Thursday, April 30, 2009

Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Ikon Baru Pemuda


1. Sebelum ini, penulis langsung tak ambil cakna dan kurang ambil tahu mengenai salah seorang anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Ustaz Nik Abduh. Penulis hanya tahu serba sedikit tentang abangnya, Nik Adli, yang pernah merengkok di Kamunting selama 6 tahun. Nik Abduh pula, memang penulis tak tahu pun kisahnya, dan hanya pernah tengok gambarnya sekali dua, itu pun masa dulu.


2. Semenjak Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan idea "Unity Government", penulis akui, penulis antara jutaan umat di Malaysia tidak faham dengan cadangan itu, menyebabkan penulis tanpa usul periksa mengkritik Haji Hadi. Tapi, pada waktu itu, hati penulis bertambah membara terhadap kenyataan Nik Aziz di media utama, kerana kenyataannya yang mendakwa dirinya sebagai "nakhoda" bakal menambahkan kekalutan dan keributan diantara pemimpin dan penyokong PAS. Penulis berpendapat pada waktu itu, beliau (Nik Aziz) sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan itu kerana kenyataan tersebut akan dimanipulasikan oleh UMNO untuk menghentam PAS. Pada waktu itu juga penulis juga mengkritik sikap Nik Aziz yang suka mengeluarkan pandangan awal, sepertimana pandangan awalnya tentang ketidaksetujuannya terhadap Haji Nizar sebagai calon P.59 Bukit Gantang. Pada waktu itu, terlintas di hati penulis - mungkin Nik Aziz tidak faham soalan yang dikemukakan oleh wartawan, sehingga menyebabkan beliau menyangka Haji Hadi mahu PAS dan UMNO bergabung.


3. Tetapi, tanggapan sebegini terus terhapus apabila satu hari penulis terbaca entri yang ditaip oleh Nik Abduh menerusi blog beliau http://nikabduh.wordpress.com/ yang menjelaskan bahawa beberapa kerat pembantu Nik Azizlah puncanya yang menyebabkan Nik Aziz tersalah faham mengenai kenyataan Haji Hadi. Dan Ustaz Nik Abduh juga menjelaskan bahawa sebelum ini pun terdapat beberapa cubaan yang dilakukan oleh penolong ayahandanya untuk melaga-lagakan Nik Aziz dan Haji Hadi. Nik Abduh menyifatkan kerja-kerja sebegitu ialah "kerja-kerja bodoh di dalam pas".


4. Alhamdulillah, penulis bersyukur dan berasa lega apabila sudah mengetahui keseluruhan cerita mengenai "masalah" Nik Aziz. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Nik Abduh, yang berani berkata benar, walaupun terpaksa "menghentam" orang yang rapat dengan ayahandanya, serta mendedahkan perkara yang batil. Sekalung tahniah buat beliau. Sikap berani dan terus-terang yang dimiliki oleh beliau itulah penulis sudah mula mengcungkil cerita mengenai beliau, serta mula mengambil tahu kisah tentang beliau.


5. Orang seperti Nik Abduh lah yang layak diangkat menjadi pemimpin, sifat zuhud dan warak ayahanda beliau Tuan Guru Nik Aziz sudah mula terpancar di dalam diri Nik Abduh. Nik Abduh tidak seperti sesetengah pemimpin, yang hanya mendiamkan diri jika mengetahui sesuatu yang salah. Dalam blog beliau juga, beliau ada menceritakan beliau ada menolak serta "memohon derhaka" terhadap tawaran yang diberikan oleh ayahanda beliau seperti bertanding dalam pilihanraya, dan juga pegawai peribadi di DUN - tetapi itu semua ditolak dengan baik oleh Nik Adli. Mungkin sudah tiba masanya anak-anak muda menjadikan Nik Adli sebagai contoh dan role-model, dan juga ikon. Tidak mustahil satu hari nanti Nik Adli menggantikan tempat Nik Aziz!


6. Kenapa mesti menjadikannya sebagai ikon, kerana dia mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, imej sebagai pemuda yang baik, ditambah dengan ilmu agamanya yang tinggi, serta pengalamannya terlibat dalam PAS. Pernah belajar di India dan Kaherah, Mesir, serta berpengalaman menjadi guru di Maahad Muhammadi. Jawatannya di dalam PAS ialah ajk pas cawangan pulau melaka, Ketua PemudaPAS kawasanPengkalan Chepa, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dan AJK Dewan Pemuda Pas Pusat. Saudara Faisal Tehrani juga bersetuju jika Ustaz Nik Abduh menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. (http://tehranifaisal.blogspot.com/)

Wednesday, April 29, 2009

Cabaran Untuk Menubuhkan Negara Islam

Perjuangan Islam berada di mana-mana, kerana tujuan Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah SWT adalah untuk membawa rahmat ke seluruh alam, iaitu ajaran yang sebenar, Islam. Kerana itulah kita lihat sekarang ini umat Islam berada di mana-mana sahaja, dan Islam tidak hanya khusus kepada sesuatu bangsa, dan perjuangan untuk menegakkan Islam sentiasa ada di mana-mana zaman. Ini kerana Allah telah menjanjikan bahawa api perjuangan Islam tidak akan terpadam. Kita boleh lihat di negara-negara yang mempunyai kelompok untuk memperjuangkan Islam, walaupun negara tersebut bukanlah negara Islam.


Kita lihat contoh yang terdekat, umat yang memperjuangkan serta mahu menegakkan ajaran Islam melalui platform politik, melalui demokrasi, dan juga parti. Di Indonesia, ada Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Di Lubnan, ada Hizbullah. Di Palestin, ada Hamas, di Turki, ada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), dan tidak ketinggalan di Malaysia, kita ada PAS. Sebenarnya bukan satu yang mudah untuk menyebarkan risalah yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Pasti akan mempunyai halangan dan rintangan. Sama seperti keadaan di mana Rasulullah menyebarkan Islam dahulu. Ada saja tentangan daripada pihak yang kufur dan musyrik. Dan keadaan ini akan bila-bila saja berlakum kerana Allah pasti akan menurunkan ujianNya terhadap orang yang memperjuangkan agamaNya.


Ada saja halangan mahupun rintangan yang melanda sama ada dalam ataupun luar negara. Halangan daripada dalam negara ialah : Halangan, cemuhan, diperlekehkan, dihina, dan lain-lain lagi daripada golongan liberalis dan juga yang berfahaman sekular. Dan juga tidak lupa, kemungkinan besar akan disabotaj. Dan jika berjaya melaksanakan syariat Allah di dalam negara, sokongan yang diperoleh pasti akan berkurang, ekoran pihak-pihak tertentu yang cuba memburukkan serta mengeruhkan keadaan.


Cabaran yang mungkin diterima dari luar negara pula ialah : 1) Ancaman daripada negara-negara yang memusuhi Islam, seperti Amerika dan Israel. 2) Putusnya hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. 3) berlakunya sekatan ekonomi 4) dikecam hebat oleh dunia-dunia luar. Oleh itu, untuk mencapai matlamat dan tujuan asal, iaitu menegakkan agama Allah serta melaksanakan syariatNya di muka bumi ini, perlulah bersabar, sebagaimana sabarnya umat Islam terdahulu apabila dianiaya dan disiksa oleh pihak yang membenci Islam, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.


Kita lihat contoh, negara Iran, negara yang benar-benar bebas daripada anasir-anasir jahat. Dahulunya negara tersebut merupakan negara sekular. Akan tetapi, berkat usaha dan kegigihan golongan ulama' dan juga yang benar-benar ikhlas untuk menegakkan Islam, akhirnya sekularisme di negara itu hanyalah tinggal sejarah... berbagai dugaan yang diterima, ramai ulama' yang mati dibunuh oleh rejim Shah Iran, Imam Khomeini pula dibuang negeri ke Perancis, ulama'-ulama; disiksa, orang awam dibunuh, dan selepas berjayanya revolusi Islam Iran 1979, Shah Iran berjaya disingkir, tibul pula ancaman dari luar Iran, ancaman daripada Amerika, mempergunakan Iraq untuk menyerang Iran pada tahun 80-an - tetapi ini tidak melenturkan semangat mereka untuk memperjuangkan Islam, kuncinya hanya satu - sabar. Inilah yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin ataupun pengikut PAS yang ikhlas.


Jika dilihat di Iran, antara punca lahirnya kekuatan untuk membela dan memperjuangkan Islam ialah tempat aktifnya aktiviti kerohanian, iaitu di Kota Qom, selatan Teheran. Di sinilah lahirnya bibit-bibit revolusi Islam, akhirnya berjaya membentuk negara Islam yang bebas merdeka sehingga sekarang. Jika di Malaysia, negeri yang biasanya dikaitkan dengan "kuat PAS" ialah Terengganu, Kelantan, dan Kedah. Dan penulis ingin memfokuskan di Terengganu, jika sesuatu tempat mahupun kawasan yang aktif dengan aktiviti agama, di situlah menjadi tempat yang "kuat PAS". Antaranya ialah di Marang, Terengganu - kerana terdapatnya Masjid Rusila (atau lebih dikenali sebagai Masjid Haji Hadi). Dan lain-lain ialah di Masjid Simpang Empat, Chendering, di Batu Enam (Masjid at-Taqwa), di Batu Burok, dan juga di Pulau Ketam - tempat yang masjidnya sentiasa aktif, banyak aktiviti - inilah antara tempat yang menjadi kubu PAS.


Oleh itu, para ustaz dan juga tok-tok guru perlulah memainkan peranan mereka supaya dapat merealisasikan matlamat untuk menegakkan daulah Islamiyyah, dan juga perlu bersabar menghadapi segala dugaan dan cabaran.

Monday, April 27, 2009

V. Sivakumar Bakal Dihilangkan?

Sidang DUN Perak tetap akan berlansung juga pada 7hb Mei nanti. Dan nampaknya kesemua ADUN dibenarkan hadir, termasuk Zambry dan exco-exconya yang telah "dibebaskan" oleh mahkamah, dan juga ADUN-ADUN lompat iaitu Behrang, Changkat Jering, dan juga Jelapang. Jika V. Sivakumar selaku Speaker juga hadir, mungkin boleh menghalang akan usul undi tidak percaya yang akan dibuat terhadap MB Nizar Jamaluddin, memandangkan BN mempunyai majoriti, ditambah dengan ADUN Bebas yang akan menyokong BN.


Dan Zambry juga enggan mengulas berikutan kemungkinan speaker DUN Perak akan ditukar pada 7 mei nanti. Jika V. Sivakumar tiada, maka yang akan mengambil alih tempatnya selaku speaker ialah ADUN Jelapang yang menyokong BN, Timbalan speaker. Jika ini berlaku, maka berjayalah BN "merompak" kerajaan PR Perak secara rasmi. Oleh itu, satu usaha yang mungkin dilakukan oleh BN untuk menghalang V. Sivakumar untuk ke Dewan Undangan Negeri. Apakah V. Sivakumar juga turut akan menjadi mangsa "politik kidnapping"? Adakah dia bakal "dihilangkan?" Oleh itu beliau patut berlindung di mana-mana tempat yang boleh dikira selamat, sehingga 7 Mei, kerana UMNO/BN pasti akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka. Kerana "politik kidnapping" seakan-akan sudah menjadi satu gaya bagi BN untuk menjayakan rancangan mereka. Cuba lihat ADUN Bota, Behrang, Changkat Jering, dan Jelapang. Mereka menjadi macam ini kerana politik kidnapping. Masih ingatkah lagi P. Balasubramaniam? mana dia?


V. Sivakumar perlu berhati-hati....

Pilihanraya Kecil DUN Penanti

Akhirnya SPR telahpun memutuskan bahawa DUN Penanti akan diadakan satu lagi Pilihanraya Kecil, selepas PRK 2 Bukit, 1 Batang pada ini. SPR mengumumkan, penamaan calon akan dibuat pada 23 Mei, manakala tarikh pembuangan undi pada 31 Mei. Penanti merupakan lokasi pilihanraya kecil ke-6, selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai. Apa pula isu nak dibawakan oleh pembangkang kali ini? Adakah selepas ini giliran Kepala Batas pula menjadi medan PRK? Dan mungkin juga DUN Perak..


Siapa calonnya di Penanti ini? Kesemua cawangan PAS di Pulau Pinang memutuskan dan bersetuju untuk calon PAS bertanding di situ. Perkara ini, penulis amat setuju. Tak usahlah meletak calon dari parti yang "bermasalah". Kalau calonnya PAS, penulis sokong 100%. Biarlah bertambah satu lagi kerusi PAS di DUN Pulau Pinang, selepas Permatang Pasir. Banyak betul PRK dalam masa setahun ni. Macam main-main pula, menang, lepas itu letak jawatan. Dalam PRK yang lepas, termasuk Penanti ini, seramai 6 calon yang mengosongkan kerusi. 3 daripadanya disebabkan calonnya meninggal dunia (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Batang Ai). 3 lagi disebabkan sengaja mengosongkan kerusi, dan kesemuanya adalah daripada PKR!


Fairus Khairuddin menewaskan calon daripada BN, Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi pada PRU tahun lepas. Nampaknya pengundi di DUN Penanti bakal mengundi buat kali ketiga.. Implikasi PRK Penanti ini, Najib Tun Razak pasti akan dimalukan sekali lagi, dan PRK ini juga merupakan referendum rakyat kepada kerajaan UMNO/BN. Kepada Pakatan Rakyat, letaklah calon yang berwibawa, berdisiplin, amanah, dan tidak meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim. Jangan memilih calon sebagaimana Anwar Ibrahim memilih calon untuk PKR, hasilnya macam Jamaludin dan Osman (Behrang, Changkat Jering), calon di Bukit Selambau (melayu, tapi tidak boleh bertanding pada PRU lepas kerana muflis), dan juga calon PKR yang menghilangkan diri di Parlimen Pengerang, melawan Azalina Othman..


Dan peringatan buat Anwar Ibrahim, jangan main "politik gempar" lagi, jangan ulangi kesilapan yang lepas.

Sunday, April 26, 2009

Singa Baru Dunia Islam

Sudah lama penulis nak menulis tentang dia ini. Tapi asyik tertangguh. Dan akhirnya dapat juga penulis menceritakan serba sedikit tentang dia ni pada hari ini, salah seorang tokoh, dan juga seorang pemimpin yang penulis amat kagumi. Dia ialah Mahmoud Ahmadinejad, presiden Republik Islam Iran. Perwatakannya sederhana, bertubuh rendah, mempunyai jambang seperti tidak terurus, dan rambut yang kasar, seperti tidak pernah memakai minyak rambut. Perwatakan beliau tidaklah sehebat pemimpin-pemimpin yang lain, tetapi, beliau amat digeruni oleh negara-negara yang memusuhi Islam, khasnya Amerika dan Israel laknatullah. Kelantangannya melawan Amerika dan sekutu-sekutunya patut dipuji oleh pemimpin-pemimpin Islam yang lain.


Gaya hidupnya juga sederhana, setiap hari beliau pergi ke pejabat, menjalankan tugas sebagai presiden, hanya membawa kereta kepunyaan beliau, kereta Porsche buatan tahun 1977 (tak silap penulis), dan beliau memandu sendirian. Tak perlukan pemandu. Pemimpin ini juga tak lupa akan asal-usulnya yang pernah hidup dalam kesusahan, tidak tergilakan harta benda, rumahnya hanyalah sederhana, yang terletak di pinggir bandar Teheran. Setiap pagi, pasti beliau akan membawa bekal yang disediakan oleh isterinya untuk ke pejabat - hanya 2 keping roti bersama keju, yang disapu dengan minyak zaitun. Nama asalnya ialah Mahmoud Saborjihan, akan tetapi keluarga beliau menukar nama beliau ke Mahmoud Ahmadinejad sebaik sahaja berpindah ke Teheran. Penulis sudah lupa sebabnya.


Beliau juga seorang penganut mazhab Ja'afari yang taat. Setiap suruhan agama dituruti. Ditambah dengan kehidupannya dan keperibadiannya yang agak low profile, tak hairanlah dia digeruni oleh musuh-musuh Islam. Dan Mahmoud Ahmadinejad merupakan presiden Iran yang pertama yang bukan dari kalangan ruhaniawan, kerana sebelum ini, presiden Iran kebiasaannya terdiri daripada yang berserban hitam, serta berjubah. Semasa Mahmoud di zaman mahasiswa, beliau turut memainkan peranan dalam melawan rejim Shah Reza Pahlavi (Shah Iran), mencetak pamplet yang berunsurkan perjuangan menentang Shah Iran. Di samping itu, beliau juga turut menyebarkan kaset-kaset ceramah yang disampaikan oleh Almarhum Ayatollah Imam Khomeini - yang sewaktu itu berada di dalam buangan, di Perancis.


