Wednesday, April 8, 2009

KEMENANGAN RAKYAT

Alhamdulillah, syukur kerana tuhan telah mengekalkan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kedua-dua bukit, malahan jumlah majoriti undi mereka bertambah berbanding pada Pilihan Raya Umum lepas. Lama jugak penulis menunggu keputusan rasmi semalam. Kalau tengok berita-berita utama, RTM dan TV3, hanya berulang menyiarkan kemenangan calon BN di Batang Ai. Sudah pasti diorang tak akan menyiarkan kekalahan BN di kedua-dua bukit. Memang tak boleh diharap kedua-dua stesen ini. Lalu penulis menunggu keputusannya di channel Astro Awani dan Bernama TV. Kedua-dua siaran ini selalu dimainkan untuk melihat perkembangan keputusan PRK.




Kemenangan YB Hj. Nizar Jamaluddin, calon P. 59 Bukit Gantang semalam disambut dengan laungan takbir, nampaknya pengundi di Bukit Gantang tetap memilih Nizar, dan menandakan tidak merestui perampasan kuasa di negeri Perak. Walaupun Ir. Nizar dicop sebagai "penderhaka" kepada sultan, ekoran isu sembah derhaka, namun rakyat di parlimen Bukit Gantang tetap mahukan Nizar sebagai wakil mereka. Ini menunjukkan, walaupun baru bergelar Perdana Menteri, Najib Tun Razak sudah jelas ditolak oleh rakyat di Semenanjung. Dengan slogan "Mohon Restu Rakyat" oleh calon BN Ismail Saffian, tetap tidak berjaya menambat hati rakyat. Sebaliknya slogan "Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat" oleh calon PAS berjaya memenangkan Nizar. Faktor undi simpati memang ada dalam mana-mana pilihanraya. Apakah Sultan Perak akan perkenankan untuk membubarkan DUN? tak tahu lah..tapi yang pasti, mesti ramai pimpinan UMNO/BN Perak yang menggigit jari, gagal menawan hati rakyat, malu dengan kekalahan. Haji Ir. Nizar menewaskan Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi. Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris hilang wang deposit, hanya meraih 62 undi. Sudah penulis jangkakan, jika calon Bebas tak hilang wang deposit di Semenanjung, memang satu yang luar biasa.

Di Bukit Selambau pula, keputusan diumumkan agak lewat. Sebelum itu, penulis sudah pun membuat spekulasi, mungkinkah satu "misteri" sudah berlaku? Kerana terdapat berita bahawa 2 orang telah ditangkap sebab membawa tong yang berisi kertas undi palsu..Kenapa keputusan rasmi lambat sangat diumumkan? Penulis menaip di laptop, untuk di publishkan, nasib baik, tengah asyik menaip, tiba-tiba siaran Astro Awani mengumumkan keputusan Bukit Selambau, dan keputusannya, kemenangan PKR di N.25 dikekalkan dengan majoriti yang bertambah. YB S. Manikumar, seorang ahli perniagaan, dipilih menjadi calon oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, namun telah timbul sedikit kekecohan semasa pengumuman calon. Ramai jugak yang mempertikaikan S. Manikumar sebagai calon. Namun, dia tetap menjadi pilihan pengundi DUN Bukit Selambau. Tahniah. S. Manikumar menewaskan calon MIC dengan majoriti 2,403 undi, dan kesemua 13 calon Bebas hilang wang deposit.

Pada PRU tahun lepas, calon Bebas yang menyertai PKR, V. Arumugam menewaskan S. Krishnan dari MIC dengan majoriti 2,362. Namun, majoriti tersebut bertambah 41 undi. S. Manikumar menggantikan tempat V. Arumugam, akan menjadi exco, dan mewakili suara kaum India di dalam DUN Kedah. Kemenangannya memperkukuhkan kerajaan PR Kedah, dan UMNO/BN gagal untuk merampas kerusi itu, walaupun sudah berjaya "menghalau" V. Arumugam dengan ugutan dan ancaman. Namun, sudah terbukti, BN menerima nasib yang sama di Bukit Selambau, rakyat terang-terangan menolak BN.


Di Batang Ai pula, PKR kurang bernasib baik. walaupun calon yang dipilih (Jawah Gerang) adalah pemimpin yang dikenali, mewakili pengundi Parlimen Lubok Antu selama 5 penggal, namun oleh kerana bertukar lambang, terus ditolak oleh pengundi yang bermajoriti kaum Iban itu. Mungkin tiada "ong" lagi. Cubaan boleh lagi dibuat pada masa yang akan datang, untuk menaikkan semangat inginkan perubahan rakyat Sarawak. Jawah Gerang ditewaskan oleh calon BN Malcolm Mussen Lamoh dengan majoriti sebanyak 1,854 undi. Peratus keluar mengundi pula ialah 75.32%.


Survivor bagi BN adalah pengundi Sabah dan Sarawak, kerana rata-ratanya memenangkan calon BN. Jika diharapkan di Semenanjung, dah lama BN "bungkus". Fenomena di Malaysia Timur mungkin agak berbeda berbanding di Semenanjung. Pengundi masih mahu mengekalkan BN kerana masih ada yang beranggapan BN lah penyelamat, walaupun kita sedia lihat, Sabah dan Sarawaklah ramai penduduk miskin tegar, kemudahan takde lagi, bekalan elektrik, air. Kemudahan yang dinikmati oleh penduduk Semenanjung mungkin lebih mewah daripada apa yang penduduk Sabah dan Sarawak peroleh. Mereka sanggup ditipu, semata-mata nak lihat BN menang. Lagi satu, wakil rakyat di sana agak beda berbanding di sini. Rata-rata wakil rakyat di Sabah dan Sarawak memang betul-betul menunaikan tanggungjawab mereka, selalu turun padang. JAUH BEDA dengan kebanyakan wakil rakyat di Semenanjung, berlagak seperti "tokey", payah nak jumpa. Ini berlaku tak kira YB daripada BN ataupun PR.

4 comments:

Hisyam said...

Salam.

ini adalah bukti yg menunjukkan najib x layak jd pm. bn dah x mcm dulu lg, sokongan semakin hilang.

Anonymous said...

itulah perangai puak2 ikut anwar ibrahim! Bila menang, bersorak macam orang meroyan, bila kalah, tuduh macam2, pengundi hantula, tipu la, pastu buat domonstrasi. dsar penjilat semuanya!

Anonymous said...

Kesiannya dia ni, dah kalah, nak marah2 kat cni plak..terima je hakikat, UBN dah x relevan lg dahh... jakunla sokong bn ni.

Reformis Jalanan said...

ala, mana ada yang kalah. Semua menangla, win-win situation (pinjam kata-kata Rais Yatim). BN pun menang di Btg Ai, PR pulak di 2 bukit. Cuma yg beda PR menang LEBIH SIKIT drp BN. Itu saja. Semua pihak menang.