Tuesday, January 12, 2010

Tidak Berseorangan Meragui Kickdefella

Oleh : Admin


Alhamdulillah. Nampaknya saya tidak berseorangan dalam meragui hal yang menimpa Kickdefella (serangan terhadap kereta beliau). Ada blogger yang turut sama memberikan pandangan dalam hal tersebut, seolah-olah meragui akan kesahihan kereta Kickdefella diserang. Ianya ada di dalam posting blog Aduka Taruna. Di bawah ini saya salinkan perkara-perkara yang diragui yang ditulis dalam blog Aduka Taruna mengenai kes Kickdefella :


Kalau mamat ni benar, kita patut kutuk penyerang bongok tuh. Tapi kalau mamat ni penipu, kita patut ludah muka dia.

1. Mamat ni adalah penyokong Mahathir. Bapa propaganda Malaysia. So, tak mustahil dia pun ada teknik propaganda juga.

2. Berat kapak berapa? Paling berat 2 kg. Berapa maksimum laju kapak dibaling manusia? Berapa purata jarak balinagn? Apa kejadah sebilah kapak 2 kg, berbentuk bukan tumpul, halaju balingan manusia, boleh memecahkan cermin kereta berjenama sebegitu cantik? Ketegasan cermin berapa? Ni pecah secara balingan ke, pecah secara ukiran? Lu tgk la gambar tuh.

3. Gambar tu ditangkap ketika tidak mengusik apa2 terhadap barang kes atau sudah matikan alarm kete? Atau gambar ditangkap ketika double signal dalam keadaan delay ketika klik punat kamera tuh? Atau alarm kete rosak? Atau kereta Jepun memang dah diprogramkan hentakan dari kapak tidak akan mengaktifkan alarm?

4. Tak pakai tinted ke cermin belakang?

5. Baik punya lurus kapak tu landing.

6. Cermin kete jenama Nissan memang halus ke kalau pecah hanya akibat kapak? Besar tu kawasan yang pecah. Dan cantik pula bentuk pecahannya. Dan halus2 plak kacanya. Sapa nak derma Nissan mereka untuk ujikaji. Bro Moundeweller ada bran? Haha

7. Gambar kapak ditangkap secara dekat, apsal tak bagi gambar cermin secara dekat?

8. Berapa kebarangkalian untuk kena tepat di cermin untuk setiap balingan? Kalau memang skrip gua, gua akan pilih cermin la. Sebab impak dia nampak besar. Filem2 aksi luar negara juga lebih memilih kemusnahan cermin dari kemusnahan dinding batu (tajuk bangunan). Dan kemusnahan cermin mesti ditonjolkan dalam tajuk kenderaan / eksiden. Dia ada elemen mahal dan hebat.

So, sepatutnya kebarangkalian penyerang tersasar ke bahagian body lebih tinggi. Namun kebetulan kena tepat kepada cermin kereta juga tidak boleh dipertikaikan. Cuma seandainya penyerang tersasar ke bahagian body, just kemek sikit jer, tidak mempunyai nilai propaganda yang dikehendaki lah. Betul? : )

Cuba ekau jawab Kickdefella. Meh kita cari kebenaran sama-sama.

2 comments:

baginda® said...

maleh gua nk layan kickdefella... flying kick jo die nih

Admin said...

Kadang-kadang kita kena ajar jugak orang yang melampau ni jang...