Saturday, April 11, 2009

2 GOLONGAN

Apabila memikirkan tentang teruknya sikap 2 golongan ini dalam negara kita, penulis teringat akan satu hadis Nabi SAW, tapi penulis sudah lupa ayat asalnya, dan terjemahannya lebih kurang begini : "Terdapat 2 golongan, jika baik kedua-dua ini, maka baiklah rakyat. Jika jahat kedua-dua ini, maka jahatlah rakyat. Iaitulah golongan ilmuwan dan pemerintah (ulama' dan umara'). Sekarang kita sudahpun boleh lihat, keadaannya berlaku di Malaysia, kerana kedua-dua golongan ini di Malaysia memang jahat, lihatlah negara kita sudah jadi tidak aman lagi.


Apakah tugas pemerintah (umara')?

1) mengamalkan syiar Islam

2) menegakkan keadilan

3) berlaku adil kepada semua rakyat

4) memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman dan stabil

5)tidak mendiskriminasikan dan menindas rakyat

6) tidak pentingkan diri


Apa pula tugas alim ulama'?

1) menyebarkan dakwah Islamiyyah

2) berani mengatakan yang hak dan juga batil

3) berani menegur pemerintah jika terdapat kesilapan di dalam pentadbiran negara

4) memberi fatwa-fatwa yang berguna

5) tidak mengampu

6) tidak berdiam diri jika berlaku kemungkaran di dalam negara

7) senantiasa memberikan nasihat yang berguna dan baik kepada pemerintah mahupun rakyat.


Sekarang cuba perhatikan di negara kita, adakah kedua-dua golongan ini menjalankan tugas mereka seperti di atas? Tidak! Negara ni kononnya negara Islam, dan mempunyai paling ramai mufti, tapi sikit tak mendatangkan faedah. Para pemimpin lupa diri, melakukan penyelewengan, pentingkan perut, anak bini dan kroni semata-mata, tak tunaikan hak rakyat, dan lain-lain.


Golongan ilmuwan, ada dan berperanan, tapi tetap tak guna jugak. Terbaru, mufti Perak, Harussaini Zakaria mengeluarkan kenyataan, marah kerana Nga Kor Ming baca ayat Quran dalam ceramah. Dia bukannya menyelewengkan ayat. Terjemahan yang dia bagi juga betul. Begitu jugak dengan mufti Wilayah Persekutuan, hanya tau mengampu dan membodek, mengeluarkan kenyataan sumpah si Saifool itu sah, dan haram menentang sultan. Bekas mufti Perlis, Dr. Asri pulak tak habis-habis dengan "bid'ah!! bid'ah!!". Tak jalankan undang-undang Islam itu bid'ah yang paling besar, kenapa tak berani sebut pula? Dr. Mashitah, dulu berkata, "tak apa melacur jika terdesak," - tengoklah, menggalakkan zina! Majlis Fatwa pula mengeluarkan haram yoga, memang itu bagus, tapi banyak yang lebih penting lagi, kenapa tak kata "haram judi, arak, dan riba"???

Golongan ilmuwan hanya mengeluarkan kenyataan yang akan mendatangkan keuntungan kepada pemerintah. Sedangkan negara ini dilanda krisis keruntuhan moral yang serius! Kenapa diam saja bila pemerintah tak jalankan undang-undang Islam? Kenapa diam bila pemerintah luluskan lesen judi dan arak yang berleluasa? Mana dia tugas mereka yang sepatutnya menasihati pemerintah??


Sebab menerima habuan besar? Sebab tu diam. Terima banyak kemewahan, elaun besar, kereta besar, rumah besar, pergi ke mana-mana di sponsor, kehidupan yang selesa - semuanya telah menguncikan mulut mereka-mereka ni.




Susahnya nak jumpa mufti yang tegas, lantang, berani berkata yang hak, seperti Almarhum Dato' Ishak Baharom. Beliau menjalankan tugas dengan jujur. Tapi malangnya, akibat menegur kemungkaran di dalam negara ini, beliau dipecat pada 1997 oleh PM yang sangat jahat dan zalim ketika itu..manakala "orang itu", ilmu agamanya tinggi, tapi sanggup berdiam diri melihat "ayah angkat" melakukan kejahatan, hanya kerana nak jadi orang no. 1.


Mufti ada, tapi satu pun tak boleh diharap....

1 comments:

Anonymous said...

skrg ni mana ada org hormat lg pd mufti..semuanya haprak. suka sgt berdiam diri. kalau akulah,dah lama aku bg penerajang.