sama bila tiba bab peralihan kuasa atau berkaitan dengan soal jawatan. Ini tak lagi memerintah negara, baru perintah beberapa buah negeri, kerusi parlimen pun tak sampai 100 - tapi buat perangai macam ni. Macam mana tuhan nak kurniakan kemenangan jika masih ada virus hasad dengki di dalam tubuh? Woit, kami orang bawahan yang tak ada kepentingan ni sedang melihat kelaku kau orang semua lah!!!

Wednesday, September 22, 2010

Raja Yang Adil Raja Disembah

Kredit kepada bro Topeng Perak Unmasked

Pemimpin atau raja yang baik, adalah mereka yang sentiasa mendampingi para ilmuan agama. Walaupun ada beberapa kerat dari kalangan mereka yang menimbulkan ketidaksenangan di hati rakyat, menaikkan darah rakyat, tetapi masih ada segelintir yang masih lagi dihormati dan mereka benar-benar menjalankan tugas mereka seperti mana yang termaktub di dalam sistem Raja Berperlembagaan. Mereka ialah Sultan Kedah, Sultan Terengganu (YDPA) dan Sultan yang baru ditabalkan di Kelantan - tahniah. Semoga Tuhan merahmati hidup mereka. Ketaatan pada mereka adalah perlu selagi mana mereka tidak melakukan perkara yang mungkar dan melebihi ketaatan pada Yang Maha Esa. Dan hanya kepada ketiga-tiga Sultan di tiga negeri ini sahaja yang saya panggil mereka sebagai Tuanku. Daulat Tuanku!

Thursday, September 16, 2010

Berharap malaikat singgah


img frm wn.net


Pada mata para agnostik atheis

para malaikat tidak pernah singgah

di hari-hari peperangan

antara

seluruh angkatan bala tentera perang

belahan dunia timor

dan bharat.



Anak-anak kecil tanpa dosa

juga tiada pahala

yang mungkin jauh lebih suci dari para malaikat

turut dikambus tanah hidup-hidup

tanpa sempat menjerit

meraung

melihat

ayahanda, ibunda, kekanda

dan nenendanya

menjadi mayat sebelum berperang.



Kebanjiran

secara besaran-besaran skala tsunami acheh

dan gempa bumi puting beliung sakti

memusnahkan dunia glokal kampung mustadhafin

pakistan, india, Indonesia

apakah itu semua?



Dan,

betapa sakitnya jiwa hati ini

ditimpa petaka

bertala-tala dan

talu demi talu

seperti hati yang dihiris-hiris

dicengcang-cengcang

untuk dijadikan makanan si kaum kaya

apabila melihatkan kaum para pemodal

bermaharajalela

membentuk struktur dunia,

mengikut apa sahaja yang mereka suka!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


Woit! Raya dah sampai. Selesai sudah tak makan siang selama 30 hari. Alhamdulillah. Tahun ini dengan tahun lepas memang berbeza, tahun ini Ramadan dirasakan terlalu singkat, memang sekejap sangat tak macam tahun lepas. Kata orang, "today is better than yesterday,". Tapi blog ini terbalik. Tahun lepas memang rajin menaip dan update blog. Tahun ini jadi hancusss. Rasa malas sangat-sangat nak menaip, idea penuh dalam kepala akhirnya dibakulsampahkan kerana sudah tidak relevan untuk dipublishkan dek kerana proses penapaian yang terlalu lama.

Maka dengan itu, di hari raya ini, blog ini memohon maaf buat sesiapa yang seringkali pissed off sewaktu membuka blog ini kerana tidak ada posting atau artikel yang baru. Nampaknya title blogger tegar itu tidak boleh lagi diberi pada pemilik blog ini seperti yang digelarkan oleh beberapa orang kenalannya. Selamat hari raya diucapkan pada semua pembaca blog ini. 7 hari dari sekarang (lama tu!) blog ini akan beroperasi seperti biasa, kalau tidak malas, kah kah kah!

Friday, September 3, 2010

Jangan dihalang non-Muslim ke masjid!

Credit to : Warung Kampung [link]

Pagi itu aku bersama-sama teman-teman sekumpulan bergerak ke Sultanahmet Camii, atau lebih terkenal dengan nama Masjid Biru, simbol kegagahan Islam di kota Istanbul. Kami masuk ke dalam masjid melalui pintu pelawat di sebelah kanan masjid sebagaimana pelawat lain. Pegawai-pegawai masjid yang berkawal di pintu masuk itu buat fashion check dulu sebelum menghulurkan plastik kasut dan kain kepada pelawat untuk menutup mana-mana bahagian tubuh yang terdedah atau bahagian yang sendat. Faham-fahamlah fesyen pakaian mahasiswa-mahasiswi Jepun ni kadang-kadang lebih barat dari barat. Tutup, jangan tak tutup.

Luar nampak purba tapi dalam, masyaAllah. Sesiapapun boleh melopong bila tengok keindahan interior masjid ini. Nak kagum lagi, masjid ini masih gagah menjalankan fungsinya sekalipun dah berusia nak dekat 400 tahun.

Sultanahmet Camii atau Masjid Biru

Aku dan teman sekumpulan hanya bersama di waktu pagi dan lepas itu kami berpecah di Egyptian Bazaar di Eminönü. Hari ini aku hanya mahu ke Egyptian Bazaar, Grand Bazaar, dan kalau masuk waktu solat balik semula ke Sultanahmet Camii. Tujuan ke bazaar cuma nak beli mushaf Qur’an made in Turkey, rehal made in Turkey, dan serbuk teh epal hijau made in Turkey. Selebihnya cuci mata. Plan yang ringkas untuk hari ini. Aku ditemani sahabat aku yang seorang ini.

Kami masih di Egyptian Bazaar masa azan Zuhur memecah langit Istanbul.

“Tak sempat kalau nak ikut solat berjemaah dekat Sultanahmet Camii ni. Macamnilah, kita ke sana Asar nanti, dan pastikan sampai di sana sebelum azan. Macamana?” aku cuba membetulkan schedule yang dah tersasar.

“Kalau macamtu, kita gerak awal ok.” kata dia tanda setuju.

Aku solat Zuhur di Yeni Camii atau Mosque of the Valide Sultan yang sangat dekat dengan bazaar. Seorang nenek yang tengah bagi roti kering dekat puluhan burung merpati yang berlegar-legar di luar pintu masjid membuatkan tangan aku gatal nak ambil gambar dia. Alahai ditutup pula mukanya lepas tu mengomel marah-marah. Bagus nenek ni. Masih kuat mempertahankan privacy.

Pastinya Asar petang itu mengujakan sahabat aku yang seorang ni sebab dia akan bersolat buat pertama kali dalam seumur hidupnya. Sejak di Jepun lagi dia menyuarakan keinginannya untuk bersolat. Aku plan nak merealisasikan impiannya itu di Sultanahmet Camii. Ada dua sebab aku pilih Sultanahmet Camii. Satu, supaya dia dapat bersolat di dalam masjid World Heritage yang terkenal serata dunia itu. Aku yakin ini akan memutikkan pengalaman manis dalam hidup dia, Dua, Sultanahmet Camii yang besar dan terkenal itu pasti akan menampung jemaah yang ramai dan pelbagai, baik dari rakyat tempatan mahupun pelancong muslim. Situasi ini aku cuba gunakan untuk tunjuk dekat dia yang Islam itu universal, boleh bersebelahan berlaga lengan dalam solat tanpa mengira negara, tanpa mengira warna kulit, dan tanpa prejudis.

Egyptian bazaar berlatarbelakangkan Yeni Camii

Muslim yang baik

Dia memang sudah bersedia hari itu. Pakaiannya sesuai untuk masuk ke masjid, tudung pun dibawa sekali disimpan dalam beg tangan, brooch yang aku hadiahkan pun dibawanya sekali. Maha Suci Allah, sebaik-baik Perancang. Aku dan dia berwudhu di tempat wudhu lelaki supaya boleh aku mengajarnya berwudhu.

“Salam Aleykum.” pemuda bersuit kelabu yang berwudhu di sebelah aku menegur.

“Waalaikumsalam.”

“Where are you from, brother?” dia bertanya sambil melirik senyuman.

