Saturday, January 2, 2010

Ujian Bagi Mereka Yang Bercakap Benar


Tidak ada profesor lain yang seberani Dr. Aziz Bari, bagi saya. Beliaulah antara yang kuat dikritik serta dihentam oleh kerana sikap dan pendiriannya yang jujur. Bahkan pernah dihentam teruk oleh PAS walaupun pendapat-pendapatnya sebelum itu banyak membantu PAS.


Beberapa jam sebelum forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH), Dr. Aziz dilaporkan menarik diri kerana menerima tekanan daripada pihak UIA. Beliau dikatakan telah diberi amaran oleh pihak tertentu. Inilah ujiannya bagi mereka yang ingin bercakap benar. Dahla Prof. Aziz ini pernah dituduh sebagai "ejen UMNO" oleh seorang budak tadika dalam PAS. Lepas itu, dilayan dengan buruk pula oleh Abu Bakar Chik dalam seminar khas PAS. Tak termasuk dengan komen bodoh Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap artikel Prof. Aziz berkenaan isu "Pak Lah Dalam PAS". Sehinggakan beliau tidak mahu lagi mengulas mengenai PAS dek kerana sikap sombong sesetengah pemimpin dan ahli PAS.


Sudah jelas bahawa Prof Aziz ini menepati sebagai seorang yang layak digelar ahli akademik berbanding beberapa ekor profesor kangkong yang sibuk menjilat-jilat tangan pemimpin UMNO.


Pensyarah UIA Akui Terima Tekanan - Malaysiakini


Pensyarah terkemuka Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari mengakui beliau menerima "tekanan" ekoran kesediaan beliau untuk menghadiri forum membantah pelaksanaan sistem pengundian berkomputer atau e-undi, di Universiti Malaya (UM) malam tadi.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu ekoran tekanan dari "pihak atasan" menyebabkan beliau mengundur diri sebagai ahli panel beberapa jam sebelum forum bertajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" yang berlangsung di koridor dewan syarahan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) malam tadi.

"Saya menghadapi keadaan yang sulit. Memang ada tekanan, saya berada dalam keadaan dilema. Saya berada dalam keadaan sukar buat masa ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya sebelum ini beliau banyak kali menerima tekanan secara tidak langsung daripada pentadbiran UIA ekoran kelantangan beliau dalam mengupas sesuatu isu, menyebabkan ketua jabatannya terpaksa menjawab bagi pihaknya.



Kesimpulan : UMNO laknatullah dan PAS sama saja dari segi kebebasan dan hak bersuara. Orang lantang dalam beberapa isu dalaman negara disekat dan diberi amaran oleh UMNO laknatullah. Lepas tu, lantang dan berkata benar demi kebaikan PAS pun teruk dihentam. 2 kali lima saja oiiii....

0 comments: