Foto Ihsan daripada blog Saudara Akram Taib
Nak off topic sekejap mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang semakin berserabut ni. Sepatutnya saya post benda ini pada 2 minggu lepas tapi terlupa. Ia mengenai demonstrasi mengutuk perbuatan kerajaan Mesir (boneka kafir Yahudi) yang menyekat rombongan Viva Palestin daripada memasuki Palestin melalui sempadan Mesir-Palestin. Hal itu telah mendapat bantahan yang hebat daripada umat Islam sedunia. Kalau saya, bab-bab pemimpin negara Arab ni dah lama saya kafirkan Hosni Mubarak dan Mahmoud Abbas.
Saya tidak berkesempatan menyertai demonstrasi ini beberapa minggu lepas yang bermula selepas solat Jumaat (tarikh yang sama dengan puak-puak UMNO demonstrasi di Masjid Negara) bertempat di Jalan Ampang menuju ke Kedutaan Mesir. Menurut kawan saya yang menyertai demonstrasi itu, suasana amat terkawal. Polis dan FRU banyak (bukan ramai) tapi mereka hanya memerhati, langsung tidak kacau perarakan yang diadakan.
Apa yang saya ingin katakan disini, demonstrasi sebegini pasti tidak akan diganggu oleh anjing-anjing yang beruniform. Walaupun satu jalanraya terpaksa digunakan untuk peserta demonstran. Tak ada rungutan. Kenapa demonstrasi ini tidak diganggu? Kenapa polis dan FRU tidak memancutkan air kimia, menembak gas dan menyerang demonstran dengan belantan sama seperti himpunan PPSMI dan ISA?
Kerana demonstrasi ini tidak menggugat kuasa UMNO (laknatullahi 'alaihim ajmain abadan abadaa). Ia tidak mencabar kuasa menteri-menteri. Ini menunjukkan demonstrasi bukan satu dosa besar. Bukan perkara yang salah. Yang menjadi kesalahan dan dosa apabila demonstrasi yang mengancam kuasa dan kedudukan UMNO/BN. Tak timbul pun muka-muka orang Melayu bodoh yang merungut akan kerugian yang terpaksa ditanggung.
Lihatlah para peserta demonstrasi di atas. Langsung tidak dikacau dan disentuh oleh polis-polis. Kalau tiada provokasi, keadaan menjadi aman.
0 comments:
Post a Comment