Sehingga kini, perjuangan Imam Khomeini diwarisi oleh Mahmoud Ahmadinejad, bangkit diantara pemimpin-pemimpin Arab Islam yang bacul, sebagai Singa Baru di Dunia Islam, berbangsa Parsi. Lantang mengkritik Amerika, tidak mengiktiraf negara haram Israel, dan menyeru supaya al-Aqsa di Palestina dibebaskan. Agak susah untuk menjumpai pemimpin Islam seperti Mahmoud Ahmadinejad ketika ini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin OIC mencontohi sikapnya ini, walaupun bukan berbangsa Arab, tapi lantang membela nasib Arab Palestin. Jauh untuk dibandingkan dengan "pemimpin Islam" di Malaysia...

Parti India Di Malaysia Bertambah

Di Malaysia ini, kaum India memang banyak fahaman politik. Kalau Melayu, ia cuma ada UMNO, PAS, AKIM, dan lain-lain (tak termasuk PKR). Cina pula, fahaman politik yang ada ialah MCA, DAP, Gerakan, SAPP. Kaum India penulis merasakan terlibat dengan banyak parti, bahkan ada sesebuah parti, walaupun tidak memperjuangkan nasib masyarakat India, tapi majoritinya adalah India. Contohnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PPP (Parti Progresif Penduduk).


Sekarang, ada parti India terbaru, alternatif kepada parti-parti India yang sedia ada, iaitu MINDRAF (Malaysian Indian Democratic Action Front). Macam Hindraf je bunyinya?? Nampaknya semakin meriahlah arena politik di tanah Malaysia yang kecil ini. Pengerusi MINDRAF berkata, parti itu memperjuangkan apa yang sepatutnya yang diperjuangkan oleh parti-parti India yang lain. Dan mendakwa sudah mempunyai ahli seramai 3,000 orang. Jumlah ahli yang disasarkan ialah 10,000. Penulis nak tengok saja. Adalah sebuah lagi parti India yang baru ini senasib dengan parti India yang ditubuhkan oleh Nallakaruppan (MIUP - Malaysia Indian United Party), bekas pemimpin PKR, teman bermain tenis Anwar Ibrahim - yang bertindak keluar PKR sebab merajuk kerana tidak terpilih menjadi calon di PRK Ijok. MIUP akhirnya menyertai BN, sekarang tidak dengar khabar berita lagi, bagaikan melukut di tepi gantang. Jawatan pun tiada. Adakah MINDRAF akhirnya akan menyertai BN? Dan senasib dengan MIUP, gagal menyaingi MIC dan PPP? Lagipun masyarakat India sekarang ini masih lagi bersemangat dengan laungan "Makkal Sakhti", dan selesa dengan PKR.


Antara parti India yang ada di negara ini ialah MIC, IPF, MIUP, dan ditambah dengan yang baru, MINDRAF. Ditambah lagi dengan parti yang bermajoritikan kaum itu, PPP dan PSM, tak ketinggalan dengan minat orang India terhadap PKR, walaupun tidaklah ramai menjadi ahli. Kalau dilihat politik melayu, tengoklah AKIM, serpihan PAS, sampai sekarang tiada sambutan, langsung tidak disebut di mana-mana media, melainkan jika adanya PRK, barulah namanya muncul. Tak lupa juga banyak parti-parti Melayu dulu yang ditubuhkan, tapi tidak kekal lama, seperti Nasma (Parti Nasionalis Malaysia), Hamim, Berjasa, dan lain-lain.

Saturday, April 25, 2009

Amanat Buat Pejuang Muda



Tarikh : 26 April 2009 (esok)


Tempat : Seksyen 16 Petaling Jaya (Pejabat lama Anwar Ibrahim)


Masa : 8 malam


Persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black), Rahmat Haron, dan wakil-wakil pertubuhan yang bersama mendesak kerajaan Malaysia untuk menghapuskan PPSMI.


Acara kemuncak merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said Sasterawan Negara. Semua dijemput hadir. Jika berlaku juga PRK di Penanti, InsyaAllah Datuk A. Samad Said akan membawa isu PPSMI di sana.


MANSUHKAN PPSMI. SELAMATKAN BAHASA MELAYU.

Friday, April 24, 2009

DUKA DARI BAGHDAD


Salam sejahtera...


Satu berita duka baru dikhabarkan di bumi nun jauh di Baghdad, Iraq. 60 saudara kita terkorban di Makam Kazhimiyyah (Makam Imam Musa al-Kazhim) semasa solat Jumaat tengahari tadi akibat perbuatan pengebom berani mati. Iraq tak habis-habis bergolak, bergaduh, dan berperang sesama sendiri, walaupun Amerika laknatullah beserta sekutu-sekutunya mula meninggalkan tanah Iraq. Amerika dan sekutunya lah yang menyemaikan bibit-bibit perselisihan sesama umat Islam di Iraq. Sebelum kedatangan Amerika laknatullah, langsung tiada pertempuhan diantara fahaman di Iraq, mereka semua hidup dengan aman damai walaupun di bawah rejim Saddam Hussein.


Besar sungguh dosa si pengebom itu, sukar diampun, dengan mengorbankan puluhan jiwa yang tidak bersalah. Penulis sangat kesal dengan perkara ini. Mereka hanya menunaikan solat Jumaat, meninggalkan keluarga mereka di rumah, dan alih-alih keluarga mereka menerima berita kematian mereka. Bersyukur kita di bumi Malaysia, kita masih boleh menunaikan solat Jumaat tanpa rasa takut dan bimbang. Itu pun ada yang ponteng! Masalah umat Islam ketika ini ialah mereka berpecah. Umat Islam berpecah sekarang ini hanya kerana berbeda fahaman, dan kerana kelemahan itulah, mudahnya musuh-musuh Allah memainkan peranan mereka.


Imam Musa al-Kazhim, merupakan keturunan Ahlul Bait Rasulullah SAW melalui Saidina Husain. Imam Musa banyak berjasa kepada penyebaran Islam di Iraq dan Hijaz. Baginda syahid diracun oleh khalifah Abbasiyah pada waktu itu, iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid, dan jasad baginda dikebumikan di Makam Kazhimiyyah, Baghdad. Sampai sekarang makam itu masih wujud, dan tak putus-putus menerima kunjungan daripada ribuan umat Islam sama ada dalam Iraq mahupun luar daripada Iraq.

ANWAR, PKR, DAN PENANTI


Seperti yang penulis katakan sebelum ini, kalau boleh selepas PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, tak payahlah ada PRK lagi, tumpukan perhatian terhadap krisis ekonomi sekarang, tak kira pimpinan BN mahupun pembangkang. Terbaru, di Penanti, adakah akan berlaku lagi satu PRK? Penulis cukup tak suka dan meluat cara PKR menyelesaikan masalah dalaman parti itu, sehingga mendesak Fairus meletakkan jawatan, dan seterusnya mengheret Anwar ke dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang berkenaan isu pengganti Timbalan Ketua Menteri 1.


Fairus mula-mula disiasat (belum dibuktikan kesalahan lagi), angkara pimpinan PKR di Pulau Pinang. Inilah politik melayu , yang senantisa dipenuhi oleh hasad dengki, punyai hati perut yang busuk seperti bangkai. Perlu ke lagi satu PRK? Ini dah membuatkan rakyat mengeluh, pemimpin yang dipilih, meletak jawatan secara sesuka hati. Dalam tempoh setahun lebih, pengundi di kawasan DUN Penanti sudah keluar mengundi 2 kali, pertama pada PRU tahun lepas, dan kedua pada PRK Permatang Pauh. Ironinya, kesemua PRK yang melibatkan PKR, penyandangnya meletakkan jawatan. Dr. Wan Azizah (Permatang Pauh), V. Arumugam (Bukit Selambau), dan Fairus Khairuddin (Penanti). Penulis tidak bersetuju PRK diadakan. Satu penyusahan dan juga pembaziran. Sepatutnya jangan diambil tindakan drastik, belum apa-apa dah letak jawatan. Pimpinan PKR Pulau Pinang ini bebal sangat ke, sampai memerlukan Anwar Ibrahim turut campur tangan?


Kebanyakan masalah politik di negara ini dari ADUN-ADUN PKR sendiri. Bekas ADUN PKR di Perak, 2 orang, Elizabeth Wong, dan terbaru, Fairus. Ini boleh mencemarkan imej Anwar Ibrahim selaku ketua parti. Anwar pula, jika ditakdirkan berlaku juga PRK di Penanti, apakah "perkara gempar" yang akan dia umumkan nanti? Mula-mula dahulu gimik 16 September, lepas itu memberitahu bahawa jumlah MP BN nak melompat sudah mencukupi, dan semasa kempen di Bukit Selambau, dia umumkan pula ada pengumuman tergempar, rupa-rupanya hanya Naib Presiden PPP dan pengikutnya masuk PKR saja, lagipun berita itu sudahpun tersebar dalam internet, sebelum diumumkan lagi. Kepada Anwar, janganlah mainkan lagi politik seumpama ini, kerana lama-kelamaan rakyat pasti akan meluat dengan kelakuan kamu itu!


P/S : Fairus Khairuddin telah dibuktikan tidak bersalah oleh SPRM, berikutan tuduhan-tuduhan yang menyatakan bahawa beliau terlibat dalam kes rasuah berkaitan kuari di Seberang Perai. Tetapi dia tetap dengan pendirian mahu meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti. Ini semua berpunca daripada pimpinan PKR Pulau Pinang itu sendiri, yang mengatakan bahawa ada pemimpin kerajaan negeri terlibat dengan rasuah.


Hadis Nabi SAW : Fitnah itu tidur, laknat Allah menimpa keatas sesiapa yang mengejutkannya daripada tidur.

Madey Masih Belum Puas


Nampaknya tempoh 22 tahun menjadi no.1 masih lagi tidak mencukupi bagi dia ni. Kalau boleh di mahu memerintah selagi ada bulan dan matahari. Lagaknya dia sekarang ini seakan-akan "melepaskan geram" kerana sudah 5 tahun dia tiada apa-apa peranan dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Sekarang, proksinya, merangkap anak didiknya sudahpun menjadi PM, jadi sudah tiba masanya dia melepaskan rindu dendam terhadap sistem pentadbiran negara Malaysia, dan juga hal ehwal dalaman UMNO. Itulah dia Tun Dr. Madey Kutty. Walaupun umurnya sudah menjangkau 83 tahun, tapi dia masih lagi mahu aktif seolah-olah masih lagi berusia 38 tahun!


Dia ini nampaknya tidak boleh duduk diam. Dulu masa nak bersara 6 tahun dulu, dia cakap tak nak campur urusan pemerintahan negara, nak berehat, buat memoir. Tapi sekarang, dia seolah-olah menggantikan Najib Razak menjadi PM. Ingatlah, pemimpin seperti inilah yang akan menjahanamkan negara, serta memusnahkan parti, iaitu pemimpin yang sudah mencapai tahap "ayam tua". Dan ingatlah, salah satu punca pimpinan serta ahli bawahan MIC keluar parti ialah mereka sudah bosan dan tidak lagi mahu menerima ayam tua seperti Samy Vellu. Tengoklah nasib Tengku Razaleigh Hamzah, dulu dia seumpama "Harimau Malaya", tapi sekarang, pimpinan UMNO Kelantan pun tak mahu angkat dia.


Sepatutnya di usia senja sebegini, tambahlah amal ibadat, bersyukurlah sebab Allah bagi umur panjang, bertaubat sebab terlampau banyak dosa yang dilakukan sepanjang menjadi PM selama 22 tahun, bukannya mengganggu pentadbiran negara dan hal ehwal dalaman parti. Atau Madey ni mahu melihat parti yang diciptanya pada 1988 (UMNO Baru) hancur di depan matanya? Nampaknya doa almarhum Ustaz Fadzil Noor sudah jadi kenyataan, "Moga-moga Allah panjangkan usia Mahathir supaya dia sendiri dapat melihat kesalahannya," - doa almarhum suatu ketika dahulu. Bukalah mata tu, bibit-bibit penyelewengan yang Madey sendiri semaikan sewaktu mula-mula berkuasa dulu sudahpun menampakkan hasilnya sekarang. Anaknya sendiri dikalahkan oleh perasuah dalam jawatan Ketua Pemuda.


Sekarang ini nampaknya Madey jadi PM, bukannya Najib. Madey banyak muncul pada majlis-majlis yang besar, banyak memberi ucapan dan kenyataan sejak akhir-akhir ni. Tak seperti zaman Abdullah Badawi berkuasa dulu. Orang-orang UMNO pun kebanyakannya sudah "meluat", tapi nak buat macam mana, Najib tak boleh buat apa-apa terhadap "gurunya".

Thursday, April 23, 2009

Sudah Lama Menyepi, Akhirnya Muncul Jua!



Sudah lama dia ini tidak muncul di kaca TV, dia ini pernah menarik perhatian seluruh warga Malaysia dengan "lakonan mantap"nya, kononnya kesucian dia telah diragut oleh seorang tua yang sakit pinggang. Dan untuk menambah "uummph" lakonan murahannya, dengan bantuan beberapa pencacai politik, satu "sumpah untuk diri sendiri" diaturkan dan diadakan di Masjid Wilayah, dan didakwanya itu ialah sumpah mubahalah! Tetapi lakonannya hari itu dicacatkan oleh kesilapannya sendiri dengan tersalah menyebut tarikh perkara tersebut berlaku, dan tersalah menyebuh salah satu lafaz qasam (sumpah). Watallahi disebut "wata'allahi". Dahla ditulis dengan tulisan rumi. Buta jawi rupanya!


Inilah satu makhluk yang sanggup mempermainkan agama, menggadaikan maruah sendiri, demi wang dan harta, juga publisiti murahan! Itulah dia bekas pelajar Uniten yang gagal, Saifool Bukhari (atau Sialfool). Tadi dia muncul lagi, kembali untuk tatapan umum, dengan memfailkan saman terhadap "fitnah" yang dilontarkan oleh seorang penulis blog, dia menuntut bayaran gantirugi $2 juta. Banyak tu! Orang "fitnah" sikit, sudah melenting. Habis yang dia malukan Anwar Ibrahim dengan mendakwa orang tua itu me*****nya, tak apa pula? Kalau dah tak suka sama Anwar, lawannya cara yang betul, janganlah guna jalan yang hina sebegini, tak pasal-pasal maruah tergadai, dihina oleh orang. Tau lah awak tu suka kepada publisiti. Banggalah kononnya dapat menjadi alat atau pencacai UMNO.


Penulis sendiri secara peribadi juga tidaklah suka sangat dengan Anwar Ibrahim. Tapi penulis taklah sampai tahap nak memfitnahnya, dek kerana tak suka. Penulis mengkritiknya dengan jalan atau cara yang betul. Dan penulis menyokong Anwar kerana dia pembangkang. Tapi bukan macam si Saifool ini. Dulu terhengeh-hengeh mahu jadi pembantu sukarelawan di pejabat Anwar, Anwar bagi muka, ditikamnya dari belakang. Mana maruahmu wahai Saifool? Apalah nak dibandingkan sangat dengan $2 juta yang engkau tuntut dari blogger Cucu Mat Kilau (tak silap penulis - kerana blogger tersebut mendakwa Saifool mengidap sifilis suatu ketika dulu) kalau dibandingkan dengan upah yang diberikan oleh pimpinan UMNO kepada kamu kerana berjaya memalukan Anwar Ibrahim?


Murah sungguh harga dirimu, Saifool. Sanggup gadaikan maruah kau hanya kerana wang. Penulis rasa, mak nyah pun tak hingin tengok muka kamu.

Rais Yatim Cuba Menggertak Bloggers!


Nampaknya menteri yang baru bertukar portfolio dari Kementerian Luar ke Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan, dan Warisan, Rais Yatim sudah mula menunjukkan taringnya, cuba menonjolkan kuasanya, dengan menggertak para penulis blog bahawa kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web dan blogger yang memutar belit fakta dan menyiarkan pembohongan.


Apa, ingat kami ni tak tahu ke batasan kami selaku penulis? Dah tentulah kami akan bertanggungjawab apa yang kami tulis dan lontarkan di dalam blog. Pasti Rais tak senang dengan penulis-penulis blog yang semakin berani membuka pekung kerajaan UMNO/BN, membongkar segala salah laku, menyampaikan maklumat serta informasi yang tidak disiarkan dalam TV/radio. Lainlah kalau ada blogger yang betul-betul sampaikan fitnah. Banyak blog yang penulis lawati yang banyak mengandungi fitnah, terutamanya blog milik penyokong fanatik UMNO, banyak menulis yang tidak betul tentang pembangkang. Sepatutnya penulis blog itulah yang diambil tindakan. Susahlah macam ni, tak ada kebebasan nak lontarkan pandangan dan pendapat, macam buat jenayah pulak. Inikan negara demokrasi. Sekarang nak sekat salah satu hak rakyat negara ni? Dah la rakyat sudah hilang hak kebebasan berhimpun.


Kepada Rais Yatim, ingatlah, ekau dulu pun ada "sejarah" tersendiri. Takkanla ekau telah lupo suatu masa dulu ekau tu turut dihentam oleh UMNO/BN semasa bersama Tengku? Harap "mulut manis" ekau saja yang menjadi aset. Janganlah menafikan, dengan mulut manis ekau itulah berjaya mempengaruhi Tengku Razaleigh untuk menubuhkan S46, dengan mulut manis ekau jugak Tengku membubarkan S46 untuk bernikah semula denga UMNO, dengan bermodalkan mulut manis ekau, ekau berjaya bertanding di Parlimen Jelebu pada 1999, dan last sekali, dengan mulut manis ekau jugaklah ekau tidak tersingkir dari kabinet baru Majib (Madey-Najib).


Lagi satu, jadilah Menteri untuk semua rakyat Malaysia, jangan jadi Menteri UMNO. kehkehkeh....

Wednesday, April 22, 2009

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Paling Singkat


Kemenangannya sebagai ketua pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan lepas disambut dengan laungan "Khairy rasuah!!" oleh para perwakilan yang tidak berpuas hati. Dan setiap kali namanya disebut, kedengaran bunyi "boo" bersahutan. Dia hanya mampu tersenyum kelat.... Dia sudah tidak punya tempat bergantung, selepas dahan tempat dia bergayut bersama teman-teman dari Oxford sudah patah, bersara, tiada siapa yang kenang. Iaitulah bapa mertuanya, tempat yang dia selalu berlindung.


Sekarang, keadaan sudah berubah, pentadbiran dikuasai oleh Najib, Rosmah, dan dibantu oleh Madey Kutty. Fikirannya melayang, "macam mana aku nak survive selepas ini,". Dia ini sering diberi julukan oleh Madey sebagai "budak tingkat 4", banyak mempengaruhi keputusan Abdullah Badawi sebagai PM pada waktu itu. Lantang betul suaranya semasa perhimpunan agung UMNO yang lepas-lepas, menghentam, mengutuk, dan mencabar pembangkang. Malahan dia sudahpun dicop sebagai "pembawa malang" setiap kali tiba pilihanraya. Kegagalan menawan Kelantan pada PRU-12, ada kaitan dengan dia, dengan slogan "Pade Doh!". Begitu juga dengan PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kesalahan diletakkan atas bahunya.


Dan lebih malang, walaupun berjaya menangi kerusi Ketua Pemuda dengan "rasuah", tapi tidak terpilih untuk menganggotai kabinet Najib. Sebaliknya, lawannya yang kalah, Mukhriz anak Madey pula yang dapat kerusi Timbalan MITI. Sekarang, di dalam UMNO, dia menjadi "duri dalam daging" oleh Madey, dan Madey dikhabarkan berusaha untuk menjadikan Khairy sebagai "Ketua Pemuda Paling Singkat", dengan memanipulasi orang-orang di dalam UMNO, untuk "menyembelih" Khairy pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. Sesungguhnya, Khairy lah salah seorang diantara 2 orang, selain daripada Anwar Ibrahim, yang dimusuhi oleh Madey.


Yang pasti, gerakan untuk menjatuhkan Khairy sudahpun bermula, seterusnya gerakan untuk "membersihkan" orang-orang Abdullah Badawi akan menyusul. SELAMAT JALAN ROMEO!

Tuesday, April 21, 2009

Singa UMNO


Seronok betul penulis tatkala mendengar atau membaca cerita pemimpin-pemimpin Melayu dulu, sama ada pemimpin berhaluan kiri mahupun kanan (UMNO). Bagi penulis, ada segelintir pimpinan Melayu UMNO dulu memang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa. Mereka sanggup mengkritik pemimpin sendiri semata-mata untuk menegakkan kebenaran. Antaranya ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar. Dahulu dia dikenali oleh orang-orang Cina sebagai "ultra malay", lantaran ketegasannya mengenai hak orang Melayu. Malah, penulis teringat akan cerita seorang veteran politik di negeri penulis (Terengganu), bekas aktivis kuat Parti Rakyat Malaya (PRM), dia menceritakan kepada penulis bagaimana Syed Jaafar Albar berkata kepada Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman, tentang penyerahan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Antara kata-katanya (Syed Jaafar) ialah, " Saya akan menuntutnya di akhirat kelak," - berikut kata-kata tidak puas hati kepada Tunku kerana menyerahkan Singapura kepada orang Cina.


Sewaktu itu Syed Jaafar menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sikap lantangnya dalam sesebuah isu membuatkan dia diberi gelaran Singa UMNO. Lagi satu kisah menarik, walaupun Syed Jaafar seorang UMNO, tapi beliau kuat melindungi sebuah akhbar yang didakwa berhaluan kiri, iaitu akhbar Suara Rakyat. Akhbar tersebut ada menyiarkan berita-berita dan artikel-artikel yang tidak disiarkan dalam akhbar Utusan (akhbar kawalan UMNO). Akhbar Suara Rakyat itu persis dengan akhbar Siasah yang ada sekarang, dan masa itu editornya ialah Subky Abdul Latif. Tindakan Menteri Dalam Negeri waktu itu, penulis sudah lupa namanya, - menggantung permit penerbitan akhbar Suara Rakyat, telah menaikkan kemarahan Syed Jaafar Albar, walaupun akhbar itu ada menyiarkan berita-berita yang tidak menyenangkan, tetapi Syed Jaafar tetap tidak bersetuju permit akhbar itu digantung, malahan dikhabarkan beliau adalah salah seorang pembaca setia akhbar itu! Apabila dapat tahu permit akhbar tersebut digantung, Syed Jaafar terus menelefon pejabat Kementerian Dalam Negeri dan memarahi menteri tersebut.


Malangnya, tindakan Syed Jaafar itu tidak diikut oleh anaknya, Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri. Syed Hamid bukan saja tidak berani bersuara menyatakan kebenaran terhadap pimpinan UMNO, malahan tidak mencontohi ayahnya yang tidak bersetuju menggantung permit akhbar yang condong kepada pembangkang - tindakan Syed Hamid suatu ketika dulu menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan.


Sekarang, gelaran Singa UMNO kemungkinan sudah berpindah kepada pemimpin UMNO nun jauh di Kalabakan, Sabah. Iaitu Dato' Abdul Ghapur Salleh. Boleh dilihat sifat lantangnya dalam parlimen dalam menyatakan kepentingan rakyat Sabah, walaupun dia dilihat mengkritik kerajaan UMNO/BN. Mungkin adanya pemimpin seperti dia lah rakyat Sabah mahupun Sarawak masih sayang untuk menukar kepimpinan yang berlainan parti. Walaupun satu gerombolan itu terpalit dengan berbagai macam rasuah, skandal, dan penyelewengan, namun masih ada yang ikhlas...

Monday, April 20, 2009

DARI 10 KE 18



Jumlah ADUN BN yang mahu mendesak Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said telah bertambah, dari 10 ke 18 orang, daripada 24 ADUN BN. Hal ini dinyatakan sendiri oleh ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah. Nampaknya Ahmad Said semakin tersepit la.. Kesian dia, baru setahun lebih jadi MB, tentangan semakin hebat dari kalangan UMNO sendiri. Dengar cerita, PM, Najib Tun Razak turut akan campur tangan, dan lebih "hot", gerakan penyingkiran Ahmad Said selaku MB mesti dilakukan sekali lagi pada pertengahan tahun ini.


Ahmad Said, dan Idris Jusoh, cukup beda. Penulis tahu, kenapa majoriti ADUN-ADUN BN mahu Idris kembali ke tampuk pemerintahan negeri Terengganu. Bila Idris naik, maka berlimpahlah segala projek di negeri Terengganu, negeri terkaya di Semenanjung, dan ramailah yang mempunyai akaun bank yang "gemuk", serta poket yang tebal. Semenjak Ahmad Said menjadi MB, projek yang ada di Terengganu tidaklah seligat dan serancak projek di zaman Idris Jusoh. Contohnya pembinaan masjid Kristal, Monsoon Cup, stadium Gong Badak, membaik pulih Lapangan Terbang Sultan Mahmud, menaik taraf KUSTEM ke UMT, KUSZA ke UDM, dan lain-lain. Sekarang Ahmad hanya meneruskan projek-projek MB terdahulu. Malangnya seorang MB ini, tidak disukai oleh orang dari parti sendiri.


Kumpulan ADUN yang mendesak Ahmad Said berundur itu termasuklah beberapa orang exconya. Penulis tak pasti siapakah exco-exco itu. Kita tunggu dan lihat perkembangannya di Terengganu. Apa pula peranan ADUN-ADUN PAS? Sepatutnya waktu beginilah, masing-masing kena memainkan peranan, kena pandai ambil kesempatan. Ketua Pembangkang DUN Terengganu, Dato' Harun Taib (Manir) mempelawa Ahmad Said serta beberapa ADUN dan exco yang menyokong Ahmad, supaya berpakat dengan PAS, menubuhkan kerajaan baru. Baguslah.. Ahmad Said tu, semenjak jadi MB, kelakuannya sudah jauh berbeda berbanding sewaktu Idris Jusoh berkuasa dulu. Kelakuannya sangat samseng bila berada dalam dewan, tidak beradab semasa bercakap dengan Tuan Guru Haji Hadi dan Abdul Wahid Endut. Tapi sekarang sudah berubah, malahan Ahmad Said sekarang sudah boleh "berkawan baik" dengan PAS. Sepatutnya kesempatan ini patut dimanfaatkan oleh PAS... Tunggu dan lihat...

SATU PENGHINAAN!



Geram penulis terhadap PPSMI adalah geram yang teramat sangat. Dan penulis lagi geram dan marah meluap-luap terhadap mana-mana pihak yang cuba melindungi PPSMI, dan memperlekehkan perjuangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), diketuai oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad. PPSMI adalah satu langkah untuk menghapuskan keperkasaan bahasa ibunda. Sudahlah dulu pelajar-pelajar IPT yang menjadi mangsa, apabila bahasa pengantar ditukar ke bahasa Inggeris pada tahun 1995. Kononnya bahasa Inggeris itu bahasa ilmu! Ikutkan hati penulis, kalau ada orang berkata macam itu di depan penulis, mungkin sudah lama penulis menyumpah seranah dia. Buat pelayar semua, kalau nak tahu, penulis tak akan berganjak atau berundur dalam isu bahasa. Muktamad!


Baru-baru ini, ADUN UMNO dari Terengganu, Khazan Che Mat (Batu Rakit- foto) memberi ucapan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM), dalam satu majlis makan malam, anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA). Tapi majlis itu telah tercemar ekoran Khazan ni dah menjadikan majlis itu sebagai untuk memperbodohkan pelajar Universiti, dan menjadikan dewan tempat dia berucap itu sebagai medan politik murahan tahap jakun UMNO. Dia mengatakan, orang yang perjuangkan PPSMI adalah yang tak tahu bahasa Inggeris, tidak bertamadun, dan terdiri daripada pelajar pondok yang langsung tak tahu berbahasa Inggeris. Satu fitnah dan satu dosa besar. Membohongi para pelajar, mengatakan orang yang berjuang PPSMI tak tahu berbahasa Inggeris.


Ingat yang turun ke jalan raya tempohari itu orang-orang kampung ke? Penulis banyak berjumpa dengan golongan profesional, guru, malahan profesor! Siapa khazan ni, anak siapa ni yang berani menghina dan memperlekehkan golongan intelek, dan sasterawan negara? Dia tu dah cukup terror ke cakap bahasa Inggeris? Atok dia pandai cakap Inggeris ke? Yang berani-berani saja menghina perjuangan bangsa. Kalau bukan yang turun ke jalan raya itu pelajar pondok, nanti muka si Khazan ni penulis bagi penampar.


Inilah, memalukan betul. Dia ingat pelajar-pelajar universiti ni senang nak diperbodohkan dan ditipu? Sebagaimana dia ni memperbodohkan orang-orang Melayu di kampung untuk mengundi BN? Kalau nak membodek dan mengampu pemerintah, profesional la sikit, janganlah membuatkan diri itu dah jadi setaraf dengan haiwan! Penulis cukup sensitif berkenaan isu ini. Jangan sesekali menghina perjuangan kami.

Saturday, April 18, 2009

MEREKA SANGGUP DIPERKUDAKAN


Lagi-lagi pergolakan politik di negeri Perak. Bagi penulis, memang ini satu perkara yang sangat memalukan, oleh kerana sedikit habuan keduniaan, mereka berdua ini sanggup mengenepikan soal dosa pahala, mereka sanggup diperalatkan oleh pihak pemerintah untuk berbuat satu kezaliman, dan bertindak sewenang-wenangnya. Muka tak kisah dihina - itulah 2 makhluk ini, bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri dan Setiausaha Kerajaan Dr. Abdul Rahman Hashim (foto).


Semalam, Abdullah telah menghantar notis mengenai sidang DUN Perak akan diadakan pada 7 Mei depan, tanpa pengetahuan dan kebenaran "bos", iaitu Speaker, V. Sivakumar. Abdullah mendakwa dia sudah mendapat perkenan sultan. Dia ni bertindak seolah-olah dia tu bos. Sedangkan yang berkuasa membuat semua ini adalah Speaker. Dan SUK DUN Perak pula berkata dia yang membuat keputusan untuk melantik Setiausaha DUN - ekoran perbuatan V. Sivakumar menggantikan Misbahul Munir menduduki tempat Setiausaha DUN.


Mereka sepatutnya bekerja dan bersikap profesional. Perbuatan mereka berdua ini jelas dah menjatuhkan maruah mereka, sanggup menjadi alat dan pencacai serta barua UMNO/BN. Undang-undang di Malaysia sekarang ini semakin memeningkan. Sekarang disaksikan dengan jelas kuasa Speaker dicabar, sedangkan kuasa Speaker tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah - merujuk pada keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan mamak Zambry beserta 6 exconya dibenarkan menghadiri sidang DUN. Lalu Haji Nizar serta Ngeh Koo Ham membuat kenyataan mengenai keputusan mahkamah itu, dan tadi, NGO Gagasan Melayu Perak membuat laporan polis terhadap kedua-dua pemimpin PR Perak itu. Alasan mereka, kenyataan Nizar dan Ngeh boleh menimbulkan prasangka buruk masyarakat terhadap mahkamah.


Mahkamah sendiri membuat keputusan yang menyebabkan ia menjadi hina. Jadi tak salah kita menghina benda yang telah hina, kerana ia memang betul-betul hina! Semua ini juga bertujuan untuk memperbodohkan rakyat, dengan tambahan daripada pembaca-pembaca berita yang memutar-belitkan cerita, dengan tujuan - memperbodoh bangsa mereka sendiri.


Memang memalukan. Perbuatan memalukan orang Melayu dan orang Islam, dan kerana mereka inilah Islam dipandang serong - kerana perbuatan penganutnya. Tiada maruah, senang dibeli serta diperalatkan, hanya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Kesiannya... sanggup diperkudakan.. orang melihat tergeleng-geleng kepala kerana jijik...

V. Sivakumar Press Conference


I refer to the notice convening the State Assembly sitting on 7/5/2009 issued by the Secretary to the State Assembly, Encik Abdullah Antong. The said notice was issued without my prior knowledge or consent. Any notice ton convene the State Assembly must be done with my knowledge and consent. I need to confirm and clarify the convening of the State Assembly with the Palace. As such, I propose to write to the Palace to seek clarification on the matter. Meanwhile, the purported Sitting on 7/5/2009 must not be proceeded with pending the clarification.The said Sitting may have to be adjourned to another date due to the requirement to give a 14-day notice to the State Assemblymen/women. I shall hereby suspend Encik Abdullah Antong for issuing the notice without my knowledge or consent which is an act of insubordination and hereby agree to appoint En Mohd Misbahul Munir bin Masduki to replace him as the Secretary of the State Assembly until further decision from me.
Dated this 18th day of April 2009.

YB V. SIVAKUMAR
Speaker of the Perak State Assembly


Penulis : Tadi Speaker Perak mempersoalkan adakah ini satu usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan beliau. Ini kerana Setiausaha DUN bertindak lebih sudu daripada kuah, menghantar notis mengenai sidang DUN 7 Mei depan tanpa pengetahuan beliau. Dan beliau telahpun menggantung Abdullah Antong dan seterusnya melantik Misbahul Munir sebagai pengganti Abdullah.

PENANTI DAN PERAK


Bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin akhirnya melepaskan jawatan beliau selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Exco, dan seterusnya sebagai ADUN demi kepentingan partinya. Inilah susahnya bila diri mempunyai harta dan pangkat. Dugaan melanda dalam berbagai-bagai bentuk. Kalau dah tak kuat, kecundang lah jugak. Betapa beratnya amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi realitinya begitulah, hari ini kita lihat ramai pemimpin yang sudah lupa diri.


Fairus disiasat oleh SPRM, berhubung kes rasuah berkenaan kuari di Pulau Pinang, sebelum ini banyak juga penulis dengar cerita-cerita yang tidak enak mengenai beliau. Alasan Fairus apabila letak jawatan, untuk melanjutkan pelajaran dan membersihkan imejnya. Baguslah kalau begitu. Dan seperti yang dijangka, SPR telahpun membuat mesyuarat mengenai DUN Penanti. Adakah nanti akan berlaku satu lagi PRK? Banyaknya... Tapi sekarang kebanyakan pihak mula mempersoalkan kewajarannya (PRK). Najib Tun Razak pula berkata ia hanya akan menghabiskan wang rakyat. Baguslah. Kalau begitu tak payah buat pilihanraya. Ganti saja satu lagi calon PKR untuk mengisi DUN Penanti. Habis cerita.


Di Perak pula, sidang DUN telah diumumkan dan notis telah dikeluarkan, menyatakan 7 mei adalah tarikh persidangan. Tapi notis ini dikeluarkan tanpa pengetahuan Speaker DUN Perak.
Mengenai Zambry dan 6 exconya dibenar hadiri sidang DUN, ianya dibuat oleh mahkamah, dan seterusnya telah menafikan kuasa speaker. Kalau macam tu, maka sepatutnya Gobind Singh Deo (MP Puchong) pun boleh hadiri sidang dewan rakyat. Keputusan yang sama patut diberikan pada beliau. Tapi sekarang ini menunjukkan bahawa mahkamah telahpun dikuasai oleh UMNO/BN.

Thursday, April 16, 2009

Haji Nizar Akan Menghadap Sultan Perak


Menteri Besar Perak, Haji Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah berhubung status pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan reaksi serta pendirian baginda berhubung signal yang diberikan oleh pengundi kawasan Bukit Gantang yang mewakili rakyat negeri Perak, yang jelas menghendaki pilihanraya kecil seluruh negeri Perak diadakan.


Penulis difahamkan, beliau (Nizar) akan bertanya pada Sultan Perak apabila berkesempatan semasa majlis Hari Keputeraan baginda pada Ahad depan (19 April 2009). Krisis di negeri Perak telahpun melibatkan isu perlembagaan, dan ini telah menimbulkan pelbagai andaian yang tak menentu sehinggakan orang ramai terutamanya rakyat negeri Perak keliru dengan status kerajaan, kerana di Perak sekarang ini adanya 2 kerajaan, iaitu Kerajaan sah serta halal yang diketuai oleh Hj. Nizar dan kerajaan tidak sah serta haram yang diketuai oleh Zambry.

Cerita Sidang DUN Terengganu

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telahpun berakhir. Banyak berita panas yang menyaksikan percakaran diantara dua team di dalam UMNO Terengganu. Bermula dengan ura-ura ADUN BN mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Said, Menteri Besar, selepas itu, Speaker DUN pula menjelaskan tidak menerima sebarang notis, dan Ahmad Said dikhabarkan telah meminta bantuan ADUN daripada PAS untuk campur tangan, dan terakhir tentang SMS ugutan terhadap 3 ADUN BN yang dikhabarkan terlibat dalam mengemukakan usul undi tidak percaya. Banyak drama di Terengganu yang rakyat dapat saksikan minggu ini. Ia diumpamakan filem yang "panas" bermain di pawagam, dan bakal mencatatkan kutipan tertinggi.

Apa kata pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu....


Rosol Wahid (ADUN Ajil) : Semalam dia menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said. Dan dia yakin Menteri Besar mampu uruskan negeri dengan baik, sekali gus menafikan adanya percakaran di dalam UMNO Terengganu.. (biasalah, pemimpin UMNO dan sikap selalu menafikan adalah sebati..)


Ahmad Said (Menteri Besar, ADUN Kijal) : Dengan wajah yang ceria dan tersenyum, mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN BN yang hadir pada hari berikutnya, dan menyatakan biar pihak polis yang membuat siasatan terhadap penyebar SMS ugutan itu.


Idris Jusoh (Bekas MB, ADUN Jertih) : Dia ni berkata kepada Ahmad Said, "jangan takut pada bayang-bayang," (bayang-bayang apa tu????)


Sidang DUN 3 hari lepas dikuasai dan didominasi oleh pembangkang (8 ADUN PAS). Kerusi DUN Terengganu berjumlah 32, kerusi exco dan Menteri Besar sebanyak 10 buah, manakala kerusi ADUN BN hanya 3, kerana 10 ADUN BN lain memboikot sidang pada hari itu, dan selebihnya 8 buah ialah kerusi PAS. Dan pada hari tersebut kesemua soalan dan ucapan dibuat oleh PAS, wakil daripada BN satu pun tidak bercakap. Hanya diam seribu bahasa.


Hal ini dinyatakan sendiri oleh ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang penulis berkesempatan bertemu dengan beliau tadi, di Masjid Negeri, sama-sama solat Zohor berjamaah. Dr. Syed Azman menjelaskan, selama ini pun hanya wakil daripada PAS saja yang berbahas, wakil-wakil BN yang lain hanya diam, langsung tidak ambil peduli, soalan pun tidak ada satu pun yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN BN selama ini. Dan yang penting lagi, beliau berkata, Menteri Besar, Ahmad Said sudahpun menjadi "member" kepada PAS.

Wednesday, April 15, 2009

Masih ada yang tak faham bahasa...


Gambar banner ni penulis ambil masa penulis jalan-jalan di belakang diantara Wisma Persekutuan dan Wisma Negeri, Terengganu, semalam. Nampaknya ada lagi barua-barua yang berusaha membodek pemerintah, dan menggadaikan kedaulatan bahasa ibunda, dengan menggunakan ayat daripada sahabat nabi dan wali Allah, Sayyidina Ali. Nampaknya mereka tak faham, mereka telahpun mengkhianati bangsa sendiri...

Beda dengan gambar banner di bawah...

Ini gambar penulis ambil semasa masih berada di Kuala Lumpur, sebelum balik Terengganu. Banner ini diletakkan di pagar hadapan Masjid Negara, pada hari penulis berjumpa dengan Jamil Kucing di Bukit Bintang.. (11 Mac 2009).. Banner menyatakan kemarahan kepada puak-puak yang menguncupkan bahasa ibunda...

Haji Nizar Bakal Naib Presiden?



Dikhabarkan bahawa Menteri Besar Perak Ir, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun menerima dua pencalonan jawatan Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan Temerloh. Akhir-akhir ni beliau menjadi semakin popular, bermula dengan krisis di Perak, kemudian menang bertanding menjadi MP baru Bukit Gantang.


Dia ni jugak berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai karisma serta ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Pasti ramai yang dicalonkan sempena Muktamar PAS tahun ini. Syabas kepada PAS. Berani mengetengahkan pemimpin tanpa mengharap apa-apa balasan, tak sebagaimana UMNO-UMNO bahagian.

Tuesday, April 14, 2009

Pengumuman

Salam.


Perhatian kepada semua pelayar blog reformis jalanan. Penulis baru sahaja melancarkan satu lagi blog, khusus untuk menceritakan tentang kehidupan dan peristiwa yang berlaku dalam hari-hari dalam kehidupan penulis. Nak kata diari, tak juga. Ia berkecuali daripada politik. Blog ini (reformisjalanan) barulah khas untuk politik.


Semua boleh melawat di blog yang kedua iaitu http://diarireformis.wordpress.com/

lawatilah selalu........

