Sunday, January 24, 2010
Cerpen : Mengupas Sosialis
Lokasi: Tepi Masjid Kota Lumpur, Jalan Badawi.
Masa: Selepas kedengaran azan Isyak. Jam sembilan malam.
Ali Jinnah tergesa-gesa masuk ke dalam Masjid apabila bilal iqamat. Kereta yang diparkir berdekatan sebuah warung tepi Jalan Badawi ditinggal tanpa sempat dikunci. Tawakkal sahajalah, kata Ali Jinnah lepas tersedar bahawa keretanya belum sempat dikunci.
Hari ini, ada sesi diskusi serius anjuran Islam Alternatif.
Islam Alternatif??
Usai solat plus wirid panjang, Ali menarik nafas dalam-dalam. Hari ini, dia hadir sebagai orang biasa. Mudah, mudahan hari ini tidak ramai orang kenal dia.
Islam Alternatif terdiri dari pelbagai jamak fikiran ragam orang Islam. Ada, yang mengagum Ali Shariati, sosok besar revolusi Islam Iran. Ada yang mengagumi Gus Dur, pemikir dari Indonesia. Cak Nur, Anwar Ibrahim dan ramai lagi antara yang dikagumi oleh blok pemikir-pemikir muda yang lebih ramah dikenali dengan nama Islam Alternatif.
Tajuk kita pada malam ini, sosialis. Kata Rais, aktivis segar sosialis Malaysia Baru.
Ali Jinnah sempat sampai awal di tengah kerumunan keramaian orang. Alhamdulillah, orang tak kenal aku agaknya hari ini.
"Karl Marx pernah berkata..," sambil mendepangkan kedua belah tangannya, Rais membuat kira-kira seratus orang yang hadir jadi teruja,
"Die Religion... ist das Opium des Volkes"
"Religion is the opium of the people"
"Agama merupakan candu buat masyarakat."
Pecah riuh khalayak yang hadir. Rais yang sedikit berjambang mendengus sinis. Fikir Ali Jinnah yang masih meliarkan mata mencari kerusi tempat untuk melabuhkan punggung, tentu Rais si sosialis tegar ni sudah yakin dan percaya, mereka yang marah-marah ini, tidak seintelektual dirinya yang semacam master dalam sosialis.
"Kawan-kawan sekalian, tidak perlulah terpekik-pekik marahkan apa yang saya serukan. Nabi, kalian telah serukan perkara ini lebih lama dari saya...,"
Haru biru jadinya sisi diskusi malam ini. Mana ada dan Allahu Akbar melantun-lantun dalam wacana kali ini.
Pup! Kemeja putih Ali Jinnah disentuh.
Seorang lelaki, berkopiah putih kulit cerah menegur Ali Jinnah. Ali Jinnah mengaduh sesal. Alahai, ada juga orang kenal aku.
Sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih, lelaki yang tidak janggal berkopiah bersuara perlahan seakan berbisik, "apa cerita bakal politikus di sini?"
Ali Jinnah cuba senyum seperti biasa, tetapi tidak menjadi. Akhirnya, terlontar satu pertanyaan dari mulut Ali Jinnah, "salahkah?"
"Saya Faisal, orang biasa di Jalan Badawi." Lelaki bernama Faisal itu menghulurkan tangan.
"Oh, mustahil orang biasa. Apa profesion saudara?" Tanya Ali Jinnah.
"Boleh tolong senyap?" Seorang perempuan, mahasiswi agaknya menegur mereka. Kelihatan mereka berdua seperti mengacau diskusi serius.
"Ah, Ustaz Faisal. Apa ustaz buat di sini?" Mahasiswi itu pula menganggu audien di sekitarnya dengan suaranya yang boleh tahan kuat.
"Hehe, kantoi." Kata Ali Jinnah dan Ustaz Faisal terluncur serentak.
Kedai mamak roti canai jadi singgahan mereka berlima termasuk tiga mahasiswi tahun akhir Islamic Studies di Universiti Terbuka Negara (UTN).
"Wah, bertuah saya.. ops maaf, maaf, bertuah kami hari ini kerana dapat bertemu ikon FI yang sedang meningkat naik."
Ali Jinnah panas telinga dipuji begitu. Merah rona muka Ali Jinnah.
Pelayan datang meminta pesan. "Roti banjir." Kata mereka serentak. Ali Jinnah dan Ustaz Faisal hanya menurut.
"Jadi, ada apa sosialisma dengan Islam?" Terus itu yang ditanya Maria, mahasiswi yang menegur di awal tadi.
Ali Jinnah, biarkan sahaja soalan itu dijawab.
"Dia tanya enta." Kata Ustaz Faisal sejurus makanan sampai.
Ali Jinnah sedikit terkejut. "Eh, ada wacana juga di sini?"
"Hmm, begitulah." Kata Ustaz Faisal sambil melapah roti canai bercampur kuah dal diikuti dua teman Maria yang lain.
Maria kelihatan mencebik apabila Ali Jinnah tidak memperdulikannya.
"Soalnya, kenapa sosialisma?"
Ustaz Faisal seperti perasan suasana beku lantas bertanya satu ayat persoalan yang sedikit menggegar.
"Hmm, iya juga. Kenapa sosialisma?" Tanya Ali Jinnah, lebih kepada Maria.
"Keadilan." Kata Maria pendek seperti rambutnya yang dipotong pendek.
"Apa Islam itu tidak 'adil?" Ali Jinnah melirik mata kepada Ustaz Faisal, mulut Ali Jinnah terbuka sedikit seperti tersengih ketawakan Maria. Maria mendengus kecil.
"Itulah, itulah yang fundamentalis gerakan Islam seperti FI mampu buat. Melekeh kebolehan mahasiswi, pemudi seperti saya dan rakan-rakan untuk mencarigali sebuah kebenaran. Betulkan? Sosialisma itu, bukan komunisma. Jadi, ada masalahkah jika saya, dan kawan-kawan saya katakan, kami mahu bersahabat dengan sosialis. Sosialis menyeru ke arah keadilan apa? Lihat revolusi Islam Iran, ada saduran sosialis apa? Apa masalah Islam dengan sosialis?"
"Ada masalah." Jawab Ali, mula serius. Ali merenung, jauh ke dalam bening anak mudi bernama Maria ini. Dua orang teman Maria hanya memegang kedua bahu Maria seraya menenangkan.
"Apa masalahnya tuan? Boleh saya tahu?"
Ustaz Faisal memandang serius Ali Jinnah tanda mahu Ali Jinnah mula serius seperti esei-esei artikel serius yang selalu ditulisnya dalam jurnal-jurnal dan kolum-kolum akhbar serius berbahasa Inggeris. Sudah open secret, Ali Jinnah antara pimpinan FI yang paling serius dengan artikel-artikel serius.
"Maria, cuba kamu ulang kepada saya apa yang diujarkan si Rais sebentar tadi. Ulang tentang sosialisma dan sistem Keadilan Islam: Sebuah persamaan."
Maria kelihatan bersemangat bila Ali Jinnah beri reaksi sebegitu. Seperti mesin fotostat, Maria mengulang tepat dan kejap.
"Pada tanggal 13 Julai 2000 di Jakarta, Hasan Raid misalnya dalam tulisannya yang disampaikan pada pertemuan yang diselenggarakan Forum Mahasiswa Ciputat menyebutkan bahwa Islam dan komunisme/sosialisme itu harus bergandingan tangan...,"
Ali Jinna pantas menggeleng. "Bukan, bukan yang itu. Itu ayat menggoreng. Lain, lain. Apa yang lain Rais cakap. Kita ni, hanya menyalin idea orang sahaja, tanpa ada idea kita sendiri."
Maria terdiam, kembali bersuara kemudiannya, "Islam melawan kapitalisma. Cukup jelas, Islam melawan manusia mengeksploitasi manusia lain sebagaimana tercatit dalam Al An’am:145 atau QS Al Baqarah:188, atau yang lebih tegas lagi adalah ayat 1-4 surat Al Humazah yang jelas-jelas mengutuk orang-orang yang menumpuk-numpuk harta.
Dan orang-orang yang menumpuk harta tersebut ialah kaum kapitalis. HOS Tjokroaminoto, melalui bukunya yang berjudul “Islam dan Sosialisma” pernah memberitahu bahawa sosialisma, “menghisap keringatnya orang-orang yang bekerja, memakan hasil pekerjaan orang lain, tidak memberikan keuntungan yang semestinya dengan seharusnya menjadi bahagian lain orang yang turut bekerja mengeluarkan keuntungan itu, –semua perbuatan yang serupa ini disebut Karl Marx memakan keuntungan ‘meerwaarde’ (nilai lebih) adalah dilarang sekeras-kerasnya oleh agama Islam, kerana itulah, perbuatan memakan ‘riba’ belaka. Dengan begitu maka nyatalah, agama Islam memerangi kapitalisma sampai pada ‘akarnya’, membunuh kapitalisma mulai dari ‘benihnya’, oleh kerana pertama-tama sekali yang menjadi dasarnya kapitalismea iaitu memakan keuntungan ‘meerwaarde’ sepanjang fahamnya Karl Marx, dan ‘memakan riba’ sepanjang fahamnya Islam."
"Bagus, bagus!" Tepuk Ali Jinnah.
Keempat-empat mereka terpinga-pinga termasuk Ustaz Faisal. Ustaz Faisal memperbetulkan kedudukan kopiah putihnya.
"Maria, saya tidak mampu ulas panjang malam ini sebab saya ada kerja yang perlu diselesaikan segera. Cuma, untuk bedtime stories kita semua bersama, er maksud saya untuk ulangkaji kita semua, adakah Islam terlalu cukup miskin hingga perlukan pertolongan pihak luar? Kita, perlu import fahaman yang tidak ada kaitan dengan kita untuk survival perjuangan kita? OK, kalau kita semua sama-sama bersetuju tentang persamaan sosialis dan Islam kerana konsep keadilan, saya fikir baik kita iktiraf sahaja kepercayaan Kristian atau Yahudi kerana sekurang-kurangnya, Kristian dan Yahudi mengajar menyembah Tuhan. Ideologi, mengajar adanya bertuhan?"
Semua yang ada di depan roti canai, terdiam. Maria, yang paling tergamam.
"Keadilan, itu fitrah semua orang. Eh, kamu yakinkah sosialisma mampu berlaku 'adil jika mereka memerintah? Lagi satu, hanya keadilan agenda utama mereka. Agama, tidak ada tempat dalam sosialisma. Kata mereka, agama urusan individu. Secara radikal, mereka menolak terus agama. Lihat China dan Soviet."
Mereka, jadi teruja.
Categories :
Cerpen Radikal,
Sosialis
2 comments:
uiks, kisah benar ke ni?
tak aihh..fiksyen.
Post a Comment