Monday, May 31, 2010

Syariat dan Keadilan Sosial - Mana Lebih Utama?



Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri di bawah. Bagi sesiapa yang masih lagi kabur tentang pendirian saya mengenai perjuangan, disarankan membaca entri yang pernah saya tulis di dalam blog ini pada penghujung bulan April. Klik di sini [link]


Saya tetap dengan pendirian apabila sesebuah kerajaan baru berjaya mengambil alih pentadbiran negara Malaysia, perkara yang mula-mula yang perlu dilaksanakan dalam pemerintahan ialah keadilan sosial. Selain daripada itu, segala penyelewengan, korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran harus terlebih dahulu diselesaikan. Bukannya terus menutup kilang arak dan pusat judi di Genting Highlands. Benda sebegitu memang perlu dihapuskan, tapi biarlah secara berperingkat.


Macam mana nak mengaku pemerintahan kita ini pemerintahan Islam sedangkan tahap kemiskinan masih lagi tinggi, kepincangan dalam pasukan keselamatan masih lagi ada, imej mahkamah masih lagi belum bersih, dan yang penting, kebebasan rakyat dalam menyuarakan pandangan, kebebasan berhimpun, media, dan lain-lain masih lagi belum diselesaikan? Sepatutnya perkara sebeginilah yang patut diambil berat dahulu daripada asyik bercakap tentang syariat wajib, syariat wajib, syariat wajib, aku nak syariat, aku nak syariat, aku nak Islam, - ingat orang lain tak nak ke? Dia seorang saja nak??


Tunjukkanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat di negara ini yang hampir separuh bukan beragama Islam. Tunjukkan teladan kepada mereka melalui corak pemerintahan yang berasaskan Islam iaitu dengan keadilan. Kemudian buat penerapan kefahaman Islam kepada masyarakat sedikit demi sedikit. Kalau tiru cara pemerintahan macam Taliban di Afghanistan, habislah. Itu haram, ini haram, masuk neraka, berdosa - jangan kata orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun menyampah kalau dengan cara ekstrim sebegini.


Cuba lihat Taliban dulu. Baik sangatkah mereka memerintah Afghanistan cara begitu? Yang saya nampak, masyarakat memandang Islam dengan pandangan negatif, disebabkan keekstriman mereka. Dan benda inilah yang saya tentang. Saya tak suka kalau mereka yang kononnya pencinta agama itu berdakwah cara ekstrim - memaksa orang ramai menerima bahawa syariat mesti ditegakkan. Hampas, strategi tak ada. Kenapa kalau sebut negara Islam, mesti ditekankan hudud? Kenapa negara Islam mesti hudud, dan hudud mesti negara Islam?



Tak bolehkah negara Islam itu selalu dinyatakan sebagai negara yang menjamin keadilan sosial dan kebebasan individu? Tak bolehkah disinonimkan negara Islam sebagai negara yang mempunyai pentadbiran yang bersih?


Dakwah mesti ada strategi kalau nak orang ramai terima Islam. Bukan orang Islam saja yang boleh terima, orang bukan Islam pun boleh. Memang bukan kita yang bagi hidayah, tapi apa gunanya ayat "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik" (An-Nahl:125)? Secara bijaksana itulah dengan strategi. Akibat tidak bijaksanalah, agama Islam dipandang serong. Ini hasil daripada kerja umat Islam itu sendiri. Mereka memalitkan tahi pada agama mereka sendiri.


Sepatutnya soalan "Bila lagi syariat nak ditegakkan?" usah dilayan. Sebaliknya tanya dan nyatakan pada mereka, "Where is your fucking strategy? You are always talking shit with a damn move."


Tolonglah. Sekali lagi diulangi, ini Malaysia, bukan Arab Saudi, bukan Mesir, bukan Pakistan, bukan Yemen, rakyat negara ini dahagakan keadilan. Mereka dahagakan kebebasan. Mereka dambakan sistem pemerintahan yang bersih untuk kebaikan dan kesamarataan semua kaum. Tanpa ada sedikitpun diskriminasi yang membabitkan warna kulit, paras rupa, dan agama. Ini Malaysia, bukan Timur Tengah.

Sunday, May 30, 2010

Memerangi Golongan Pelampau Islam



Golongan-golongan pelampau ini, mereka menjadikan Ma'alim fit Toriq karya Syed Qutb sebagai panduan mereka dan mencontohi gaya pemikiran dan penentangan Syed Qutb yang agak radikal. Syed Qutb, hanya melihat dunia ini hanya ada 2 warna, iaitu hitam dan putih - sedangkan warna-warna ini bukan setakat 2 warna itu sahaja, banyak lagi bukan? Merah, biru, hijau, kuning, dsb? Masyarakat hanya terbahagi pada dua, Islam dan Jahiliah. Parti politik pun terbahagi kepada dua, Parti Allah (Hizbullah) dan parti Syaitan (Hizbus Syaitan).


Syed Qutb melawan kefasikan Gamal Abdul Nasir dengan dakwah cara kekerasan. Akibat daripada itu, dia dihukum gantung. Sebelum itu, harus diketahui bahawa Syed Qutb pernah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan di dalam kabinet Gamal Abdul Nasir. Tapi Syed Qutb menolak dengan beralasan tidak rela bersekongkol dengan kerajaan Jahiliyyah. Saya tak pasti apakah Syed Qutb sedar atau tidak bahawa jawatan itu merupakan jawatan yang strategik untuk misi Islamisasi sesebuah negara.


Sekarang, contoh-contoh di atas cuba diterapkan di Malaysia. Mereka cuba menganggap suasana dan iklim di Malaysia tidak ada beza dengan negara Timur Tengah. Golongan ekstremis ini yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta agama terus menerus mempromosikan perjuangan mereka tanpa memikirkan kesan dan fitnah yang bakal timbul terhadap agama Islam hasil daripada tindakan mereka itu. Mereka mahu merobah keadaan yang sedia ada sekarang ini dengan sekaligus. Maksud saya, merobah secara total daripada suasana yang so-called jahiliyyah ini kepada Islam. Nampak macam menarik tapi...


Pernahkah terlintas di fikiran tentang pemahaman masyarakat di Malaysia yang mempunyai berbeza-beza pandangan tentang agama Islam? Sama ada orang Islam itu sendiri mahupun orang bukan Islam. Dakwah pada zaman ini, tidak sama dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu baginda menerima wahyu dahulu. Nabi Muhammad menyampaikan Islam dalam keadaan masyarakat Jahiliyyah tidak pernah tahu dan dengar pun apa itu Islam? Mungkin jika masa itu kita berada di sana, dan bertanya pada mereka (masyarakat Jahiliyyah) tentang Islam, pasti mereka akan bertanya kita balik, "Islam? What the heck is that?" - wow! Arab Jahiliyyah speaking English you!


Maksud saya, masyarakat Arab Jahiliyyah tidak pernah tahu apa itu Islam sewaktu Nabi mahu memulakan dakwah. Tapi - pada zaman sekarang, abad ke-20, hampir semua orang tahu apa itu Islam. Mereka mengenal perkataan "Islam" itu dan mempunyai pandangan tersendiri mengenai agama ini. Ketika inilah dakwah secara hikmah diperlukan. Islamisasi secara beransur-ansur, memberi kefahaman secara sedikit demi sedikit, bukannya hentam semua terus macam golongan-golongan ekstremis/pelampau ini, yang teruja dengan ideologi Syed Qutb.


Dalam Islam, golongan non-Muslim mempunyai hak mereka tersendiri. Dalam hal ini, saya menyokong pendapat Imam Hanafi, yang melihat dunia ini terbahagi kepada dua, iaitu dunia Islam dan dunia bukan Islam, di mana dunia bukan Islam ini harus dihormati hak-hak mereka. Tidak seperti pendapat Imam Syafi'e yang melihat dunia ini hanya dunia Islam sahaja. Apabila Islam memerintah, orang bukan Islam tidak dibenarkan menjalankan hak mereka seperti berjual beli perkara-perkara yang diharamkan seperti arak dan babi.


Hari ini, pendekatan yang patut dijalankan terhadap masyarakat ialah terangkan Islam dalam konteks berpaksikan keadilan untuk semua. Bukan tergopoh-gapah menerangkan serta memaksa orang ramai menerima bahawa syariat itu mesti ditegakkan. Golongan inilah, sebaik saja mendapat kuasa, perkara yang pertama-tama yang terlintas di fikiran ialah mengharamkan itu-ini-itu-ini. Masyarakat akan beranggapan Islam adalah agama yang tidak menjamin kebebasan dan ini menyebabkan akan berlakunya penolakan terhadap Islam itu sendiri. Kuncinya, dakwah pakai akallah, bro!


Saya, membesar dalam sistem pendidikan Islam semenjak kecil hingga sekarang. Dahulu saya akui saya juga pernah berfikiran ekstremis sebegitu. Tetapi, alhamdulillah setelah melalui beberapa fasa pencerahan, saya pada hari ini jauh berbeza dari dahulu. Cuba bayangkan, orang yang mendapat pendidikan Islam dengan secukupnya macam saya inipun rasa menyampah apabila golongan pelampau ini menyebarkan idea gopoh mereka, apatah lagi dengan orang yang bergelumang dengan gaya hidup yang tidak sihat, serta orang bukan Islam - apakah mereka boleh menerima dakwah sebegini?


Inilah pemikiran yang berjaya diterapkan oleh Syed Qutb... Sekali lagi, pernahkah terfikir apakah umat Islam pada zaman sekarang yang kebanyakannya menganut berbagai-bagai ideologi dari Barat ini berminat dengan Islam apabila hujah Syed Qutb seperti ''Islam itu lengkap, tidak perlu mengimport mana-mana unsur di dalamnya,". Apa jawaban golongan libertarian, demokrat dan sosialis yang mana mereka juga mempunyai hujah bahawa ideologi mereka itu ada persamaan dengan Islam?


Ini Malaysia, bukan Timur Tengah.

Saturday, May 29, 2010

Malaysia Bankrap 2019 - Mencari Friedrich Engels Alaf Baru

Friedrich Engels, November 28, 1820 – August 5, 1895


Oleh : Admin


Malaysia, menurut roti jala akan bankrap pada 2019 jika pemberian subsidi diteruskan kepada rakyat. Serta merta saya teringat kata-kata anak PM ke-2 yang juga merupakan wakil kepada pengundi di Pekan bahawa Malaysia akan bangkrap jika harga minyak diturunkan dan agenda Negara Kebajikan dilaksanakan. Ini semua pembohongan kaum penindas untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka. Kerana mereka tidak akan pernah merasa puas membaham harta-harta rakyat, masukkan ke dalam kantong mereka, setiap hari, setiap masa.


Ke mana menghilang hasil keuntungan berpuluh-puluh billion daripada berbagai sumber di negara yang kaya ini? Sepatutnya rakyat menikmati hasil tersebut dan mereka memang berhak. Oh, lupa pula. Negara tak ada duit, ini kerana pemimpin yang baghal itu baharu saja menyerahkan dua buah telaga minyak yang bernilai 320 billion kepada negara jiran yang lebih kenit daripada Malaysia. Golongan penindas ini tidak akan puas. Selagi masih ada peluang untuk membolot hasil keringat rakyat, selagi itu mereka akan menggomolnya. Dan mereka tidak pernah berhenti daripada berfikir - siang dan malam - memikirkan bagaimana cara untuk mencegah poket mereka daripada kekeringan.


Ah - malangnya (sigh...). Kalaulah Friedrich Engels masih lagi hidup dan tinggal di Malaysia pada ketika ini, pasti dia dengan lantangnya beserta dengan muka yang kemerah-merahan menahan amarah akan berkata [quote] :


How is it possible that the poorer classes can remain healthy and have a reasonable expectation of life under such conditions? What can one expect but that they should suffer from continual outbreaks of epidemics and an excessively low expectation of life? The physical condition of the workers shows a progressive deterioration.


Tsk... tapi sudah lebih 100 tahun dia meninggalkan alam ini untuk bertemu dengan pencipta. Siapa tak kenal Engels - lebih-lebih lagi buat mereka yang menganut fahaman yang diasaskan oleh Karl Marx. Engels, merupakan penerus dan juga kesinambungan terhadap kerja-kerja meneruskan agenda kebangkitan kaum buruh, mengedit dan menerbitkan Das Capital volume II dan III - kerana Marx tidak sempat menyiapkannya - dia pergi lebih awal daripada Engels, sahabat karibnya yang mula ditemui di Paris.


Sekarang, berhadapan dengan situasi ini, siapa yang sanggup menjadi Engels kedua? Atau lebih tepat Engels versi Malaysia di alaf baru? Kita kekurangan, malahan boleh dikatakan tidak ada mereka-mereka yang boleh membakar semangat golongan bawahan menentang penindasan, yang boleh menyelami hati dan perasaan masyarakat miskin yang hidup di kawasan pedalaman, pengaruhi mereka supaya hentikanlah mengundi golongan penindas ini dan sama-sama menyertai gerakan menjatuhkan pemerintah yang zalim.


Siapa yang layak menjadi pengganti Engels? Atau mestikah kita mesti mencarinya sampai ketemu? Tiada jawapan.... maka tunggulah kenaikan barang keperluan yang lebih dahsyat.


Baca juga di bawah ini :
How the Value of Labour Power is Determined

Mungkin Ustaz Zol Juga Akan Dilabel Sebagai Blogger Celaka




Kritikan Ustaz Zol terhadap pimpinan PAS Perlis di sini [link] dan komen menghentam beliau di sini [link]



Sindrom penafian ini boleh dikatakan ada dalam semua orang yang berada di dalam satu kelompok atau puak. Mereka ini lebih suka dengan berita yang hanya boleh menguntungkan mereka dan menyedapkan telinga mereka apabila mendengarnya dan kalau boleh tak mahu sedikitpun mendengar tentang kelemahan kelompok mereka.


Apabila musuh mereka ditelanjangkan, mereka akan bersorak keriangan. Tetapi apabila kelemahan mereka didedahkan dan kelompok mereka dikritik, terutamanya apabila disuarakan oleh ahli dari kelompok mereka, serta merta terpacul perkataan Astaghfirullah (konon-kononnya nak tunjuk warak), istighfarlah, pergi jumpa dulu dengan pimpinan, guna saluran yang betul (saluran paip?), dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang melenting serta mengamok.


Kelompok Wahhabi yang mendakwa mereka aliran Salaf sedaya upaya mahu menunjukkan merekalah yang benar dan menghentam aliran yang tidak sehaluan dengan mereka. Begitu juga dengan kelompok Syiah (terutamanya Syiah Melayu yang semakin bertambah di Malaysia ini - ataupun Syiah celup). Dalam menangkis serangan terhadap mereka, mereka tidak mahu mendengar sebarang kritikan terhadap sesetengah tindakan mereka dan menyerang balik si pengkritik itu - mereka-mereka ini hanya melihat kelompok merekalah yang terbaik dan tidak mahu menerima sebarang teguran dan kritikan. Lebih teruk lagi ada yang memandang rendah terhadap aliran lain.


Kelompok Ahlus Sunnah wal Jamaah juga tidak ketinggalan dalam bersifat kepuakan. Mereka juga mendakwa merekalah kumpulan yang paling benar dan golongan yang terselamat. Dengan bermodalkan itu, mereka menganggap aliran yang berlainan dari mereka sebagai sesat. Lebih malang lagi, ada dikalangan mereka ini bergaduh sesama sendiri. Ini kerana kelompok ini mempunyai 4 orang Imam Fiqh. Pengikut-pengikut setiap Imam ini mendakwa fatwa Imam merekalah yang paling benar dan tepat.


Inilah sifat 'assabiyyah. Semangat berpuak-puak. Kalau kelompok sendiri buat silap mereka akan pejamkan mata, tetapi akan serang habis-habisan apabila melihat kelompok lawan membuat kesilapan. Apabila kelompok sendiri ditegur, mereka akan mengamok. Selama ini orang-orang PAS mengatakan UMNO itu parti 'assabiyyah kerana mereka perkauman. Orang-orang PAS ini telah menyempitkan maksud 'assabiyyah itu sendiri. Mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka pun bersifat sedemikian. Mereka akan rasa panas hati apabila pimpinan sendiri ditegur dan dikritik. Tapi kalau bab serang-menyerang UMNO, merekalah nombor wahid.


Sudah ada contoh, lihat saja blog Ustaz Zolkharnain Abidin, salah seorang pemimpin PAS dari Perlis yang mengkritik pimpinan PAS Perlis. Kemudian, berjela-jela komen masuk dalam ruangan komen dan menghentam beliau (tapi pengkomen tersebut ternyata pengecut rupanya, komen pun pakai Anonymous je). Cuba perhatikan posting-posting Ustaz Zol yang menhentam UMNO. Komen yang masuk sikit saja. Tapi kalau posting bab hentam pimpinan PAS, posting tersebutlah yang paling banyak komen masuk. Kalau boleh orang-orang PAS ini mahu orang dari kalangan mereka ini menyatakan perkara yang baik-baik saja tentang parti. Orang itu bersifat hipokrit pun tak pe, janji jangan cakap benda negatif terhadap parti.


Kalaulah Ustaz Zol ini up sikit dia punya tulisan terhadap parti, mungkin nasib beliau sama dengan blogger-blogger PAS Reform dan Task Force 13 yang telah dilabelkan sebagai Blogger Celaka oleh orang tertentu. Nasib Ustaz Zol akan sama seperti Pakaq, Aduka Taruna, Ali, Wan Gee, dan sebagainya.

Friday, May 28, 2010

Nak Muntah Tengok Mat Ezam Punya Blog


Blog Senatak Mat Ezam [link]


Jika dulu, Ezam mengatakan golongan yang berpangkat di Malaysia terutamanya menteri-menteri dan ketua-ketua polis melacurkan jawatan mereka kepada taukeh-taukeh dadah untuk mendapat habuan, dan hari ini saya pula mengatakan bahawa Mat Ezam pun melacurkan diri kepada UMNO demi mendapat tempat dan kedudukan (dengar cerita rumah you sedang direnovate?)


Tadi secara tidak sengaja terjumpa blog Mat Ezam di blogspot. Sebelum ini website beliau ialah http://ezam.my. Tiba-tiba berasa meluat dan nak muntah apabila Ezam meletakkan slogan "Rasuah Musuh No.1 Negara" beserta terjemahan ayat al-Qur'an dan juga Hadis Riwayat Imam Tirmidhi berkaitan dengan harta (dalil yang dia selalu keluarkan apabila ceramah). Kalau betullah Ezam ini masih komited memerangi rasuah, dia tidak akan join UMNO sebaliknya akan menjadi non-partisan.


Saya mungkin tidak berasa benci dan tidak akan menyerang serta mengutuk Ezam jika dia berdiam diri di walaupun sudah menyeberang ke UMNO. Ini disebabkan rasa berterima kasih kepada beliau (baca Kisah Tentang Seorang Ezam). Tapi disebabkan dia yang masih gila meroyan kerana marahkan Anwar dan menyerang pimpinan-pimpinan parti pembangkang, saya berubah menjadi pembenci beliau.


Saya yakin dan sangat percaya bahawa Ezam langsung tidak ikhlas memperjuangkan rasuah, kalau ikhlas dia tidak akan berada di dalam UMNO. Ceh! Kononnya tinggalkan Anwar sebagai prinsip sebagai seorang Islam. Woit! UMNO luluskan judi, mana dia prinsip Islam engkau tu?

Thursday, May 27, 2010

Menyokong Aduka Taruna Bertemu Dengan Hadi


Petikan daripada posting terbaru Aduka Taruna di sini :


Hadi lari 28 Mei.

Dengan kekuatan dalam beberapa tajuk yang lemah bagi pihak kita, jika Hadi lari 28 Mei, kita akan langgar Hadi pada 29 Mei di Lapangan Terbang. Gua akan berusaha mendapatkan maklumat lokasi dan masa kemasukan Hadi ke tanah air. Insyaallah.

Jika keadaan masih tidak dizinkan Allah, kita akan langgar Hadi di muktamar PAS tidak lama lagi; di luar masa muktamar. Kita akan menunggu Hadi berada dalam luar waktu muktamar. Insyaallah; beliau tidak dapat lari lagi ketika itu.

Seterusnya, kita gantung dan serahkan semula kepada Allah. Ingat. Kita tidak meletakkan satu2 jenama jemaah, party atau pemimpin melebihi keperluan dan kewajipan menegakkan system Allah. Jika wujud keperluan menjatuhkan satu2 berhala atau pujaan demi Islamic State, Nik Aziz pun kita akan langgar.

Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah.


Sebagai seorang yang mendokong prinsip-prinsip asas demokrasi dan juga memperjuangkan demokrasi tulin, saya menyokong tindakan blogger Aduka Taruna yang mahu bersemuka dengan Presiden PAS atas prinsip kebebasan bersuara. Aduka Taruna berhak menyampaikan dan meluahkan apa yang tersemat di dalam fikirannya.


Walaupun Aduka Taruna bukan ahli PAS, itu tidak bermakna beliau tidak boleh mengkritik kepimpinan PAS. Lagipun PAS mendapat kuasa melalui sokongan ramai yang tidak mempunyai parti atau bukan ahli mana-mana parti tapi menyokong dasar perjuangan PAS.


Jikalau ada orang-orang PAS yang beremosi terhadap tindakan Aduka Taruna seperti salah seorang penulis di TKO yang seakan-akan mengugut mahu mengapa-apakan Aduka Taruna, ataupun mungkin ada yang bersiap sedia untuk menyekat Aduka Taruna dengan cara yang tidak demokrastik, pesan saya, jika kalian berbuat sebegitu, apa bezanya PAS dengan UMNO? UMNO pun menyekat pembangkang daripada bersuara melalui media.


Kalau nak berlawan hujah dengan Aduka Taruna, sila berhujah dengan cara yang demokratik. Jangan serang peribadi. Kata parti Islam? Mestilah kena tunjuk contoh yang baik. Jangan kerana penampilan seseorang itu dilihat buruk oleh sesetengah orang, lantas kita mahu memperlekehkan dan memperkecilkannya serta menafikan haknya untuk bersuara?


Oleh itu, sekali lagi saya nyatakan. Atas dasar hak dan kebebasan menyatakan pandangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan negara demokrasi, saya menyokong Aduka Taruna bersemuka dengan Hadi.

Tuesday, May 25, 2010

Selepas Pulau Batu Putih dan Limbang, Kini Tanjong Pagar Pula...




Nampaknya memang sudah terbukti dan jelas sekali bahawa pemimpin UMNO memang spesis suka jual negara. Mereka langsung tidak boleh diharap untuk menjaga kedaulatan negara dan membiarkan negara lain menginjak-injak Malaysia. Bukan sekali Malaysia kalah dengan Singapura. Tapi banyak kali. Sama ada dengan tahap kecerdikan pemimpinnya, ekonominya, pendidikannya, kedaulatan negaranya, dan lain-lainlah.


Dulu dengan cerita jual pasir Johor kepada Singapura. Kemudian jual air dengan 3 sen seliter dan beli balik dengan 50 sen seliter! Kemudian kalah kes Pulau Batu Putih (Rais Yatim itu pembohong, win-win situation konon!). Selepas itu kena buli dengan Brunei pula mengenai tuntutan wilayah Limbang di Sarawak kemudian digantikan dengan 2 blok minyak yang bernilai 320 billion.


Ini, Tanjong Pagar tanah kepunyaan KTMB hendak digadai. Kononnya tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini. Stesen yang berusia 78 tahun ini yang menjadi bukti bahawa Singapura dan Malaysia pada ketika dahulu adalah satu - dan bukti ini cuba dipadamkan!


Pemimpin Singapura memang cerdik, kerana rakyatnya yang cerdik. Manakala pemimpin Malaysia ini bodoh kerana dipilih oleh orang-orang bodoh. Sekumpulan bodoh akan melantik bodoh dikalangan mereka untuk dijadikan pemimpin. Dan orang bodoh makanan orang pandai.


Orang-orang Melayu masih lagi marah kerana ada pemimpin pembangkang yang lebih suka berpakat dengan orang bukan Islam untuk meraih kuasa tapi pada masa yang sama membutakan diri apabila pemimpin negara melutut kepada negara lain. Pergi jahanamlah dengan ayat "siapa lagi yang nak tolong orang Melayu kalau bukan kita," - woit! Apa yang kau buat apabila satu demi satu kedaulatan negara tergadai disebabkan oleh pemimpin Melayu?


Mak cik dan pak cik Felda tahu dan fahamkah benda-benda ini semua? Mana perginya pejuang-pejuang Melayu tulin kita? Bullshitlah! Orang Melayu tak akan sedar! Percayalah.


Selepas ini kawasan mana pula yang menjadi mangsa? Pulau Pisang? Apa gunanya Jabatan Laut Malaysia jika rumah api di pulau tersebut dikawal selia oleh Singapura?

Sunday, May 23, 2010

Satu Lagi "Perjudian"



Hizb Tahrir menolak demokrasi dan mengatakan bahawa demokrasi itu adalah warisan penjajah dan ianya haram diamalkan. Untuk menguatkan hujjahnya, mereka berkata dalam pilihanraya terdapatnya unsur perjudian iaitu sewaktu calon pilihanraya membayar wang deposit/wang pertaruhan. Dan ia sama dengan judi. Itu salah satu sebab Hizb Tahrir menolak demokrasi.


Jawapannya.. Apa bezanya pertaruhan dalam perjudian dan wang pertaruhan dalam pilihanraya? Bezanya ialah jika kita berjudi, kita bertaruh kemudian balik rumah dan goyang kaki. Tanpa perlu buat sebarang pekerjaan untuk memenangkan kita. Tapi sebaliknya dalam proses penamaan calon dalam pilihanraya, selepas selesai urusan wang deposit dan lain-lain, calon yang bertanding tidak balik goyang kaki. Mereka berusaha menemui pengundi dan berkempen sehingga tak cukup tidur untuk memperolehi kemenangan.


Itulah bezanya di antara wang pertaruhan judi dengan wang pertaruhan dalam pilihanraya. Jika berjudi, si pelakunya tidak perlu berusaha, sebaliknya dalam pilihanraya, calon perlu berusaha untuk menang. Inilah hujah TGNA dalam salah satu ceramahnya berkenaan orang yang berhujah mengatakan wang pertaruhan dalam pilihanraya adalah salah satu bentuk perjudian.

Saturday, May 22, 2010

Teruknya Perangai Orang Melayu


Orang Melayu ini memang sah kuat berperangai busuk hati. Mereka akan rasa tidak senang jika seseorang yang lebih muda ligat berbicara, memberi pendapat dan kritikan. Kerana mereka tidak akan pernah sesekali menilai apa yang dicakapkan, tetapi menilai pada umur orang yang berbicara itu.


Jika mereka mendapati orang yang berbicara itu masih muda, dengan mudah memberikan kesimpulan bahawa "dia masih muda, masih mentah, tidak layak berbicara,". Inilah salah satu perangai tak guna orang Melayu. Sepatutnya mereka yang sudah tua bangka dan sudah hendak mampus patut sedar yang mereka perlu berfikiran lebih kritikal dan lebih jauh jika seseorang budak mentah sudah boleh berfikiran demikian.


Oleh kerana yang berbicara ini masih mentah dan belum pernah mengundi, jadi hak demokratik dia disekat sehingga umurnya dewasa dan sudah beberapa kali mengundi? Oh sungguh teruk perangai bangsa yang paling tidak guna ini.


Saya : tidak akan dan tidak berminat untuk mendaftar pengundi dan mengundi!

Wednesday, May 19, 2010

Mangkok-Mangkok Yang Mengharamkan Demokrasi Tapi Sokong Pemerintah Yang Halalkan Judi

SIAPA MANGKOK-MANGKOK DI BAWAH INI




Terjumpa blog dan FB mangkok-mangkok yang kata demokrasi itu haram dan mencela tindakan pemuda PAS yang mahu mengadakan demonstrasi untuk membantah kerajaan menghalalkan judi World Cup.


Sebelum itu, saya mahu nyatakan. Munkee-munkee, mangkok-mangkok-hayun dan malaon-malaon yang anti demokrasi adalah terdiri daripada mereka yang berfahaman dari Arab Saudi (wahhabi le tu - Arab Saudi tak pakai demokrasi, tapi sistem monarki, masalahnya dalam Islam ada ke sistem monarki? Jawab jangan tak jawab), tapi claim diri mereka adalah pengikut Salaf.


Dan satu lagi golongan yang anti demokrasi adalah puak-puak Hizb Tahrir dan sewaktu dengannya, dan individu-individu yang bukan Hizb Tahrir tapi turut menyokong penubuhan semula Khilafah.


Saya mahu komen yang golongan pertama dulu, iaitu puak-puak yang habis belajar di Arab Saudi yang wala' kepada pemerintah yang halalkan judi dan marah kepada orang yang menentang pemimpin yang tak ikut Islam. Golongan yang kedua itu pada posting-posting yang seterusnya.


Depa letak fatwa ulama yang kononnya muktabar nun jauh di Arab Saudi (ulama-ulama yang kuat mengkafirkan dan membid'ahkan sesama Islam):


Fatwa Syeikh Abdul Aziz a-Rajihi Hafizahullah (ulama muktabar Arab Saudi):

"demonstrasi ini bukan amalan kaum muslimin, ini adalah perkara yng dibawa masuk (dari luar) tidak dikenali kecuali daripada negara-negara barat yg kafir..."

[al-Fatawa al-Syar'iyyah fil Qadaya al-Mu'asarah, m.s 181]



Kalau macam tu, jatuh kafirlah kalau demonstrasi ye, sebab ikut budaya kafir, tak gitu? Woit mangkok, yang tiap-tiap tahun umat Islam dari seluruh dunia pergi menunaikan Haji, tawaf, dll itu bukan demonstrasi ke? Jangan buat-buat bebal, dalam Islam pun ada demonstrasi. Kita berdemonstrasi, bermakna kita mahu menegur kezaliman melalui lisan.


Woit. Tak jumpa hadis ke Nabi SAW pernah bersabda, apabila nampak kemungkaran cegahlah dengan tangan (kuasa), kalau tak mampu cegahlah dengan lisan, dan kalau tak mampu cegahlah dengan hati, itu selemah-lemah iman. Jangan buat lawak antara benua kalau kau kata tak jumpa hadis ni.


Puak-puak ini juga telah melabelkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebagai golongan Khawarij. Waduuh sedapnya main label-label macam ini. Depa ini lagi haprak, akal yang Allah bagi letak kat punggung, otak letak kat lutut. Pemerintah macam Najib (dan UMNO) patut ditaati walaupun berlaku zalim? Dan haram kalau melawan?


woit! Tak baca sejarah ke. Cucu kesayangan Rasulullah SAW, Sayidina Husin pun melawan pemerintah (Yazid bin Muawiyah) dan syahid di Karbala. Woit! Tak nampak lagi? Isteri Nabi dan Sahabat Nabi (Aisyah, Muawiyah, Talhah, Zubair, dll) pun berperang melawan Sayidina Ali (ketika itu menjadi Khalifah ke-4).


Sudah-sudahlah ikut ulama dari Saudi yang hanya bising dan menyalak-nyalak tentang perkara furu', itu haram, ini bid'ah, tapi Amerika yang bunuh berpuluh-puluh ribu umat Islam berkawan dengan Arab Saudi, diam pula?


Ini satu lagi contoh kenyataan saekor mangkok yang menyokong kerajaan dan menempelak orang yang membantah judi (ada title Ustaz tu, jangan main-main) :


"Jika kerajaan menghalalkan judi ini bermakna dia sudah kafir nauzubillah min zalik, tetapi masalah sekarang adalah kerajaan membenarkan lesen judi dan jika ada umat islam yg bermain jud yg dilesenkan ini mereka akan tetap ditangkap dan undang2... syariah di malaysia tidak diubah bahawa umat islam haram bermain judi ini menunjukkan bahawa kerajaan masih beriktikad judi itu haram dan perbuatan mereka memberi lesen judi hanyalah suatu maksiat yg wajib diingkari dgn hikmah.

Perlu diingat, World Cup itu sendiri sudah haram, jika benar khawarij ini ikhlas mengubah kemungkaran mereka bukan sekadar membantah lesen judi bahkan akan bantah juga penyiaran siarang langsung acara ini kerana ianya maksiat. wallahua'lam."


kah kah kah..nilailah sendiri kata-kata ini. Bangang melantun-lantun. (P/S: Khawarij merujuk kepada penyokong Pakatan Rakyat).


Demonstrasi haram? Woit UMNO pun banyak buat demo kebelakangan ini. Demo kepala lembu, demo di Kedutaan Australia, demo kutuk Zaid Ibrahim, dll. Guna akal la lain kali. Bagi hadis panjang berjela, tapi semakin menampakkan kebodohan dan kebangangan.

Tuesday, May 18, 2010

Mahathir Mohamad Buka Perniagaan Baru

Setelah bersara, bekas PM Malaysia ke-4 merangkap PM yang paling cerdik bercadang untuk menghabiskan usia beliau dengan membuka perniagaan baru supaya beliau tidak merasa bosan ashik melepak di dalam rumah dan hari-hari makan nasi lauk kari.


Pekerjaan terbaru beliau ialah dengan menjadi penjual burger sepenuh masa. Inilah gerainya :




kah kah kah

Monday, May 17, 2010

Cheers Untuk Kemenangan di Sibu



Woit!


Sorry tak update sejak Jumaat. Berkabung 3 hari kerana nenek ku-sayang sudah meninggal dunia.


Malam semalam dapat tahu DAP menang tipis di Sibu. Ini sudah bagus. Kekalahan dan kehilangan kerusi di Hulu Selangor sudah diganti dengan Sibu. Jom raikan kemenangan ini.


Cheers!!

Thursday, May 13, 2010

Mana Dia Zul Noordin?

INI BUKAN ZUL NOORDIN, INI YANG BERHORMAT DONKEY


KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.


Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.


Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.


Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.


Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.



Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.



"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.


Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir. - Harakahdaily




Woit!


Mana dia pejuang Islam kita dari Kulim?? Senyap semacam saja. Cakap pasal Islam berdegar-degar. Takkan setakat komen dalam blog kut. Tak ada sidang media ke? Pegi serang DAP buat apa. Parti yang kau kata "laknatullah" itulah yang lawan judi dalam parlimen.


Takut tegur Najib ke? atau takut kena himpit dengan bik mama?

Wednesday, May 12, 2010

Kalau Nak Sangat Pembangunan, Bagi Cina Saja Memerintah


Kalau tanya saja pendapat orang Melayu atau mana-mana orang yang berfikiran kelas ketiga, mereka mengatakan bahawa dengan sokong kerajaan yang sedia ada sekarang (UMNO/BN lah tu) mereka menikmati banyak projek pembangunan. Sedangkan, mereka tak akan dapat apa-apa kalau sokong parti pakatan pembangkang.


