Tuesday, January 19, 2010

Polis Yang Memburukkan Imej Mereka Sendiri!


Blogger Cari Publisiti Murahan Sebar Cerita Burukkan Imej Polis


PULAU PINANG, 19 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop tidak menolak kemungkinan terdapat penulis laman blog menulis artikel bagi memburuk-burukkan imej anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk publisiti murahan.

"Ada kemungkinan blogger yang buat cerita-cerita spekulasi itu semata-mata untuk publisiti," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar Chowrasta di sini pada Selasa.

Tetapi tindakan seperti itu hanya akan mencetuskan suasana tidak aman dan menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan masyarakat, katanya ketika mengulas kenyataan sesetengah pihak kononnya PDRM gagal mengawal situasi hingga berlaku pelbagai insiden tidak diingini.

Beliau yang sedang dalam lawatan kerja di Pulau Pinang bagi meninjau tempat-tempat tumpuan jenayah jalanan dijadualkan melawat balai dan kuaters polis di Jelutong.


p/s : Hello..timbalan menteri bodoh, baik hang letak jawatan dan bagi saja kat aku. Ingat rakyat ni bodoh macam hang ke. Ingat rakyat ni tak ada mata, tak ada akal untuk menilai? Pastu nak salahkan orang yang memberi maklumat. Polis terang-terang bekerja untuk kepentingan kerajaan UMNO/BN. Kerjanya asyik jaga pembangkang. Kalau kes kena kat pemimpin pembangkang, cepat-cepat saja polis bertindak.


Tak profesional dalam kerja. Pukul orang yang kena tuduh dalam lokap. Pukul untuk memaksa tertuduh mengaku kesalahan. Budak-budak Melayu buat kecoh kat tempat awam pandang sebelah mata, setakat perhati dari jauh. Kes budak hilang bertahun-tahun tak ada perkembangan. Tapi bab nak siasat dan cari Raja Petra, buat macam nak buru bapak pengganas. Nak lagi contoh polis tak guna? Baca berita di bawah ini :


KUALA LUMPUR, Jan 19 — Seorang penjaga paking wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah kereta Toyota Estima, hari ini diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman untuk kenderaan itu.

Halimaton Din, 41, ibu kepada lima anak, yang tidak mampu menyediakan peguam untuk membela nasibnya, menitiskan air mata di luar mahkamah.

Ketika ditanya pemberita, Halimaton berkata Penolong Kanan Pendaftar Zaitun Anuar membuat keputusan dalam kamar tidak membenarkan kesnya ditangguh lagi dan menasihatinya mencari peguam.

Peguam Mohamad Fahmi Mat Radzi yang mewakili Bank Muamalat berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pemiutang terhadap Halimaton bagi menuntut RM167,170.11 sehingga 19 Feb 2008.

Tuntutan itu berkaitan pembelian kereta Toyota Estima 2.4, yang didakwa Halimaton dibeli oleh orang lain tetapi menggunakan kad pengenalannya yang pernah hilang selama sebulan.

Ibu kepada lima orang anak yang berusia antara 3 bulan hingga 20 tahun ini bekerja sebagai penjaga paking di KL Sentral.

Katanya peguam yang pernah dihubunginya sebelum ini meminta bayaran RM400 sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.

“Manalah saya ada duit sebanyak itu. Saya tidak mampu. Tengoklah nanti macam mana. Mungkin cuba tukar peguam lain,” katanya sambil menitiskan air mata.

Ditanya apakah tindakan polis selepas laporan dibuat, beliau berkata: “Polis cuma cakap mereka sedang siasat.”

Pada 18 Dis 2007, Halimaton membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kajang, bahawa namanya digunakan untuk membeli kereta dan pernah mendapat saman walaupun dia sendiri tidak mempunyai lesen memandu manakala berita mengenai masalahnya tersiar di akhbar arus perdana pada 24 Okt tahun lalu.

0 comments: