Monday, January 25, 2010
Tolong Ambil Tindakan Terhadap Zul Noordin
Salam 2 all.
YB Khalid Samad berkata: “Undang-undang Islam yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman”. Alasannya kerana “pada masa undang-undang itu diluluskan (pada tahun 1988), mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”.
Itulah tohmahan YB Khalid Samad terhadap undang-undang Islam negeri Selangor, dan penghinaan beliau terhadap umat Islam yang dikatakan terlalu lemah kefahaman terhadap Islam!!
Nasihat saya kepada YB Khalid, kalau beriya-iya sangat nak menyokong Kristian menyalahguna nama ALLAH sebagai ada anak Jesus pun janganlah melampau sangat; sampai menghina undang-undang Islam dan umat Islam.
Sumber : Blog Zulkifli Noordin
YB seorang ni nampaknya dah naik atas kepala memandangkan sebelum ini PKR tidak ambil apa-apa tindakan terhadapnya semenjak isu ini meletus. Kalau umat Islam tak lemah kefahaman ajaran Islam, kenapa perangai orang Melayu sekarang ini lebih teruk daripada orang kafir? Orang Melayu boleh merasa jijik jika melihat daging babi didepan mata, ataupun apabila melihat anjing lalu di depan mereka, tapi mereka tidak merasa jijik dengan sikap pemimpin negara yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan - sesuatu yang paling jijik dalam Islam.
Betul ke kenyataan YB Khalid itu menghina Sultan dan umat Islam? Tak boleh ke bandingkan suasana 80-an dengan zaman sekarang? Atau si Zul ini masih lagi mabuk dengan keadaan lebih 20 tahun lalu? Begitu bersemangat sekali buat laporan polis terhadap Khalid Samad. Memanglah bagus kerana mempunyai ahli parlimen yang begitu cakna dengan situasi umat Islam, tapi janganlah sampai syok sendiri dan nak tunjuk hero. Selama ini peguam perasan ni hanya nak bertumbuk dengan Khalid Samad, tapi tak berani pula tegur pendirian parti PAS mengenai isu ini, dan juga pendirian beberapa pemimpin PKR.
YB Zul, kalau kau ini anak jantan, kenapa tak menegur sekali terhadap Anwar Ibrahim memandangkan Anwar juga beria-ria nakkan Kristian gunakan kalimah Allah? Kau hanya berani ajak bertumbuk dengan pemimpin yang bertaraf cikai seperti Khalid Samad. Dah la dulu ajak Sivarasa bertumbuk, sesama parti pulak tu.
Lembaga disiplin PKR, tolong ambil tindakan terhadap ahli parlimen seorang ini!
Categories :
Zulkifli Noordin Mula Merapu-Rapu
0 comments:
Post a Comment