“Malezya.……and she is from Japan, a friend of mine at the same university.” aku cuba memperkenalkan sahabat aku ini,Tomita (nama sebenar).

“She isn’t a Muslim, so I’m trying to teach her how to take wudhu. I’m sorry if she makes you feel uncomfortable.” saja menambah sebab nak elak fitnah la katakan.

“Masya Allah. My name is Enes. I work and stay here. Here, take my cell phone number. Call me if you need any help during your stay in Istanbul. Keep up good deeds, brother.” dia menghulurkan kertas bertulis nombor telefon dan alamat emel.

Allahuakbar. Indahnya persaudaraan Islam ini.

Sabda Rasuluallah saw,

Barangsiapa ingin merasakan nikmatnya iman, hendaklah dia mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya kerana Allah.” (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 2300)

“Cari mana-mana makcik yang nampak baik dan duduk sebelah dia. Masa solat nanti cuba lirikkan mata perhatikan gerak-geri makcik tu dan tiru sebiji-sebiji. Jangan takut, jangan gemuruh, bertenang je bila solat nanti ye.” Itu saja yang mampu aku nasihatkan dia memandangkan tiada siapa yang aku kenal dalam ruang solat muslimah untuk aku minta tolong. Dia pula tak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tinggalkan dia di ruang solat muslimah dan bergerak ke ruang solat di depan.

Jemaah mula masuk ke masjid menunggu azan Asar

Solat berjemaah dah selesai. Wirid pun sudah. Aku menunggu dia di pintu masuk utama. Wah, wajahnya menunjukkan suatu kegembiraan.

Sesuatu telah berlaku di ruang solat sementara menunggu azan. Tomita telah didatangi seorang muslimah Turki, pelajar universiti katanya. Pengakuan jujur Tomita yang dia adalah non-Muslim barangkali telah mengusik muslimah itu. Segala Puji bagi Allah yang Maha Penyayang, Tomita tidak ‘diusir’ keluar dari ruang solat, malah amat mengejutkan aku yang dia telah ditunjuk ajar cara bersolat oleh muslimah itu sementara menunggu iqamah. Siap ada rehearsal sekali !

Tomita bernasib baik bertemu dengan muslim yang baik dan berhati terbuka. Aku bersyukur untuk kasih sayang yang Allah swt kurniakan padanya dengan ‘menghantar’ muslimah itu.

Aku selalu bercerita dekat Tomita pasal ciri-ciri muslim yang baik. Muslim yang baik akan baik hubungannya dengan Tuhan, lakukan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang ditegah. Satu lagi syarat nak jadi muslim yang baik ialah baik juga hubungannya dengan manusia, baik muslim mahupun non-muslim, tak kira warna kulit.

Dia dah biasa dengan environment persaudaraan Islam sebab dia selalu datang ke program-program anjuran Islamic Culture Association di kampus di Jepun, cuma belum berkesempatan mengecap keindahan bersaudara. Rata-rata tak ramai mahasiswi muslimah yang datang ke program, jadi culture exchange sesama mahasiswi pun jarang. Mahasiswa muslim lebih mendominasi baik sebagai ahli jawatankuasa mahupun sebagai peserta. Ke masjid pun sudah di bawa, tapi sayang masa Isya’ hari tu takda seorang pun di ruang solat muslimah.

Hari ini, di Istanbul, rezeki dia bertemu dengan dua orang muslim Turki yang baik, di rumah Allah swt, yang memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Ini menguatkan lagi kepercayaannya terhadap konsep persaudaraan dalam Islam oleh muslim yang baik. Kita memang akan dapat bertemu dengan muslim yang baik di masjid kerana muslim yang baik akan selalu ke masjid.

Kami meninggalkan Sultanahmet Camii untuk menaiki tram ke Grand Bazaar. Sambil berjalan ke hentian tram, dia asyik bercerita pasal perbualan dia dengan muslimah tadi. Hatinya begitu tersentuh dan dia masih tak percaya dan tak sangka yang dia dilayan sebaik itu.

