Monday, April 6, 2009

P. 59, N. 25, dan N. 29

Esok, tanggal 7hb April, ialah hari bersejarah. 3 pilihanraya diadakan serentak di tempat yang berlainan. Memang mencemaskan. Memang agak mencabar bagi pihak Pakatan Rakyat, terutamanya di Bukit Selambau, kerana terlalu ramai calon. Di 2 bukit, iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau, PAS dan PKR bertindak sebagai pertahanan. Kena sentiasa bersiap sedia, menghadapi serangan dari pihak lawan, yang tidak diketahui caranya. BN digambarkan seperti penyerang. Kalau PR kecundang di kedua-dua tempat ni, akan berkuranglah kerusi.


Manakala di Batang Ai pula, PKR bertindak sebagai penyerang, dan BN sebagai pertahanan. Di sini, tak apa kalau PR kecundang, kerana tidak mengalami kekurangan kerusi. Bagi pandangan peribadi saya, saya yakin PR dapat mempertahankan P.59 dan N.25, berdasarkan mood orang Semenanjung, yang rata-ratanya menolak UMNO/BN. Di Batang Ai, penulis kurang pasti. Sebab keadaan di Malaysia Timur agak beda berbanding semenanjung, walaupun angin perubahan sudah mula kelihatan di sana. Apa-apapun, di harap Tuhan kurniakan kejayaan kepada kita.

Nasrun minallah wa fathun qarib. (pertolongan daripada Allah dan kejayaan menghampiri)


Selepas ni, diharap semua pihak menumpukan perhatian di dalam krisis ekonomi yang teruk, yang melanda negara ni. Ramai yang dibuang kerja. Dan diharap tidak akan ada pilihanraya dalam masa terdekat. Banyak duit dilaburkan.. Harap-harap Bukit Lanjan tidak berlaku pilihanraya, begitu juga DUN Penanti (YB Fairus), dan jugak Kepala Batas (takkan Pak Lah masih nak duduk dalam parlimen, tengok orang lain berkuasa, kemungkinan dia akan kosongkan jugak kerusi tu). Dan kepada YB Elizabeth Wong, penulis setuju agar dia meneruskan kerjayanya, bukan silap dia, orang menceroboh hak privasinya..


Berkenaan pada bekas ADUN Bukit Selambau, sekalung tahniah diucapkan, kerana mempertahankan prinsip, dan memilih meletak jawatan berbanding melompat ke BN. Walaupun dia bukan Islam, tapi prinsip dan moralnya jauh lebih tinggi daripada Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu yang mengaku Islam.


Akhir sekali, calon PAS beruntung kerana tokoh cendekiawan dan sasterawan negara turut berkempen untuk menolak calon UMNO, kerana kerajaan masih berkeras nak teruskan dasar PPSMI. Antara yang turun ialah sasterawan negara, A. Samad Said dan Prof. Dr. Abdullah Hassan. Sama-sama kita berdoa agar kejayaan yang lebih besar kepada PAS di Bukit Gantang, walaupun kerusi itu secara tradisinya milik BN.

2 comments:

Anonymous said...

insyaallah kemenangan berpihak kepada kita. harapan cerah di bukit gantang.

Hisyam said...

Sama-samalah kita mendoakan kemenangan calon2 kita. Tak pun buat solat hajat, mintak kemenangan Haji Nizar!