Wednesday, April 8, 2009

Nizar akan mengadap Tuanku Sultan Perak?



Beberapa hari selepas sidang DUN tergempar bawah pokok pada 3 Mac, MB Perak YB Nizar Jamaluddin telah mengutuskan sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah, mohon perkenan baginda untuk mengadap, untuk memberitahu akan hasil mesyuarat DUN tersebut. Ketika itu mungkin Sultan Perak tidak lagi nampak rakyat Perak meminta bubarkan DUN. beberapa ketika kemudian berlakulah PRK P.59 Bukit Gantang,Nizar dipilih menjadi calon, dan memenangi kerusi tersebut. Selepas bergelar wakil kepada rakyat di Bukit Gantang, susulan kepada surat yang pertama itu telah pun dikirimkan sekali lagi, apakah jawapan daaripada pihak istana?


Apakah Nizar berjaya mendapat perkenan Sultan Perak untuk mengadap baginda, untuk memohon dibubarkan DUN? Kemenangan Hj. Nizar Jamaluddin di Parlimen Bukit Gantang semalam membuktikan rakyat mahukan demokrasi tulen, cara pemerintahan yang baik, mahu DUN dibubarkan, dan membiarkan pilihan untuk memilih kerajaan yang sah kembali pada rakyat.


Apakah Dewan Undangan Negeri Perak akan berjaya dibubarkan? Adakah Sultan Perak akan memperkenankannya?


Pada pandangan penulis, eloklah DUN Perak dibubarkan, biarkan rakyat Perak membuat pilihan mereka sendiri, dan pada masa itu Sultan akan melihat pihak mana yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Tapi, selepas menerima tamparan hebat di kedua-dua bukit, tak berjaya merampasnya daripada PR, tentulah UMNO/BN tidak akan membiarkan perkara ini berlaku (bubar DUN). Mereka takut menerima tamparan sekali lagi. Walaupun PM telah diganti, namun rakyat tetap menolak kepimpinan BN, melalui pilihanraya. Semalam PR mengalahkan BN, 2-1. Di Bukit Gantang, pengundinya yang mewakili rakyat Perak sudah memberi signal, mereka bantah kerajaan haram BN Perak, yang diketuai oleh Zambry.


Adakah Sultan Azlan Shah akan perkenan YB Mohammad Nizar mengadap baginda? Sama-sama kita doakan ianya akan berlaku. Rakyat sudahpun bosan dengan politik murahan UMNO/BN.

1 comments:

ghostbuster said...

insya allah sultan azlan pasti memperkenankan pembubaran dun, bknnya dia tak tau, diakan bekas ketua hakim negara, arif sgt ttg undang2.