Monday, January 11, 2010

Kereta Kickdefella Diserang Kapak, Betulkah?

Oleh : Admin


Saya baru sahaja membaca posting terbaru daripada blog Kickdefella a.k.a Syed Azidi. Dia melaporkan cermin bahagian belakang keretanya pecah kerana kapak terbang melayang dari sebuah kereta yang berhenti berhampiran dengan keretanya. Dalam kemelut politik negeri Kelantan, saya mengambil pendirian tidak menyokong mana-mana pihak. Semua pihak seolah-olah ada yang tak kena.


Saya tidak suka tindakan Nik Amalina yang menyerang balas melalui blog. Saya juga bukan penyokong Ariffahmi, bahkan memang saya nak sangat si menantu itu letak jawatan A.S.A.P tanpa notis beberapa bulan (kononnya). Saya tidak setuju dengan TGNA yang "tak tahu menahu" akan perlantikan menantunya di dalam PMBK itu salah. Saya juga mengecam tindakan beliau (TGNA) yang seolah-olah mementingkan keluarga dan anak beranak sendiri berbanding dengan kerajaan dan parti.


Walaupun begitu, tidak bermakna saya bersama Kickdefella. Bagi saya, tidak ada blogger yang layak ditujukan istilah "hipokrit" melainkan Kickdefella. Sebab-sebabnya saya ada nyatakan di dalam posting yang lepas-lepas. Saya ragu-ragu dengan setiap kenyataan dan sikap Kickdefella. Dalam perkara ini saya tidak mampu bersikap "husnul zan". Pengarah filem seperti Kickdefella mampu membuat sesuatu keadaan seolah-olah "real", sama seperti dia mengarahkan filem. TGNA yang dahulunya kerap dia puji sekarang dia pula yang kuat menyerang orang tua itu, dan berkata di dalam postingnya yang sebelum itu bahawa perkataan "celaka" itu sepatutnya dikembalikan kepada TGNA itu sendiri.


Dalam situasi ini, maaf saya terpaksa mengatakan, saya masih lagi ragu-ragu dengan Kickdefella bahawa dia seorang yang "teraniaya". Minta maaf kerana saya tidak sependapat dengan rakan-rakan blogger sekalian.

0 comments: