Sunday, January 31, 2010

PTPTN


PUTRAJAYA, 30 Jan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) memerlukan RM5 bilion setahun bagi memastikan mereka yang layak melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak tercicir.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keperluan itu memandangkan pertambahan peluang dan jumlah mereka yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.

"Sekarang peruntukan setahun untuk PTPTN adalah sebanyak RM3 bilion, kementerian menganggarkan menjelang 2013 ia tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan “Real Undergraduate” di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata keperluan itu juga memandangkan bayaran balik yang di buat oleh peminjam adalah secara ansuran.

“Kini kementerian sedang membuat kajian bagaimana hendak menentukan kelestarian PTPTN...untuk menentukan dana itu hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa yang berkemampuan sepatutnya perlu mengambil tanggunggjawab untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka dan tidak meletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan sahaja.

“Kerajaan dah sedia infrastruktur, sediakan tenaga akademik itu sudah disubsidi jadi kalau memang anak orang kaya sepatutnya boleh bayarlah tanpa bantuan kerajaan,” katanya.Bernama


Sepatutnya pendidikan kena buat percuma. Memang tak patut pendidikan dijadikan perniagaan. Pendidikan merupakan hak asasi manusia. Kalau diswastakan, ini bukan nak memperkasakan ilmu namanya. Kalau kerajaan kekurangan duit janganlah alihkan bebanan itu kepada rakyat, bodoh! Kerajaan tak ada duit sebab hangpa korup, hangpa praktikkan amalan kronisme, hangpa pakat penuhkan poket hangpa dan anak-anak bini hangpa.


Malaysia mempunyai hasil lebih daripada cukup untuk cover kos pendidikan di negara ini. Sikit sangat dibandingkan dengan hasil pendapatan negara yang terlalu banyak. Tapi disebabkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN korup, rakyat terpaksa dibebani dengan bermacam-macam kemudahan yang diswatakan. Sudahlah pendidikan diniagakan, pinjaman pun anak-anak Melayu Islam terpaksa melibatkan diri dengan aktiviti riba! Saya salah seorang pelajar yang mengambil PTPTN, saya tak pernah redha dengan pimpinan negara ini yang telah menyebabkan saya terlibat dengan sistem riba. Ingat, aku saman kamu semua di akhirat nanti.

0 comments: