- MP Baling bising dalam parlimen (tapi time mengundi bajet 2010 hari tu tak datang)
- Ketua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kata perkataan Allah hanya untuk Islam.
- Timbalan Presiden PAS mengikut rentak UMNO, menyeru orang ramai bersatu membantah keputusan mahkamah.
- Setiausaha Agung PAS (merangkap "Presiden Pendua PAS") nak mengadakan mesyuarat khas.
- Zulkifli Noordin yang mabuk toddy suruh Khalid Samad masuk DAP.
Hakikatnya, kalau isu ni tak timbul, bible-bible versi Indonesia (al-Kitab) memang banyak terdapat di Malaysia. Di dalamnya terang-terangan terdapat perkataan "Allah". Buku-buku kecil tentang agama Kristian menggunakan kalimah "Allah" secara meluas, kadangkala dijual diperkarangan gereja-gereja yang terdapat disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Takut mengelirukan orang Islam? Kita sendiri tidak tahu sudah berapa ramai anak Melayu Islam yang murtad. Kebanyakannya berselindung di sebalik pakaian Islam, tudung, dan sebagainya. Tapi memang angkanya ramai. Kenapa hal ini orang-orang politik tidak ambil kisah pun? Duk sibuk berbalah sama sendiri dan mengamok macam babi. Kes murtad bertimbun-timbun kenapa tak sibuk-sibukpun nak bermesyuarat?
Remaja-remaja Melayu yang hidup jauh menyimpang dari ajaran Islam, kenapa tak ada perbahasan yang panjang dikalangan pemimpin-pemimpin Islam? Kes zina, khalwat, judi, minum arak, kenapa tak disentuh? Islam terancam konon. Yang UMNO selama ini memerintah negara dan mengabaikan ajaran Islam, tak serius pula bersuara? Memang dasar semuanya cari publisiti belaka. Yang menjadi bodohnya rakyat jelata. Yang miskin semakin papa. Yang papa semakin melarat hidup merempat.
Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.
Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini. - Mingguan Malaysia
Blah la lu. Islam perlu bersatu konon. Padahal dalam hati nak ikut seirama dengan UMNO. Rekod UMNO selama 52 tahun selama ini tak pernah nak kepada Islam. Kenapa sekarang semua pakat sibuk nak bantah kononnya nak pertahankan kesucian Islam, kalau tak kerana nak meraih populariti dikalangan Melayu bodoh dan nak memerangkap PAS.
Meluluskan 10 lesen judi, arak dan judi berleluasa, pelacuran dan maksiat bermaharajalela, membelakangkan undang-undang Islam - ini semua merupakan pencerobohan agama rasmi negara ini. Tapi senyap sunyi saja Timbalan Presiden PAS ni.
2 comments:
pemikiran penulis sangat lemah dan tidak luas...buang masa saja baca artikel penulis nie....bengong sungguh!!!
Abih yang kao bodo sangat pi baca tu sapa suruh. Gila! Aku tak ajak pun orang baca, blog ini terbuka. sapa pun boleh masuk. kalau tak suka pi berambus! aku tak rugi apa2. Bodoh piang!
Post a Comment