Di sini saya nak jelaskan, kalaulah pembangunan yang menjadi idaman semua, sokong dan redha sajalah bila pemimpin Cina memerintah negara, kerana akan terjamin bahawa projek pembangunan pasti akan melimpah ruah masuk ke negara ini dan rakyat Malaysia akan menikmati 1001 jenis kemewahan.


Tak percaya? Lihat negara jiran kita, Singapura. Sewaktu masih lagi duduk dalam Malaysia, taraf kedua-dua negara ini sama saja dari segi ekonomi dan taraf hidup. Ini berterusan sehingga Singapura ditendang dari Malaysia dan juga lewat tahun 70-an. Sebaik saja tahun 80-an ke atas, Singapura jauh meninggalkan Malaysia.


Siapa yang pernah pergi ke Singapura pasti tahu dan terpegun dengan pembangunan di sana. Jauh meninggalkan Malaysia. Pemimpin Singapura majoritinya Cina. Negara mereka kaya, ekonomi bagus kerana tahap integriti yang memuaskan. Hampir tiada kes rasuah. Dan bila rasuah berkurang, lebihan wang dalam kantong negara bertambah banyak. Dan bila banyak wang, kerajaan boleh menyalurkan kepada rakyat. Nampak tak lagi, wahai Melayu?


Orang Cina, mereka bukan Islam, tapi mereka cukup marah kalau ada pemimpin rasuah. Mereka juga marah kalau banyak kes-kes jenayah. Sebab itu kalau kita lihat kempen DAP pada PRU-12 lepas, mereka masukkan juga isu jenayah yang semakin berleluasa di negara ini. Bermakna mereka amat cakna dengan keselamatan negara. Jadi, orang Melayu semua, lupakan isu bangsa mana yang layak memimpin, dah kalau mahukan kemewahan dan pembangunan, angkat saja pemimpin Cina jadi pemerintah.


Jangan bebalkan diri menyokong UMNO yang kerjanya merompak dan mencuri duit rakyat siang dan malam. Buangkan rasa prejudis terhadap DAP.

Tuesday, May 11, 2010

Perangai Ibu-Bapa Melayu

Sakit hati saya selepas membaca cerita di blog bro ISA [link]. Inilah sikap dan perangai ibu bapa Melayu zaman sekarang ini. Bagi mereka, anak merekalah yang terbaik dan tidak akan membuat benda-benda jahat kononnya mereka tak ajar anak mereka jadi jahat! Macam manalah negara ni nak aman daripada penjenayah apabila mereka sendiri dilindungi oleh ibu bapa mereka sendiri.


Kononnya anak dah besar panjang, dah tahu beza mana baik dan buruk. Sebab itulah mereka biarkan saja anak mereka, nak hidup ke, nak mampus ke. Yang hairannya, mengaku Islam tapi sifat lebih teruk daripada kafir laknat. Inilah bangsa Melayu zaman sekarang.



Sekarang dah tahu kenapa saya tak berapa minat nak sentuh kes tembak mat motor dan seumpamanya??


Sunday, May 9, 2010

Sokong Calon DAP




Orang Melayu mungkin agak janggal untuk menyokong calon yang bukan Melayu dan bukan Islam dalam pilihanraya. Tapi, atas dasar setiakawan dan perjuangan menentang penyelewengan dan menegakkan keadilan, wajar kita menyokong DAP. Bagi saya, jika dalam sesuatu kawasan pilihanraya, yang bertanding adalah calon UMNO melawan calon DAP, saya lebih rela berkempen untuk menangkan calon DAP walaupun dia bukan Melayu mahupun Islam.


Saya berpendapat berdasarkan pemerhatian saya selama ini, akhlak dan peribadi orang bukan Islam jauh lebih baik berbanding orang Islam. Seolah-olah di akhir zaman ini orang bukan Islam pula memainkan peranan sebagai orang Islam. Perkara-perkara asas yang ditutuntut dalam Islam tidak dilaksanakan oleh orang Islam itu sendiri, tapi dipraktikkan sendiri oleh orang bukan Islam.


Kita lihat PRK Sibu kali ini. Calon yang bertanding adalah Cina dari SUPP, Cina dari DAP dan Melayu Bebas. Kita perhatikan bila kempen berjalan. Ada atau tidak personal abuse atau serangan peribadi terhadap calon sepertimana yang berlaku dalam siri-siri PRK sebelum ini. Itu adalah salah satu contoh. Kita lihat sendiri. Adakah penyokong-penyokong kedua-dua belah parti yang berbangsa Cina bertindak biadap dan kurang ajar seperti penyokong-penyokong parti yang berbangsa Melayu.


Saya tidak ada kemampuan untuk terbang ke Sibu. Walaupun harga tiket AirAsia boleh dikira berbaloi (RM 150-200), tapi jumlah tersebut amat berat bagi saya yang hanya seorang undergraduate yang tidak punya pekerjaan. Saya hanya mampu mengucapkan selamat berjaya kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat di sana. Ingat slogan Sibu4Change, inilah masanya untuk menebus kembali kekalahan di Hulu Selangor tempoh hari.


Berikan sokongan yang penuh kepada DAP!!

Friday, May 7, 2010

Ulangtahun Kematian Demokrasi di Perak



Masih ingat lagi tarikh pada hari ini (7 Mei) pada tahun lepas? Ingatkah lagi bahawa kali pertama Dewan Undangan Negeri Perak tidak dihormati, diinjak-injak oleh juak-juak UMNO/BN? Ketika inilah bagaimana bentara di DUN tidak lagi mahu mendengar arahan Speaker sah V. Sivakumar. Polis dengan sewenang-wenangnya masuk ke dalam Dewan serta mengheret Sivakumar dari kerusi speakernya ke dalam sebuah bilik.


Dalam Dewan Undangan Negeri Perak ada satu lagi dewan yang dicipta oleh ADUN-ADUN UMNO/BN. Di dewan yang satu lagi, mereka melantik Speaker yang haram, warna kulitnya sama seperti Menteri Besar Zambry. UMNO telah merampas kuasa di Perak secara pondan. Sehingga sekarang DUN masih lagi belum dibubarkan.


Kenanglah hari ini sebagai hari kematian demokrasi di Perak. Undang-undang diketepikan semata-mata untuk mendapat kuasa secara tidak sah. Ayuh bangkitlah wahai pencinta demokrasi tulen. Berkabunglah pada hari ini, terutamanya rakyat negeri Perak. Sama-samalah kita berusaha untuk menumbangkan UMNO/BN supaya demokrasi tulen dapat ditegakkan.


GAMBAR-GAMBAR UNTUK TATAPAN HARI ULANGTAHUN




ADUN-ADUN PR melindungi Speaker


Diheret bagaikan lembu (pinjam kata-kata Raja Perempuan Kelantan)

Thursday, May 6, 2010

Anwar Ibrahim Yang Saya Kenali - Redhuan D. Oon


ADALAH lebih baik cerita dari pengalaman sendiri bagaimana saya berkenalan dengan seseorang tokoh kontroversil dan bukan copy/paste dari cerita orang lain. Takut nanti mahkamah akan menuduh saya atas kesalahan hearsay.




Selepas saya memeluk Islam di Melaka pada Januari, 1980, saya telah meninggalkan pengajian formal dan mencari pendidikan Islamik sehingga akhirnya agak sebulan kemudian saya sampai ke Insititut Dakwah Perkim (IDP), Jalan Universiti, Petaling Jaya yang berhadapan dengan Hospital Universiti (UH).



Di IDP saya dapat belajar Islam dari peringkat Sanawi yang merangkumi bab-bab fardhu-ain serta pembacaan tajwid Al-Quran. Seronok juga kerana ia adalah berasrama penuh dan elaun perbelanjaan diberikan.

Kawan-kawan sekelas terdiri dari pelbagai kaum dari seluruh dunia yakni Iban, Kadazan, British, Jepun, Korea, Kemboja, Cina dan India. Waktu malam selepas solat Isyak berjemaah kami sering seberang ke kantin UH dan biasa ternampak Dr. Wan Azizah bertugas di sana.

Kemudiannya beliau mendirikan rumah tangga dengan Sdr Anwar Ibrahim (kini Datuk Seri AI).



Satu malam terdapat program ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia yang dipimpin oleh Sdr Anwar waktu itu) dekat IDP iaitu di Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Malaya (UM) untuk meraikan Hari Palestin.

Wakil PLO dijemput berucap di sana. Kami pergi dan seronok mendengar kerana terdapat sedikit perdebatan dari hadirin kepada wakil PLO tersebut.

Ada yang menyuarakan tidak puas hati dengan Yasser Arafat pemimpin PLO yang dikatakan berkawan dengan Soviet Union padahal USSR bunuh ramai umat Islam di bumi Afghanistan.

Ada yang menyuarakan kebimbangan (jika tak silap saya oleh Sdr Khalid Samad) yang perjuangan PLO lebih kepada fahaman nasionalis yang tidak islamik. Ada yang turut bertanya terus kepada Sdr. Anwar,



"Saudara, apakah kita asyik kutuk, kutuk dan kutuk sahaja? Apakah tindakan kita selepas ini?"

Sdr Anwar pun berbincang sedikit dengan wakil PLO tersebut lalu menjawab balas, "Saya sudah dapat persetujuan tadi dari wakil PLO bahawa mereka akan menerima pejuang dari Malaysia untuk pergi ke bumi Palestin untuk perangggg!!" Jelas tergamam kawan yang bertanya tadi.

Pada keesokan harinya saya pun merancang untuk mengunjungi pejabat ABIM yang juga tapak Yayasan Anda Akademik (YAA) kerana ingin menyahut panggilan jihad ke medan perang.

Rasional saya ialah saya tidak minat berjuang dibumi Palestin yang mungkin nasionalis. Saya mahu berjuang di bumi Afghanistan.

Tetapi kerana tiada tawaran ke sana tetapi Sdr Anwar telah menawar ke Palestin pula, saya sangka bagaimana kalau saya pergi masuk menerusi Palestin?



Saya mula mengajak sahabat yang ada di IDP untuk turut bersama ke medan jihad. Pada mulanya beberapa kawan kata bersetuju dan bersama dengan saya. Kemudian mereka kata mereka di belakang saya.

Apabila tiba untuk saya menaiki bas dari Jalan Universiti menuju ke Jalan Pantai Baru, pejabat Anwar, tiada seorang pun yang berada disampain maupun belakang saya.

Setibanya di pejabat Anwar, saya terjumpa Kamarudin Mat Nor (kini Dato' KMN) yang bermeja depan dari ruang lagi satu dalam pejabat. Keadaan suasana waktu itu agak sederhana, bukan macam ofis sekarang. Namun ruang pejabat Anwar agak sempit tetapi berkaca dan kelihatan beliau di dalam bersama seorang tetamu.



KMN tidak bertanya saya pun apa tujuan saya tetapi terus ajak saya masuk terus ke bilik pejabat dalam pejabat itu. Saya memberi salam di pintu Sdr Anwar dan beliau terus ajak saya masuk duduk padahal tetamunya masih ada dan beliau tidak langsung pernah berjumpa dengan saya.

Tetamu itu pulak adalah Fadhullah Wilmont iaitu ayah kepada Wardina (yang masa itu baru berumur 2 tahun).

Saya cuba mengajukan hasrat rancangan saya secara mudah dan ringkas, "Abang Anwar. Saya Redhuan yang malam itu terdengar pelawaan Abang tentang peluang pergi berjuang di bumi Palestin.

Saya dan beberapa rakan saya (dengan menoleh tangan ke belakang menandakan jauh ke Jalan Universiti sana) berminatlah..."

Anwar pandang saya tersenyum dan bertanya umur saya. Saya menjawab '19'. Beliau pun bertanya apakah saya sudah tamat pengajian tinggi.

Saya menjawab yang saya sudah berhenti dan tidak berminat terus lagi. Anwar pula menawarkan yang Yayasan Anda boleh membiayai pelajaran saya.



Saya menolak kerana menganggap semua pengajian itu bersifat duniawi dan ingin pengajian bersifat ukhrawi. Fadhullah Wilmont pulak masuk menyampuk,

"But Saidina Umar said we must learn about kuffar to fight the kuffar".

Saya tak berapa melayan ungkapan Fadhullah. Saya terus menunggu jawapan Anwar. Dia dengan pantas menjawab, "Kita ada pelbagai sukarelewan dari bekas komando, askar dan orang ramai yang lain.

Tetapi PLO cukup kaya dan lengkap segala-galanya. Tidak perlu fizikal dari kami, cuma sokongan moral".

Saya terus hilang harapan di situ. Tetapi Anwar dengan pantas lagi menyambung, "Brother, stay here in Malaysia. We have a bigger war here! (Kita ada perang yang lagi besarrrr di sini!)".

Saya pun meninggalkan pejabat ABIM dengan perasaan bercampur-campur. Kerana dari satu segi saya hampa tidak dapat pergi ke medan shahid, tetapi dari satu segi saya berkenalan dengan seorang yang cukup karismatik.

Satu hari saya pada awal tahun 1981 saya pun bosan dengan pendidikan sanawi di IDP lalu datang ke pejabat Anwar memohon kerja di Yayasan Anda Akademik.



Saya menunjuk kepadanya Sijil MCE saya (SPM la). Beliau perhati sijil saya lalu dengan pantas angkat telefon. "Nahar Akhbar Khan, I got an english teacher for you!" (Nahar lama kemudiannya menjadi pengarah drama tv dan wayang).

Anwar pun beritahu saya, "That is evening class in Kpg Baru branch. Pagi pulak u come here to help me with writing my foreign correspondence. I need your A1 in English".

Saya pun dibawa Anwar sekililing pejabatnya dari Kamarudin Md Nor, ke Kamarudin Jaafar, ke Abbas (yang lama kemudiannya menjadi dekan matrikulasi UIA) ke Nasarudin Jalil (yang tak silap saya kemudiannya jadi jutawan)(Ini semua zaman Anwar dalam Umno kemudian).

Yang istimewa ialah cara Anwar perkenal saya, "Jaga-jaga sikit dia ini. A1 in English. Kombinasi Abdul Qadir AS-Sufi dan Suara Islam!" (Anwar merujuk kepada dua kumpulan Islam yang saya turut mengikuti waktu itu).Saya gembira mendapat kerjaya hidup saya yang pertama ia itu sebagai seorang tutor merangkap penjawab surat-menyurat Anwar. Sebelah petang saya pergi mengunjung Nahar untuk melapurkan diri.




Yang lucunya Nahar pun berbisik kat saya, "I didnt even ask for an english teacher. Apalah tu Anwar, pandai-pandai je angkat orang kerja dengan senang je".

Baru saya tahu bahawa Anwar terus dengan kilat mencipta kerja untuk saya tanpa berfikir lebih lanjut.

Saya mula kagum dengan Anwar. Di pejabatnya saya perhati bagaimana beliau bercakap dalam telefon,
"Apa habak pak menakan?! Apa habak mak menakan?! Apa habak anak menakan?! And how is your son overseas?" Beliau cukup mencairkan pemanggil yang duduk di hujung talian telefon.

Cara Anwar berjabat tangan dengan kawan lain dari yang lain. Orang angkat tangan sekadar ke paras perut, Anwar angkat tangan dari kepala turun.

Jika anda berjanggut Anwar akan mengusapnya. Jika anda bawa anak kecil Anwar akan mengusap manja kepala anak itu. Cukup personal.



Satu hari saya telah selesasi mengarang surat balas Anwar ke luar negara yang berbahasa Inggeris. Cara saya menjawab surat tersebut ialah dengan mengambil ulasan dan jawapan ringkas dari Anwar dan saya akan menyempurnakan seluruh kandungan surat - bagi heading dan ending. Cara nak bagi itu saya perhati dari surat-surat yang mendatang. Jika surat itu bermula dengan, "May you find this letter in the best of Iman and Islam", saya akan tulis balik dengan jawapan "May you also find this letter in the best of Iman and Islam". Copy and paste punya teknik.

Selepas itu baru saya memasukkan one liner atau jawapan ringkas Anwar, saya tulis dengan tertib dan penuh ayatnya di hujung dan dipangkal.



Anwar apabila mahu approve surat yang saya sudah karang akan ambil pen dan potong pulak ayat muqadimah yang saya susah payah tiru dari surat lain.

Dia potong ayat, "May you find this letter ... " dan ganti dengan tulisan lain, lalu pandang saya lalu berkata, "Do not follow others".Satu hari semasa mengajar di YAA di Kpg Baru saya didatangi satu berita gempar dari IDP iaitu beberapa muslimah saudari baru telah dianiaya oleh pentadbiran IDP iaitu disuruh buka kain tudung dan diganti dengan skarf yang mendedah aurat mereka.



Mereka protes lalu 10 dari mereka kena hukuman kurung di dalam bilik asrama mereka sehingga mereka turut perintah modenis dari Tan Sri Abdul Jalil Hassan (pengarah IDP yang tak silap saya juga pernah jadi Mufti negara).

Saya meminta bantuan ide dari pendaftar YAA cawangan Kpg Stony (Wan Abdullah) dan beliau bawa saya jumpa editor akhbar Watan dekat dengan Kpg Baru.

Saya bagi tahu ceritanya kat beliau dan Watan pun menyiarkan kisah perintah buka tudung itu. Pihak IDP lagi marah dengan saya dan muslimah yang boikot itu.