JADI KE?


Semalam penulis dapat tau, ADUN-ADUN dari BN di Terengganu dah nekad nak buat usul undi tak percaya, dan Menteri Besar Ahmad Said dilaporkan menghantar wakil untuk berbincang dengan beberapa ADUN daripada PAS untuk meminta ADUN-ADUN PAS turut campur tangan. Pastu malam tadi, di warta berita, Speaker DUN Terengganu, Tengku Putera memaklumkan tidak terima sebarang notis daripada mana-mana ADUN untuk mengemukakan usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar.


Penulis tertunggu-tunggu jugak. Betul ke tidak. Jadi ke tidak. Sebab bukannya senang nak tengok puak-puak ni sama sendiri berkelahi...Best! Memang betul berlaku percakaran dan perang dingin di antara team Menteri Besar, Ahmad Said dengan team bekas Menteri Besar Idris Jusoh. Penulis membayangkan jika benar, pasti best tengok Ahmad Said memaki hamun Rosol Wahid sebagaimana dia dulu memaki hamun ADUN PAS Abdul Wahid Endut.


Dan berita terbaru, 10 ADUN BN memulaukan persidangan DUN pagi tadi berhubung dengan usul undi tidak percaya, ekoran beberapa orang daripada mereka menerima ugutan melalui SMS, meminta mereka tidak meneruskan usul undi tak percaya malam semalam, dan mereka yang terbabit sudahpun membuat laporan di balai polis. Wah...panas..panas.. adegan yang ditunggu-tunggu bakal tiba hehehe...


ADUN-ADUN BN yang menerima ugutan dan membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Terengganu ialah ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh. Mereka berdua membuat laporan pada 12.40 pagi tadi. Manakala ADUN Ajil Rosol Wahid membuat laporan yang sama di ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu pada 12.30 malam.


Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.


Best betul, bukannya senang nak tengok diorang bercakaran.....

Monday, April 13, 2009

BERSYUKURLAH




Para pimpinan tertinggi negara beserta juak-juaknya patut bersyukur kerana rakyat Malaysia tidak bereaksi sebegini rupa untuk menuntut sesuatu daripada pemerintah. Rakyat Malaysia sudah dikira bersopan santun, lemah lembut, dan beradab jika nak dibandingkan dengan rakyat Thailand pro-Thaksin (laknatullah) yang memaksa Perdana Menteri mereka Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan, sehingga perbuatan mereka itu menyebabkan beberapa wilayah di Thailand di isytihar darurat. Dan perbuatan mereka itu juga menyebabkan persidangan ASEAN terpaksa ditangguhkan, dan menyebabkan imej Thailand tercemar..



Mahukah kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak menerima nasib sebegitu....? Jangan sesekali mencabar kuasa rakyat, jalankanlah tugas dengan jujur, penulis terpaksa akui, Perdana Menteri Malaysia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, bukan untuk BN saja, ia untuk PAS,PKR, DAP,PRM,PSM,Bebas dan lain-lain. Jadi, janganlah buat negara ini seolah-olah ianya kepunyaan mak ayah kamu. Penuhi tuntutan rakyat.






Rakyat Malaysia bila berhimpun dan berarak, mereka akan melakukannya dengan aman, membawa keluarga, anak-anak kecil, ayah dan atok, kecuali terdapat provokasi daripada pihak polis, FRU, dan SB, mereka tak akan berdiam diri, mereka akan melawan. Mereka berarak dengan senyuman, tapi dibalas dengan cota, gas pemedih mata, water cannon, dibelasah, ditangkap, dan lain-lain. Jangan menyebabkan rakyat naik angin, nanti tak pasal-pasal ada trak FRU dan polis terbalik. Rakyat ada hak untuk mengadakan perhimpunan aman. Jangan sampai rakyat naik angin, nanti Malaysia akan menerima kesan yang sama seperti Thailand.



Oleh itu, kerajaan patut bersyukur dan berterima kasihlah kerana rakyat Malaysia tidak lagi bertindak sejauh itu.....


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 49 cedera dengan dua daripadanya kritikal apabila tentera Thai melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan, di tengah ibu negara ini, awal pagi ini. - AFP

Sunday, April 12, 2009

KRISIS DI TERENGGANU


Khabar-khabar berita yang tidak enak mula kedengaran, kononnya akan berlaku satu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said. Dan usul tersebut dipercayai dibuat oleh ADUN daripada BN sendiri. Ahmad Said sudah mula rasa resah dan gelisah, dan memberitahu, jika ianya benar, maka tindakan disiplin akan diambil terhadap ADUN BN tersebut, termasuklah dipecat. Dan dia juga mengulas, tidak mustahil dia akan mendapat perkenan dari Istana Terengganu untuk bubarkan DUN jika keadaan tidak stabil. Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bermula pada hari esok, Isnin 13 April.


Jika usul tersebut daripada pembangkang, kita akan lawan, kata Ahmad Said. Ahmad Said merupakan Menteri Besar "payung terjun" apabila berlaku krisis perlantikan tahun lepas, ekoran Sultan Terengganu, merangkap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin tidak perkenan akan perlantikan Idris Jusoh sebagai MB. Tuanku Mizan dikhabarkan murka terhadap Idris (Derih - panggilan orang Terengganu).


Jika usul itu berjaya, siapa agaknya Menteri Besar Terengganu yang baru? Takkanlah Idris Jusoh lagi? Harap-haraplah jangan.. lagi rosak Terengganu dibuatnya. Walaupun saya akui, secara peribadi saya amatlah benci kepada hampir keseluruhan ADUN BN Terengganu kerana sikap kurang ajar mereka apabila dalam dewan. Dan Idris Jusoh, pembawa malapetaka yang besar kepada Terengganu. Tanah digadai kepada Patrick Lim, projek habis dikautnya. Pembangunan yang dibawanya membazirkan wang rakyat, dan menyebabkan Terengganu mengalami defisit yang tinggi. Monsoon Cup langsung tiada faedahnya. Dan dosaa besarnya yang tak mungkin terampun ialah meroboh perkampungan melayu di Kemaman termasuk sebuah masjid yang hampir-hampir siap. Kebodohannya juga terserlah dengan politik murahannya, dan sejak zaman dia lah, negeri Terengganu terkenal dengan negeri yang mempunyai paling banyak papan tanda dan banner-banner yang bodoh, serta menciptakan satu kalimah yang boleh jatuh kufur jika mempercayainya, iaitu "Masa Depanmu Terjamin... Barisan Nasional"



Projek membazir yang dibawa oleh Idris Jusoh yang lain ialah Masjid Kristal, langsung tiada faedah, pergi sana hanya untuk tengok-tengok. Dah la orang bukan Islam yang buat masjid tu, kiblat pun salah! Dan lagi satu dosa besarnya ialah menipu sultan dengan mempelawa baginda ke majlis khatam Quran kanak-kanak tadika lebih 10 ribu orang. Hakikatnya, yang betul-betul khatam hanyalah 5-6 orang, tak silap saya. Memang saya sangat menentang jika Idris ni menjadi semula menteri besar di negeri saya. Kalau tak dia, mungkin salah seorang baruanya, yang disebut-sebut ialah Rosol Wahid.


Pemimpin UMNO Terengganu boleh dikatakan majoritinya adalah dari team Idris. Team Ahmad Said sukar untuk menentang. Apakah usul tersebut berjaya? Perlu diingat, Speaker DUN Terengganu adalah daripada Team Ahmad Said.


Pilihan Raya Umum lepas, BN memperoleh majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, iaitu seramai 24 ADUN. Pembangkang pula hanya dapat 8 kerusi. Jumlah kerusi DUN ialah 32. Dan pembangkang yang berjaya kedalam DUN hanyalah PAS. PKR mempertaruhkan 5 kerusi DUN, dan 2 kerusi Parlimen. Semuanya kalah. PAS menambahkan kerusinya daripada 4 ke 8 buah. Ianya ialah DUN Rhu Rendang (Ust. Hadi Awang), Batu Burok (Dr. Syed Azman), Wakaf Mempelam (Mohd. Abd. Wahid Rndut), Manir (Harun Taib), Bukit Payong (Md. Noor), Bukit Tunggal (Dr. Alias), Sura (Wan Hassan), dan Ladang (Tengku Hassan). Terengganu pernah diperintah oleh PAS pada 1999-2004.