Itu ialah ayat-ayat Al-Qur’an

Kami datang semula ke Sultanahmet Camii malam itu untuk Isya’ berjemaah. Masjid dahpun ditutup untuk menerima pelawat bagi memberi peluang jemaah mengambil alih dewan solat.

“Kali ni saya tak solatlah. Saya tunggu awak di luar saja.” dia berkata.

Dia penat barangkali lepas berlegar-legar dan tawar-menawar sakan di Grand Bazaar tadi.

“Kalau macamtu awak duduk saja di dalam. Situ lebih selesa sebab awak boleh duduk.”

“Boleh ke?” dia tanya.

“Kalau pak guard tanya, awak cakaplah awak nak tengok solat. Jomlah masuk. Dalam lebih panas, luar sini sejuk” aku beriya-iya mengajak dia masuk. Tak sampai hati nak biarkan dia menunggu di luar.

Sementara aku berwudhu, dia mengenakan hijab.

Pelawat-pelawat non-Muslim lain pun ada juga disitu duduk di ruang belakang sambil mengamati dinding dan siling yang indah itu. Versi malam memang tak mengecewakan. Aku yakin mereka disitu bukan kerana siling dan dinding semata-mata, tapi juga kerana ingin melihat solat.

Selesai bersolat aku skip wirid bersama-sama dan meninggalkan jemaah dan menuju ke arah Tomita yang menunggu di belakang sana.

“Boleh tak saya duduk lagi sebab saya nak dengar apa yang sedang dibacakan.” responnya terhadap aku punya isyarat jom gerak. Allah swt mahukan aku berwirid barangkali.

“Pertama kali saya mendengar apa yang dibaca imam masa kamu semua berdiri dalam solat tadi.” dia mula bersuara lepas senyap membisu mengamati wirid tadi. Tekun betul dia mendengar.

“hmmm….susah saya nak terangkan. Saya tak faham apa yang dibacakan itu tapi hati saya terasa sejuk mendengarnya. Menenangkan dan menyenangkan.” tambahnya dengan ekspresi tipikal orang Jepun bila menerangkan sesuatu yang complicated untuk dijelaskan.

“Itu ialah petikan ayat-ayat dari Al-Qur’an.” aku menjelaskan.

“Oh ye ke. Awak mesti boleh baca Qur’an kan.”

“Membaca sajalah. Kalau nak faham maksud, saya kena ada terjemahan di sebelah.” aku jujur di situ.

“Awak sangat beruntung. Awak ada kepercayaan pada Tuhan dan awak bersungguh-sungguh dengan kepercayaan itu dan awak mesti tak pernah rasa sendirian sebab awak ada Tuhan. Hidup awak lebih bermakna kalau nak dibandingkan dengan saya. Saya rasa hidup saya semacam kosong.” dia berkata dengan nadanya sedikit sadis.

Aku biarkan saja dia bercakap dan terus bercakap tanpa aku mencelah. Yang boleh aku rumuskan dari cerita-ceritanya, dia semacam tersepit antara fahaman atheist yang menjadi tunjang masyarakat Jepun hari ini dan keinginan merasai kegembiraan hidup seperti aku, sebagai muslim.

Sultanahmet Camii, sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia yang tidak terpilih untuk dilahirkan sebagai muslim sedang ‘mencari’ Penciptanya. Sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia yang tidak terpilih untuk dilahirkan sebagai muslim, kunjungannya disambut dengan kasih sayang, iaitu kasih sayang Allah swt dan kasih sayang manusia-manusia beriman. Sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia ini telah terbuka mata untuk mensyukuri kelahirannya sebagai seorang muslim.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.” (Al-Qasas: 56)

Di Jepun, aku hadiahkan dia sepasang baju kurung dan sehelai tudung sutera yang aku minta seseorang di Malaysia tolong belikan.

Ya Allah, terima kasih kerana membawa dia ke masjid itu. Dia mencariMu di situ.

Jangan dihalang non-Muslim ke masjid!

Wednesday, September 1, 2010

Semua makhluk di Padang Masyar itu terbalik pengsan.



Oleh : AdukaTaruna [link]

"Jika dia tidak bodoh, pasti aku tidak begini!"
"Jika dia tidak bodoh, pasti aku tidak begini!"
"Jika dia tidak bodoh, pasti aku tidak begini!"

Panas siot. Giler ah macam nih. Dah la panas, memekak macam kena histeria plak kat depan sana.

Panas. Terik. Bahang. Merah menghampiri jingga. Kaki terpasak tak boleh bergerak. Sesak. Berkelompok dengan luas. Bercampur-baur. Bogel. Mendongak menanti bicara. Ah... hampir putus asa gua nih. Tiada sesiapa. Buat hal sendiri melainkan namanya dipanggil untuk disoal siasat. Perbicaraan orang besar depan sana tidak menarik minat gua.

Kanan, isteri gua. Keliling, anak-anak gua. Isteri dan anak-anak gua juga turut terpaku dalam keadaan mendongak. Nun depan sana, terdapat seorang yang berdiri ditempat tinggi. Tegak mendongak. Siapakah dia? Mengapa gua termasuk dalam kelompok dia? Kelompok gua kebanyakan Melayu. Eh... ada sekor ganjil.

"Weih.. bro... lu siapa?"

Gua sound satu negro hujung sana. Dia juga bersama anak dan isteri. Diam membisu. Negro nih tak faham bahasa Melayu nih. Nasib baik tak bergerak. Kalau tak, gua luku dah kepala negro tuh. Pantang Ketuanan Melayu dicabar.

Ah... dah la panas... bosan pula. Bila turn gua nak bicara nih? Gua ingat diorang bicara dari pemimpin besar ke pimpin kecil la. So, gua kena soal atas tanggungjawab anak dan isteri gua. Setiap manusia dibangkitkan mengikut pemimpin? Kalau camtu, mampos la lama. Berapa ratus tahun turn gua nih. Warghhh... tetiba rasa nak nangis la plak.

Seb baik jugak gua bai. Kalau jadi pemimpin, mampos nak kena jawab tu. Ramai giler tu anak buah nak kena jawab. Time ni, kat mana la AbangHensem eh? Gua try tinjau2 keliling.

Uih? Nik Aziz tu beb. Belakang Sultan dan Raja Melayu. Dibangkitkan mengikut pemimpin. Seb baik gua tolak darjah kebesaran dulu. Kalau tak, gua dah iktiraf sistem itu dah. Alhamdulillah. Maha suci Allah. Kalau tak, menjawab gua.. tak dapat jawab, ke dalam gua.

"Mengapa kamu berzina pada malam 31 Ogos di Kuala Terengganu pada tahun 2005?"

Ah.. sudah. Perbicaraan orang besar merebak kepada seorang wanita kerdil. Wanita itu dipanggil malaikat.

"Aku adalah hamba Allah yang lemah, bertambah malang bila hidup dalam suasana sukar sebegitu. Maafkan aku."

"Apa jawapanmu?"

"Jikalah Hadi dan PAS Terengganu tidak bodoh dan gelojoh mendapat kuasa, pasti pada 31 Ogos 2005 tidak berlaku pesta maksiat yang membuatkan aku terjebak sama.2005 UMNO bertanggungjawab mencorak budaya. UMNO menang kerana kecuaian PAS Terengganu."

Gua tergamam.

"Jika dia tidak bodoh, pasti aku tidak begini!"
"Jika dia tidak bodoh, pasti aku tidak begini!"
"Jika dia tidak bodoh, pasti aku tidak begini!"

"Panggil Abdul Hadi Awang ke mari!"

Kesemua yang mendongak mula berpaling, berbisik sesama sendiri. Mana Hadi? Siapa Hadi?

"Bawakan Abdul Hadi Awang ke mari!"

Malaikat berterbangan mencari Hadi Awang.

"Hei.. man! Who Hadi Awang?"

Negro tadi sound gua. Ekeleh.... Socai nih... tadik ke main sombong. Gua buat derk jer. Balas dendam beb.

"Bawakan kepadaku Abdul Hadi Awang!" Keras suara ketua malaikat mahkamah.

"Abdul Hadi Awang tidak ada, tuan."

"Tidak ada? Dia di mana?"

"Luar negara."

Semua makhluk di Padang Masyar itu terbalik pengsan.