Akhirnya 3 dari saudari baru itu turut perintah kerana tidak tahan deraan psikologi dan tinggallah 6 dari mereka yang masih degil. Kesemua-semua enam itu dipecat.

Sekali lagi saya pergi ke pejabat Watan, dan sekali lagi Watan siarkan sebagai tajuk muka depan kali ini, "Perkim buang Saudari Baru Kerana Enggan Tinggalkan Pakaian Tudung" (saya tak berapa ingat tajuk sebenar, maklumlah dah lama).

Saya pun bergegas ke pejabat Anwar mengharapkan pembelaan. Setibanya di pejabatnya, saya perhati Anwar sudah berada ditalian telefon dan berbual dengan suara agak jelas kepada Setiausaha Agung Perkim. Anwar nampak saya dan isyaratkan saya masuk pejabat dan duduk.

Saya dengar Anwar berkata, "Datok, jika mereka ini buat nakal ke khalwat ke, boleh lah pecat. Itu pun bagi lah amaran, itu pun amaran pertama, kedua. Ini tidak, terus dah pecat. Malulah kita nanti sebagai pertubuhan kebajikan saudara baru".



Lepas habis perbualan beliau, Anwar pandang kat saya dan terus berucap, "Inilah Redhuan! Kita mana boleh harap kat tarikat engkau saje? Kita perlukan satu angkatannnn macam ABIM niii!"

Anwar terus mengeluarkan buku ceknya dan tuliskan satu cek bernilai RM300 (juga tak berapa ingat jumlah tepat, plus minus 50). "Berikan ini kepada muslimah yang dipecat itu. Kita terus lawan."

Saya pun sampaikan wang itu ke rumah Kak Azizah, iaitu rumah seorang kakak (saudara kepada Datuk Hassan Ibrahim, pengarah kerajaan yang masyur dengan kes bongkar kecuaian dalam kerajaan) yang mengambil para muslimah tersebut menduduki sementara rumahnya yang terletak lebih kurang seratus meter di belakang IDP masa itu.

Itulah Anwar yang saya kenal. Cukup bertindak pantas dan tepat, tajam, peramah, karismatik serta cerdik dan berjiwa besar.

Tetapi saya agak terkejut kerana pada satu majlis makan malam amal ABIM di Dewan Sivik MPPJ beberapa hari sebelum beliau memasuki UMNO, Anwar berucap dalam perasmian majlis tersebut, "Ada ura-ura mengatakan saya akan masuk UMNO. Itu semua berita angin belaka"



Apabila kejutan itu akhirnya berlaku, saya sudah rancang berhenti dari YAA kerana mendapat kerja sebagai juru-komputer di Dataprep Malaysia. (Terima kasihlah banyak-banyak kepada DSAI dan YAA kerana membiayai gaji RM220 sebulan yang dapat menampung pengajian komputer saya sebelah siang di Goon's Institute di seberang Kpg Baru di belakang Chow Kit waktu itu.

Memang gaji itu tak cukup bayar yuran RM160 sebulan tetapi emak saya bagi elaun RM120 kerana membantu emak jual rokok di kelab kuda pada setiap hujung minggu. Anwar juga memberikan saya duduk percuma di asrama YAA di Flets Kpg Kerinchi. Jasamu merupakan amal jariah buat seorang saudara baru).

Masa berita Anwar masuk UMNO, saya terkunjung pejabat Fadhullah di Perkim/Riseap dan beliau dengan seronok tanya pendapat saya. Saya pula menjawab, "Itu periuk nasi masing-masing. Allah tak akan tanya mengenai hal orang lain. Tetapi mengenai hal saya sendiri". :-)

Tak lama kemudian saya pun menyertai PAS. Saya tidak pula mahu berjumpa Anwar walaupun beliau ada bagi tahu kawan yang saya boleh pergi berjumpa jika mahu. Saya tidak berminat politik kerana lebih minat tasauf, dan ilmu sejagat serta mempergunakan PAS untuk berdakwah kepada Cina dan bukannya Melayu.



Lama kemudian semasa karier Anwar makin mendaki, tergerak hati pula nak berjumpanya. Saifudin Nasution pun bawa saya pergi menghadiri salah satu majlis berbuka puasa di rumahnya.

Tetapi masa itu nampak Anwar dikelilingi TanSri2 dan DatukSeri2 dan macam dah tak berapa kenal saya. Tak ape lah, salah saya pun, kerana berkerja di Harakah masa itu dan ade orang pernah menggunakan nama saya (Zulkifli Yahya lah tu) untuk hentam Anwar dalam artikel Harakah. Nak kata sori dah tersiar berita menfitnah beliau bina rumah besar dengan kolam renang.

Saya cuma berkata kepada Anwar semasa nak salam malam yang saya datang check kot-kot ternampak ke kolam berenang tersebut. Anwar pun dengan selamba tunjuk kat longkang tepi rumahnya dan berkata, "Mungkin ni kot". Jelas beliau marah sikit.

Itu pada tahun awal 90an agaknya. Apabila berlaku pemecatan beliau pada 1997 ke macam itu saya pun sudah meninggalkan PAS dan Harakah pada tahun 1995.

Saya pergi melihatnya kali terkakhir di rumahnya kerana saya sudah bosan dengan politik secara am.



Saya ingin menjengok wajahnya dari jauh kerana terlalu ramai orang masa itu dan tidaklah elok bertolak-tolak sesak. Anwar kelihatan letih, lebih kurus dan kembali lebih boleh didekati, bukan macam dulu. Ramai yang tanya saya, "Betulkah tuduhan homoseks itu?"

Saya pun terfikir sejenak mengembalikan ingatan saya semasa saya berkhidmat dipejabat beliau selama 11 bulan pada tahun 1981/2. Dan mempertimbangkan cara kes itu ditimbulkan, jawapan saya yang rasmi ialah, "Saya percaya ini semua adalah fitnah belaka.

Anwar bukan langsung menyerupai atau berperangai atau ada tanda-tanda sepertimana yang mereka menuduhnya. He is been setup big time."



Hari ini Anwar berada diambang kejayaan. Sekali lagi saya mengucapkan, "This is your life. I will not be asked about you. I shall be asked about myself.

Serve the people well and maintain your faith in Allah's Will and we shall be your hawariyun. Serve them bad and we shall do our bit to carry out Allah's Will too".



Di copy dari [link]

Tuesday, May 4, 2010

You Have Got No Rights To Ask!


Seorang pemimpin harus pandai dan berhati-hati apabila berdepan dengan wartawan yang pandai bermain dengan soalan perangkap. Apabila ditanya tentang soalan provokasi, soalan tersebut harus dipulangkan balik kepada yang bertanya.


Walaupun ini cerita lama, iaitu sewaktu YB Nizar Jamaluddin masih lagi sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun kepandaian beliau dalam mengelakkan soalan provokasi harus dicontohi mana-mana pemimpin pembangkang. Beliau ditanya sewaktu genap 100 hari PR memerintah Perak, bilakah Kerajaan Negeri Perak akan mengikuti jejak langkah Kelantan (maksudnya bila nak gubal enakmen Hudud).


Saya terpesona dengan ayat yang terakhir, ''You have got no rights to ask then!" - YB Nizar memang seorang yang cerdik, tegas, dan berpendirian. Sesuai jadi pemimpin.


Ini link dia :


http://www.youtube.com/watch?v=Ai8xdemKujo&feature=player_embedded

UMNO Menggadaikan Maruah Malaysia Kepada Negara Luar



Kalau dulu kes Pulau Batu Putih "yang tak ada apa-apa melainkan batu" disebut sebagai "win-win situation". Sekarang, antara Limbang dengan dua blok minyak L dan M yang memang milik Malaysia dipertaruhkan dengan Brunei. Brunei mendapat blok minyak yang bernilai RM 320 billion (bukan 320 ribu!) dan Limbang kekal kepada Malaysia.


Kehilangan RM 320 billion pun disebut sebagai "win-win situation"? UMNO gagal mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Dulu kepada Singapore, sekarang Brunei pula? Nampak sangat pemimpin UMNO pengecut. Hai Melayu, tak nampak lagi?


Dalam portal Free Malaysia Today, Lim Kit Siang mengatakan bahawa Najib dan Abdullah Badawi telah mengelakkan diri dari menjawab 2 soalan penting :


1. When and why Malaysia ceded away Malaysian sovereignty to two oil and gas-rich offshore areas in South China Sea, namely Block L and Block M, in favour of Brunei? and


2. When did Brunei surrender its territorial claim of sovereignty to Limbang and recognise full Malaysian sovereignty instead?



Link yang berkaitan (mesti baca) :


http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/05/menteri-mempelam-serahkan-sabah-dan.html



http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/5154-oil-sell-out-all-avoiding-answers-says-lim



http://gemasuara.blogspot.com/2010/05/serah-dua-telaga-minyak-suatu.html

Monday, May 3, 2010

Kisah Tentang Seorang Ezam (update)


"Cabaran masa kini ialah rasuah dan penyelewengan. Kerana tak ada maruah, sebab itu melarat hidup kita." "Bangun, bangkit, berdiri sebagai seorang insan yang mempunyai maruah."

