Hari ini, sekali lagi timbul isu ini. Saya sudah membaca pendapat-pendapat tokoh yang menyokong dan juga menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian. Saya berpuas hati. Masing-masing mempunyai hujjah yang boleh diterima. Pendirian saya? Selepas membuat beberapa penilaian, hasilnya, pada asasnya saya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dikalangan orang bukan Islam (bukan Kristian sahaja). Tapi itu hanya pada asasnya.
Tapi dari segi konteks negara Malaysia, saya memutuskan untuk tidak bersetuju. Ini kerana saya mengesyaki sesuatu. Saya rasa tak sedap hati. Sebabnya :
- Kenapa mereka (orang Kristian) beria-ria sangat mahu menggunakan kalimah Allah walaupun dibantah dengan hebat oleh sebilangan orang Islam di Malaysia? Sikap inilah yang membuatkan saya menjadi curiga.
- Mereka sanggup membawakan kes ini ke mahkamah ekoran penarikan balik kebenaran dari KDN beberapa bulan lepas. Mereka sangat bersungguh agar perkataan Allah dapat digunakan.
- Sudah pasti ada agenda tersembunyi. Mereka cuba membawa budaya dari Sabah & Sarawak yang rata-rata penganut Kristiannya memanggil God dengan Allah dan menggunakan Bible versi Indonesia kerana kebanyakannya tidak reti berbahasa Inggeris. Tapi tidak di Semenanjung. Ramai yang menguasai Bahasa Inggeris.
Di Malaysia sendiri ancaman Kristianisasi cukup hebat. Berapa ramai yang tahu bahawa risalah-risalah Kristianisasi dalam Bahasa Indonesia banyak disebarkan di negara ini bahkan terdapat juga buku-buku keagamaan yang kecil dijual. Dalamnya terang-terangan terdapat perkataan "Allah" yang merujuk kepada Tuhan Bapa, Bapa kepada Jesus Kristus. Kenapa penganut Kristian ini tidak menggunakan perkataan "Eli" atau "Elohim" untuk merujuk kepada Tuhan Bapa, seperti yang terdapat di dalam Bible sendiri.
Ayat yang dituturkan oleh Jesus Kristus sewaktu disalib, "Eli, Eli lama sabakhtani," bermaksud "Tuhan, Tuhan kenapa tinggalkan aku?"
Walau apapun, saya menghormati kesemua pandangan mengenai isu penggunaan kalimah Allah ini. Tidak melenting seperti mana Zulkifli Noordin ajak Khalid Samad bertumbuk. Tapi pendirian saya mengenai hal ini, maaf saya tidak setuju. Bukan kerana "Allah" yang mereka ingin gunakan itu merujuk kepada Tuhan Bapa, tetapi kerana saya mencurigai sesuatu. Hari ini di kolej saya sepatutnya ada perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah di dalam Weekly Herald, tapi tidak menjadi kerana tidak ada pelajar yang datang. :)
2 comments:
halo...mungkin bagi kamu orang muslim takut ramai yang masuk kristian. kmu kata kami kafir dan macam2 lagi... kmu org islam sebenarnya memang tidak kuat akidah. kalau kuat iman and akidah kenapalah orang kristian gunakan perkataan tu pun kamu tidak akan kisah.. tapi kamu memang tidak faham dan mengenal Tuhan kamu sendiri. apa yang kamu curiga sangat? kami bukannya tamak sangat mau guna perkataan tu..tapi suda sejak dulu lagi sebelum masihi (before Christ) kami guna perkataan tu merujuk kepada Tuhan.... janganlah memesongkan atau memutar belitkan keadaan kalau memang sesungguhnya kamu tidak kuat iman.. takut sangat umat kamu konfius yer???? so belajarla agama tu bagus2.... supaya tidak salah faham..lagipun alkitab tu untuk kalangan sendiri... kalau kamu teringin mau baca, bukan masalah kami.... YG PENTING UNTUK KALANGAN SENDIRI...KRISTIAN SAHAJA...TITIK....
Haha..tiada yang datang yer...Syukur kepada Allah...memang mereka tak setuju nak bantah la tu..tak ada bukti kukuh....
Post a Comment