Kata-kata inilah yang saya akan ingat sampai bila-bila. Orang yang bertanggungjawab menyedarkan saya betapa pentingnya maruah seorang bangsa yang merdeka ialah Ezam Mohd Noor. Saya mula rasa bersemangat sebaik saja mendegar rakaman ucapannya yang dirakam di Johor, 3 tahun lalu. Sebab itu kenapa saya selalu tekankan di dalam blog ini mengenai maruah. Saya selalu sebut mengenai maruah. Bab integritilah yang paling saya tekankan.


Berbalik pada kisah Ezam. Dahulu saya sangat menyanjungi beliau. Ezam meninggalkan pengaruh yang begitu mendalam pada diri ini. Tentang kisah beliau menghantar laporan rasuah setebal 632 mukasurat yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan kepada PM waktu itu, Abdullah Badawi. Saya mana pernah jumpa Ezam. Sempat bertentang mata dan berjabat tangan saja sewaktu beliau dijemput berceramah di Perkarangan Masjid Rusila, satu pentas bersama Azmin Ali yang turut dijemput (kali terakhir Ezam-Azmin satu pentas). Itu pun hampir 3 tahun lalu.


Tapi setiap bait-bait katanya saya ingat. Ketika itu beliau menenkankan soal maruah dan integriti. Beliau menyoal di mana maruah dan martabat kita selaku bangsa yang merdeka tatkala pemimpin-pemimpin UMNO bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan. Adanya pemimpin macam itu kerana kita (rakyat Malaysia) tidak meletakkan maruah diri di tempat yang tinggi.


Negara lain yang tidak Islam begitu pentingkan bab integriti. Jika seorang pemimpin dituduh rasuah dan dikumpulkan bukti yang tidak dapat dijawab, rakyat tidak perlu mendesak pemimpin tersebut meletak jawatan, tapi dia sendiri yang letak. Tapi di Malaysia ini? Dah jenuh suruh letak jawatan - tak letak-letak juga. Orang Islam apakah ini yang tiada maruah?


Saya sudah bawakan contoh di dalam blog ini mengenai bekas Presiden Korea Selatan (Roh Moo Hyun) yang bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi kerana malu dengan rakyat Korea tentang amalan korupsinya. Bandingkan maruah rakyat Korea yang kafir dengan Malaysia yang bermajoritikan Islam.


Ezam juga pernah membandingkan Korea dengan Malaysia dengan diceritakan pengalamannya berkunjung ke Gwangju. Tak mungkin saya lupakan. Beliau menerangkan sebelum tahun 80-an taraf Korea Selatan dan Malaysia lebih kurang sama. Sama ada ekonomi mahupun sukan. Tapi, Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia selepas daripada tahun 80-an. Kerana apa? Kerana bermulanya kebangkitan rakyat Korea yang melawan pemerintah sehingga mengorbankan ratusan nyawa. Sebab itu sehingga kini mereka menjadi bangsa yang bermaruah.


Mereka menghukum mana-mana ahli politik yang rasuah. Di Korea Selatan, ramai pemimpinnya masuk penjara. Di Malaysia, hanya boleh mimpi saja Menteri masuk penjara. Dan kerana bermaruah, rakyat Korea hingga sekarang hidup senang. Pendapatan selesa, jauh beza dari segi taraf hidup dan pendapatan berbanding rakyat Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka ada maruah, kita tak ada maruah.


Beliau menukilkan pula ayat dari Surah al-Hajj yang bermaksud, "Jangan kamu biarkan harta itu berlegar-legar di kalangan kamu yang berkepentingan" - oleh kerana tak ada penghayatan mengenai ayat ini, sebab itu masyarakat kita menjadi kosong, tak ada maruah. Orang kafir mana ada pegangan. Tapi mereka cukup marah kalau pemimpin mereka rasuah. Yang salah tetap salah.


Seterusnya beliau memetik kata-kata Ibnu Khaldun (Muqaddimah) : Hancur tamadun ini apabila pemimpin kena penyakit berkejar-kejar dengan kemewahan.

Ezam ketika itu kuat mengutuk pemimpin-pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan yang melacurkan jawatan mereka kepada tauke-tauke dadah. Pengalaman beliau di Penjara Kajang apabila diberitahu oleh seorang banduan yang bakal dihukum gantung kerana membawa dadah. "Tauke dadah tak akan masuk penjara kerana mereka boleh main golf dengan ketua-ketua polis".


Perkara-perkara inilah yang membawa kesan di dalam diri saya. Sudah berapa banyak saya sebut tentang maruah di dalam blog ini? Boleh kira sendiri. Tapi ini adalah hasil daripada kata-kata Ezam yang baru mengangkat sumpah menjadi senator pada hari ini ke dalam diri saya. Yang saya perjuangkan ialah pembasmian rasuah dan penyelewengan di dalam negara ini.


Tapi cukup mengecewakan bila beliau memilih untuk menyerahkan borang UMNO kepada orang yang kuat dikritiknya kerana lembab dalam pembersihan rasuah dalam pentadbiran (Abdullah Badawi). Saya berfikir banyak kali. Daripada sumber yang dipercayai, sudah nyata Ezam sendiri belot dengan perjuangannya. Bermula dengan krisis dengan pemimpin-pemimpin PKR sehingga beliau keluar parti, menjadi tidak berparti, bergerak atas platform Gerak, berceramah di atas pentas PAS, dan akhirnya terjun kembali ke lubuk asal.


Yang nyata, Ezam bukan Trojan Horse Anwar. Ezam khianat kerana tidak dapat perhatian dari bekas bossnya. Hishamuddin Rais menyifatkan sebagai penyakit KKS - Kurang Kasih Sayang. Kasih sayang daripada Anwar. Khalid Jaafar kata Ezam sudah tidak yakin dengan perjuangan parti.


Ezam pula dalam salah satu ceramahnya mengatakan sebab dia keluar parti kerana sudah dapat lihat ada elemen-elemen yang tidak elok yang boleh merosakkan perjuangan kerana terdapat segelintir pemimpin parti yang mempunyai cita-cita lain.



Pernah dulu ucapan Ezam keluar dari rakaman VCD ini hampir 3 tahun lalu mengenai desas-desus beliau menyertai UMNO. Dan jawapannya ketika itu ialah, "Macam mana nak masuk UMNO sedangkan sayalah yang paling kuat membuat laporan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO?"


Akhirnya serah juga borang kepada yang lembik lawan rasuah dengan alasan, "Saya berpuas hati dengan usaha PM yang mahu membasmi rasuah,"




Dah masuk UMNO, rumah pun jadi semakin besar. Ini gambar kononnya rumah Ezam yang sedang dalam peringkat pembesaran. Diambil dari blog Chegubard. Kalau gambar ini tak betul maknanya Chegubard bohonglah.


Hari ini Mat Ezam sudah jadi senator. Dan tadi saya tinggalkan komen pada wall Facebook beliau,


Salam Mat Ezam. Dah jadi senator ni, jalankanlah tanggungjawab dan pikul amanah dengan sejujurnya. Flashback balik apa yang anda ceramahkan di Tenggara, Johor dahulu. Flashback lagi tentang pengalaman anda di Gwangju, Korea serta perjuangan rakyat Gwangju pada 80-an. Walaupun saudara sudah berlainan parti, saya harap saudara tidak bacul dalam mempertahankan maruah umat.


Walaupun Ezam sudah khianat, tapi saya akan teruskan usaha mempertahankan maruah rakyat Malaysia dan perjuangan menentang penyelewengan dan korupsi.


Updates :


Menandatangani watikah perlantikan di Dewan Negara


New senators were sworn-in today at parliament. (L-R) Noriah Mahat, wanita chief of the DPM's Pagoh division, MIC No.2 Datuk G. Palanivel, former PKR youth chief now turned Umno member Ezam Mohd Noor and Rahim Co's executive chairman Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman. (The Malaysian Insider).


Ezam vows to continue fight for reforms



KUALA LUMPUR, May 3 — Newly sworn-in senator Ezam Mohd Noor today promised to continue fighting for reforms, a cause which had once landed him behind bars.

“As a former ISA and OSA detainee I am still fully committed to institute reforms in the country,” said the former PKR Youth chief after the swearing in ceremony this morning.

“Some people say I don’t deserve this but I remain the only Malaysian to be jailed under the Official Secrets Act for my conviction against corruption,” said Ezam.



“This is a recognition by PM to accommodate differences, to accommodate reform-minded people like me,” said Ezam.

He told reporters he believed that Prime Minister Datuk Seri Najib was serious in transforming the country.

“I want to work with him in his reform efforts,” said Ezam.